Saturday, November 24, 2018

SYUKUR REZEKI YANG HADIR

















Alhamdunillah,syukur dapat juga menaip lagi. Cumanya ingatkan hari tuh dah lastmenaip blog untuk tahun ini. Rupanya tak lagi. Tak mengapalah. Catatan perlu dinukilkan agar yang best best nanti boleh dibaca kembali. Minggu lepas aku dan wife dah selamat dinaikkan pangkat. Lama rasanya bergelar pendidik ini. Seterusnya ialah parents datang dari kampung. Makanya menjadi chef la. Sedapnya kari sotong . Seterusnya pergi kemelaka dan seperti biasa jalan jalan kat muar. Hari ini pula ialah hari last traning dengan player. Walaupun banyak yang perlu diperbaiki. Namun mereka ni cepat belajar. Tahun depan insyallah akan berjaya menjadi satu team yang mantap jika kene dengan caranya. Esok ialah persembahan di sk yu shien. harap semuanya berjalan dengan baik. Lusa akan ke cherating pula. Jika ditengok pic ni, baju hitam putih. Baru siap dan bagi dorang rasmi dan nak jadikan kenangan. Cantik juga lah. Ada bendera negeri melaka lagi. Tahun depan perlu dirancang dengan lebih baik lagi. Cumanya kali ini aspek spiritual mereka lupa. Setiap team yang aku bawak, mesti diterapkan aspek bersalam.masa game dan traning mana lah tahu ade yang terasa. Rendahkan diri untuk team yang lebih harmoni. Itu lah sepatutnya. Waktu perlu sentiasa diberikan penekanan. Mungkin 2 bulan tak turun traning abis hancur semuanya. yang syoknya diterapkan modul dedulu,. Tak sangka dipraktikkan kembali, larian 15 minit dan larian potong. hahahahahahaha. ingat balik benda benda camni terkenang masa main dulu untuk team. penat kot, dengan panas nya. Larian 15 minit rehat dan larian potong. cumanya dorang tak biasa cooling down lagi. Takpelah nanti kita belajar. Tak buat nanti merangkak cam aku kene masa masuk hotel. Satu lagi 4 geliga rasanya tahun depan akan dibuat jadual. Tak nak jadi malas. Mungkin akan ada kelas belajar untuk 4g tahun depan. Kelas ini wajib untuk dorang buat latihan dan mana kerja sekolah. Moga semuanya dapat semua A. baik lah itu jerla, last tq pada syirol nasik lemak. memudahkan kerja dan nasik lemak dia pun sedap.......... 12.09 25.11.18


Sunday, November 18, 2018

PENGHUJUNG 2018 YANG MEMENATKAN......








Alhamdunillah berjaya sudah mengharungi perjalanan diakhir-akhir persekolahan ini. Seminggu sahaja lagi sekolah akan melabuhkan tirainya. Kali ke 8 bergelar pendidik. Hebatkan. Cumanya  minggu ini istimewa sedikit kerana banyak aktivitinya. Pertamanya ialah jamuan akhir tahun untuk guru-guru. Tapi pada masa yang sama pula ada game untuk guru melaka. Main hoki ler. Dipelawa oleh cikgu rosman. muhahahahahaha.Tapi memang nak main ler. Melaka menjadi tuan rumah kot. Tapi yang menjadi masalahnya ialah aku dah lama gila tak turun padang dan juga berat badan dan naik. Gerenti semput la. Tapi join juga lah.Buat berpeluh camtu. Maka sebelum game ni aku ada beli beg hoki. Murah sebab tuh ler beli. Pastu terus bawa g turff. Wokeh seterusnya ialah tiba la waktu game. Pertama kaligame cam biasa lah. Gugup dan panas giler.main 7 sebelah danyang menjadi masalah ialah tak ade attacking. alamak nih masalah. Cikgu hazizi menjadi penjaga gol. Maka game pertama tewas 1-0.Walaupun permainan memang dikuasai oleh team kiteorang. Lepas tuh. ada perubahan yang dilakukan iaitu bermain 9 sebelah. Sebab terlalu penat nak main 10minit setiap half time. maka 20minit woiiiiiiii. Tapi skil masih baik lagi. Gelecek dan berjaya menjadi antara perancang untuk menjaringkan gol. Selepas ada pemain penyerang baru lah, team kita orang tak kalah dan menang semua permainan. Aku pulak penat dan rest kejap luar padang. si Aiman duk jerit-jerit. Masuk wan masuk wan.Aku dah penat giler. hahahahahaha. Layan kan ja. Tapi belah aku tak ade yang dapat lepas. Goal belah kiri. Bukan posisi aku.Posisi aku clean dan tak dapat lolos.  Terbaik. Jaga penyerang haji omar. Sempat juga gelecek haji omar. Tapi haji omar orang vateren. Boleh lah.Apapun terbaik team jasin cikgu rosman, fazuley, syafik, aiman, acong dan sapa tah sorang lagi cikgu. akhirnya team dapat naib johan sahaja kerana team rasul menang kelebihan jaringan. Jika nak diikutkan team cikgu rasul kene dgn team jasin. Tahun depan kita cuba lagi.Jangan marah marah key. Penat sebab 1bulan setengah tak turun padang. Kulit dah jadi putihmulus, Tetiba turun camtu jerk. sabo jerlah. Tapi skill masih mantap. Dan menjadi orang penting. hahahaha. Paling last game ialah semasa kat universiti dulu dengan roslan salikon. Bermain dgn coach jerman. Dalam permainan hoki ini aku tak leh lupa klinik hoki dedulu yang menyebabkan aku tak leh bangun dari tido. Dari pagi hingga petang main pukul bola. Kenangan lah dulu. Sekarang duk melatih pelajar pulak. Tapi moga kuatkan hati ini. Dah ler tuh. Seterusnya ialah lepas jer habis game. Terkira-kira nakpergi ke tak jamuan akhir tahun nanti. kat the pines. Tapi dah bayar. Cikgu rosman dah balik dulu. Aku malas nak balik.Jauh la.Tapi baju salin dah bawak, kuar dari stadium nampak hotel the pines dari jauh. Maknanya dekat sangat jer tuh. Maka aku wat keputusan pergi juga dengan baju basah kuyup dengan peluh. Sampai sana terus cari tandas untuk bersiap... akhirnya layan kan juga kat the pines.banyak makanannya tapi malangnya udang bakarnya sejuk. ayyoyoyoyoy. ok la. akhir kata selamat berholiday.

Tuesday, November 13, 2018

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6................





















Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6.............. alhamdunilah penuh dengan suka dan duka. Semoga ikatan yang dijalinkan ini kekal hingga ke akhir hayat. Tahun ke 6, bersama. Susah senang bersama. Dikurniakan 2 cahaya mata yang menjadikan tautan ikatan semakin kukuh dan insyllah tersimpul mati. Percayalah apa yang ditempuhi bersama selama ini adalah tanda kasih sayang yang akan menjadi memori indah buat selama-lamanya. Ingat lah biat-bait lagu yang tujukan semasa masih di sabah. Setiap kali ulang tahun, pasti akan disambut dengan meriah. Sebelum ini di sarawak, di cameron hignld dan insyllah kali ini akan disambut di kuantan. Semuanya dah dirancang dan moga berjalan dengan lancar. Jarang sebenarnya warkah seperti ini dicoretkan. Tetapi setiap kali nadi dan jantung ini berdengup. setiap itu lah kesetian ini khas untuk yang tersayang dan sentiasa mekar. Kita pahatkan memori indah dalam hidup ini dan menjadikan hidup ini dengan penuh makna. Lukisan-lukisan hidup seharian yang  kita lakarkan bersama pasti akan menjadi kenangan terindah. Cinta yang suci itu datangnya dengan penuh keikhlasan dari hati.Hargailah cinta tulus suci, ikatan yang dah menjadi ketentuan ini dengan penuh keyakinan. Jika di ingat kembali , detik detik dahulu dengan hadiah jaket, pertemuan pertama, diteruskan dengan pertunangan dan akhirnya dengan ikatan perkahwinan. Indah sungguh perjalanan yang diaturkan oleh maha pencipta. Ku memohon agar  kami membawa kebahagian ini hingga ke jannah. Ya Allah , ku memohon agar di syurga nanti ku tetap ditemukan kembali dengan apa yang ku ada disisi ku. Ya Allah jadikan hati kami seperti kasihnya saidina Khadijah dengan Rasullah, Cinta nya zulaikha kepada Nabi Yusof, Sarah  dengan nabi ishak, Ya Allah redhakan lah percintaan kami hingga ke syurga................ amin

BUAT PERMAISURI HATIKU....
ROZILAH ABDULLAH