Sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku tak menulis rupanya. Maklumlah asyik busy jer. Sekarang ada lah masa sedikit selepas siapkan minit mesyuarat dan siapkan apa yang patut. Wokeh malam yang penuh bahagia ini. Aku nak ceritakan satu perkara. Selama aku jadi cikgu. Tahun 2022 pentadbir mula tugaskan aku untuk jaga kelas pertama. Sebelum ini asyik kene jaga kelas belakang jerla. Nama pun Zamrud. Tapi Zamrud bukan sebarang Zamrud. Sangat gempak dan dapat atasi dua kelas dihadapan. Biasanya camtu lah. Tahun ini aku kena kelas is dan ik. Apabende is dan ik tu. IS dan IK hanya ada di durian mas jerla. Sori lah, sebab tak jaga tatabahasa. Habis semua masuk. Is dan Ik ini ialah antara kelas depan. Alhamdunillah percubaan kali ni 9/14 ik dapat A dan 9/18 A, 2 jer dapat C yang lain B untuk is. Syukur, moga dua kelas ini akan berjaya mencapai cita-cita yang dihajati. Blog aku ini ada beberapa orang pembaca tetap. Tapi aku tak tahu siapa. Sebenarnya blog ini ditulis supaya penulisan aku tak ke laut. Maksudnya sentiasa belajar. Dalam reramai pelajar is ada seorang pelajar yang menjadi sebutan cikgu-cikgu. Harap dia berjaya kelak. Jaga adab dan akhlak insyalah akan berjaya. hari ini dah 6 oktober 2024. Musim pelajar masuk belajar. Banyak dapat wasap daripada pelajar sebab dah berjaya sambung belajar. Tahniah semuanya atas usaha kamu. ok. Nak sambung main game jap..... jumpa lagi
Sunday, October 6, 2024
SPM BAKAL TIBA IS DAN IK 2024
Thursday, August 8, 2024
TURUN KE MEDAN PERANG
Akhirnya tangan ini kembali mencoret , semuanya adalah untuk melunaskan apa yang terpasung dalam hati sanubari. Hah jiwang sungguh nukilan kali ini. Tapi kali ini terasa malas nak menempel gambar-gambar yang ada. Cukup lah sekadar meluahkan melalui penulisan yang di salut imiginasi. Hari ini dah hampir dua tahun berada dibumi tercinta ini. Tetapi ada sesuatu yang nak di coretkan. Yang di rasakan perlu ditulis dan di pahat kukuh.
Rasanya boleh dah aku mulakan cerita yang begitu suspen ini. Pertamanya di bumi tercinta ini banyak sekali kelebihan yang ada. Tapi ada sedikit kekangan yang muncul. Rasanya kawasan ini adalah kawasan yang mereka berpendapatan sederhana sahaja. Ramai pelajarnya tergolong dalam kategori sederhana dan perlu dibantu. Ada seorang pelajar anak yatim dan baru-baru ini pelajar ini kehilangan pula ibunya kerana kemalangan. Dalam keadaan tidak berapa fasih berbahasa,membaca juga. Pelajar ini tidak sempat di bantu. Jika nak bantu perlu pergi ke kampung nya. Ok. Seterusnya ialah, ada seorang pelajar ini dia mempunyai emak angkat. Tapi ayah kandungnya meninggal dunia. Oittt, menaip ini rasa sedih tahu. Sebab itu lah, aku kempen habis habisan pada mereka yang memang layak mendapat biasiswa. Walaupun bukan guru kelas namun, tetap bagi borang kepada mereka yang memang layak. Seorang pelajar ini pula, Ayahnya meninggal. Emaknya tidak bekerja. Besar sungguh dugaan dia. Insyallah kita akan bantu mana yang mampu dibantu. Seorang pelajar ini, dialah yang menanggung keluarganya. Pelajar lelaki. Tapi keazamannya sangat tinggi. Perjalanan hidupnya sangat berliku. Akhirnya dia sudah berjaya melanjutkan pelajaran. Inilah jalan kehidupan seorang guru. Memburu mereka yang perlu diberikan bantuan. Mencuba dan berusaha keluarkan mereka ini daripada kehidupan mereka seharian, sedangkan mereka ini mempunyai potensi. Ada seorang guru yang sangat memberikan inpsirasi. Guru ini menggunakan kaedah keperluan maslow. Mencukupkan keperluan pelajar. Guru ini sangat memberikan inspirasi. Begitulah ragamnya. Lain padang, maka lain lah belalangnya. Liku-liku kehidupan mesti disulami dengan doa. Ketakwaan dan mengharapkan keredhaannya. Biarlah tulisan ini menjadi lambang ketabahan pelajar felda untuk bangkit melawan takdir yang boleh merubah mereka. Pelajar yang banyak kekurangan perlu dibantu. Percayalah perkara ini sebenarnya membelenggu saya . Menyelami perasaan pelajar-pelajar disini. Sebab itu lah, aku sentiasa menitipkan kata-kata , keluarlah dari perdesaan ini. Kamu akan melihat betapa besarnnya dunia ini. Terokailah ia dengan penuh ketakwaan. Akhir nya. kepuasaan itu belum hadir di bumi ini. Ada sesuatu yang perlu disuntik untuk melonjakkan mereka ini dari kepompong buruk.
Sunday, April 21, 2024
Burger daus
21.4.2024
Hari ini kan. aku terlihat dalam tiktok seorang bekas pelajar aku ni. Nama nya firdaus. Sebab apa aku mantionkan nama dia sebab ada kisah di sebaliknya. Selama ini memang tugas aku ni mengajar kelas belakang jer. Tibe tahun ni kene mengajar kelas depan. Tak ada la nak mengarut bagai. hahahahah. Sebabnya aku dulu dari kelas belakang. Zero to hero. Gituewww, ok sebelum aku pindah ke terengganu ni. Sorang mamat ini asyik demam dan tak datang sekolah jerk. Memang hari-hari kene ingatkan. 3zamrud menjadi mrsm. hahahahahaha. Alhamdunilah menjadi. Kelas 3 zamrud ini lain sikit. Tak boleh diberikan perhatian sangat. Tapi sentiasa guide selalu. Camtu la. Sebagai guru kelas memang faham sangat situasinya. Akhir tahun kelas ni dapat mengatasi dua kelas di depan. Sebenarnya aku nak cakap pasal jamuan akhir tahun kelas kami. Aku terangkan sebab perlu buat. Dorang ni susah sikit. Yang uniknya ada tukar hadiah. Sebab bagi aku nanti dorang masing-masing ada hadiah sebagai kenangan. Pada hari kejadian sama waktu dengan hari perpisahan cikgu nazlin. Cikgu Nazlin pergi ke ppd melaka. Hari tu la rupanya last di smkis ni. Paginya aktiviti send off cikgu nazlin sampai la waktu rehat. Lepas rehat baru lah jamuan akhir tahun dimulakan. wow meriah, semua bawa makanan, Ada bawa kerepek satu plastik besar. Ada satay. semua adalah. Yang bestnya si daus ni sebelum hari kejadian dia cakap nak bawak burger. Semua tak percaya. Hari kejadian memang di bawa betul lah. Banyak pula tuh. Daus ni malam dia meniaga burger tolong ayah dia. Hari kejadian ada burger daging dan ayam. Aku siap simpan owww burger dia. Mengenang kisah dia bawa burger dia. Sampai hari ini aku masih ingat peristiwa ni. Si Wafi aku asah bakat dia jadi pemimpin. Sebelum ni kaki gaduh. Tapi masa aku jadi guru kelas. Dia jadi ketua kelas. elok dan sangat bagus menjalankan amanah. aku siap hadiahkan buku yang aku sayang. Tapi aku dah 3 ,4 kali katam la buku tuh. Moga berjaya masuk ke alam. Itu cita-cita dia lah. selamat malam
Thursday, January 4, 2024
DEBARAN SPM 2023/2024 DURIAN MAS
Selamat datang tahun 2024. Kebiasaanya update tahun baru di Melaka. Eh , tahun ni update di bumi durian mas.13 tahun di bumi Melaka. Ambil masa sedikit untuk sesuaikan diri. Tapi semakin ok. Cuti dua minggu terasa seperti dua bulan. Lama sungguh. Sebelum ini balik ke Terengganu akan bawa kertas soalan. Kali ini free wei. Nikmat sungguh la. Terasa terawang- awangan. Tapi masih tetap menulis coretan di sini. Buat kenangan nanti. Ada masa boleh baca balik. Seperti biasa. Aku dah balik Terengganu ni. Mintak maaf la. Malas nak bergerak luar dari Terengganu. Setakat Kuantan jerlah. Port aku sepanjang jalan pantai ke kuantan. Cukup la dulu jalan-jalan luar Terengganu. Jemu sudah. Macam kakak aku yang sulong. Kerja sebelum ni asyik busy dengan anak-anak. Sekarang asyik meeting kat luar negara jerlah, Hujung-hujung perkhidmatan , boleh jalan-jalan. Minggu depan pelajar SPM dah mula peperiksaan lisannya. Buat yang terbaik ok. Tak lupa juga buat pelajar iskandar shah juga. Untuk pelajar DMAS cuba buat yang terbaik. Skor A. Insyallah semua mampu buat. Coretkan kenangan indah waktu persekolahan. Dalam gambar tu, ada gambar donut. Entah kenapa sedap giler donat crespy crime ni. Yang ni borong banyak-banyak masa adik saya ni ke kuala lumpur. Dulu setiap minggu gerak ke kl tu. Sekarang kl dah jadi lubok bangla. Malas nak pergi kalau nak ingatkan. ok la. Esok ada kelas tambahan. Kena sentiasa menulis. Nanti otak jadi beku. hahahaha
Saturday, October 14, 2023
ALHAMDUNILLAH, SEMUANYA SEMAKIN BAIK.
Malam ini dapat juga menjenguk blog ini. Tidak banyak pun nak diperkatakan disini. Durian Mas akan bermula kisah episod seterusnya. Genap 6 bulan meninggalkan bumi Melaka. Alhamdunillah semakin serasi di tempat baru ini. Disaat pelajar mula nak mengadap ujian peperiksaan SPM. Moga pelajar 5Akd dan 5Ag akan tabah dan berusaha keras demi mencapai keputusan yang cemerlang kelak. Percubaan ini pelajar sudah buktikan keupayaan mereka. Kelas Ag mampu mendapatkan A. Insyllah untuk peperiksaan yang berikutnya. Masing-masing akan mampu buat yang terbaik lagi. Sejak dulu lagi. Dalam pemikiran aku ni. Susah sangat ke sejarah ini yer. Sebabnya subjek sejarah ini senang sangat nak skor. Kalau diberikan peluang untuk menjawab soalan peperiksaan sejarah. Rasanya tak angkat kepala aku duk menjawap. Boleh sampai 10 helai penuh rasanya. Mungkin setiap orang itu berbeza. Tapi ku doakan agar semuanya mencapai kejayaan,.
Sebelum nak ceritakan lagi, baru baru ini team hoki ada datang ke stadium hoki pahang. Esan yang jadi kapten nya. Talent untuk jadi leader dah ada. Cuma ada satu masalah yang nampak. Kalau nak tahu apa masalahnya. Boleh pm lah saya, tu pun kalau ada yang baca blog ini. hahahaha....Aku tak akan berhenti menulis dalam blog ini. Kerana melalui coretan di blog ini akan menyimpan banyak kenangan untuk dikenang kembali kelak. Selain itu juga blog ini juga adalah latihan untuk mengarang juga. Tidaklah hilang skill untuk menulis tuh. Terus terang dalam blog ni. Aku tak suka pertandingan di peringkat sekolah semata-mata. Rasanya seperti buang masa sahaja. Sedangkan usaha yang gigih itu sangat sesuai untuk peringkat yang lebih tinggi.
Jika dilihat kelas yang diajar. Kebiasannya kelas yang diajar pasti akan menunjukkan peningkatan.Inyslllah. Sebenarnya pelajar ini ada beberapa perkara yang perlu difahami. Pertamanya perlu dipecahkan kepompongnya. Kerana pemikiran pelajar seperti sudah disetkan. Berdasarkan geografi dan setempat. Selain itu jga faktor kewangan, keluarga perlu diselidik juga. Ada seorang cikgu di sekolah ini menggunakan teknik keperluan maslow. Aku cuma perhatikan sahaja kaedahnya. Kalau nak diikutkan. Sekolah baru ini persis sekolah sis juga. Cuma perlu diperbaiki sedikit apa yang kurang.
Esok my wife cuti kerana baby demam pulak. Dia demam sejak semalam lagi. Moga cepat sembuh hendaknya. Amin. Rasa tidak banyak yang nak dinukilkan malam ini. Sekadar untuk mengemaskini blog sahaja. Kalau nak diikutkan, Banyak yang nak ditaipkan. Tapi rasa malas mula datang. Tadi pun aku bergerak ke AMBS ini pun dah pukul 6 petang. Sampai dekat pukul 8. Bawak perlahan lahan je, Waktu magrib perlu berhati hati. Biasanya waktu tu tak sesuai untuk memandu. rehat seketika jika memandu jauh.Suasana di AMBS ini sangat nyaman dan ada ketikanya seperti di kawasan tanah tinggi. Pada waktu malamnya pula, Keadaanya sejuk dan terasa angin sejuk masuk ke dalam rumah. ok selamat malam.
Monday, June 26, 2023
KEMBALI PULANG SETELAH 13 TAHUN BERKELANA
Alhamdunillah, syukur ke hadrat ilahi. Berpeluang untuk membuat sedikit coretan bingkisan yang sudah berdebu ditelan masa. Kali ini blog ini beraksi pertama kalinya di bumi Darul Iman. Jari jemari menari nari mencoret catatan yang penuh dengan makna. Setelah hampir 20 tahun berkelana. Akhirnya aku dah dapat berpindah ke kampung halaman. Sedar tak sedar sudah hampir masuk tiga bulan di bumi durian mas ini.
Banyak perkara yang aku nak bicarakan kali ini. Tapi entah camner nak mulakan ayat pemula bicara ini. Selama 13 tahun aku berkhidmat di negeri Melaka. Semenjak belajar di kuala lumpur. Menyambung pengajian di bumi perak. Menjadi anak kandung suluh budiman. Akhirnya aku ditempatkan di satu daerah kecil di Melaka. Iaitu JASIN. Membawa diri seorang diri. Semua dirancang dengan baik. Bermodalkan simpanan duit. Abang dan adik aku menghantar aku ke Jasin. Pertama kali sampai. Aku bermalam di rumah kawan aku di MRSM Muar. Terima kasih , Tengku sudi menolong. Sentiasa dalam doa , wahai sahabat. Pepagi keesokkan harinya aku terus pergi ke pejabat pos Melaka. Untuk ambil motor yang telah di poskan awal seminggu. Proses cari rumah sewa sampai ke malam. Malas dah nak pikirkan semua tuh sebenarnya. Esok aku terus uruskan diri seornag diri. Campak lah kat mana pun. Insyallah bolah jalan. Seperti biasa. Amalan berpindah tempat. Mesti akan dibacakan yasin sekurang kurangnya tiga kali. Sehinggalah berlangsung aku di Jasin selama 13 tahun
Inilah part yang aku rasa sangat best. Menjadi moment yang terindah. Sorilah, penulisan kali ini sedikit cincai. Kalau guru bahasa melayu aku tahu pasal ini. Memang kene perli habis lah. Sebenarnya aku dah mintak balik ke kampung halaman setiap tahun. Bayangkan selama 13 tahun tuh , tak pernah sekali pun miss tak mintak. Besar harapan aku nak balik kampung lah. Nak berpuasa bersama keluarga. Nak balik kampung jenguk emak dan ayah. Tapi setiap perancangan , akhirnya tuhan yang akan menentukannya. Kita hanyalah sebagai seorang hamba.
Bayangkan setiap kali gagal dalam permohonan pertukaran, aku mesti bising . Sentiasa tertanya kenapa tak dapat lagi? sedangkan semua kawan aku , seangkatan dengan aku dah dapat apa yang diimpikan. Sedih memang tak payah cakap lah. Tapi seperti yang aku cakap. Kita hanya merancang. Tuhan yang akan menentukan. Kadang-kadang sedih bila terpaksa memandu waktu malam dan awal pagi jika berlaku hal kecemasan. Paling aku ingat terpaksa memandu pada pukul 2 pagi pulang ke kampung. Aku ini mudah, jika ada jer bunyi talifon pada waktu yang pelik, waktu 1,2, 3, 4 pagi senag cakap pukul 10 malam ke atas. Jika wife dapat panggilan. Aku dah tak cakap banyak. Terus pack barang stanby nak gerak balik ke kampung. Walaupun tak tahu siapa yang call tuh. Tapi dah menjadi kebiasan. Camtu la setiap kali telefon berbunyi jika bukan waktu kebiasaan.
Dalam diam aku memasang staretgi untuk balik ke kampung. Semua dirancang dengan teliti. Semua perara di ambil kira. Tapi Allah maha mengetahui. Bayangkan semua orang membantu kali ini, bermula dari sekolah, jpn , putrajaya hingga kepada pengasuh anak aku pun main peranan. siap menagis-nagis pada hari khamisnya. Result permohonan tahu pada hari jumaat. Jumaat tu, memang tak hantar anak pada pengasuh. Sebab separuh hari sahaja. Tapi dia dah tahu dulu result aku dapat pindah. Cuma dia diamkan sahaja,.
Aku biasa gunting rambut dekat kedai gunting di tepi mrsm jasin tuh. Tapi ada hari tu, aku biarkan rambut panjang. Sebab aku sejujurnya lebih suka balik kampung dan mendandan dengan mat kedai gunting ni. Aku dah memang mengunting rambut sejak tingkatan satu. Tapi, ada sesuatu yang pelik. Aku bersembang dengan mat ni. Aku ceritakan masalah aku. Terlalu lama di negeri orang. Sangat berhajat untuk pulang ke kampung. Korang tahu, dia cakap. Wan,Esok hantarkan salinan fotostat permohonan pertukaran kat aku. Dia siap tanya lagi"memang nak balik ke". Aku terkejut juga. Aku cakap memang nak sangat lah. Esok nya aku , terus bagi salinan itu pada mat. Dia cakap akan uruskan.Pehhhhhhh. Syukurnya ya Allah.
Strategi di rangka elok. hahahaha. Aku siapkan surat rasmi. Diam-diam aku tulis surat rasmi kepada orang berkenaaan, Terus ke Melaka untuk berjumpa terus dengan orang tertentu. Bayangkan aku karang empat surat rasmi yang berbeza. Salah satunya terus kepada Menteri Pendidikan siap laporan bergambar, sebab apa aku perlu diluluslan pertukaran. Ini semua rahsia aku simpan. Sampai aku tulis dalam blog ini.
Aku masih ingat, sewaktu membaca tentatif untuk majlis perpisahan cikgu nazin ruziah. Ada permintaan daripadanya. Nak aku sumbang suara. Aku malas dah nak sumbang suara kat orang ramai. Pikir punya pikir. Malam tu juga aku pm Hilam. Hilman on jer. Esok praktis kejap. Sempat la beberapa kali berlatih . dalam bilik kaunseling dan juga waktu petang. Hilam masih ingat kot , part yang aku lupa. hahahahaha. terima kasih ya tolong cover. Kebetulan pula hari itu hari jumaat. Jamuan kelas pun berlangsung serentak. Tapi , pagi jumaat tuh, perasaan tu memang rasa lain sangat lah. Entah la kenapa. Perasaaan itu tak pernah aku rasa sebelum ini. Sangat pelik. Selesai sahaja waktu sekolah. Aku rehat-rehat dan seperti hari kebiasaan.
Tiba waktu petang, aku buka fb, kecoh pasal result pertukaran. Aku masih ingat. Waktu tu pukul 7.15 petang. Dah nak magrib. Wife aku cakap dah boleh semak. Aku malas lah nak semak. Mesti result dia sama jer. Tak diluluskan. Sekali aku semak. Terpampang result aku berjaya pulang ke Terengganu. Time tu. Entah lah. Semua perasaan bercampur. Cam tak percaya. ok lah........... nanti pula sambung...................... part 2 nanti......