Sunday, March 8, 2015

PERGINYA TIDAK KEMBALI 2015



Agaknya sudah lama tidak menaip blog ini. Maklumlah terlalu sibuk dengan kerja. Tetapi cekal dengan kehidupan. Coretan ini lama dah mahu dinukilkan. Tapi tidak punyai kesempatan kerana sentiasa jer ada hal lain yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku pada tahun ini. Mahu aku ceritakan semuanya pada hari ini. Huhuhuhuhuh. Sebermulanya alkisahnya, ialah kawan aku cikgu ayub, telah pergi menemui penciptanya. Tidak disangka kawan yang sentiasa bergurau excident dalam satu kemalangan yang teruk juga. Moga ditempatkan dikalangan para solehin. Amin. Seperti biasa awalnya, mata aku berkelip sendiri. Orang cakap akan ada kematian orang yang kita rapat. Ini terjadi sendiri pada aku. Masa tuh aku berkursus di kem terendak bersama dengan ustaz hafizam. Seminggu juga stay disitu. Cam-cam kene buatnya. Daripada berbaris sampai kawad senjata. Membaca peta dan sebagainya. Bayangkan ulang alik dari jasin ke kem terendak 5hari. Jenuh sungguh rasanya. Tapi dapat diharungi dengan baik. Tuntutan pun dah masuk. syukur lah.Cuma tahun ini ada sedikit masalah kerana pelajar pkbm secara tiba-tiba menarik dari daripada perkhemahan. Aduiii, sakit juga kepala nak menjawab pada 17 melayu. Dah lah melambatkan proses bersama mrsm tgb. Naik jemu la asyik duk mintak borang ni. Moga aku terus cekal mengutip borang. Dah lah dulu cerita pasal pkbm ini, Naik bosan jer. Untuk pengetahuan baru ini aku pergi ke port dicson. Melalui masjid tanah. Sesaja ambil angin ke sana. Mudah jer ke sana. Ambik jer jalan ke masjid tanah dan terus ikut signboard. Sampai lah. Aku bergerak pada pukul 11 camtu. Maklumlah tak pernah pergi kesana lagi. Memang lah teruja. Aku nak menyusuri kampung-kampung sana, kuala sungai baru. Segar mata memandang. Aku nak check in kat hotel nova. Tetapi semuanya penuh. Maka teruskan perjalanan untuk mencari hotel. Pandang ke kiri ternampak hotel seri malaysia. Tapi terasa bosan, asyik hotel yang sama. Maka diteruskan kedepan untuk mencari hotel. Maka aku ketemu dengan satu hotel , namanya hotel mayang sari. Wah memula masuk cam seram la. Tapi merelakan diri juga sebab dah lewat. Check in dan ditempatkan diaras ke 2. Seram tuh ada juga. maklumlah di pd ini banyak hotel-hotel yang penghuninya tak nampak. Alhamdulilah semuanya ok. Cuma tv siaran tak cantik.Memang menggangu mood . Memang selesa betul bilik itu. Ada ruangan tengok tv, ruangan tidur, ada set pinggan, mcirowave semua. Aku sama wife dan anak apa lagi petang itu, mandi kolam lah. Tapi rasa tak best jer. Jadi sesiapa yang nak pergi ke mayang sari boleh servey dulu la. Tapi rasanya aku dah tak kot. huhuhuhuhuh. Walaupun tak ada peristiwa yang menyeramkan tapi memang seram. Aku lepas mandi kolam tuh , terus keluar untuk jalan-jalan. Pergi pasar malam semua. Balik ke hotel malam dalam pukul 8. Nah, time ini lah seram. Sebab nya time nak masuk ke hotel tuh. satu blok gelap tak ada penghuni, yang ada penghuni blok yang aku duduk, tuh pun dua tingkat sahaja. Yang menguatkan lagi semangat, sebab ada pemancing yang memancing ikan disana. Tips untuk jalan jauh ialah. Pertamanya ialah servey dahulu jalan-jalan yang bakal dilalui. Ini penting untuk sentiasa bersedia, seperti tak ada air ke dalam perjalanan, tak ada perumahan ke. Nak cari maner semua info ini? semua dalam google la. Semuanya ada disitu. Seterusnya. Servey hotel yang akan menginap. Sebab nya ada juga hotel yang tak sediakan air panas. Perancangan itu penting. Pernah ke janda baik. tak ada air panas, tv semua. Tapi semua tuh dah bersedia. Seterusnya, pastikan kereta dalam keadaan baik, baik tayar gantinya, pam tayar semua, lampu picit. Air mesti sentiasa bawa, kalau boleh yang 5liter tuh. Untuk sebarang kemungkinan. Seterusnya ubat juga perlu disediakan untuk emengency, Cam aku, memang ada kid kecemasan dalam kereta untuk emegency. Seteerusnya, untuk perjalanan yang jauh, kesihatan perlu dititik beratkan. Jika tidak sihat dan tidak yakin, harap batalkan sahaja perjalana  tersebut. Itu yang biasa aku amalkan. Bergerak diawal pagi, untuk cuaca yang baik dan suasana yang sejuk. Selain itu juga, untuk keselamatan.Aku sentiasa bawa buloh tumpat untuk perjalanan jauh dan juga mintak kasturi hitam. Untuk apa kasturi hitam tuh. Tujuannya ialah untuk dicalitkan dalam bilik yang menginap. Untuk mengelakkan unsur tak baik ada. Terutama bagi sesiapa yang ada anak kecil. Bawa sentiasa sendal pintu untuk keselamatan. Jika kawasan tuh kita tak pernah pergi, Bawa la gps, kerana banyak membantu. Elakkan bergerak terlalu pagi, 1 pagi ke, 2 pagi ke. Sebabnya berbahaya. Jika bergerak ramai tiada masalah. Sentiasa peka dan mesti bertindak cepat jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Seterusnya berdoa. Rumah yang ditinggalkan juga pastikan berkunci, membuang sampah, menutup paip air. Itu adalah tipsnya. Ada yang berkenan boleh lah ambilnya. Seterusnya Semalam aku ke kl, Berjalan ke sogo tuh. Wah best, datang awal. Tapi malangnya baju untuk perempuan tak ada yang berkenan. Baju untuk baby banyak sungguh dan murah. Maka dibelinya. Seterusnya, setelah ke sogo. Kami ke ioi mall. Memang terbaik la tempat disitu. Memang puas hati ke sana. Cam ikea pun ada sikit-sikit. Sebelum ini asyik terfikir apa yang perlu dibuat time hari minggu. Maka dirancang-rangcang, ke kl juga. menggunakan gps jer. Semuanya insyalaah akan sampai. Batery laptop pun dah nak habis. Aku stop sini dulu la coretan menrapu ini. sekian. 9/3/15 10.35