Saturday, April 27, 2013

Mengenang memori lama

Hari ini dah 29/4/2013 8.03 malam. 5 hari lagi nak mengundi. Hari ini kena pergi ke kuala sungai baru sebab ada majlis penyerahan watikah profesor adjung khoo kay kim. Macam aku pula yang ambil gelaran itu. Memang jauh sungguh dari jasin ke sana. Wakil pengetua pula tu. Sebelum itu aku nak bagitahu yang gambar paling atas itu adalah gambar selepas kenduri kahwin kat rumah aku. Muka letih selepas mencuci pinggan mangkuk dan periuk semua. Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan dan saudara mara yang banyak menolong menjayakan masjlis kali ini. Seperti biasa selepas semua selesai, solat magrib dan terus keluar dengaan wife aku ambil angin. Hilangkan rasa letih semua la. Jadi pergi kat secret resepi makan-makan kat situ. Gambar kenangan semua itu. Gambar yang kedua pula itu adalah gambar meja aku kat sekolah. , meja perlu ceria untuk meneruskan hari-hari yang ceria. Tapi camtu la dah banyak hari meja aku tuh dah penuh dengan barang-barang dan buku pelajar. Tadi time mengajar cam naik hantu jer. huhuhuhu. Macam-macam idea datang. Terpaku sekejap budak. Gambar yang ketiga pula tuh adalah semasa khursus kat hotel sport apa bender tah. Pergi jalan-jalan, nak tahu waktu ini pukul 1 pagi. Semua nak pergi mcd. Adus, si cikgu F dan cikgu Iman memang terbaik sungguh. Bab makan serah la kat kitaorang. Lupa nak cakap masa ini adalah untuk khursus pengacaraan. Aku pelik nama aku naik jadi pengacara. Kalau nak mengutuk boleh jer, nak jadi pengacara susah sikit dan memang belum bersedia. apapun tahniah kepada cikgu f dan cikgu iman orangnya memang berkaliber. Ok keluar dulu.

MALAM-MALAM MAHU MENCORET.

Selamat pagi yer semua. pepagi buta duk update blog nin. Takper la siapa kisah kan.Aku punya blog, aku punya pasal la. Malam tadi keluar dengan cikgu praktikal namanyer cikgu maal, Budak UK. Wah bagus juga. Ayahnya seorang profesor kat usm sana. Pergi ambil dia kat rumah dia n terus ke ke kem bomba bukit katil. Ambil si Ayub pula guru interim. Kene update cepat-cepat bimbang lupa semua kisah-kisah best ini. Gambar yang atas itu dipostkan, itulah hasil kerja cikgu Epul, terima kasih sesangat pada cikgu Epul. Tidak lupa juga gambar dibawah itu pula semasa percutian kami ke tanah tinggi cameroon. Time tuh memang lucu la. Bangun jer dari tidur terus dapat idea mahu ke cameroon. Jadi perkara pertama ialah tempat hotel dulu la. kang pergi kesana penuh semuanya. Jadi akhirnya kami dapat juga tempah bilik. Bagus la dan selesa. Sejuk-sejuk ini memang tenang la. Kami tempah di camerion inn. Dekat sangat dengan hotel pain. Memang tak sangka sungguh sampai juga kami kesana. Banyk sebenarnya perangcangan kami. tapi satu-satu la. Hari tu tertengok tiket murah ke Hong kong dan China. Memang geram jer. Maklumlah tahun ini kami tak boleh kemana-mana. Ada misi penting untuk diuruskan. Maka kami simpankan sahaja mahu kesana. Lupa nak cakap dah sampai sana kami seperti biasa akan ambik pakej la untuk bersiar-siar. Malas ler nak bawak kereta, tambah-tambah ramai orang masa itu. Ambik la seorang rm25. Untuk mudahkan lagi , kami sentiasa bawa GPS yang sentiasa ada tuh. Perkara yang biasa dibawa kemana-mana ialah bekas pemanas air. penting tuh. ok. cam panjang pula pepagi buta ni. Selamat pagi semua. 28/4/2013 1.40 pagi

Friday, April 26, 2013

KAD KAWIN

Yuhhhhhhh letih hari ini balik dari sekolah, maklum la sekolah ganti. Cuma hari ini jadual hari jumaat , tak la terasa sangat. Hari ini dalam kelas dah masuk bab sarawak. Hari nin duk bercerita tentang hasil bumi negeri sarawak. Syok la juga  sebab bercerita kisah hidung emas. Sebelum tuh yang aku postkan itu adalah gambar kad kawin aku tarikhnya ada disitu. Diabadikan dalam blog ini. Cam buku sekolah kan. Dedulu sebelum kahwin memang pernah tengok kad jemputan camni. Memang daripada itu nakkan kad kahwin coraknya seperti camtu. Akhirnya memang dapat juga la. Yang ungu tuh isteri punya, Yang hijau itu aku punya. beli sekali gus. Murah la sikit. Sesiapa yang nak kad camni boleh lah tempah kat melaka, Alor gajah. Tempatnya betul-betul depan Petronas alor gajah. Tingkat atas, Nak paking kereta payah sikit la, Tapi memang puas hati dan banyak dia bagi lebih. No telefon dia dah lupa letak kat mana. Tetiba rasa mood best pula berblog ini. Dah 3 tahun rupanya blog aku ini. nantikan cerita-cerita best dari aku nanti. Bulan september nanti akan ada cerita baru pula. Semua tunggu la yer. 3.00 petang 27/4/2013

Burger Bakar


Malam ini update lagi blog. Esok untuk makluman akan ada sekolah ganti. Tuh gambar yang diupload tuh beger yg dibeli untuk makan malam. Tadi ada diuploadkan gambar semasa kat indonesia. Tapi suatu hari akan sampai juga kat negara china. Minat betul mahu ke sana. Mungkin sebab melihat negara yang besar dan ada sejarah yang tersendiri. Tahun ini aku rasa la macam pmr sekolah aku akan jatuh jer. Bebudak ramai main-main. Camner tuh. Ops time ditulis blog nin dah 7 hari tempoh berkempen untuk pru13. 3hb 5 nin aku akan balik ke kampung untuk mengundi la. Undi jer la yang mana patut. Sebenarnya banyak kejadian yang berlaku tahun ini dah akhir tahun lepas. Tak ketinggalan kepada si saiful. cikgu smk bukit baru yang menyiapkan hantaran kahwin aku tempoh hari. Memang cantik la apa yang dibuatnya. Nanti ada masa aku uplodkan hasil yang dilakukan oleh cikgu epul. Si penglipur lara.Banyak benda nak cerita hari nin. Tadi aku relief kelas tingakatan 1 mutiara. Wah kali ini aku menceritakan bab sultan Muhammad Al-Fateh pemimpin muda yang membebaskan contetinople. Terpegun mereka-mereka ini bila cerita dimainkan.Aku nin leh jadi pencerita.Asyik-asyik bebudak mintak aku bercerita kalau ada masuk kelas. Yerlah banyak cerita yang bagus-bagus boleh diceritakan kepada mereka. Pasal tadi cerita bagaimana pimpinan Al-fateh ini duk menarik kapal menyusuri bukit. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah hantu pula. Dulu masa praktikal duk bercerita hantu untuk kelas tingkatn 2 sampai mata mereka tak berkelip. Lawak juga. habis sunyi satu kelas khuyuk mendengar kisah cerita hantu ini. Tadi aku dah marah pelajar. Aku nin susah nak marah kalau dah marah situ jugak budak leh menagis dengar cermah aku. Hahaha.... tak apa lah janji untuk ubah perangai para pelajar ini. Aku merasakan ada satu cara untuk menakluk hati pelajar-pelajar yang bermasalah ini. Masih dalam peringkat percubaan. Cuma tahun nin aku tak mengajar untuk SPM, tetapi mengajar budak PMR pula. Dulu semasa kelas untuk SPM aku gunakan teknik insaf dalam pengajaran. InsyaAllah jika diberi peluang lagi akan menggunakan lagi teknik ini, khas kepada pelajar-pelajar yang terlalu lemah dalam subjek sejarah. Tahun lepas terbukti berkesan teknik insaf ini. ramai yang dapat A dan B. Alhamdulilah la. Tahun nin PMR macam susah sikit la. Cuba juga mencari formula untuk menarik pelajar. rasanya cukup la untuk malam ini.  26/4/2013 9.38 pm

Thursday, April 25, 2013

26/4/2013

Kembali semula Assalamuaikum.... dah lama tak menaip nin... rindu pada blog yang meninggalkan banyak kenanga... hari nin dah 26/4/2013 dah hampir 1 tahun lebih aku tak menaip blog nin... tak kisah la. pasni akan aktif balik la. ok. banyak benda nak dikongsikan nin tunggu k