Monday, April 4, 2022

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2022/2023. AYUH MENCIPTA KEJAYAAN

 Assalamuaikum. Alhamdunillah syukur kehadart ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk mencoret sedikit memori untuk diabadikan. Pertamanya selamat menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Rasanya sangat banyak nak dicoretkan disini. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun ini genap sudah 12 tahun di smkis ini. Wow lama giler. Tapi rasanya dah jemu dah. Moga dapat balik ke kampung halaman. Banyak sebenarnya perancangan jika dapat pulang ke kampung halaman. Namun takdir mengatasi segalanya. Tidak terlalu lama jika nak ucapkan takziah kepada pelajar wan amirul hafiz dan keluarganya. Masih segar ingatan sejak beliau masih di tingkatan 1. Moga tenang dan ditempatkan bersama dengan para syuhada. Syahid akibat kemalangan dan jasadnya yang sempurna. Seusia dengan sahabatnya yang lain yang baru sahaja menamatkan peperiksaan spm. 

    Seterusnya tahun ini sedikit cabaran kerana banyak mengajar kelas peperiksaan. Sabar sahaja lah. Walaupun sedikit risau. Cuma  STPM sahaja tak mengajar. Kalau tak, dah complete dah semuanya. Tahun ini kemeriahan bulan puasa sedikti terasa.Maklumlah sudah 2 tahun terdapat pelbagai kekangan yang ada. Lupa nak dititipkan. Anak sudah ditukarkan ke sk daripada sekolah jenis kebangsaan cina. Ini kerana guru tuisyennya sudah tidak lagi mengadakan kelas. akibat kekangan masa. Maka setelah di timbang-timbang, maka diputuskan , ditukarkan sahaja ke sekolah biasa. Antara faktor yang kuat ialah kerana tokoh isnpirasi ,  dr syeikh muszpar anaknya juga sudah ditukarkan ke sekolah islamik school. Apabila ditanya mengapa ditukarkan, jawapannya ialah , agar ada basic dari sekolah cina. Memang tidak dinafikan sekolah cina sangat banyak kerja sekolah dan sangat tegas. Benarlah, pemikiran orang cina sanggup menghabiskan wang untuk memberikan pelajaran terbaik buat anaknya. Antara turutan pemilihan ke sekolah ialah sekolah antarabangsa, sekolah khas, sekolah mrsm atau sbpi . Selepas sahaja tamat spm. Kebiasaanya mereka sedaya upaya akan menghantar anak ke luar negara seperti ke taiwan dan china.  Hebat bukan. Percayalah tradisi cina sangat mementingkan pendidikan , Anak-anak di didik untuk sentiasa membaca buku. Terbukti dengan anak-anak ini. Pasti mereka akan luangkan sedikit masa untuk membaca buku juga.

    Hah hari ini 2 ramadan. Hari ini ambil sikit duit untuk beli periuk kot. Pokai habis. Dah beli dah dan satu set pinggan. Selama ini asyikpakai pinggan plastik jer. Kali ini dah berubah sikit lah. Esok juga akan diadakan perhimpunan untuk pelajar tingkatan 1. Seperti penat jer esok ni. Lupa saya nak bagitahu, tahun 2020 merupakan tahun dapat anugerah terbaik. Sebenarnya langsung tak kejar apa-apa. Semuanya adalah untuk kepuasan semata-mata. Alhamdunilah syukur. 

    Pada malam ini saya akan ceritakan peristiwa kisah interview sebelum nak menjadi cikgu. Semasa di universiti, sewaktu semesta akhir.Maka perancangan sudah dirangka. Memilih kerjaya. akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi seorang cikgu jerlah. Pada masa itu ada 2 tawaran. Mana dulu yang sampai, maka akan disambut. Pertama ialah cikgu mrsm. Kalau tak, dah jadi cikgu di mrsm. Namun cikgu kpm yang sampai dulu. Seperti biasa sebelum nak amik exam pendidikan. Maka akan buat simulasi dahulu. hahahaha. Apa tuh simulasi, simulasi tuh ialah test kendiri. Rupanya masa menjawab soalan bertulis untuk jawatan cikgu ini. Rupanya ada pemerhati yang akan melihat kita. Adakah pemakaian kita sesuai dan banyak lagi perkara yang diperhatikan. Akhirnya lulus juga. Maka tibalah masanya untuk sesi intervew. Masa ini pun dah siap simulasi. Mencari info secukupnya. Masa interview tuh. Peninterbiew tu suruh mengajar. Ehhh mengajar jerla masa tuh. Sebenarnya semasa diinterview tuh sebenarnya prof yang interview tuh pernah tolong team nasyid suara gemilang untuk buat minus one. Patut ler dia banyak tanya apabila tengok sijil festival seni tuh. Semuanya rezeki.

    Akhirnya waktu petang sekitar pukul 2 petang. Semua dah heboh dah boleh semak keputusan secara online. Wah dah boleh semak ke. Maka aku pun semak ler keputusannya. Eh dapat akhirnya, syukurnya. Tapi sebenarnta tak tahu pun apabenda yang akan dihadap ini. Korang nak tahu. Sebenarnya program cikgu ini ditaja oleh kpm. Masa tempoh belajar tuh setiap bulan kpm akan bagi elaun sebanyak rm1400 sebulan. wowowowowo. Meriah tuh. Belajar pun dapat elaun banyak. Raya sakan masa tahun tersebut. Boleh semak tulisan blog aku memula tuh. Jauh berjalan sampai ke peneng lagi bersama dengan hamzah. Maklum ler duit banyak masa tuh. Dah masuk cikgu dapat gaji penuh. Nak jadi cikgu ini kena ada semangat yang kuat juga.  Seronok pun ada juga. wokeh lah. Panjang pula coretan kali ini. Kalau nak diikutkan banyak lagi nak ditaipkan. Tapi tangan dah lenguh lah.Terima kasih kerana sudi menbaca blog yang tak seberapa ini. bye