Thursday, February 27, 2014

MENGEMBARA ZAMAN YANG LEPAS. OH INDONESIA.



Assamualaikum , hari ini sebermulanya menaip blog yang mencecah usia 5 tahun ini, akan mengimbau kembali kenangan pergi ke indon. Cewah, yerlah pergi ke sana tapi tak ada kenangan. Jadi sebagai mengenang kisah dedulu, maka coretan ini akan menitipkan bait-bait kenangan dahulu. Seberarnya idea untuk ke indon ini datang secara tiba-tiba jer. Memula sebelum kahwin aku dah terfikir mau jalan-jalan antaranya pergi ke vietnam atau indon ni, Terjadinya peristiwa ini adalah pada suatu malam aku lihat-lihat tiket ke padang , indon, murah tuh pergi balik hanya rm200 jer. So aku dengan pantasnya terus berhubung dengan wife pada masa itu bertanyakan pendapatnya. Kiranya hal ini berlangsung 6 bulan sebelum perkahwinan kami.Tarikh yang dipilih pula adalah seminggu selepas perkahwinan. Wah best tuh. Jalan-jalan ke tempat orang ni. Maka sesudah dipilih aku cadangkan supaya beli tiket tersebut. Tapi masalah yang timbul pula ialah pasposrt la pula, Esoknya terus ke emigresen dan terus buat pasport. Sesudahnya itu aku terus tempah tiket ke padang, indon. Nanti ada masa aku tunjukkan semua tiketnya. Masih ada disimpan semuanya tuh, kenangan semuanya. Selepas itu Seperti biasa la, jika nak berjalan study dulu. Supaya tidak ditipu dan bersedia untuk memperaktikan budaya orang sana. Memula aku pilih untuk bergerak sendiri, lepas berfikir dan survey maka keputusan telah dibuat dengan gunakan travel agen. Aku tempah disana jer. Murah sikit dan diaorang tahu sikit keadaan disana. Aku pilih raunsumatera. Bank in duit dan dia keluarkan resit semua. Agensi ini memang orang malaysia ramai gunakan. Memang terbaik dan lain dari yang lain. Kita boleh request tempat yang kita nak. Wah best nya. Seterusnya bermulanya perjalanan aku kesana adalah menaiki bus sahaja ke kl, Mudah sikit. Naik bus waktu pagi sampai ke stesyen putra dalam pukul 6 camtu la. Seterusnya aku terus ke kl sentra untuk menaiki bus ke lcct, kene la rm10 seorang. Setiap jam ada jer bus kat situ, tak perlu risau la. Aku bawak baju sikit jer. beli jer kat sana. Tukarkan duit 1juta rupiah dalam rm300 cam gtu la. Yang tensionnya duit cam nilainya rm0.20 pun kertas, Apa daa. Sesampainya disana aku bermalam di lcct ler, sama cam aku pergi ke sabah sana. Tidur jer mana yang ada tempatnya. Seterusnya bangun dan penerbangan kami dalam pukul 7.30 camtu. Dan bersedia untuk terbang, 2 jam jer kot ke sana. dekat jerkan. Sampai jer disana aku dan wife melalui imigresen kat sana. Ada dalam gambar tuh bandara minangkabaunya. Rasa jauh jer dari kampung time tuh. Seterusnya keluar jer dari bandara tuh, terus ada orang memegang kad, welcome zakwan. haha, kan best cam gtu. Aku pun ikut la dia sampai ke tempat letak kereta. terkejut juga, Aku dan wife dapat sebijik van yang besar. Aku berdua jer kot. Ingat aku nak shoping ker apa yang besar vannya. Dia perkenalkan diri sebagai anang. Ok tq anang. Semasa itu hangat pasal perlawanan bola piala merdeka. Bising jer si anang pasal bola ni. hahaha. Aku sampai jer padang anang bawak terus ke bukit tinggi, kat sana best. Sampai jer disana aku ditempatkan dihotel apa tkarisma disebelah hotel nikita Kira ok la jugak. layanan bagus banget, time hujan dipayungnya kami. Wah hebatnya. Makan pula makanan padang yang original padang. nasik padang. Sebelum sampai ke bukit tinggi kami singgah di kedai makan pak datuk, aku tempah murtabak mesir yang glamour kat sana, entah biasa jer. cam murtabak kita tapi dicecah dengan kicap pedas. Korang boleh buat sendiri benda tuh. Ramai yang kata best makanan kat situ, Aku makan biasa jer. Tak per la rasa makanan orang tempatan. Kat sana tak perlu bimbang kerana majoritinya ialah muslim. Hari pertama dibawanya ke pandai sikek. Pandai sikek ini maksudnya menenum. aku dah taw dah yang dibawa itu biasanya akan dapat komisen. Aku tak beli pun tempat yang di suggestkan. Biasalah kan.Target aku ialah di pasar atas yang meriah itu. Indon ini pandai jer nak ambik duit. Tapi dah bersedia semua dah. Seterusnya ialah aku dibawa ke jam gadang. Tempat ini adalah simbol orang-orang minang. Sejuk dan memang cantik pemandangan kat sana. Ambik gambar disana berlatarkan gunung berapi cam gtu. Di kawasan jam gadang itu adanya pasar atas. Aku dan wife terus terjah dan rambang mata tengok kain bajunya. Murah dan cantik. Kat sana ada kereta kuda dan ada maskot binatang. Kalu naik kereta kuda dia akan hemtam kaw-kaw punya, kalau ambik gambar dengan maskot tuh kene bayar. Pening jer. Aku dah tahu dan buat tak tahu jer. Disana ada pasaraya ramayana juga. Masuk dan rasa suasana di shoping sana. Kat sana aku beli beg satu untuk isi barang yang menimbun untuk dibawa balik. Banyak juga la baranga yang dibeli untuk dibawa pulang. syurga membeli belah tuh. Keesokkan harinya aku dibawa ke rumah hajah rosma yang glamour tuh. Beli la tempat letak tisu cantik tenunan dia. Kat sana pepagi hari penuh peniaga datang dihadapan hotel berniaga, dipadang ni, penuh dengan orang malaysia jer. hihihihi. Aku ada juga la beli barang depan hotel tuh. Aku tak suka beli barang dengan rm. apapun mesti rupiah. Untung sikit la. Satu lagi disana pepagi akan ada orang menjual roti, dengan motornya dan radioanya sari roti. Tak beli pun, sebab dah tahu. Seterusnya aku dibawa ke lubang jepang. Apa sangat yang ada disana, disana diaorang nak bagi aku kepada agen. Aku cakap tak perlu la, aku boleh jalan sendiri., kalau bagi kat agen duit pula. Aku dah tahu taktik depa ni. Bukan apa sangat pun lubang japang tuh. Tinggalan jepun jerlah. Kat sana aku beli alas meja yang cantik dan bagi kat mak aku, aku dapat harga special gtu. Harga yang diambil oleh hajah rosma. 450 rupiah. aku lah tuh. cantik taw. Kat sana banyak sungguh monyetnya, Hati-hati la kalau ke lubang jepang ni. Seterusnya tempat yang ditunggu-tunggu iaitu ke aur kuning. Aku mintak anang bawak ke sana. Disana untuk makluman semua adalah tempat pertemuan seluruh warga indon. Pasarnya cukup besar dan disana kuat copek dan perlu berhati-hati. aku berlagak jadi orang indon beli disana sehelai kemeja dan jubah, pakai kat situ jugak jubahnya masa nak try. Kan jadi orang indon. Tapi yang paling best ialah kat pasar atas, Kat sana kotor dan tak sesuai la untuk beli barang. Seterusnya kami dibawa ke tasik sianok , tak ada apa pun disana, ada jual ikan bilis, tapi tak sedap langsung aku bagi kat anang ikan bilis itu. Seterusnya ke keluk 44, dan tasik singkarak cantik dan boleh tengok gambarnya. sebenarnya tasik ini hasil kawah gunang berapi. Hari terakhir aku dibawa ke padang. Disini aku kurang dah berjalan sebab tak ada tempat yang menarik dan panas. Disana bila-bila masa sahaja tsunami boleh berlaku. Disana diwaktu petang akan berkumandang kuliah-kuliah agama dan hotel-hotel berdekatan akan pasangkan sound sekali dengan masjid. Aku di padang tinggal dibunda hotel. Ok la makan pagi di hotel karisma dan hotel bunda ini ok la. Malam last kami, dibawa ke tempat yang kelas. disinari lampu-lampu dan makan yang ringan-ringan sahaja. Maklum la nak nak kapal terbang. Nanti kan muntah dan sebagainya. Keesokkan harinya aku dibawa ke airport dan berangkat pulang ke malaysia. Jauh jer rasa perjalanan itu. Seterusnya perjalanan kami adalah China. Tunggu kami China. Selamat malam. 27/2/2014/ 9.40 malam

Thursday, February 13, 2014

Semalam yang hangat


Assalamualaikum. Sudah makan bulan tidak mencatat dalam ruangan maya ini. Apa kesudahannya disebalik semua ini. Dunia ini adalah ilusi dan fantasi yang perlu ditempuhi dengan penuh ketenangan. Perlukan ketabahan untuk terus hidup. Hari ini sudah pun menjejak 13/2/2014 sudah 5 tahun berlangsung tanpa sedar kewujudan blog yang mengukir seribu makna ini. Rimbunan prakata yang diungkap disusun dengan penuh teliti agar menjadi sisipan yang penuh erti dalam kehidupan ini. Bermulanya hari ini juga Nur Dhiya Arya telah mencecah usia 7 bulan. Sekejap sahaja kan yang berlalu. Dhiya dah pun pandai nak merangkak. Ok seterusnya bait-bait yang hendak dinukilkan ini ialah rentetan apa yang berlaku. Sebelum ini aku nak perihalkan 2 gambar yang dimuar turun ini. Gambar yang pertama ialah gambar yang terkini Dhiya. Dah semakin besar kan. Insyallah moga diberikan kesembuhan dan semuanya berjalan dengan baik. Sudah la tadi nurse telefon suruh pergi ke klinik untuk cucuk. Ikutkan hati tak nak dah. Dah berapa kali nak dicucuknya ni. Seterusnya ialah gambar aku melawat anak buah yang semalam dihempap tiang gol. Harap dia cepat sembuh dan dapat kembali semula ke sekolah. Amin. Sebermulanya kisah yang sentiasa beralun lembut ini. Dicoretkan dengan penuh kesyahduan titipan perjalanan seorang musafir. Selepas balik ke jasin ini. Maka bermula lah perjalanan yang penuh dengan makna. Isteri dah semakin cekap memandu dan boleh sudah ke bank sorang-sorang. Teruskan. Kemudian nak diceritakan juga , kami sebenarnya merancang nak bercuti ke mersing. Dirisik-risik dengan penuh teliti jalan mana yang perlu dilalui. Maka dengan penuh semangatnya kami telah bertungkus lumus menyediakan bekalan untuk pergi ke mersing sana. Maklumlah tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Yang dirancang ialah nak pergi ke mersing dan singgah sekejap di kota tinggi. Tempat bersejarah tuh kota tinggi. Ramai orang melaka yang cadangkan supaya pergi kesana untuk bersantai. Pantai yang cantik dan loghat pertuturan orang mersing juga cakap terengganu. Ini dah ok sangat dan menepati citarasa ni. Tapi sesungguhnya kami hanya la mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Akhirnya esok sebelum ke mersing. Kami berubah arah iaitu batalkan perjalanan ke mersing sana kerana perkahwinan sepupu kami di manir. Adus memang tak jadi sungguh kali ini. Apakan daya. Masa itu tepat 6.30 kami buat keputusan batalkan perjalanan ke mersing dan ambil keputusan untuk balik kekampung. Aku memutuskan untuk bergerak selepas waktu magrib sebabnya susah nak solat untuk ke arah kuantan sana. Jadi seperti kebiasaannnya terus memasak untuk bawa bekalan. Makan dalam kereta jerlah. Macam wajib dah bawa bekal tuh. dengan mangkuk tingkat tuh. Terbaik la mangkuk tingkat memang amat berbakti dalam perjalanan kami balik ke kampung. Aku bayangkan suasan balik kekampung yang kali ini situasinya berbeza sebelum ini. Wah , beli kuih sama-sama, berbuka di tengah jalan. Memilih masjid . Allah itu maha mengetahui setiap apa yang diciptakan. Syukur dan sujud dilahirkan sebagai islam. Agama yang syumul. Panjang lagi sebenarnya nak ditulis dah hampir sejam aku membatu didepan laptop. Rasanya tak sanggup kehilangan blog ini. Coretan dan catatan yang mengisahkan perjalanan hidup aku. Tahun 2014 ini rasanya sedikit memenatkan. Dengan urusan pkbm dan banyak lagi, termasuk pbs juga cukup berat. Maka terpaksa juga mengharungi. Sebernya cukup syok menjadi seorang guru ini. Menyelami hati seorang pelajar yang perlbagai latar belakang. Wujud rasa kagum dengan kehebatan ciptaan ilahi yang 1001 macam perangai yang diciptakan di dinyatakan dalam quran sebagai petunjuk manusia. Jadi berbalik kepada cerita balik ke kampung pula. Aku mula bergerak menaiki sandy aku, si gary aku tinggalkan (maklumlah) dah ada pagar. Tapi dengan mencabut wayar bateri sekali lah. Nanati dah sampai masa , bateri tersebut perlu ditukar untuk mengelakkan mati. Aku bertolak dari jasin untuk balik ke kampung pada pukul 8 malam tuh. wah lewatkan. Kiranya malam raya cina aku balik ke kampung. Suasana balik kampung tuh tak boleh digambarkan lah. Cam kita tengok cerita drama orang balik kampung. Kan seronok tuh. Yang pasti musti pastikan kenderaan sebelum balik dalam keadaan yang baik. Kali ini jalan jementah malam itu tidak la gelap mana. Biasana jalan jementah itu gelap jika malamnya. alhamdulilah Tak gelap sebab ramai orang balik kampung malam itu. Sampai jer kat shell segamat. Tempat biasa aku isi minyak ini adalah budak yang kerja itu tanya mahu balik kampung ker. Sebabnya ramai orang melayu yang balik kampung, Yang rayanyer cina. Kata budak itu kepada aku. Aku yer kan jerlah. Malas ler , dengan mata mengantuknya adus. Memang tak leh layan la. Hari tuh lagi la teruk balik pukul 2 pagi wei. Ini kira ok lagi lah 8 malam. Aku dengan hebatnya terus patahkan lidi-lidi spageti dan terus merendam spageti itu untuk dimasak. Semuanya barang yang nak dimasak dikeluarkan. Adus kalau nak balik mesti tetiba cam gni. Tapi syok la juga. Semua memori tersebut tersimpan rapi dalam blog ini. aku malam ok jer bawak cuma kene berjaga dan tak boleh paksa bawa. Memang merbahaya. Pastikan perut tidak terlalu keyang jika nak berjalan jauh. Masa balik hari tuh tidur juga di dungun. Sampainya dikampung nak tahu pukul berapa? sampainya pukul 4 pagi. Wah hebatnya perjalanan. Seterusnya sampai hari jumaat dan sabtu itu lah yang ditunggu-tunggu. Apa yang aku tunggu-tunggu tuh. Pastinya pasar manir yang memang meriah tuh, Tak boleh lari dari satay nya yang sedap dan aku beli ubat resdung rm100. Untuk bekalan di melaka ini. Ahad itu aku ke rumah pengantin Syalia. Apapun tahniah syalia. Hari ini 13/2/2014 ceritanya mak ana, si pengasuh dhiya berikan masak lemak nenas ke kami. Balik dari sekolah terus masak nasi dan makan masak lemak nenas itu dengan ikan pekasam. Terima kasih kepada cik iza dan cik rina kerana temankan aku pergi cari rumah zaqwan yang dalam gambar. Dan tak lupa kepada cik iza kerana menyumbang ikan sepatnya itu. terima kasih banyak-banyak. Ramai orang jasin yang dapat merasa kesedapan ikan sepat kering. Rasanya itu sahaja coretan untuk kali ini. Selamat malam semua. Jadi lah seorang guru yang berbakti dan tingalkan lah kata-kata hikmah supaya menjadi azimat kepada pelajar untuk berjaya, Salam. 10 malam. 13/2/2014.