Friday, February 15, 2019

AYUH MARA FEBRUARI 2019









Syukur alhamdunillah akhirnya berjaya juga untuk update blog ini. Boleh  la tengok gambar-gambar yang ada ini sebagai tatapan. Minggu lepas ialah cuti sekolah dan banyak aktiviti yang dibuat. Gambar yang adaitu ialah pergi ke pantai untuk melihat alur-alur sejak zaman sekolah dulu. Seterusnya ialah team hoki. Dah kali keberapa tak dapat join game. Tak mengapa lah. Nak buat camner kan. Sedih la jugak. Apapun tahniah buat semua. Seterusnya ialah team kelab kerjaya sedang main catur. Sebab  itu sahaja aktivit yang difikirkan. Minggu depan pula ialah pergi ke pertandingan badmiton negeri melaka. Penatnyer.......... tapi camtu lah nak wat camner. Ok la. Tahun depan akan join team bola baling la pula. Dah asyik tak dapat pergi game kan. hahahahaha.... ok la selamat malam semua
_____________________________________________________________________________
 Asalamualaikum,alhamdunillah masih lagi diberikan kekuatan untuk menaip blog ini yang jelas sangat menenangkan jiwa dikala hati dalam keadaan gundah gulana. Untuk kali ini aku akan gunakan bahasa tinggi. Maka korang pepandai lah untuk tafsirkannya. Pertamanya ialah aku nak ucapkan selamat tinggal buat si belang. Jika sebelum ini bersusah payah , tapi kali ini dah nekad serta tabahkan hati untuk menyatakan cukup la sampai setakat ini sahaja. Mengharapkan simbiosis dari semua malah persis kekulat yang tumbuh liar dan akhirnya memusnahkan sepohon pokok yang sedang rimbun. Berbakti pada anak-anak jauh nun kesang, jasin dan sekitarnya. biarpun sempat 3 tahun sahaja. Rasanya cukup sahaja la. Walaupn gerimis kecil yang masih mahu turun. Tapi ketuahui gerimis itu tanda kegembiraan akan turun. Namun sekarang ini tiada ertinya lagi. Wahai sangmerpati putih bukakan sayapmu....... terbang lah tinggi dan bebas. Sang helang yang punya kekuatan tapi akhirnya akan hingga juga ditelapak bumi.Seterusnya, aku minta sejuta kemaafan diatas kekhilafan yang wujud. Pergilah rasa hati ni. Buat sang pejuang, si abang, si tangan belum baik, si hitam manis, si katik. Teruskanlah perjuangan. itu. Noktah aku sampai disini sahaja. Untuk saat hari ini, sedikit kejutan seperti panah menusuk  hati. Memecahkan kebuntuan 9 tahun .tahniah buat anak didik . Menjadi kepala buat segerombolan manusia yang perlukan penunjuk arahnya. Hebat nukilanku kali ini, iya,ibarat tinta yang membunuhjiwa -jiwa manusia. Tembus meneros naluri seornag manusia. Cukup la ku ukir kegemilangan itu di awan biru sebagai tanda kewujudan. Dakwat-dakwat tinta daripada titisan peluh keringat bukti bahawa insan kerdil dibumi terasing ini punya daya kekuatan.untuk muncul gemilang dibumi hang tuah. Sinarnya cukup terang namun apakah maknyanya jika tiada secebis pengharapan. himpunan bait-bait suci sebagai wadah kekuatan entah hilang kemana.
___________________________________________________________________________________