Monday, April 14, 2014

TRIP KE SEMPADAN DAN LANGKAWI.....










Assalamualaikum. Hari ini baru jerk dapat rehat selepas bercuti dan meletihkan diri di utara sana. Banyak juga lah nak diceritakan disini. Sebenarnya percutian ini sudah dirancang sejak bulan 2 lagi. Ambil cuti sama-sama dan kumpul dana untuk percutian ini. Kami bergerak pada pukul 2 pagi , memula memang tiada perancangan untuk ke sana. Dalam kepala adalah langkawi semata-mata. Seperti biasa nak bergerak mestilah study dahulu. Maka bergerak lah kami ke sana dengan sedikit info yang dikumpulkan. Perancangan pertama ialah kami terus ke wang kelian untuk masuk ke sempadan thailand sana. Kami sampai di pekan napoh dalam pukul 10 camtu. Makan di kedai tepi jalan dan harga pun murah je rm11 je. Makan bukan main banyak. Tempat pun selesa. Tempat baru nak dibuka. Kami tanya-tanya lah kat orang situ camner keadaan disana. Info yang kami dapat ialah jalan disana bengkang bengkok. Risau juga kalau-kalau jalan kat sana cam genting tuh. Tapi alhamdulilah jalannya biasa sahaja. Cuma tempat ke 2 selepas genting la. Orang sangat jarang melalui sana danjika kereta ada masalah brek baik tak payah pergi sana. Masuk disana memang panas, yang ada baby memang panas. Kami dah sedia semua dengan payung, stroler sebab dah tahu panas disana. Disana sampai ke satun dibenarkan. Mudah jer nak pergi kesana ,cari jer gua kelam. Sampai lah disana.  Disana bilis memang murah, sempat rembat sekilo yang siap disiang rm11 jer sekilo. Beli beras dan barang-barang yang tak ada dikampung kita. Seterusnya kami  siap shoping dan terus ke kuala perlis untuk stay disana. Disamping itu juga kami nak kenal-kenal jalan disana dan tengok-tengok jeti untuk ke langkawi sana. Cam biasa jika ke kuala perlis orang akan makan seafood di jeti sana. Ini pengalaman aku ler. Makan disana tak leh lawan di muar atau di umbai. Dimuar dan umbai makan ikan bakar disediakan kicap pedas dan kena lah dengan ikan bakar serta cara masakannya. Apapun sedikit mahal juga boleh dikatakan. Disana lauknya ialah sambal belacan, ulam, air asam yang entah apa-apa. Jadi jika nak makan di sana fikirkan dahulu la. Aku ke kawasan jeti dan cari tempat penginapan untuk malam tuh. Malangnya tak ada tempat kosong. dan semuanya penuh. Badan dah penat dan perlu dicas. Semua perjalanan kami hanyalah menggunakan gps. Memang amat berguna gps sebenarnya. gps aku ni dah banyak tempat pergi, ke sabah, kelantan, perak dan banyak lagi. Memang amat membantu la.Biasanya malam kami tidak pergi jalan-jalan bimbang salah jalan kecuali dah kenal tempat tuh. Jadi seharian kami berjalan puas-puas. Esoknya awal-awal lagi terus ke jeti jam 6.30 dan sampai disana dekat pukul 7. Dapat lah naik feri yang pertama dan tak ramai orang. Sejuk pula dalam tuh. Tiket rm18 sorang. Kalau sesiapa nak pergi ke langkawi sebaiknya sewaktu pergi ke sana beli tiket pergi dan balik. Tiket balik biasanya cepat habis. Jadi tiket balik perlu dibeli awal-awal. Sesampainya disana. Aku ambil kereta kancil manual. Wah cam kereta lumba dibawaknya. Pertamanya ialah pergi ke kabel car sebab cuaca baik. Perlu ke sana cepat-cepat risau hujan dah tak boleh naik kesana. Teruja wife dan dhiya time tuh. Beratur cukup panjang ler nak ke sana. Aku tak leh bayangkan jika hari cuti disini. Akhirnya aku sampai dipuncak dan rasanya cam naik kapal terbang nak berlepas masa cabelcar nak landing tuh. Tiket rm15 kene tunjuk ic taw. Seterusnya ke pantai cenang untuk cari tempat tido malam ni. Cari-cari tak jumpa asyik penuh jer. Last-last kami dapat juga di pantai cenang di adina. Tempatnya bagus dan ada gambar dalam tuh. Memang puas hati la. Dah dapat bilik terus kan perjalanan ke minyak gamat, makam mahsuri, beras terbakar, dataran lang dan juga cam biasa la beli coklat,. Wife beli banyak coklat. Aku tak beli pun . Tak minat coklat. Seterusnya mencari pinggan mangkuk. Pergi ke idaman suri dan memang rambang mata tengok disana. Beli set mangkuk jer. Tak tahu nak beli apa. Nak beli periuk ajaib pun tak tahu nak buat apa. Tetapi puas hati la perjalanan kali ini. Malamnya kami tak keluar selepas balik hampir pukul 9 malam. hihihihi... makan char koew teow kat mcd pantai cenang. Sedap juga lah cuma tak leh lawan along punya di parit buntar. Esoknya kali bertolak ke jeti pukul 7.30 dan hantar kereta semuanya. Kami naik feri jam 10 dan majoriti dalam feri kali ini adalah orang melaka. Bunyi besau-besau tuh yerla tuh. Sesampai disana ambik kereta dan terus bersiap balik ke melaka. Time tuh bawak kereta laju juga la. Sesampai jer di melaka jaln 11 malam. apapun tq sandy......... percutian indah.15/4/14 10.50 pagi.

No comments:

Post a Comment