Saturday, November 13, 2010

CUTI SEKOLAH

10.25 am 14/11/2010
Hari ini aku tengah menghitung duit untuk menstabilkan sebelum berangkat balik ke kampung. Itu pun tak tahu biler boleh balik sebab jadual bertugas biasanya keluar minggu depan. Duit plak ciput-ciput dan sampai paras hidung dah. Semalam ada khursus ladap . Lepas aku pergi ladap yang masing-masing cikgu-cikgu dah tak sabar nak balik aku terus ke pusat karaoke di jasin ni. Lepaskan gian lorr.. Tak sangka pula time tuh ada juga anak murid aku kat situ. Aku tak peduli aku nak nyayi jugak. Aku pun ambik la 5 lagu untuk saja-saja, almaklumla dah biasa menyanyi. Pastu aku pun nyayi la. aku perasan ramai yang jenguk-jenguk. Mungkin suara aku sedap kot. wahahahaha. Lantak la. pastu lepas abis menyanyi ada pelajar aku kat luar dan terus salam siap cium tangan lagi. Terharu juga la. Aku dah bercinta dengan kerjaya guru. Memang best dan memang tak rugi. Jika kita dapat ubah perangai seorang pelajar rasa puas tuh akan datang. Kali ini untuk pengatahuan semua aku masuk kelas hanya reliaf jer tuh dia sambutan pelajar-pelajar , masing-masing mintak aku ajarkan mereka nanti. Aku ni kalau masuk kelas hanya bercerita disamping menasihati. aku percaya bahawa lidah lebih tajam dari mata pedang. Aku selalu masuk form 1,2 dan 4. Kelas-kelas ini la yang aku selalu masuk. Aku pula cam tak percaya tahu time bercerita sampaikan yang tertido pun boleh terjaga. Hebat juga penangan aku nih. Pastu ada satu kes yang sampai sekarang aku akan ingat. Aku cam biasa berceramah disamping belajar berucap sampaikan yang cina yang asyik baca buku cerita bahasa cina pun boleh duduk depan aku dengar aku punya cerita. Syok sungguh kalau dapat tarik perhatian mereka ni. Aku selalu bercerita berkaitan dengan pengalaman aku semasa belum berjaya. Aku akan terus bercerita dan terus bercerita. lantak la. Aku juga sentiasa selitkan moral dari cerita aku tuh. Semasa aku praktikal kat sebuah sekolah kat melaka. Diaorang ni lain sikit. Suka sangat la cerita hantu. So aku pun buka la cerita hantu yang diaorang tak pernah dengar. Sebenarnya aku ni seorang yang tegas dengan palajar-pelajar aku. Kat luar lain cerita, sampaikan aku ajak diaorang karaoke dan makan-makan sama tau. Aku sekarang tengah merangka sesuatu untuk diaorang pada tahun depan . Tapi bergantung pada form berapa yang aku kene ajar dan jaga kelas. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku nak bercuti. Sebelum itu aku cukup bangga selepas respon cikgu-cikgu yang menerima berita pasal pelajar-pelajar ada yang mahu jadi seperti aku. Ada yang nak sambung belajar dalam bidang sejarah la. Ada tuh cikgu-cikgu cakap pelajar-pelajar cakap aku punya cerita sampai membuatkan mereka terpesona. Tuh dia. malas nak ulas. Dalam blog bolehla aku bercerita pasal semua nih. kalau kat luar tak boleh bercerita nanti dikatakan sombong. Ini blog aku ikut suka hati aku la nak tulis apa pun. Aku sentiasa menjadi cikgu yang serius time mengajar. SAtu lagi ialah aku cukup kagum dengan jpk aku nih. Aku rasa dia memang layak untuk menjadi pengetua. Sekarang aku tengah berkira-kira nak angkat kereta. susah sebenarnya tak ada kereta ni. Nak balik kampung pun susah. tuh jerla untuk hari ini.

Monday, November 8, 2010

JEJALAN DI KG BARU

8/11/2010 10.38 pm
Sebenarnya aku malas nak pergi ke kl nih. sebab asyik terpikir nak balik kampung jer. kebetulan pada malam ni tak ada kelas. So aku pergi la jejalan dengan geng2 cikgu baru... nak aku sertakan nama . si bonot, amin, dalil, si padil, si azizul dan ada 2 org lagi. Aku paham keadaan kawan-kawan yang belum dapat gaji. Aku terpandang dalam wallet kawan aku ni ada rm5 ringgit sahaja. Aku kesian plak tengok dia. Tapi aku pun dalam kekeringan. Aku hanya tunggu nak balik kampung jer.. Nak rehat puas-puas sambil memikirkan rancangan yang bakal aku rencanakan pada masa yang akan datang. Esok entah macamana lar plak program. ntuk maklumam , aku hari ni dilantik oleh penghulu untuk menjadi pengacara majlis. Tension jugak ler. dah la masa dulu aku ada kes berkaitan dengan menjadi mc nih. Tapi syukur aku dapat meyempurnakan dengan jayanya walaupon ada la sedikit cacat celanya. Aku duk sini boleh la jugak mensave bajetkan . Dalam hati menjerit jer beritahu biler 20 haribulan nak datang... korang apa tahu, gaji tak da. tanggungjawab masih ada untuk menjaga family nih..aku sebenarnya terlupa hantarkan borang hamis untuk data, Entah la aku malas sangat nak pikir pasal tuh. NAh sekarang bagi aku enjoy dengan tv dengan rancangan yang best, dengan line yang penuh, wah seronoknya iduo ini. dikelilingi kawan-kawan yang ramah tamah. Jalan-jalan,dah la tadi time aku nak g sogo ditegur sorang brader, aku dgn ilmu yang telah dibekalkan buat tak tahu jer. itu yang diajarkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.....aku rasa itu jer kot catatan malam nih. naluri insyaalah sentiasa betul.....

Sunday, November 7, 2010

HOTEL BRISDALE

Allamduilah syukur aku dapat pergi khurus pertama bidang perguruan ini. dilangsungkan di hotel brisdale. Disini aku bersama dengan si amin, mas, helmi leganyer ada jugak la kawan disini. Disamping itu jugak dapat la save bajet. Duit aku dah makin kurang menunggu untuk balik ke kampung. Tak sabar rasanyer menunggu gaji pertama aku. Tapikan Segalanyer telah berubah selepas aku berkeras tak nak bagi pak ..... iaitu jiran aku paking kete umah aku. Maklumla dia geng pasar. so mmg dah biasa bab camni. Aku dah lama tak update akunyer blog sebab kat jasin nun bapak slownyer line. Pening kepala aku nak tengok youtube dan segala nyer. Hari tuh aku ada pergi ke umah mak angkat aziz. Alahai silap langkah la plak sebab time tuh ramai giler orang dekat umah dia. Maklumla cuti panjang. Tapi aku sempat jugak berkenaan dengan mak angah iaitu kakak kepada mak angkat aziz tuh.sebenarnya aku nih minat kereta kelisa. Dalam menghitung kereta mane yang sesuai, aku sememangnya nak sangat kereta kelisa. Tapi masalahnyer kereta kelisa dah tak kuar. kalau nak kene yg second hand jer. pening-pening. Sekarang aku tengah membuat pertimbangan untuk melihat kereta viva. Biar la kecik sikit, asal aku tak pening kepala nak bayar. Kawan-kawan aku plak ramai yang duk sorang buat masa sekarang. Ada tuh ckp dah nak giler... hahaha selamat aku dapat mengharungi dgn selesa. cuma kene banyak doa dan tawakal sahaja. Kejap lagi aku ada program 8.30 sementaranak menunggu nih aku menaip la. maklumla line kat sini full... Untuk pengatahuan sekarang aku duk sekali dgn cikgu hizul. tapi entah dia xdatang-datang. dia ada buat khursus kawin. itu hal dia aku xnak campur. ok la nanti aku akan menupdate lagi... syok duk kat line penuh....8.10 7/11/2010