Sunday, August 31, 2014

MERDEKA!!!



Assalamuaikum. Susahnya mahu ada mood untuk menulis blog ini, Perlukan kekuatan yang besar, Memandangkan kerja yang semakin menimbun dan  entah apa-apa. Kesian kepada para guru yang terpaksa berkerja keras selama ini. Dunia pendidikan yang semakin sayu dan malap. Enteri itu malas nak dibincangkan. Cumanya memang ada perbincangan yang berlaku. bukan sekadar cerita kosong, Seorang guru jusa c dan seorang guru disiplin, Memang sedikit mengecewakan, Tabik juga kepada cikgu seman yang memang hebat dalam karier. Memang amat wajar dicontohi sebagai guru tauladan. Esok ada temuduga juga untuk pengambilan darul syifa. Rasanya tak layak lagi untuk itu, Kene banyak belajar lagi. Ok lah tak nak merawang jauh ke mana-mana. Malam ini, dengan mood yang semakin ok ini, alangkah baiknya disusun cerita untuk post kali ini. Agar mantap dan menarik selera semua. Ini dah penhujung persekolahan, Maka banyak lah yang perlu diselesaikan, Cuma alhamdulilah, kali ini aku pegang kelas aku 2 tahun dahulu, Iaitu kelas 3 geliga. Apapun 3 geliga terbaik. Harap cepat selesaikan aktiviti hujung tahun nanti agar meletup dan meninggalkan kesan yang hebat kepada kawan-kawan. Nak pergi terengganu, kl . si amir nak pergi zoo. huaaaaaaaaaaaaaaaa. Zoo owh zoo. Untuk tahun ini sahaja kelas aku kematian 2 orang penjaga siti nuratiqah zaini dan bawani., Moga tabah mengharungi kehidupan. Sekarang nak ceritakan apa bender yang tersirat dalam gambar tuh.Memula rancangan kami ialah untuk pergi ke  camerron hingland. Memang terasa nak ke sana. Cuma melalui pemerhatian aku, si dhiya tidak berapa gemar jika cuaca terlalu sejuk. . Kalau sejuk diselimutkan dia ok tak mengapa. Tetapi dia mengeliat tak nak di selimut kan. Agaknya rimas ke apa. Nanti bila dhiya dah besar akan ditanya kenapa dulu tak nak selimut. Agak-agak ada jawapan tak.Seterusnya aku terus nak book bilik. Tempat biasa yang di booking adalah yang murah-murah sahaja. Harga biasa-biasa rm100 sehari. tetiba harga untuk cuti merdeka naik melonjak rm200, Wow meriah kan harganya, Maka terpaksa di batalkan kerana merasakan harga tersebut seperti tidak logik, Ini ditambah dengan jemnya nanti di atas bukit sana. Boleh dikatakan hari-hari duk tengok peta malaysia ke mana mahu berjalan-jalan, Memang mati akal juga la. Esoknya camner lah dapat idea mahu ke damansara. Sebelum ini pergi ke ikea dan curve adalah dengan kawan sahaja. Kali ini mungkin pengalaman yang berbeza. Memandu sendiri ke sana. Maka bersiap lah segala dagang untuk bergerak ke sana. Gambar yang pertama itu adalah semasa di curve, Parking dekat ikea beb, Sebabnya si zaidi dahulu dia pergi kat curve , dia parking kat situ, Si zaidi selalu sangat la ke ikea tuh , nak tengok wayang, Tetapi semua tuh dah tak ada selepas si zaidi sudah dapat tukar ke jb yang dicintainya. Sebenarnya nak ikutkan hati mahu jelajah semua yang ada kat situ sehingga ke sungai buloh,. Malamnya menikmati seafood di d manggis. Seterusnya perjalanan ke ikea dari melaka sekejap sahaja rasanya. Dalam 2 jam setengah sahaja. Keluar susur damansara mutiara, Ikea dan cuerve kawasan situ jer. Unutk makluman semua, kalau masuk ke kuala lumpur tak perlu risau m sebabnya sainboardnya jika diikut pasti akan sampai ke destinasi. Satu hal lagi di sana ada SUBWAY , wah siap besarkan huruf tuh, Gamaknya sedap kot, di sana subway dimana-mana sahaja, pergi di ikea dan makan meatball n chiken wing yang rasanya tak ada lah sedap sangat. Orangnya memang ramai. Maklumnya 30 hb 8. malamnya akan sambut merdeka. Target kami ialah pulang sebelum malam kerana tak nak jem semua orang keluar. Jadinya, selepas berbincang sekejap dengan wife, nak sambut merdeka dekat putrajaya. Selepas ke ikea dan damansara, membeli beg plastiknya. wahahahahaha. Terus memecut ke bangi untuk singah di kolej zaaba,. aku punya kolej kolej zahiruddin. bukan ukm la. Pergi kesana mengimbau peristiwa lama dan berhenti di masjid ukm. Sebelum itu tapau 3 subway tuh. 1 tuh sebab dapat kupon si syafik yang bagi. Kalau tak gunakan rasanya rugi. Ada 3 bantal subway dalam kereta. Makan sampai puas k. Seterusnya nak bergerak ke putrajaya seperti ada penghalangnya. Dongak ke langit melihat awan hitam yang menandakan hujan akan turun di belah putrajaya, Kami buat keputusan untuk terus balik ke melaka jer la. Yang tak tahannya makan jem dari bangi ke seremban. Asyik jem sahaja di situ. Tuh teringat yang sorang perempuan yang maki operator plus. Memang patut pun. Lambat sungguh, Owh lupa nak masukkan pic touch n go yang baru dibeli sempena hari raya. Beli la touch n go kerana ianya memudahkan perjalanan. Sampai la kami di melaka dan terus ke mydin mitc. Huhuhuhuhuhuh, tak habis lagi tuh perjalanan. Keluarnya pukul 8 pagi balik dekat pukul 12 gtu. Alang-alang berjalan kan. Sebelum terlupa kami baru terjumpa tempat makan yang rasanya memang sangat sedap. Ala indonesia tuh. Tidak lain dan tidak bukan kedai wong solo. Kedai ini dah lama adanya cumanya di melaka baru tahun ini beropersi. Ternampak sahaja kedai tuh terus makan. Memang teringat la rasa masakannya. 5 bintang untuk wong solo. Kedainya di dataran pahlawan. Esok kene pergi ke ppd pula sebab ada kursus. Kursus nak abiskan duit la tuh. Pastu dapat pula dalam 8 keping kad kawin.Jadi untuk cuti sekolah nanti , kami akan menyusur ke kedah. welcome kedah dan gunung jerai. ok lah setakat itu dulu. nak tido pula. 10 mlm. 5/9/14.

Wednesday, August 27, 2014

bjaya vs dugaan syawal 2014

Assalamualaikum smua..alhmdulilah stelah lama btgguh bru hr ni ade masa nk update blog ni..sbnarnya byk pkara dh blaku pd syawal kali ni yg suka yg duka..Allahuakbar smuanya blaku atas kehendakNya,moga ada hkmahnya..aminn..pkara ptama ialah aku dh hbs kursus cpd slama 5 hr kt ilp bukit katil,slma 5 hr ni asyik ulang alik la jwbnye..nsb baik la ade cik rina bleh gk join kete dia..klau sorg mati kutu gk la kn..huhu..hr trakhir kursus iaitu 15 ogos jam 9.45 pg x sangka aku trima pggilan dr mak bg thu ayah x sdr diri mcm nk jd stroke..Allahuakbar dgr je brita tu air mata aku dh mcurah x thu nk buat n fikir ape..org ptama yg aku bg thu kt abg nk ajak abg blk kg time tu jgk,rse nk terbang je..pkara ke2 aku bt ialah doa dlm ht,alhmdulilah kwn2 kursus pn bg kata2 smgt..aku trus bg thu hal ni kt pyelia kursus nk smbil mata dh merah nangis..huhu..pgalaman yg menakutkan..tghr tu jgk kami blk kg,smpai kg dh mgrib trus aku bsiap utk k hospital..mlm2 aku offerkn diri nk jga ayah,mklum la duk jauh jd biarlah penat skit utk ayah tsyg..smpai ahad kami trus blk mlaka yela isnin dh skolah kn..blk dgn ht yg berat,ayah siap nangis kami nk blk melaka dh,ayah ssh nk mgalirjn air mata..kali ptama aku tgk ayah nangis ialah masa kmatian arwah abg mie yg mninggal lemas pd 2012 6 syawal..kali ke2 time aku nk blk melaka..prasaan masa tu mmg xleh nk ckp la,aku ape lg mencurah la air mata..huhu..hr ni dh 2 mggu pristiwa tu blalu alhmdulilah ayah dh mkin sihat..skrg x sabar nk blk kg ct skolah..hehe..mggu ni ct merdeka,kena tye my honey la ke mana nk tuju,hrp tmpt best la kn..haaa ade 1 lg cerita,smlm kami jenjln kt mydin mkn pas2 solat kt the mall..mlm2 dhiya dh nngis2 x thu la sbb ape,mnurut papa dhiya ade 2 bnda..wallahualam..haa pas ni kurangkn dgr lagu thai taw..kikiki...oklah tu je kot stakat hr ni,hr ni plak hujan je...sejukkk...jom pekena teh tarik..28 ogos 2014 9.07 pagi

Wednesday, August 20, 2014

Kisah dahulunya 1 geliga sekarang 3 geliga

 Di kesempatan ini sempat juga mencoret sedikit bingkisan untuk dijadikan tanda ingatan. Mungkin kali ini tulisan adalah sedikit panjang dan jangan lah jemu membacanya,Alhamdulilah pelajar-pelajar 3 geliga adalah hasil 1 geliga dahulu. Moga semuanya diberkati Allah hendaknya, Dedulu tak pandai ponteng sekarang dah ponteng, Takziah juga diucapkan kepada siti nur atiqah bt zaini atas pemergian ayah angkatnya. Seluruh kelas menrasakan kesedihan tersebut. Dalam gambar ini ialah azhan, hafidzi, zaqwan, syafik, aiman dan shahrul. Banyak peristiwa yang berlaku , Sebenarnya cuti 2 minggu lepas ialah ke camerron hinglnad. Tetapi mendapat panggilan  , menyatakan ayah tak sedarkan diri. Selepas itu pula si hazim excident pula. Banyk juga dugaan. Insyallah perlu dilalui dengan sebaiknnya. Si syazahusna mewakili pelajar 3 geliga nak adakan lawatan ke terngganu. Banyak benda yang perlu difikirkan itu. Nanti sudah tingkatan 5 dan habis spm, Sila lah baca balik bingkisan ini. Semuanya untuk kebaikan pelajar-pelajar. Cikgu doakan agar pt3 nanti akan memberikan keputusan yang cemerlang, Hari ini juga pentafsir kawasan datang untuk semak jawapan pelajar pula. Lelah rasanya. Tak sabar menunggu keputusannya, Harap semuanya berjalan dengan lancar  sahaja. Sekian. 25/8/14 7.50 malam

Monday, August 11, 2014

Secoret rasa, segunung harapan, secebis bingkisan, sepalit rungkaian.

Assalamuaikum, diam tak diam sudah menghampiri angka 5 tahun menjadi seorang guru, siapakah guru itu? Guru ibarat lilin yang sentiasa cuba menerangi sesiapa, Siapa sangka aku nih akhirnya menjadi seorang guru. Kalau difikirkan balik betul ke aku nih dah jadi cikgu. Tapi sekali bergaler guru insyallah akan bergelar guru. Terus terang sebenarnya aku nih cukup tak suka pada awalnya menjadi seorang guru. Semasa di alam persekolahan, sentiasa berfikir , takkan lah bangun pepagi dan pakai baju seragam sekolah . Bayangkan duk di sekolah dari pagi sampai petang. huhuhuhuh. Memang tak suka lah. Memang ada terfikir juga tak kan ler lepas abis sekolah , pasni aku jadi cikgu pula. Bila aku nak habis dengan sekolah ni. Tun dia,. Akhirnya tengok lah , menjadi cikgu jugak tuh. Ada kisah di sebalik aku menjadi seorang guru ini. Biarlah kali ini akan menjadi coretan sejarah dalam blog ini. Aku nih sebenarnya semasa di universiti pernah ditawarkan menjadi mpp. Tapi atas nasihat ayah . Maka aku menolak lah tawaran tersebut. Sampaikan ada presiden yang telefon untuk menjadi mpp. Semasa di sekolah aduhai memang aku cukup aktif, main bola, bola baling, hoki, teakowndo, debat, tukang azan kat surau, melatih diri agar semuanya mampu dibuat. Bukan mengharapkan perfect, cuma melengkapkan ilmu yang diperlukan.. Nanti aku poskan gambar dulu dan sekrang. hihi. dulu sedikit kurus, sekarang dah berisi. Makan lebih sedikit dah naik berat badan. Semasa di sekolah, aku di tempatkan di kelas ke2. Masa tuh dah wujud team belajar dan team main-main. Teruk juga la time tuh. Masih terbayang kata-kata seorang kawan. Wan, kalau kamu dah berjaya jangan lupakan aku pasni. Tengok aku jalan kaki, ko naik kereta tumpang kan lah aku. Sedihnya. Jika dikembalikan masa silam dahulu. Pasti semuanya akan berusaha bersungguh-sungguh. Dalam kelas aku pun ada 2 orang yang mengandung dalam kelas. Semuanya akan dibongkarkan pada kali ini, Entri kali ini biarlah terlalu panjang agar semuanya dinukilkan didalam blog.Bayangkan semasa di sekolah aku ler seorang yang jalan kaki ke sekolah, kebanykkan kawan menaiki motor. Wah hebat kan. Tetapi aku niatkan belajar rajin-rajin dan insyallah pastikan kejayaan milik aku. Allhamdulilah akhirnya berjaya. Semasa tuh dalam dilema antara nak memilih selepas spm. Sejujurnya semasa spm memang perkara yang menyeronokkan bagi pelajar dan tidak menyeronokkan untuk cikgu disekolah tuh. Sekolah tuh biarlah rahsia. Semasa di sekolah tersebut memang sedikit nakal. kenkadang makan di rumah masa rehat. hihi. sakit perut jer terus balik ke rumah. wahwah. Cuma yang terkesan sekali ialah semasa adanya kelas tambahan , aku sorang jer yang datang. Pening kepala sungguh time tuh. Belajar cam bertalaqqi dengan GURU SEJARAH, kan aku dah jadi guru sejarah. Semasa itu guru sejaraj aku ialah cikgu ghazali. Masih segar diingatan. Seterusnya aku mengambil keputusan untuk sambung pelajaran diperingkat STPM. Semasa tuh aku tak ada kawan. Semua kawan aku dah memilih haluan masing-masing. Semasa itu pasrah sahaja. Akan terus melangkah walaupun keseorangan. Untuk berjaya perlukan pengorbanan. Semasa hari pertama ke sekolah STPM itu aku dapat sorang kawan. namanya firdaus. Masa itu aku terus tinggalkan main bola sepak dan seangkatan dengannya. Kononya untuk memberi fokus untuk belajar. Nah sekarang badan terus naik mendadak. dari yang kurus kering, sekrang berisi banyak. Seterusnya selepas STPM, aku terus membawa diri, untuk membiasakan diri dengan orang ramai. Tetapi semasa result STPM keluar, oitt takut sungguh. Aku dah mula solat hajat setiap malam agar dapat masuk universiti. 3bulan berturut-turut. Akhirnya tepat jam 12.00 malam , si firduas mesej aku katanya aku dah berjaya masuk universiti. Terus solat sujud syukur. Alhamdulilah maka, persiapan pun dibuat untuk masuk ke universiti. Bestnya. aku rasa segala penat lelah akhirnya mencapai kemuncaknya. Pergi dengan bus jer. Tengok pintu gerbang univerisiti semasa itu terasa amat gembira. Semasa diuniverisit banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat. Yang paling aku tak dapat lupa ialah bagaimana aku kenal dengan seorang kawan, yang keluarganya puasa tidak, mencarut dan memang teruk la. Aku pernah dipelawa ke rumah sedaranya, aku ikut la. Sesampai jer di sana. Masing-masing tak solat, baik kecik sampai besar. Aku cam biasa la, bukan alim sangat kot, tapi menunaikan apa yang telah difardukan. Maka aku pun minta la sejadah untuk solat jamak, Rupanya mereka ini tergopoh-gopoh mencari sejarah yang entah kemana. . Itu aku tak kisah sangat la kan. Mungkin sejadah tuh basuh ke apa ke. Seterusnya sesudah meminta sejadah maka nak tahu la di mana arah kiblatnya. Malangnya semuanya tidak mengetahu arah kiblatnya. Sedihnya hati ini. Seterusnya aku kenal dengan saudara maranya. Kira baik juga la. Ada saudarnya ini anak yatim dan hanya ada keluarga kecil sahaja. Seterusnya aku nih ramah sikit la, dan baik dengan dengan sedara maranya. Sehinggakan aku megetahui saudaranya itu dirogol orang semasa balik kerja. Subhanallah, besar sungguh dugannya. Aku pun pelik sebabnya dalam tempoh 6 bulan dia telah meninggalkan kampungnya. Rupanya saudaranya selamat melahirkan bayi lelaki, Namanya ialah Iman Hakim. Besar pengorbanan anaknya berhadapan dengan cercaan orang ramai. Tabah mengharungi dungaan. Banyak peristiwa yang terpaksa di cutkan untuk menjaga hati mereka yang terlibat. Cukup la perkara seperti ini menginsafkan kita. Banyak peristiwa yang berlaku dan pernah aku hadapi. Bertemu dengan mangsa rogol 12 orang dan mangsa liwat. Semuanya seolah-olah seperti drama dalam tv. Sedarlah bahawa semuan ini adalah kehidupan sekarang. Seterusnya aku banyak terlibat dalam aktiviti dakwah juga. Diuniversiti, aku akan join mana-mana usrah, kuliah agama, bahkan tabligh pun aku dah join. Aku nak melihat sejauh mana semua aktitiviti tersebut. Sehinggakan orang tabligh pun taknak berjumpa dengan aku. Aku suka bersembang dengan orang tabligh dan memberi soalan-soalan cepu emas. Jangan terkejut kebanykkan mereka yang menyertai tabligh ini adalah mereka yang berpelajaran seperti doktor dan peguam. Seminar buddha pun aku masuk., mahu melihat apa aktivitinya. Seterusnya aku juga join kumpulan dakwah perkid , kawan-kawan ajak ke klcc untuk aktiviti membanteras gejala sosial , semasa disana memang ramai group-group dakwah yang datang. Pekida pun ada juga. Ditempatkan di surau al-ikhwan, aku dan kawan-kawan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Aku ditempatkan ke bukit bintang. Wah ini adalah pengalaman yang cukup berharga. Kawan-kawan aku semuanya berserban. Aku jer tak. Lupa nak cakap, turut disertai oleh kawan aku berbangsa cina. Hebat tuh. Aku dan kumpulan bergerak ke bukit bintang sekitar jam 2 pagi. Berhadapan dengan orang yang mabuk, budak-budak , pondan dan sebagainya. Datang keinsafan dan tergerak dihati, menyatakan bahawa, dalam hidup ini bersaksikan mata kepala sendiri melihat kerosakan akidah , akhlak orang islam. Aku sempat tangkap seorang budak darjah 6. Duduk seorang diri, ditanyakan kenapa duk disini, katanya nak sambut merdeka la. dah tuh awak tidur dimana. jawabnya disini ler. Adus. terdetik dihati menyatakan perlu dilakukan sesuatu, Amat risau nanti jika nyawa dicabut, akan disoal, apakah usaha yang kamu sudah lakukan. Subhanllah, dengan izin Allah aku menyatakan bahawa perjuangan membentuk nilai islam melalui perguruan, terhapus sudah persepsi yang awal itu. Inilah wadah yang betul untuk berbakti kepada bangsa dan agama. Didik la dengan sebaiknya ,pimpin lah melalui "kepimpinan melalui teladan" . Bangkitlah 1000 ammar dibumi malaysia ini. Mengharapkan agar segalanyaterlepas dengan menggalas tangjawab sebagai guru ini. Biar ditomah seribu macam. Amanah Allah akan dilaksanakan. Berpegang la dengan kata-kata para sahabat, didik la anak-anakmu dengan sesuai dengan zamannya. Ilmuwan terdahulu tidak meninggalkan harta yang banyak kepada anak-anaknya, umar abdul aziz, salahuddin ayub dan ramai lagi. Tetapi meninggalkan ilmu sebagai bekalan. Moga hati ini sentiasa berjalan dibawah redha Allah. amin. AKU SEORANG GURU............... 11/8/14

Saturday, August 2, 2014

Salam 1 Syawal 2014

 Assalamuaikum dan salam 1 syawal daripada kami sekeluarga.Bertemakan baju biju yang cukup meriah sekali. 1 syawal yang cukup-cukup bermakna kepada kami. Kehadiran si kenet nur dhiya dan juga tahun ini dengan keputusan dapat bertukar dari sandakan ke melaka cukup bermakna bagi kami. Diawal ramadhan sudah pun merasai kenikmatan keluarga. Dapat bersahur dan berbuka bersama-sama. Jadi di bulan ramadhan tersebut bazaar ramadhan akan dikunjungi. Bazaar yang menjadi kesukaan kami ialah di duyong dan sekitar jasin ini je. Sesebelum ini makanan disana memang tidak menghampakan. Kesukaan kami ialah ayam panggang duyong ler dengan sos lada hitamnya. Semua orang dah tahu pasal ayam tersebut. Dalam post dalm blog ada pic ayam panggang tersebut. Sekejap jer rupanya duk dimelaka ini dah pun 4 tahun. 4Tahun tuh. Bukannya sekejap. Bermula dengan dalam rumah tak ada apa-apa sehingga ada budak nor dhiya ini. Syukur padanya . Sebelum balik raya kebiasaannya kami akan membeli kuih dan kerepek di merlimau, Memang daripada dahulu itu lah tempatnya . Penuh dengan kuih yang sedap-sedap. Sekali lagi tidak menghampakan lah. Tempat tuh namanya ialah mama foods. time biasa dia buka jugak. Sebelum ini ke sana dengan nani, iza n rina. Sekarang pergi dengan wife la , dah kawin. hihi. Jadi membeli la beberapa kuih dan juga kerepek untuk dibawa ke kampung. Ce wah dedulu asyik tengok drama jer orang balik ke kampung kan. Sekarang kita merasai pengalaman tersebut. Dengan servis kereta dan persiapaan untuk balik ke kampung.Sebelum balik ke kampung pula nak dijadikan cerita mesin basuh kat kampung pula rosak. Jadi pakat beli la mesin basuh tersebut. Semuanya automatik sekarang dan memudahkan kerja. Letakkan duit dalam sampul untuk hari raya dan banyak aktiviti yang dilakukan. Seterusnya kami balik ke kampung selepas habis persekolah hari jumaat tuh. Selamat la sesampai jer dirumah tak ada jem yang berlaku, Keesokannya memang jem teruk masa balik ke terengganu. syukur sungguh, Pada awalnya nak berbuka di hotel pada hari sabtu tersebut. Tetapi ayah pula ada jemputan ke rumah saudara. Maka tak menjadi la. Berbuka la kami di flat ladang. Menunya ialah pari, karabu ayam. Sedap kan. Hari esoknya pula berbuka di chendering. Menunya ikan siakap 3 rasa, kerabu pucuk paku, sotong goreng kunyit. Sedap la pulak. Seperti biasa , untuk rumah mak di chendering aku belikan air kotak yang besar tuh untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang. Kat rumah di chendering maner la ada orang yang larat untuk buat air. Jadi sesenang beli jer air kotak. Air gas kebanykkannya ada, naik jemu kan.Air kotak ini bermula pada raya tahun lepas. Insyallah air kotak ini akan menjadi tradisi kami untuk rumah di chendering. Masa berpuasa di melaka rasanya lain sikit lah. Tapi biasa lah, maklumlah semenjak belajar di kuala lumpur dah hampir 8 tahun hidup merantau. Harapnya selepas ini dapat balik ke kampung halaman. Baru-baru ini juga kami mencari-cari rumah untuk dibeli. Dah lama kerja maka rasanya, sudah tiba masanya kami membeli rumah, Tak mahal sangat. Asal selesa cukup. Targetnya ialah sebelum bermulanya gst yang entah apa-apa tuh. Kalau dah mula gst makan mahal lah jadinya. Di melaka ini ada jer rumah untuk di jual tapi kami buat keputusan untuk membeli rumah di kampung sahaja. Seperti biasa raya ke rumah saudara tidak sempat habis. Jangan marah pada kami pak saudara dan sahabat andai. Memandangkan ada pula budak kecil tuh. Perjalanan perlu dihadkan. Rumah pok su pun tak sempat pergi, sebab mereka sekelaurga sakit mata. Kami tak nak ambil risiko. Maklumlah tiada orang nak jaga si kecil jika sakit kan. apapun kami sekeluarga tetap mengucapkan selamat hari raya, dan minta ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa. Kami pulang ke melaka kembali pada hari sabtu. Seperti biasa kami akan balik awal sehari untuk rehatkan badan dan juga bersiap mana yang patut. owh ya, lupa nak bagitahu. Tahun ini tema kami sekeluarga ialah warna biru. Baju melayu dibeli di mydin. Memang puas hati la baju melayu tersebut berharga rm49.90 sahaja. Baju jengjalan beli la sepasang.Gambar masa hari raya tak diuploadkan lagi. Ini pun tulis sebab rajin sikit. hihihihi. Cuma selepas ini jika ada cuti yang panjang rasanya masa cuti tersebut perlu di manafaatkan dengan sebaiknya. Maka dengan ini aku memutuskan untuk membuat kajian kes sebermulanya cuti sekolah. Insyallah. Buku-buku akan dirujuk dan mungkin persediaan untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi. Sebelum tinta ini menutup bicara. Semasa dalam perjalanan ke melaka , sempat berbincang untuk menu yang akan diadakan jika diizinkan bertukar ke kampung halaman, Menunya ialah tomyam, nasi putih dan telur dadar dan akan diadakan pada hari ke 3 setiap tahun, Insyallah. Semuanya berlaku gara-gara nak memesan tomyam semua kedai tak nak buat. Tekak dah terasa menerima nasi. Hari ini kami buat spageti sahaja sebab teringin nak makan, nanti akan ditulis resepinya. Mudah jer sebenarnya. Sebelum lupa kami juga nak ucapkan selamat ulang tahun 1 untuk nur dhiya , kami menyambut mengikut bulan islam. 3 syawal.Terasa mahu makan sup sahaja. Nanti jika ada kelapangan akan dimasukkan gambar didalam blog ini. Doakan kesejahteraan kami, kelaurga kami , umat di gaza, syiria dan semua ummat islam. insyalllah. 10.28 pagi 3/8/14

Resepi spageti
 -Spageti dicelur
-Sos spageti kimball
-Cendawa shitaki
-Bebola daging/ayam
-Daging kisar
-bawang putih
-bawang merah
- sayur campur
-sos cili

Caranya, tumis bawang putih, bawang merah, masukkan daging kisar, bebola dipotong 2 tuh, biar sebati, masukkan sos spageti, sedikit sos cili dan akhirnya cendawan shitaki.dah siap.
# jika nak buat untuk hidangan tetamu, seeloknya letakkan sos dengan spageti secara berasingan.
-selamat mencuba