Friday, May 18, 2012

MENANDA KERTAS DAN HARAPAN.

Hari ini dah 19/5/2012 pukul 2.41 petang. Nin baru lepas pergi ke rumah perkahwinan si khairul nazri. Masa dah banyk berubah. Banyak benda baru dalam acara perkahwinan. Cuma nak tulis sikit jerla. Dah menanda kertas melihat pera pelajar sudah ada semangat untuk belajaar dan berjaya. Tidak kira kelas belakang ke kelas depan. Tahniah semua. Satu lagi nak coretkan terima kasih kepada si fitrie yang sudi datang semasa cuti sekolah bagi sbpi batu pahat dan sanggup masuk kekelas untuk sama-sama belajar sejarah dan bukan dengan tangan kosong. Dengan membawa kek sekali.Mungkin dia mahu merasakan kenangan yang ditinggalkan. hahaha Rindu mengajar dalam kelas payah nak dibendung dan jika dapat mengajar. Maka segala yang ada akan diluahkan. Dari ilmu berlari, melompat, menari dan sebagainya. Hahahahahaha. Peganglah kata-kata saidina umar, didiklah anak mu dizaman mu.Jadi gunakan segala kepakaran untuk membentuk jiwa remaja yang sedang dalam kecelaruan. Tunjukkanlah jalan yang betul melalui tingkah laku dan adab sopan yang telah sedia ada didalam agama kita. Jika dulu berlumba lari untuk kekelas dengan para pelajar, maka operasi menyanyi dalam kelas, buat kerja sama-sama dengan pelajar, kalau salah cikgu didenda dan sebagainya mencetuskan revolusi dalam menguji kekuatan kita menghadapi cabaran-cabaran pelajar. Ambillah hati para pelajar dengan menjadi sahabat dan bimbing la seboleh yang mungkin. Belanjakan lah sekadar yang mampu disamping memikirkan apa yang perlu dilakukan lagi untuk menambahbaikan dalam menyampaikan isyarat. Tidak mudah untuk menjadi sahabat pelajar. Makan sekali, belajar bersama dan sebagainya. Eleman tegas jika pelajar melakukan kesalahan perlu sentiasa dititik beratkan. Ajarakan tutur kata yang sopan dan ambil lah tindakan yang sewajarnya. Adussss,,, bermadah lah pula. Yang pasti menjadi agen penyampai berita yang benar adalah sesuatu yang menyeronokkan. selamat hari guru........Cerita yang tak best ialah guru di sandakan tidak dapat bertukar. sedihnya dia..... Saya memasukkan slot tuh diakhir sebab berita yang tak best kalau boleh taknak dengar....huhuh

Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012

Hari ini tanggal 16 Mei 2012. Iaitu hari yang paling ditunggu oleh para guru. 16 Mei ialah hari guru bagi negara Malaysia. Hari ini juga saya tak ketinggalan menyambut hari guru yang boleh dikatakan paling best la semanjak menjadi guru. Untuk pengatahuan esok kursus pbs geogarfi akan disambung kembali. Sebenarnya saya dah rindu mengajar dan bersembang dengan para pelajar saya. Serius, nak jer masuk kelas dan mulakan pengajaran. Seperti biasa akan bergerak ke sekolah pada pukul 6.30 pagi. Suka ler pergi ke sekolah waktu subuh-subuh. Subuh itu menyejukkan dan menyenangkan. Saya masih berpegang iaitu nak berjaya perlulah menghindarkan kulit daripada terkena matahari. Memula tak faham jugak apa maksudnya. Akhirnya telah berjumpa dengan kata kuncinya iaitu keluar seawal pagi sebelum matahari keluar dan kembali dari kerja selepas terbenamnya matahari. Kerja menyebarkan ilmu itu adalah satu ibadah. Mendidik para pelajar menjadi insan yang mengenal maha pencipta cukup manis. Semakin hari semakin sayang dengan pangkat guru. Diatas diuploadkan dua keping gambar. Gambar yang pertama itu adalah hadiah hari guru daripada para pelajar. Terima kasih kepada yik sin, imran, zaqwan, norhanani, hakimi, nurin syakiran dan semualah. Walaupun tak sempat berjumpa dan ucap terima kasih nanti saya akan ucapkan. Kembali pada topik hari ini. Pepagi lagi dah terpacak di sekolah dan terus mencari kerja iaitu mengemaskini jadual kedatangan dan sebagainya. Minggu depan semua guru nak bercuti dah. Nak jumpa seseorang ler kat kampung. Seterusnya ialah nyayian negaraku, lagu guru malaysia dan sebagainya. Habis jer semua tuh. Saya dan cikgu volkalis sekolah saya bergabung tenaga menyanyikan lagu dari indon tajuknya naluri lelaki.Siap dengan penari kerusi lagi. Tahniah la, memang cukup berjaya . Seterusnya ialah bermain sukaneka, sayangnya tak ada nombor pula. Geram juga la. Bersama dengan ahli kumpulan cikgu suryani, azwa, zainal, yazid dan sebagainya. Seterusnya ialah acara bermain hoki, acara kegemaran tapi kalah juga kepada top score cikgu rahmat. Rupanya diaorang ni hebat dan memang mewakili maktab dan daerah masing-masing. Yang diatas persada pula sibuk dengan bermain carom serta memasak cucur. Sayang banyak acara tak dapat join. Maklumlah suka mengumpul hadiah . Akhirny saya terus masuk gelanggang nyayian. Bertanding juga la. Tapi berganding dengan pelajar si nazdmi. Lagu gemuruh wei. Tahniah anda dah berjaya. Gemuruh dah dapat menyanyi dengan baik. pastu tukar hadiah. 2tahun berturut-turut dapat tapewere. Terima jerla. Apapun syoknya hari guru. Tepat pukul 1 semua bersiap ke hotel grand pula untuk sambutan disana yang turut disertai oleh cikgu munira yang sekarang menjadi gkmp. Tahniah semua.Gambar yang satu lagi tuh rumah zaidi , sorang lagi tuh syafik. Rumah zaidi nin kitaorang berkumpul untuk ke kelantan time kawin awie'. Tahniah awie berkawin juga dengan kekasih lamanya dan akhir sia as. Dulu semasa belajar kenal la siapa as nin. Awie nin roomete sepanjang tempoh belajar kat um dulu.

Monday, May 14, 2012

FITRAH KEJADIAN MANUSIA

Yup dah berjaya pun. pic tuh adalah berkaitan dengan giant kat terengganu. time ni makan-makan kat chiken rice shop , nak taw seperna apa, Sebenarnya tengah sambut bday wanita disebelah saya tuh. Bukan senang boleh keluar camtu. Pastu pic makanan yang penuh diatas meja itu adalah sambutan kerana syukur dapat kerja. Sentiasalah kita mengingati Allah. Terdapat nasi arab, spageti, ayam goreng berserta dengan donut apple, Kita makan puas-puas. Dan pic yang ketiga plak saya belikan jaket yang limited edision untuk wanita tersebut. Sesudah melakukan banyak survey akhirnya jumpa dan terus saya belikan. Buat sprise sikit memula kasi hadiah mug. Hhehehehehe. Cam kedekut gtu. Pastu wat helah pergi kat bonet dan bawakkan hadiah dalam kotak besar tuh. Jaket tuh saya jer tengok. Orang lain tak leh. Haha. Cam shah Jehan dengan isterinya Mumtaz. Diberikan sebuah istana iaitu taj mahal dan semua arkitek dan jurubinanya dibunuh atau dipotong tangan, itu sahaja.

GURINDAM MEMORI 2008-2012

Assalamuaikum semua. Makin kencang aku menupdate blog maklumla . Fb yang selalu dimainkan dah pun dioff kan. Entah la , macam malas jer taw. Tapi hari ni sehari suntuk menghabiskan masa untuk program pelik penilaian berasaskan sekolah (PBS) cam susah dan amat memberi tekanan pada para guru kalau hal ini tak ditagani. Tapi tak mengapa lah dan aku yakin perkara ini akan sekejap jer akan dilaksanakan memandangkan terlalu banyak
Assalamuaikum semua. Makin kencang aku menupdate blog maklumla . Fb yang selalu dimainkan dah pun dioff kan. Entah la , macam malas jer taw. Tapi hari ni sehari suntuk menghabiskan masa untuk program pelik penilaian berasaskan sekolah (PBS) cam susah dan amat memberi tekanan pada para guru kalau hal ini tak ditagani. Tapi tak mengapa lah dan aku yakin perkara ini akan sekejap jer akan dilaksanakan memandangkan terlalu banyak masalah yang mungkin wujud secara tidak kita sedar. Jangan lupa yer 16 mei 2012 ini tanda akan menyambut hari guru yang ke 2 dalam hidup ye. Tak sangka la jadi cikgu jugak . Ingatkan jadi peguam ke apa. Sebelum tuh gambar yag diuploadkan tuh adalah memori yang tak akan dilupakan semua semasa ini ialah semasa kursus gems. Maklumlah time tuh tak ada pengalaman dan mencari-cari kerja. Sebelum itu aku kerja pam minyak kat sekolah khairiah jer. Bersama pak-pak bangla iaitu nazrol dan mahmud. Apa aku peduli aku kerja jer. Pada suatu hari pak sayuti juga pekerja pam minyak area marang ajak aku g interbiu program gems. Entah benda aku tak tahu. Dia kata akan diberi elaun dan tempat tinggal. Bos tempat aku kerja pun pegi sekali k. So aku pun berangkat la pada petang hari tersebut. Dengan senangnya di interbiu dan aku dapat masuk. Rupanya sapa yang datang pasti dapat. Aku ni kira beruntung la sebab masuk kat situ. Di berikan pendedahan yang telah meluncurkan aku menjadi seorang guru. Selepas itu aku ditempatkan dengan kawan-kawan aku iaitu si arma , alif si sepupu danny x factor dan juga pak sayuti. Time situ la aku banyak belajar pasal komunikasi dan sebagainya. apapun tahniah la. Aku dah berjaya pun, Si arma dah berjaya menjadi seorang pegawai kapal , si alif berjaya menjadi suru audit di kelantan dan pak sayuti berjaya menjadi seorang ahli kimia... Untuk arma, sayuti dan alif masih ingat ayat pepagi dan malam.............. ayah kamu kerja apa??????????????????????? hahahahahahaha. ok stop. Esok masih berkursus dan lusa hari guru. 14/5/2012

Saturday, May 12, 2012

PILIHANRAYA 13........... 1433

Assalamuaikum....... dah lama tidak menulis blog catatan ini. Banyak betul peristiwa-peristiwa yang berlaku. Rasanya ini adalah tulisan pertama untuk tahun 2012 ini. Dikala berdentam dentum isu-isu berkaitan dengan tarikh pilihanraya. Namun disini juga akan diulas dan apa yang mungkin berlaku. Tapi saya merasakan pasti ada sesuatu yang akan berlaku pada tahun ini. Sebelum itu hari ini 13/5/2012 atau 13 mei ini saya dengan rasminya memberitahu bahawa saya sudah membeli mesin basuh dan juga peti sejuk bersama dengan pelekat magnet , setakat yang ada ialah daripada padang besar, langkawi, melaka dan terengganu. Insyalaah akan menambahkannya lagi. Banyak nin nak dicoretkan. Bulan ini juga, banyak pengubahsuaia
n yang dilakukan. ops..... tetiba pic dah masuk. Ada nak diceritakan pasal ikan tersebut. Hari ni dah hampir 2 tahun bekerja di bandar jasin ini. Suka duka semua ada la. Esok lusa pula ada kursus. Cam-cam kursus yang ada. Selain tuh juga saya juga berjaya berjimat cermat. Boleh katakan dah sentiasa memasak dah. Hari ini masak ikan , ayam goreng dgn kuah acar bendi. Makan la apa yang boleh kan. Cam tak biasa makan pulak. Esok kursus untuk pbs owwwhhhh penatnya rasa. Seterusnya beberapa bulan lagi saya akan bertukar kulit dan bertukar status. bahagianya rasa. Seterusnya saya nak ulas sikit. Sila bagi perhatian, Saya menjangkakan parti pemerintah akan jatuh dan akan digantikan dengan sebuah parti yang masih samar-samar. Untuk pengatahuan semua, yang bakal menggantikan dato na..... bukannya saudara anw...r tetapi seorang yang akan lahir daripada negeri puteh hitam. Cuma sebelum dilantik maka akan berlaku sedikit huru-hara kerana bantahan dan sebagainya. Sebagai seorang yang AMAT-AMAT HEBAT semua itu dapat dipatahkan. Maka akan turun la seorang pemimpin yang hebat. Bersamanya ialah seorang penasihat agama merangkap perdan... menter..... Kepada semua , ini adalah jangkaan yang akan berlaku .. Dalam acuan yang sudah ditetapkan. Facebook sudah pun ditutup untuk memberi laluan kepada seseorang. Ok itu sahaja catatan ini... Jika sebelum nin ada yang menyatakan perlunya persediaan makanan dan sebagainya.bagi saya pula, bekalan yang paling baik bagi era ini lalah ilmu pengatahuan iaitu ilmu warisan agung serta ayat al-kahfi. 2 tersebut amat ampuh untuk berdepan dengan perkara-perkara sekrang. ...