Monday, January 25, 2010

PENGUJIAN

Rasa sudah lama aku tidak menupdate blog kegemaran aku ini. Tapi aku terpaksa juga untuk menulis sedikit coretan. Sesudah aku menulis hal yang berkaitan isu kehilangan beg galas aku tu. Aku terpaksa menbeli banyak barang-barang baru juga. Tapi tidak mengapa lah. anggap sahaja dugaan. Aku tadi telah pergi ke JPJ untuk menuntut roaadtax baru. Tetapi perlu melalui beberapa prosedur. aku rasa hal berkaitan motor ini tidak mempunyai masalaah. Aku rasa boleh disattelkan. Aku pun dah sihat seperi sedia kala. Sebelum ini aku tak berapa sihat.Aku rasa musim ini , musim kematian para pembesar. Mula-mula kemangkatan sultan Johor, pastu tun Ghazali Shafie, bagi aku dia nih org yang hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi bukan sahaja ilmu pemikiran tetapi juga berkaitan dengan ilmu kebatinan. Tidak silap aku tok guru dia tuh haji sainan org hebat pahang. Aku nak mengulas sedikit is-isu terkini iaitu pengerusi gerak telah masuk arena politik. Bagi aku , aku kurang bersetuju dengan penglibatan beliau dalam politik. Aku suka beliau kekal dalam arena NGO. Tetapi jika diambil pendekatan daripada mufti mesir dahulu. Perlu seseorang memperjuangkan agama melalui sekelompok manusia yakni (parti) . Aku merasakan bahawa peranan ngo juga amat penting tetapi nilai dalam sebuah NGO itu adalah rendah iaitu memerlukan sumbagan orang ramai untuk terus bergerak, selain itu juga tidak berapa diambil tahu dalam konteks Malaysia. Satu perkara lagi ialah, isu berkaitan agama sudah sedikit reda entah kenapa? yang terpenting sekali ialah pasa 9 hb feb ini akan menentukan status mb di perak. sama-sama la kita tunggu. Aku perlu bersedia lebih awal untuk terbang ke melaka nanti. OK la aku rasa isi aku dalam pengarangan ini dah berkecamuk dah. 6.27pm

Thursday, January 21, 2010

AKU HILANG BEG



Aku hari ini balik ke kampung menaiki bus utama. Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku pada diri aku. Aku menaiki bus dari tg malim untuk pulang ke kampung. dah la tiket mahal. Aku bergerak dari tanjung malim tu pukul 10 malam, Tapi bus sampai dalam pukul 11.15. Puas hatikan. selamat aku ada geng malam tu, si rohana dengan si yati geng2 veteren. Aku pun caam biasa la berkemas nak balik kampung letakkan beg galas aku tuh kat bahagian bawah. Aku perasaan bas ini banyak kali berhenti pertama di temerloh dan kuantan, pastu dungun. Aku tak perasaan apapun. bagi aku semua ok.Pastu aku sampai kat kampung dalam pkl 7. Mengejutkan aku beg aku xda la....... Sedih la. Selamat la dalam beg aku tuh xda barang berharga, yg ada cuma kunci moto dan kunci umah, begang gak la. sampai umah aku xbanyak cakap mane la. Dalam beg aku tuh ada sabun yang aku xpakai ingat nak bawak balik laa, 2 kilo. Pastu dalam beg aku tuh ada la beras yang tak abis aku masak, ditambah dengan periuk kat umah aku tu rosak. So dalam beg aku tuh ada kunci, sabun, beras agak-agak dalam 4 kilo. berat jugak la. Aku harap aku jumpa la beg aku balik. Drebar bas tuh dah ambik no tepun aku. Dalam perjalanan kat kuantan aku tau drebar tuh ada terima panggilan dari sana mengatakan ada penumpang tersalah ambik beg. Kan bodoh tuh , menyusahkan orang sahaja. Aku harap tu beg aku la. Sekarang aku tengah menunggu panggilan yang berupa pengharapan. Aku harap ma faham keadaan pa sekarang dan pa buat masa sekarang tak ada mood betul . maaf la. Aku sekarang tengah terpikir langkah yang perlu aku buat bagi menyelamatkan moto aku nih yang pasti duiiiiiiiiiiiiiiiit akan banyak terbang. Aku dengan cepatnya pergi buat laporan polis untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku tambahan 2 kad matrix aku ada sekali dalam beg tuh. Amin selamatkan lah beg galas aku tuh.

Tuesday, January 19, 2010

Tiket oh tiket

Semalam aku tetiba je rasa nak balik kampung. Ini semua sebab mengenangkan semua asaimen dan kerja aku dah sattlekan. Lagipun aku dah lama xbalik kampung. Insan kota hari ini bergi berkelah di sungai bil. Takpe lah janji dia seronok. Aku dengan kawan aku dah rancang untuk pergi melaka nanti. Aku plak dalam dilema untuk melilih yang mane satu. banyak sangat program yang dirancng ni. Opsss ya, aku baru membuat facebook aku. suka la juga main facebook ni sebab aku rasa macam duk kat sekolah dulu. semua kawan-kawan aku leh jumpa. Tapi aku sedih sebab ramai kawan-kawan aku sekarang tinggal kat ovesrsea. Aku je tersungkur dsini. tapi insyalaah aku akan menjejak kaki juga disana nanti. Sebelum tu aku melahirkan sedikit kerisauan tentang dua gempa bumi yang saling berturut.Bagi aku ini bukan fenomena biasa. Aku rasakan bahawa ini merupakan satu tanda yang pelik. Aku dah buat analisis sedikit tentang keadaan politik di Malaysia ini. aku menjangkakan pilihanraya malaysia kali ke 13 akan berlaku pada tahun depan. Entah la nape aku leh cakap camtu. Tapi aku mempunyai asas yang kuat. Aku insyalaah akan menulis pula buku aku sendiri nanti.Memang dalam perancangan untuk menulis buku aku sendiri, tetapi aku masih mencari-cari idea untuk menghasilkannya. aku harap semua dah baca pasal site yang aku bagi tuh. ok la aku pun dah tak ada idea nak memanjangkan coretan aku ini. selamat petang. 1.40pm

Sunday, January 17, 2010

KEMENANGAN

Semalam adalah hari penamat pada bina insan guru aku. Walaupun aku tak berapa setuju dengan bina insan guru tersebut tetapi aku terpaksa merelakannya..... Aku ni sebenarnya sukankan aktiviti yang mengeluarkan peluh cam berlari 20 km ke, masuk hutan ke or apa-apalah asalkan aku boleh jadi terlampau penat baru aku puas. Tapi tak mengapa lah. Masa big tu aku telah didedahkan dengan teori pac yang bagi aku adalah mempunyai logik yang kuat. Aku juga banyak menimba pengatahuan daripada fasi kami iaitu cik Aziz Yatim daripada fakulti kaunseling. Sebenarnya aku penah membaca blog cik aziz dan aku sedikit tidak menedahkan. Pada hari semalam aku telah menemui cik aziz ni dan mendapat satu pengalaman yang baru iaitu pac. Aku selalu je terfikir apasal banyak sangat yang aku tak tahu nyer. Aku kene pergi buat kembarung la, aktiviti yang tak mencabar langsung. Aku mengharapkan ada aktiviti tido kat kubur ke mesti best. DAh lama aku tak menyertai aktiviti camtu. Satu lagi ialah cik Aziz ada menceritakan hal yang berkaitan dengan pelajar yang cenderung membunuh diri. Aku rasa info yang diberikan cukup berguna. Sebenarnya diusia muda camni aku sebenarnya pernah diminta menyelesaikan satu masalah rumah tangga. Aku ni yang tidak pernah berumah tangga ni diminta pertolongan. Aku pun cuba la sedaya yang mampu dan aku mengambil masa 3 hari dengan memberi dorongan dan sebaginya kepada mereka. Aku sebenarnya segan hal-hal yang berkaitan dengan ini. Tapi sebagai manusia aku cuba untuk membantu sekadar apa yang mampu. Hasilnya biarlah menjadi rahsia aku nye. heheh. Semalam mak aku tepun aku untuk tanya bila nak balik kampung. Aku sebenarnya teringin juga nak balik, tetapi memandangkan banyak kije dan entah apa yang tak sudah-sudah aku terpaksa menangguhkan juga untuk aku balik kg. Sampai ma aku pun tanya apasal selalu busy.......... huhuhuhuhu. Insyalaah aku tenang menhadapi situasi camtu. Opss sebelum itu aku nak kongsi dengan semua iaitu cuba semua cuba baca kalau ada masa blog ni.http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/secret-sign-unsur-masonic-di-ajl.html Aku sedikit terkejut la dengan penerangan yang dibuat, walaupun boleh dipertikaikan namun mungkin ada juga yang betulnya. Untuk akhirnya aku mengucapkan selamat menjadi guru yang mempunyai wibawa nanti.....1.04P.M

Saturday, January 9, 2010

AKU JADI CIKGU


Hari ni aku pergi sogo, tanpa dirancangan tetiba je aku pergi sogo dengan romet aku. Tapi sebelum tu, aku nak mengucapkan tahniah kepada diri aku kerana dah berjaya dalam mikroteaching. Sungguh tak sangga kamu , kamu boleh mengajar. Hehe. Aku pun ada satu lagi asaimen yang perlu disiapkan. Kiranya asaimen paling last la ni. Pasni aku akan terbang ke malaka pula. Doakan kejayaan aku ye. Masa aku kat sogo aku beli bantal. Pelik betul lah, batal aku boleh beli. Jauh tu kalau nak kira untuk dibawa baliknya. Bantal tu murah sangat. aku dapat rm10 je. Kebetulan aku bawak beg besar. Aku pun banyak juga beli barang masa kat sana. Tetapi aku kesana adalah ada misi tersendiri. Hehe, Cuma aku je yang tahu. Nanti akan terbongkar la rahsia tu. Aku sampai balik kat umah dalam pukul 6 petang gtu. Tapi tak kisah lah, Janjji dah dapat apa yang aku nak. Tapi apa yang aku nak tuh? hahahahaha tu persoalannya. Owy ya, lupa nak cakap yang aku uploadkan pi tu gambar abm aku. Aku nie segan nak tulis kat papan putih, bukan apa , tulisan buruk sungguh. Aku juga pernah kene marah dengan cikgu aku dulu sebab dia payah nak tanda kertas exam aku. Tapi yang payah tanda ni la yang cemerlang selalu huahua. ok la, sampai disini dulu coretan aku . byee semua 12.00 a.m

Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU


Selamat tahun baru semua. Tapi bagi aku tak berapa best sedikit la, sebab berlakunya pergaduhan hehe. Tu rahsia aku dengan dia sahaja yang tahu. Tahun ini aku merayakan tahun baru di bumi Perak. Tapi tidak mengapa jika aku di KL sudah tentu aku sudah pergi mengikuti program basmi gejala sosial. Tapi tak mengapa lah, sebabnya geng-geng ustaz malam tu masak best. Diaorang masak nasi yang chef dibawa dari kota malim (kota keriangan) Oppsss sebelum lupa, aku sekarang dah berjaya menghabiskan tugasan dalam 90% dah. Syukurnya...... Petang ini ada satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada kawan aku. Tapi tidak mengapa sudah disettlekan. 7.15pm

Friday, January 1, 2010

SUNGAI BULOH



Selamat tahun baru kepada semua. Aku baru balik dari sungai buloh mengunjungi kakak aku dan anak sedara aku, time aku jupe dia masa dalam pantang, nama dia Arena Humaira, yang budak laki tu anak sedara aku juga, Raja Hazeeq Iskandar. Dua orang ini dah lama aku jumpa. Hazeeq dah pandai nagis dah bila pak wan dia marah. Sudah mengenal erti kehidupan....... Aku tahun baru sambut di Tg Malim, huhu sedihnya, Biasanya kalau di kampung mesti aku dengan kawan-kawan aku sambut dengan bakar ikan, pasang khemah la, tak mengapa la, Malam tahun baru aku demam. Sampai aku tak mesej dengan ma. Aku takut dia marah. Tapi aku harap ma faham. huhu.Aku masa di Sg Buloh macam orang yang tak penah jumpa makanan. Tempat pertama yang aku tuju sebaik sampai ialah pasar. Satu hari aku masak di rumah kakak aku tu. aku masak sotong masak cendewan dan tempe, kangkung goreng bijan, masak lauk singgang ikan, goreng ayam. Aku makan sampai puas hati. Aku ini excited sikit kalau aku yang masak. Bagi aku , aku masak la paling sedap. huahua. Malamnya aku masak telur dadar, ayam masak lada hitam, sayur goreng, pastu aku goreng ikan masin. Aku puas! Esoknya pepagi lagi aku dah bangun untuk buat nasi goreng ikan bilis yang pedas. Sedapnya, ingat nak tapau bagi ma, tapi aku tinggal la, kak and abang ipar aku tak payah keluar dah . Maklumlah hari minggu, nak lah habiskan masa dengan anak tersayang. Arena Humaira.
10.26 am