Monday, July 29, 2013

IKAN TERUBOK PEKASAM SARAWAK

Hari ini dah hari ke 20 kita semua berpuasa. Jadi hari ini saya tayangkan resepi ikan terubok pekasam yang sedap khas daripada sarawak punya. Ada kawan yang sentiasa runda-runda di merata-rata. Cuma pesankan sahaja maka akan sampailah benda -benda yang susah nak dapat ini. Hari ini stoknya ialah ikan pekasam terubok dan juga kek lapis sarawak. Laris sungguh jualan tadi. Hari ini balik sekolah lambat sikit lah sebab ada meeting. Banyak benda yang dah sattle sebenarnya. Baju raya semua dah siap. Kuih raya dah diborong dekat perkampungan kuih itu. Cantik-cantik dan harganya memang berpatutan taw. Silalah pergi. Penuh dengan kerepek semua dan sebagainya. Minggu ini dah tak ada mood mahu ke sekolah taw. Tapi gagahkan diri jugak untuk terus kesana. Entah harap minggu ini semuanya ebrjalan dengan baik. Semua bayaran dah dibuat. Balik nin rasa lega la sikit. Tadi pergi ke kedai tayar untuk betulkan tayar semua. Maklumlah nak balik kampung mestilah semuanya baik dan ok. Cek punya cek tadi tayar ada paku yop. Selamat aku pergi cek tadi. Mau kempis tengah jalan. Semuanya ok lah pasni. Patut la terasa sangat nak g ke kedai tayar tuh. Yang hebatnya kedai tayar tuh guna scan untuk buat balnce. Hebat dan dia punya kedai dah 20 tahun dah. Memang boleh dipercayai lah kedai itu. Ok lah malam ini nak ke mydin sekejap penuhkan apa yang belum penuh lagi. Selamat berbuka semua. 6.44 petang 29/7/2013

No comments:

Post a Comment