Sunday, October 31, 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

 Alhamdunillah syukur,  diberikan lagi peluang untuk menitip untaian kata. Kata-kata yang diukir mengelus sukma. Esok pelajar tingkatan 3 dan 4 akan ke sekolah akhirnya. Sudah lama rasanya mereka tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Tetapi berinteraksi melalui media sosial sahaja. Sebenarnya perkara yang terjadi ini seperti idaman kisah-kisah dulu. Kenapa ya dikatakan seperti itu. Sebabnya aku ni suka mengelamun. hahahahaha. Sebelum ini pernah terfikir tentang persekolahan ini. Sekolah seminggu dan cuti seminggu. Akhirnya terjadi. Mungkin sebab penat kot kan. Sampai terpikir yang bukan-bukan. Tapi sekarang menjadi realiti. Seterusnya ialah dedulu kan. Asyik terfikir , alangkah bestnya jika masa berpuasa dapat berpuasa penuh di kampung. Maklum lah selepas STPM, terus merantau dari kl, ipoh, melaka dan akhirnya kembali ke melaka. dekat 20 tahun berjauhan dan tak berkesempatan berpuasa penuh di kampung. Akirnya tahun 2020 terjadinya peristiwa ini. Syahdunya. Pernah bertanya soalan ini kepada cikgu-cikgu veteran.Pernah takdapat puasapenuh di kampung. Ustaz Hafizan  bagitahu, pernah berlaku satu masa dulu . Puasa penuh dalamwaktu cuti sekolah. Tapi akhirnya terjadi. Seterusnyaialah belajar melalui google meet. Aku dulu  biasa ler tengok power ranger. Pernah ada episod dorang berbincang melalui seperti aplikasi googlemeet. Nah akhirnya berlaku juga pada tahun 2020. Sekarang ini dalam pikiran aku. Hidup berdikari seperti zaman dulu-dulu. Mancing ikan, lastik burung. Main pondok-pondok. adakah akan berlaku nanti. Minta jauh ler semua itu. Sebenarnya pengiraan tematik dalam surah isra menyebut angka 76. Jika dihitung angka 76 akan berlangsung pada 2022. Aku tetap pada bulan 2 tahun hadapan. Apa tuh. Tak ada apa pun. Sesuka ja. Doakan agar sentiasa dijauhkan bala bencana. Weiii nak bagtahu ini. aku dah cucuk vaksin kot. Punya cuak nak kene cucuk tuh tak yah cakap la. Macam-macam cerita keluar. Solat hajat siap, hahahah. Macam nak wat majlis nak kene cucuk ni. Malam nak kene cucuk, serius tak boleh tidur, sebab memikirkan apabende la vakin akan dapat. Masa daftar tuh, aku tengok kat borang tuh..... ehhhh sinovac. Syukurnya. Memang tak sangka sungguh dapat sinovac ini. Memang nak sangat jenis ni. Tak nak yang lain. Nak tahu kenapa. Kena tanya la kalau jumpa. Esok lusa dah nak balik kampung dah. Harapnya dapat tukar la ke kampung lepas ini. Penat dah duk kampung orang kot. Lumrah merantau. Aku anak rantau camtu. Jika tak kerana  kobis ni. Perangcangan aku akan ke mekah dah. Selepas ke mekah, akan terus ke surabaya. Tapi takdir menentukan semuanya. Jika kene cucuk booster. Maka tak nak lah. Duduk la malaysia ini diam-diam. Ok lah. Rasanya setakat itu dulu la nak tulis. dekat setahun juga tak menulisnya. jumpalagi jika berkesempatan...............