Saturday, December 12, 2020

SELAMAT TINGGAL 2020..... KAMI PASTI MERINDUI KAMU

     Assalam , jangan ingat sudah terlalu lama tidak menulis, maka blog ini akan ditinggalkan. Tak akan sesekali meninggalkannya.Pertamanya, kami sujud syukur dengan perjalanan yang baik untuk tahun 2020. Banyak juga yang berlaku. Tapi tak mengapa. Aku akan ceritakan nanti.Pertama nya ialah tahun ini , tak sempat dihabiskan persekolahan pun. Sedih la jugak. Tahun ini mengajar semuanya subjek bm. iaitu bukan subjek aku. Tapi boleh sahaja. Markah bm dedulu pun asyik fullmark. Alhamdunilah , terima kasih buat cikgu kamsah , cikgu bm. Markah daripada 50 tuh jarang cecah 45. Masih meneruskan legasi tersebut. Kalau tak, mane mungkin dapat menulis blog ini.Tahun depan pula merupakan tahun yang mencabar. Sebelum itu aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang bergelar pelajar. Aku pernah mengajar tingkatan 4, pelajar tahun ini dah amik spm. SPM pkp gtu. Aku sempat tanya dia, harap sempatla amik spm. hahahahaha. Takpe la semuanya dalam rahsia. alhamdunilah sepanjang waktu pkp ini dhuha masih tak tinggal. Mahu ditingkat lagi rakaatnya. Amin doakan semoga berjalan dengan baik. Sebenanrnya malam ini dapat semak pertukaran guru. Seperti biasa lah, tak dapat. kecewa pun ada lah sedikit. Tapi ok la. Dah 10 tahun duk di melaka ini. Bagitahu kawasan mane aku belom jelajah.. Rindu ni nak membebel pada pelajar, buka sirah2 nabi. Hahahaha, merotan dan mencubit. Tanda sayang. Malas nak nak cerita pasal skuad pemintas zaman nih. Seterusnya nak bagitahu juga, baby baru bakal muncul. Doakan baby selamat iya. Tapi kali ini ada kejadian yang sedikit pelik. Sebelum dapat tahu baby ini. Pukul 3 pagi terbangun dan terdengar orang azan sayup sayup.Tapi jelas. Menyeramkan juga lah. Azannya pula penuh. Seram kot. pukul 3 pagi. Yang tahu hanya sorang jer kisah ni. hahahaha. Moga semuanya baik -baik sahaja. Tunggu hari jumaat ini. Sebenarnya kami dah tak sabar untuk balik ke kampung. Cumanya jika lah pkp atau sekatan perjalanan dilakukan sebelum jumaat ini. Maka aku mengandaikan bahawa sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Bukan pasal sekatan perjalanan tapi berkaitan dengan saikolgi.. Panjang kalau nak diterangkan. Aku harap sangat hari jumaat ini berjalan seperti biasa. Sop biasa lah kene jaga. Hari ini aku ke segamat. makan tengahhari jerk kot. hahahahahahaha.........pastu singgah kat view tangkak tuh. Bosan kot. Takpe lah. melalui hari-hari yang membosankan. Minggu depan adalah minggu last persekolahan. Maka minggu depan 2 zamrud kelas aku tuh akan ditarbiah sedikit. Cam penggulungan la gtu. Kelas lain macam biasa lah. Owh semalam kan aku dah daftar anak kedua tuh ke sekolah. sekolah tadika cina juga. dekat sikit dengan tempat kerja. Bulan ini juga rumah aku dah pasang aircond, dedulu memang tak nak pasang, eh eh, tetiba pasang pulak, ......... ok selamat malam semua. gambar kali ini tak ada lah. biarkan jer.