Saturday, June 25, 2011

DARI MELAKA KE TEMERLOH

Malam ini aku nak berbicara dengan panjang sikit la. Sebab dah lama tak menulis kan jadi beku otak ini. Aku entah camner pagi tadi rasa bosan yang amat sangat. Ini ditambah dengan soal selidik aku dengan cikgu-cikgu vateran berkaitan dengan camner nak ke temerloh daripada ke melaka. Sesungguhnya aku seorang yang tabah. Mengharugi apa jua rintangan dalam hidup ini. Aku pon dengan pantas telah ambil tindakan drastik dengan terus memancu ke arah temerloh. Ok untuk ke temerloh daripada melaka jalan yang perlu diikuti ialah. Perlulah mencari kawasan namanya seladar, selepas itu ke batang melaka, seterusnya ialah air kuning, seterusnya ke pasir besar dan disitu kamu tak akan sesat lagi. Sebab dah ada sign board ke temerloh. Lepas ni org melaka yang mahu ke temerloh boleh la tengok dalam blog aku nih cara nek ke temerloh. Penerangan yang diberikan oleh kawan-kawan aku agak kabur. So aku dah plankan untuk sesiapa yang mau ke temerloh. Aku sejak bermula 2 3 bulan yang lalu menghadapi cabaran dengan bebudak dari kelas aku mengajar. Aku akui bahawa mereka cukup hebat dengan soalan-soalan maut berkaitan dengan sejarah dan alhamdulilah aaku seperti biasa dapat menjawab dengan tenang sekali. Yang pasti aku mahu menurunkan ilmu-ilmu yang bukan hanya semata-mata untuk peperiksaan tetapi juga untuk bekalan menempuh ujian yang akan datang. Pelbagai isu aku kupas dengan lebih ditail agar pelajar-pelajar aku dapat membuka minda dan pemukiran masing-masing. Setelah aku amati kisah-kisah sejarah dalam buku teks terbanyak banyak keraguan yang munasaha aku jumpa dan akan diceritakan kelak. Sesuatu yang sedikit mengejutkan. Secara tidak sedar kita membaca dan dapat merasa kronologi yang pelik dan mengkagumkan. Bukan kerana susunan yang disusun oleh penerbit. Tetapi sesuatu yang luar biasa.ok la esok mau bertolak ke melaka balik ni. Apapun segala permasalahan yang wujud dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan toleransi. Tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi puasa akan menjelang tiba. Sayu nya hati hampir 7 tahun berpuasa di rantauan. Tapi kerana tugas yang suci iaitu tekad menyumbang kepada kesedaran pentingnya pendidikan terutama kesedaran agama perlu diperjuangkan kepada sesiapa yang bergelar cikgu muslim untuk menegakkan syiar islam yang kian runtuh. 25/6/2011 10.56 pm

No comments:

Post a Comment