Saturday, October 14, 2023

ALHAMDUNILLAH, SEMUANYA SEMAKIN BAIK.

 Malam ini dapat juga menjenguk blog ini. Tidak banyak pun nak diperkatakan disini. Durian Mas akan bermula kisah episod seterusnya. Genap 6 bulan meninggalkan bumi Melaka. Alhamdunillah semakin serasi di tempat baru ini. Disaat pelajar mula nak mengadap ujian peperiksaan SPM. Moga pelajar 5Akd dan 5Ag akan tabah dan berusaha keras demi mencapai keputusan yang cemerlang kelak. Percubaan ini pelajar sudah buktikan keupayaan mereka. Kelas Ag mampu mendapatkan A. Insyllah untuk peperiksaan yang berikutnya. Masing-masing akan mampu buat yang terbaik lagi. Sejak dulu lagi. Dalam pemikiran aku ni. Susah sangat ke sejarah ini yer. Sebabnya subjek sejarah ini senang sangat nak skor. Kalau diberikan peluang untuk menjawab soalan peperiksaan sejarah. Rasanya tak angkat kepala aku duk menjawap. Boleh sampai 10 helai penuh rasanya. Mungkin setiap orang itu berbeza. Tapi ku doakan agar semuanya mencapai kejayaan,.

    Sebelum nak ceritakan lagi, baru baru ini team hoki ada datang ke stadium hoki pahang. Esan yang jadi kapten nya. Talent untuk jadi leader dah ada. Cuma ada satu masalah yang nampak. Kalau nak tahu apa masalahnya. Boleh pm lah saya, tu pun kalau ada yang baca blog ini. hahahaha....Aku tak akan berhenti menulis dalam blog ini. Kerana melalui coretan di blog ini akan menyimpan banyak kenangan untuk dikenang kembali kelak. Selain itu juga blog ini juga adalah latihan untuk mengarang juga. Tidaklah hilang skill untuk menulis tuh. Terus terang dalam blog ni. Aku tak suka pertandingan di peringkat sekolah semata-mata. Rasanya seperti buang masa sahaja. Sedangkan usaha yang gigih itu sangat sesuai untuk peringkat yang lebih tinggi. 

    Jika dilihat kelas yang diajar. Kebiasannya kelas yang diajar pasti akan menunjukkan peningkatan.Inyslllah. Sebenarnya pelajar ini ada beberapa perkara yang perlu difahami. Pertamanya perlu dipecahkan kepompongnya. Kerana pemikiran pelajar seperti sudah disetkan. Berdasarkan geografi dan setempat. Selain itu jga faktor kewangan, keluarga perlu diselidik juga. Ada seorang cikgu di sekolah ini menggunakan teknik keperluan maslow. Aku cuma perhatikan sahaja kaedahnya. Kalau nak diikutkan. Sekolah baru ini persis sekolah sis juga. Cuma perlu diperbaiki sedikit apa yang kurang. 

    Esok my wife cuti kerana baby demam pulak. Dia demam sejak semalam lagi. Moga cepat sembuh hendaknya. Amin. Rasa tidak banyak yang nak dinukilkan malam ini. Sekadar untuk mengemaskini blog sahaja. Kalau nak diikutkan, Banyak yang  nak ditaipkan. Tapi rasa malas mula datang. Tadi pun aku bergerak ke AMBS ini pun dah pukul 6 petang. Sampai dekat pukul 8. Bawak perlahan lahan je, Waktu magrib perlu berhati hati. Biasanya waktu tu tak sesuai untuk memandu. rehat seketika jika memandu jauh.Suasana di AMBS ini sangat nyaman dan ada ketikanya seperti di kawasan tanah tinggi. Pada waktu malamnya pula, Keadaanya sejuk dan terasa angin sejuk masuk ke dalam rumah. ok selamat malam.