Sunday, June 28, 2020

SI FAKIR

Alhamdunillah syukur  dapat juga menaip blog nih. Selalu update kot . Hari ini nak ceritakan serba sedikit  tentang apa yang berlaku hingga ke hari ini. Sehari hari genap sudah seminggu persekolah di kala virus covid ini. Sebenarnya banyak sungguh berjalanan liku liku sebelum jadi cikgu nih. Hah cikgu ke. Satu perkara yang tidak pernah sekali dipikirkan sebelum ini. Cita-cita mahu menjadi seorang peguam . Tapi dilencongkan menjadi seorang pendidik. Semuanya bermula selepas spm. Semasa spm. Apa yang sentiasa difokuskan ialah mengejar sebanyak mungkin A. Tapi entah tak tahunak ke mana sebenarnya. Maka alhamdunilah result baik. Tapi apa yang hanya menjadi pilihan hati ialah masuk tingkatan 6. Sebabnya ialah  jalan pintas untuk mendapatkan ijazah. Wah ijazah tuh. Pada masa tuh la kot. Maka terus sahaja masuk tingkatan 6. Bersama dengan dauh,. Dauh pun minat masuk tingkatan 6 nih. Maka naik lah skuter dia awal-awalnya ke sek. Tapi seperti biasa, alang alang masukmana-mana maka akan buat betul-betul . Maka belajar bersungguh sungguh untuk capai keputasan yang baik dalam stpm. Pagi petang siang dan malam. .Memang betul-betul study. Tapi tingkatan 6 nih. Apa lah sangat. yang penting kita faham camner nak jawab. Masa dedulu kuat juga memonteng hahahahaha. Pernah sampai sekolah pukul 9 pagi. Eh,  si kuek lah ni. Pastu ponteng pergi buat ic. siot jer. Lepas rehat lesap entah ke mana. Kantin tuh dah cam kantin aku yang punya. Makan bila bila masa sahaja. Pernah juga tengah-tengah makan eeeh, pengetua lalu, berdesup tak sempatabiskan makanan. hahahahaha. yang makan kat luar sekolah lagi lah lawak. Oder roti canai, tetiba datang ustaz jenguk.... berserabai semuanya lari. Lawak sungguh. Pernah kuar jer rehat , maka terus hilang dari radar ler. Si dauh dan milah. hahahahaha. pergi muzium lah, pergi beli cd lah, sekolah tingkatan 6 ni 2 sesi. pagar tak tutup. wah. best nih. sekolah lama dulu, memang tutup kemas, tutup kemas pun, balik makan nasik kat rumah jugak masa rehat. kikikikiki.... Tapi kan selepas habis tingkatan 5. Maka memasing buat hal masing masing dah. Misi untuk mencari haluan sendiri. Maka aku jer lari masuk tingkatan 6. Tahan jerlah. buat sungguh sungguh owwww..... time pengajian am pasti tak akan ponteng ah, terbaik lah. Markah sentiasa penuh. pastu dah kuar result stpm alhamdunillah result baik. Maka terus isi nak masuk u weh...... sekali lagi isi masuk ijazah u. best tuh. Tapi selepas jer isi tuh. pagi petang siang malam, kerja aku nih doa jer agar dapat masuk u. 3 bulan tak berhenti solat hajat 8 rakaat tetengah malam. akhirnya pukul 12 tengah malam. si daus telefon, wan ko dapat um. wowo.... terus  solat hajat ditukarkan menjadi sujud syukur. Ini rasanya kali pertama menulis pasal ini. Agar menjadi kenangan.Setelah dapat keputusan u. Masuk um.Gembiranya tidak terkata. Maka naik bas jer pergi um. pergi dengan ayah jer. Sampai kat stsyen bus apa tah namanya, kawan ayah datang amik. Mandi dan terus pergi um. Masuk kolej 9. sedih jugak rasanya. Tapi semasa masuk u tuh. perasaan puas hati selepas belajar sungguh- sungguh rasa berbaloi sangat. tengok papa tanda selamat datang ke um tuh. Terasa tersangat puas hati. Maka duduk lah di situ. kenal dengan zam, awi, cik d, sapik semuanya. Semuanya memang best stundent la. habis la 3tahunkat kl. pertama kali kenal kuala lumpur. Setelah darjah 6 last pergi.selepas tuh kali kedua pulak jejak kali untuk cari ilmu. Setelah habis sahaja dgree. maka aku kije petronas ler, tapi pam minyak jer lah. hahahaha, pastu kerja piza hut. owh mahir ler aku bab bab layan ni. setelah tuh aku amik keputusan join gems. kat setiu kenal pula dengan arma, alif . Yang ajak aku si sayuti. bayangkan duduk kat hotel 3 bulan dia bagi duit rm700. wahhhhh suka. Tapi memang banyak belajar disitu. Maka semasa duk kat situ, memasing sorang sorang mula dapat tawaran kerja. memula arma.hahahahahah ingat balik cita dalam balik, si sayuti dgree kimia industri, alif akuantan, arma teknologi perkapalan. Memula si arma dapat tawaran kerja, sekrang di jerman  dah, alif jadi akauntan bagi kerajaan negeri kelantan. dan aku duk tunggu nak kije apa nih. maka aku duk tunggu kpli atau dpli jer. harap harap la dapat kali ini. Maka setiap yang akan dibuat pasti akan diteliti betul betul. Maka aku putuskan nak beli borang dpli dan kpli dengan duit mak ayah. Untuk dapat keberkatan. pada masa ini dah mula solat hajat balik dah, yang ini paling lama. setiap masa solat hajat. Untuk dapat sesuatu mesti berusaha bersungguh sungguh. Seterusnya banyak buat kajian untuk masuk interview. pergi mana-mana duk bawa borang. Sebabnya aku merasakan bahawa orang lain pun akan berusaha bebetul. maka aku perlu lebih dari pada itu. Mana yang kenal terus bagi borang. entah lah. Memang gila betul lah. Seterusnya ialah mintak doa dari semua orang alim, gunakan fb, hingga ke indonesia., kiyai dan imam . dengan muka tak malu mohon didoakan agar lulus intervew ini. Tapi alhamdunillah respon kiyai dan imam, serta ustaz adalah baik. mereka siap solat hajat untuk aku. Akhirnya belajar tentang grooming pulak, ingat mudah ke. ada duit rm20 ringgit. duit tuh aku wat beli blazer dan kemeja putih. habis rm20. kesian kan.  aku pegang kata-kata, nak kan sesuatu perlukan pengorbanan. akhirnya dah berjaya.........

=================================================================
rajin korang baca. akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran kat upsi. dah cukup la. entry banyak dalam blog nih. Cumanya nak ceritakan tentang memula nak buka sek akibat covid ni. aku bahagian keselamatan. kene buat garis tuh. orang nak datang tengok. buat jerlah. lepas tuh. hari minggu aku pergi jalan-jalan ke rengit. pontian, pehhhhhh best tuh. barang-barang second. semua bende lah ada kat situ. nih esok nak sekolah nih, aku cuma masak kan pes cili minang dan pes cili jawa. ini resepinya........... senang jerlah....


resepi sambal minang.
-cili hijau
-cili kecil 
-bawang merah
-tomata kecil, yang besar tak jadik

#nak buatnya senang jer, cili direbus hingga layu betul, potong kecik-kecik bila dah angkat tuh. atau dan potong kecik2 pun boleh, lepas tuh tuliskan bawang merah, dan cili tuh, letakkan tomato kecik tuh dan garam. selepas...... buat ler bebanyak cili ni, boleh buat sambal kicap minang, nak buat nasik goreng, memang sedap.......

resepi sambal jawa
-cili merah
-cili kecil
-bawang merah
-tomato
-belacan
-limau kasturi. limau nipis

#semuanya direbus kecuali belacan. dah siap. blendkan semuanya, separa hancur, seterusnya goreng la pes tuh, masukkan belacan. dah selesai perah limau dan garam. selesai.....