Wednesday, December 25, 2019

INI KISAH KAMI PENUTUP 2019












Pertama sekali, kami nak mengucapkan syukur kepada Allah kerana perjalanan kami berjalan dengan baik . Walaupun perjalanan kami amat memenatkan. Sesampai jer di Malaysia adik terus muntah , huhuhuhu...... alhamdunilah semunya telah selamat Malam ini update mungkin sebagai penamat kepada tahun 2019. Walaupun tahun 2019 adalah tahun yang memenatkan. Tapi di akhirnya kami menghabiskan masa dengan sepenuhnya. Tahun 2020. entahlah mencabar lagi kot. Dan insyallah kami merancang untuk ke jepun pula. Doakan kami. Seterusnya mengerjakan umrah di tanah suci juga. Berikan lah kami kekuatan. Selepas balik jer dari kashmir , kami terus bersiap untuk mendokumenkan semua bagi urusan klaim. Harap dapat banyak ler nanti. 2 hari kot cancel. Giler ke apa. Sampai jer dimalaysia di klia. Rasanya kami cari apa? hahahahahaha. Kami mencari kfc ler. Seharian kot tak makan. Masa daripada srinagar ke delhi tuh, si driver bawak kami makan di pergunugan jammu. Sejuknya ya Allah. Aku mengerti erti nikmat di bumi sendiri Malaysia. Aku dan ustaz dah serik nak pergi tempat sejuk. hahahaha. Selepas tuh, sin driver bajet-bajet nak dinner. Masuk jer wilayah punjabi aku tengok kubah banyak betul. Ingatkan masjid rupanya bukan. Tuh gudrawa untuk orang singh  beribadat. Mujur lah kami kami di pergunungan jammu. Sebabnya nak cari yang halal dah payah. Driver asyik berhenti di kedai makan punjabi jer. Ehhhh tak lalu lah. Lapar kot. Naik van pukul 10 pagi dan akhirnya sampai delhi pukul 11 pagi. Waktu sana. Ko rasa camner. Penat la sikit. Tapi pengalaman yang sungguh berharga lah. Sampai jer kat hotel tuh. Cam biasa di pelayan nak angkat beg. Nak tips ler tuh. Maka aku cepat-cepat potong tak nak kasi dia angkat. Seterusnya dah semalaman tak makan. Maka memasing ada 1 paket jer megi. nik 1, khairul 1, ustaz 1, dan kami 1. Dan aku dah siap-siap beli cadbury untuk makan. korang tahu cadbury tuh berapa harganya. Kat sana rm18 kite. Tapi aku beli jugak, memandangkan susah nak dapat makanan halal delhi nih. Kalau terdesak boleh jer makan vege dorang tuh. Maka kami melantak coklat tuh sepapan, dan kami makan masak megi pukul 5 petang, untuk persiapan nak berlepas malam nanti. Harap dapat bertahan ler. Masa dapat masuk ke airport delhi. merasakan ya Allah leganya, mengenangkan pengalaman yang kami tempuhi tapi sesangat menarik. Masa berlepas sahaja dari airport tuh menaiki malindo, memang terasa besarnya nikmat meninggalkan bumi india. Weh 10 hari kot kat sana. Orang cakap kalau lepas ke india. korang boleh travel kat mane-,manenegara dah.Sesampai jer kat klia,amik beg semua. jeng jeng jeng. kami serbu kfc. subuh tuh melantak rm60 untuk 4 orang. hahahahahaha. lebihnya buat tapau jer. Seterusnya pergi ke erl sebab parking kereta di putrajaya sentral. Korang , orang melaka , nak simpan kereta, simpanlah di putrajaya sentral murah dan selamat. 10 hari tuh tinggalkan kereta dan kosnya rm50 sahaja. camtu lah. 2 hari berehat, terus balik ke terengganu. Banyak lah aktiviti cam biasa. Hari ini dah sampai balik dah melaka. Esok mak ayah akan pulang ke terengganu dah dan dhiya akan memulakan persekolahan pertamanya di sjkc yun shein. Untuk yang seterusnya, saya nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar pt3 subjek sejarah.Bertalu-talu awasap masuk. Tahniah seri,ikmal, biha, wang, wan amirul hafiz, dan semua lah. Seri jangan lupa nak belanja saya jika dapat A. Nanti saya bagi sovier untuk awak gak k. wokeh untuk coretan yang berikutnya ialah catatan hepi berday untuk yang queen in my heart.............. happy berday sayang. Semoga ukhawah yang dibina diberkati Allah dan ikatan ini menjadi saksi untuk bertemu di syurga nanti. Soal jodoh ini telah pun disiapkan sewaktu didalam kandungan ibu diwaktu 4 bulan dalam kandungan. Maka dipertemukan kami. Untuk menjalani hidup bersama . Ya Allah kau limpahkan rahmatmu dan pandangan mu kepada keluarga kami yang sering kali melupaimu.... kami memohon diwaktu meraikan hari bersejarah ulang tahun kelahiran isteri dan ibu kepada anak-anaknya diberkati segala usaham dilapangkan rezeki , syurga di akhirnya. Kuatkan ikatan tali perhubungan antara kami dengan menjadikan agama sebagai paksinya...... amin........... selamat ulang tahun sayang 2019...........

Tuesday, December 10, 2019

TAHAJUD DI BUMI KASHMIR























































































Pertama sekali ialah nak ucapkan perasaan syukur pada yang esa. Sebab dah sampai di bumi malaysia. Baru jer tiba semalam.Terus akumenaip benda ni agar tak lupa. Sebenarnya nak ke kashmir ni dah dirancang setahun lamanya. Maka aku rasa nak try musim sejuk. Sebabnya kerana malaysia iklimnya panas. Korang tengok lah gambar tuh semua.Banyak pengajaran yang berlaku disini. Semua anak-anak gembira maklumlah nak menempuh musim sejuk kan. Seterusnya baju sejuk semua tuh dibeli di bundle jer. murah . Kasut semua lah. ok aku nak mulakan cerita pasal perjalanan ke sana. Untuk ke sana perlu diselesaikan ialah permohonan keluar negara untuk pegawai kerajaan dan insurnas. Kalau boleh amik lah yang paling mahal. Sesangat penting. Hari ini aku akan habiskan 10 hari cerita disana. hahahaha. Seterusnya ialah aku dah mula merancang camner nak ke klia tuh. Banyk juga dibuat survey, Nak tinggal kereta di melaka sentral la, apa lah,.Yang paling cun akhirnya aku letak diputrajaya sentral. 10 hari wei letak kereta disana, dicabut baterinya,. Harga di parking untuk sepuluh hari ialah rm59 ringgit ja. Pastu naik keretaapi express tuh. terus ke sana. Maka bermulalah babak yang tidak akan dilupakan seumur hidup rasanya. Hari pertama dengan lancar naik mas ke india. Syukurnya. selamat sahaja. Seterusnya terus ke airport domestik india nak ke sri nagar. Masa kat srinagar ni kami rehat di airport sahaja. tepi hujung subway jer. Lama weh melepak disitu. Pastu terus masuk ke dapertre pada pukul 3 pagi untuk penerbangan ke srinagar. Turun sahaja dari fligt tuh. Dah terasa sejuknya. Wah ini best sangat. Terus orang agen datang untuk tuliskan latter yang perlu disampaing anak-anak dan wife tukar baju winter. Sejuk ya amat. Giler ah. Maka kami dibawa ke houseboat. Duduk kat situ ler kat dal lake. 2 hari kot duk kat situ. tak berhenti orang datang jual magnet. dan keychain. Bi sangat penting sebagai bahasa perhubungan. Masa di houseboat tuh memang sejuk gila. Ada pemanas tradisional. Baunya sedikit kuat lah. Hari pertama dibawa naik ke gulmag. Kat situ ya Allah sejuk gile. Nak naik gondola. kat swissmahal giler kalau nak naik bende nih. Seterusnya nak ke gulmag tuh , kene pilih antara nak nak sligler atau atv. Aku malas sebenarnya nak naik atv tuh. Diingatkan kat kashmir ni sesikit nak tip, Tapi aku dah siap siap tukar untuk bagi kat dorang tuh kalau dorang  mintak. suke hati jer la dorang nih. Seterusnya hari pertama kali berbelanja banyak untuk makan. hahahaha beryani ayam dan daging. Adik qaseh sentiasa kene usik dengan orang kashmir nih. Seterusnya kami ke houseboat lagi. Nak beli keychain beli lah kat houseboat . demand habis habis kat dorang. insyallah boleh. Masa kat houseboat lah kami kenal dengan geng khairul , ustaz dan adawiyah. Nih geng hebat gegila lah. Dah habis adegan kat houseboat. kami ke hotel la pulak. namanya hotel royal haritege. Pehhhh cantik dan aku suka. Tak suka duk di houseboat tuh. Entah apa-apa. nak merasai pengalaman boleh sangat lah. Seterusnya kami ke sonamarg . kami dengan ustaz dan adawiyah jer. naik van. Sejuk nya bila angin bertiup. Sempadan dengan china dan tibet pastu naik la kuda masuk kampung dorang. pastu balik dan makan di hotel. kat kashmir ni , pepagi makan megi. huhuhuhu. jemu sungguh lah. tenghari makan sendiri jer dan dinner makan di hotel. esoknya ke pahalgam.paradise of earth. Subhanallah cantik sungguh. Cam swiszlnd.Tak perlu pergi swiss dah pun. siap dapat musimluruh lagi. sebab permulaan musim winter nih. Maka pepagi nya kami dah nak bertolak ke delhi dah.Bajet nak balik lah. Maka semuanya bersalam bagai. hahahahahaha. sampai di airport srinagar. Kami tunggu lah, yang ada kat situ aku,khairul, ustaz . tunggu punya tunggu, eh. flight cancel. Mampus. camner nih. maka aku mintak tolong sorang hindustan ni call agen untuk maklumkan pasal ni. Masa ni kat airport sungguh sejuk luar biasa. Cam duk kat tempat beku peti ais. Dengan laparnya. akhirnya penantian berakhir apabila agen datang. Agen cakap jangan bimbing semua ok. Terus dorang secdule balik tiket untuk tomorow. Alhamdunillah. Sedih. Geng khairul pula terpaksa naikkereta ke delhi. hahahaha. Aku selamat tak perlu naik van.khairul gerak pukul 9pagi. Akuflight jam 9.45. Makapukul 6.30 dah gerak keaiport dengan harapan dapat la balik.Sesampai di airport jer terus tengok score board tuh.Eh korang tahu cancel pula. Mampus. 2 kalicancel. Maka aku terus cari taxi dengan ustaz gerak secepat mungkin untuk di uruskan cara lain kuar dari khasmir. Kashmir sesangat ok. cuma sebab berkabus tebal. maka tak  dapat fly. Maka agen terus bagikan bas mini untuk kuar dari kashmir. Aku dengan ustaz dan agen terus panggil adawiyah kerana risau cuaca cam sama dan tak dapat keluar kashmir. Maka kami bincang untuk terus dari kashmir ke delhi. Gile. 24 jam duduk dalam bas mini tuh .Kami gerak pukul 9 pagi dari kashmir. Nak lepas kashmir ingat mudah ke ikut jalan darat.pehhhhh. siap turun bincang dengan polis dorang.Rasanya askar india ok jer kot.Yang masalah sikit ialah polis trafic dia. Memang susah. ade 2 kawasan yang susah lepas.Kami try jugak.Kereta kene ketuk dengan kayu. Memang susah gila naklepas.Last aku dengan adawiyah kuar dan bincnag. Alhamdunillah dapat keluar.maka bermulah perjalanan kami ke india. 24 jam tahu. jumpa pagi balik. Masa kat hotel, aku duk kalut siapkan kelengkapan anak-anak.Air panas untuk susu dan makanan. Maka kami bincang nak ke jammu ke camne. Maka kami putuskan untuk terus ke delhi juga. Tanpa henti. Allah gile. Masa melaluipergunungan di kashmir jammu. Pemandangan sungguh cantik. Malamny nampak berkedipan cahaya dibukit-bukit sebab dorang bina rumah di atas bukit. dalam bas mini tuh kami punya masalah sebab di kashmir tak dapat internet. Susah nak info. Nak arreage tiket baru bagai. Cam cam lah. Tapi degangeng geng baru ni alhamdunillah syukur sangat . membantu antara satu sama lain. Masa tengok signboard perjnalanan tuh delhi dari kashmir ialah 800km. jauhnya. menyelusuri wilayah punjab dan jammu. ingatkan kat punjab tuh masjid. Sebab kubah dia besar besar. Rupanya tuh la gudwara sahib. Kesian sangat orang-orang kashmir ni. dinner kat tepi tepi jalan capati. rm25 sen jer. Tapikami tak berani makan bimbang sakit perut. Maka tahan jerlah. Masa melalui pergunugan tuh. jalan dia kecik jer dan tak elok. Berliku- liku dan bawahnya gaung curam. Mujur anak-anak ok.Ceria lagi tuh. Ops lupa.Masa di kashmir tuh kan. kami ke locak market dorang. seronok gile. makan aiskrim dia. semua kat sana murah. long john rm30 sepasang. mane korang nak dapat kat malaysia bende tuh. Barangan kulit pun murah. Aku siap beli canggiri. orang sana letakkan bara dan bawa dalam baju untuk panaskan badan.Weh gile sejuk lah. aku mungkin stop dulu la holiday time winter nih. Anak-anak pun tak nak dah. Balik malaysia nih pun masih rasa sengal-sengal badan sebab sejuk teruk. Panjang juga ni menaip.Takpe korang baca jerlah nanti yer. kat perjalanan ke jammu tuh adacam rnr lah. hahahaha. Semua orang duk perhati kami. Sebelum-sebelum nih pun aku ke lokal market dorang jalan kaki sorang-sorang. Beli 3 beryani lagi, kambing bakar dan ayam panggang. terbaik ah. Eh masa beli beryani dorang tak pulang baki. wehhhhh main kasar orang kashmir ni. Maka aku mintak bakinya. eih kalau nak cerita semuanya cam panjang berjele jer. Ni tulis sebab risau lupa memori.Sampai di delhi aku dan group buat keputusan rehat di hotel sebelum ke airport. Dan akhirnya kami berjaya ke airport dengan jayanya. Diakhir ni. aku nak bagitahu , kalau nak ke luar negara perlu lah dibukaan bank untuk sebarang transaksi. mudah jika tak bawa cash. Cumanya aku ni memang tak ada bende bende online ni.Masih tradisional. Bajet nak ke taj mahal. Maka jadi camni memang tak dapat lah. dan memang tak pergi dah pun taj mahal. Maka dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua, ustaz, ustazah, khairul, diana, nik, adawiyah. kerana bersatu hati.gitu. hahahahahah dan tak lupa juga kepada travel agen kami yang cukup hebat dan tak lepas tangan........ travel agen abby hasan. abby memang terbaik lah. kami sayang abby hasan n husband , irfan..... world classs. Diuruskan alternatif. Maka aku nak promote nih.sesapa nak pergi ke kashmir. jangan bimbang isu pergolakan disana. Sebenarnya ok jer lah......... tapi kene hati-hati dengan cuacanya. sebab cuacanya yang menjadi penghalang. Abby hasan sangat hebat dan punya pengalaman luas. Korang jangan bimbang jika ke sana,.Tapi dengan travel agen abby hasan lah. Sebabnya semasa flight cancel tuh. abby dah siap-siapbelikan tiket baru dan suaminya irfan orang kashmir. Maka semuanya mudah. ada yang terkandas dah nagis-nagis dah..... tq abby hasan. Sesiapa yang nak pergi , sila berhubung dengan abby hasan ikut fb jer. Ada no telefon dia disitu.