Thursday, March 9, 2023

SEREH PULANG KE GAGANG!


































 

Alhamdunillah syukur ke hadrat ilahi. Kembali mencoret bingkisan yang sudah lama ditinggalkan. Biarlah tulisan catatan ini meninggalkan seribu kenangan indah. Banyak sebenarnya nak diceritakan dalam blog kali ini.  Sebenarnya sebelum ini semua guru teruja untuk menyambut hari perpisahan cikgu nazlin. Cikgu Nazlin ni berkhidmat semenjak tahun 2004. Pehh lama sungguh. Cikgu Nazlin ni adalah seorang guru subjek biologi. Yang merancang ialah cikgu adila dan panitia sains ler. Tapi cikgu nazlin mintak suruh sampaikan satu lagu. Kalau nak diingatkan , dah taknak lagi. Segan sungguh la. Bukan muda lagi kot. Tapi jika permintaan memang tak dapat nak elak. Kebiasannya camtu la. Seperti masa persaraan cikgu rosman. Tiba cikgu kata ada permintaan. Terpaksa rela. huh. Bagi la lagu nasir wahab. Masa tu dak syirah rakam pulak. Maklum ler saya ni pemalulah orangnya. Dedulu aktif. Tapi prinsip saya adalah perlu seimbang otak kiri dan kanan. Saya introvert , bila telefon berbunyi mengelabah monyet. Sampai ada orang perasan.Maka terus mintak duet dgn hilman. Tq ya hilman. Latihan sehari ja. Tapi  seperti biasa saya tak akan biarkan menjadi inrovert. Maka hasilnya saya dikategorikan sebagai ambivret.. . Tapi pada 17/2/2023 tuh. Hari jumaat. Memang perasaan sangat lain. Entah kenapa jadinya. Sesudah urusan cikgu nazlin. sambutan jamuan akhir tahun 3 Zamrud sangat berbeza. Si alip demam pun datang. Yang syoknya saya setkan agar pelajar buat aktiviti tukar hadiah. 3 Zamrud ni kaedah dia lain sikit. Kena betul-betul faham pelajar 3 Zamrud ni camner. Maaflah sebab tidak guna bahasa standart. Liyana , mai, kritika, aina pula uruskan kan bab tukar hadiah. Satu pengalaman yang baru untuk dorang ni. Semuanya berikan kerjasama. . Saya dapat hadiah alip. Balik sekolah, duk tenung-tenung hadiah. Sampailah waktu petang. Menjelang pukul 7.30 malam, dalam fb duk bising pasal keputusan pertukaran .Saya semak, dah mengejutkan berjaya. entah nak cakap apa. 13 tahun menabur budi di melaka. Akhirnya berpihak kepada saya dan wife. Yang syoknya dapat sekolah yang sama tuh. Tapi sebenarnya disebalik pertukaran ini banyak perkara yang nak diuruskan. Perpindahan, urusan pertukaran.Sangat banyak. saya dari marang ke dungun dah berapa kali pergi. Untuk urusan rumah lagi disana. Jauh kawasan dalam. Tapi kupujuk hati agar tabah. Inilah lah resam hidup. Hidup ini tidak mudah. Sewaktu menaip ini, saya sedang berkemas untuk bergerak ke jasin pula. Dan akan ke durian mas , turun ke marang, dan sekali lagi ke melaka untuk last. Untuk urusan serahan tugas. Moga semuanya berjalan dengan baik. Yang paling seronoknya ialah dapat berpuasa di kampung dan raya yang sangat bermakna. Bayangkan selepas STPM. Saya merantau di kl, perak, melaka. Akhirnya baru kembali pulang ke kampung. Salam sayang buat semua.