Saturday, December 12, 2020

SELAMAT TINGGAL 2020..... KAMI PASTI MERINDUI KAMU

     Assalam , jangan ingat sudah terlalu lama tidak menulis, maka blog ini akan ditinggalkan. Tak akan sesekali meninggalkannya.Pertamanya, kami sujud syukur dengan perjalanan yang baik untuk tahun 2020. Banyak juga yang berlaku. Tapi tak mengapa. Aku akan ceritakan nanti.Pertama nya ialah tahun ini , tak sempat dihabiskan persekolahan pun. Sedih la jugak. Tahun ini mengajar semuanya subjek bm. iaitu bukan subjek aku. Tapi boleh sahaja. Markah bm dedulu pun asyik fullmark. Alhamdunilah , terima kasih buat cikgu kamsah , cikgu bm. Markah daripada 50 tuh jarang cecah 45. Masih meneruskan legasi tersebut. Kalau tak, mane mungkin dapat menulis blog ini.Tahun depan pula merupakan tahun yang mencabar. Sebelum itu aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang bergelar pelajar. Aku pernah mengajar tingkatan 4, pelajar tahun ini dah amik spm. SPM pkp gtu. Aku sempat tanya dia, harap sempatla amik spm. hahahahaha. Takpe la semuanya dalam rahsia. alhamdunilah sepanjang waktu pkp ini dhuha masih tak tinggal. Mahu ditingkat lagi rakaatnya. Amin doakan semoga berjalan dengan baik. Sebenanrnya malam ini dapat semak pertukaran guru. Seperti biasa lah, tak dapat. kecewa pun ada lah sedikit. Tapi ok la. Dah 10 tahun duk di melaka ini. Bagitahu kawasan mane aku belom jelajah.. Rindu ni nak membebel pada pelajar, buka sirah2 nabi. Hahahaha, merotan dan mencubit. Tanda sayang. Malas nak nak cerita pasal skuad pemintas zaman nih. Seterusnya nak bagitahu juga, baby baru bakal muncul. Doakan baby selamat iya. Tapi kali ini ada kejadian yang sedikit pelik. Sebelum dapat tahu baby ini. Pukul 3 pagi terbangun dan terdengar orang azan sayup sayup.Tapi jelas. Menyeramkan juga lah. Azannya pula penuh. Seram kot. pukul 3 pagi. Yang tahu hanya sorang jer kisah ni. hahahaha. Moga semuanya baik -baik sahaja. Tunggu hari jumaat ini. Sebenarnya kami dah tak sabar untuk balik ke kampung. Cumanya jika lah pkp atau sekatan perjalanan dilakukan sebelum jumaat ini. Maka aku mengandaikan bahawa sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Bukan pasal sekatan perjalanan tapi berkaitan dengan saikolgi.. Panjang kalau nak diterangkan. Aku harap sangat hari jumaat ini berjalan seperti biasa. Sop biasa lah kene jaga. Hari ini aku ke segamat. makan tengahhari jerk kot. hahahahahahaha.........pastu singgah kat view tangkak tuh. Bosan kot. Takpe lah. melalui hari-hari yang membosankan. Minggu depan adalah minggu last persekolahan. Maka minggu depan 2 zamrud kelas aku tuh akan ditarbiah sedikit. Cam penggulungan la gtu. Kelas lain macam biasa lah. Owh semalam kan aku dah daftar anak kedua tuh ke sekolah. sekolah tadika cina juga. dekat sikit dengan tempat kerja. Bulan ini juga rumah aku dah pasang aircond, dedulu memang tak nak pasang, eh eh, tetiba pasang pulak, ......... ok selamat malam semua. gambar kali ini tak ada lah. biarkan jer.

Sunday, June 28, 2020

SI FAKIR

Alhamdunillah syukur  dapat juga menaip blog nih. Selalu update kot . Hari ini nak ceritakan serba sedikit  tentang apa yang berlaku hingga ke hari ini. Sehari hari genap sudah seminggu persekolah di kala virus covid ini. Sebenarnya banyak sungguh berjalanan liku liku sebelum jadi cikgu nih. Hah cikgu ke. Satu perkara yang tidak pernah sekali dipikirkan sebelum ini. Cita-cita mahu menjadi seorang peguam . Tapi dilencongkan menjadi seorang pendidik. Semuanya bermula selepas spm. Semasa spm. Apa yang sentiasa difokuskan ialah mengejar sebanyak mungkin A. Tapi entah tak tahunak ke mana sebenarnya. Maka alhamdunilah result baik. Tapi apa yang hanya menjadi pilihan hati ialah masuk tingkatan 6. Sebabnya ialah  jalan pintas untuk mendapatkan ijazah. Wah ijazah tuh. Pada masa tuh la kot. Maka terus sahaja masuk tingkatan 6. Bersama dengan dauh,. Dauh pun minat masuk tingkatan 6 nih. Maka naik lah skuter dia awal-awalnya ke sek. Tapi seperti biasa, alang alang masukmana-mana maka akan buat betul-betul . Maka belajar bersungguh sungguh untuk capai keputasan yang baik dalam stpm. Pagi petang siang dan malam. .Memang betul-betul study. Tapi tingkatan 6 nih. Apa lah sangat. yang penting kita faham camner nak jawab. Masa dedulu kuat juga memonteng hahahahaha. Pernah sampai sekolah pukul 9 pagi. Eh,  si kuek lah ni. Pastu ponteng pergi buat ic. siot jer. Lepas rehat lesap entah ke mana. Kantin tuh dah cam kantin aku yang punya. Makan bila bila masa sahaja. Pernah juga tengah-tengah makan eeeh, pengetua lalu, berdesup tak sempatabiskan makanan. hahahahaha. yang makan kat luar sekolah lagi lah lawak. Oder roti canai, tetiba datang ustaz jenguk.... berserabai semuanya lari. Lawak sungguh. Pernah kuar jer rehat , maka terus hilang dari radar ler. Si dauh dan milah. hahahahaha. pergi muzium lah, pergi beli cd lah, sekolah tingkatan 6 ni 2 sesi. pagar tak tutup. wah. best nih. sekolah lama dulu, memang tutup kemas, tutup kemas pun, balik makan nasik kat rumah jugak masa rehat. kikikikiki.... Tapi kan selepas habis tingkatan 5. Maka memasing buat hal masing masing dah. Misi untuk mencari haluan sendiri. Maka aku jer lari masuk tingkatan 6. Tahan jerlah. buat sungguh sungguh owwww..... time pengajian am pasti tak akan ponteng ah, terbaik lah. Markah sentiasa penuh. pastu dah kuar result stpm alhamdunillah result baik. Maka terus isi nak masuk u weh...... sekali lagi isi masuk ijazah u. best tuh. Tapi selepas jer isi tuh. pagi petang siang malam, kerja aku nih doa jer agar dapat masuk u. 3 bulan tak berhenti solat hajat 8 rakaat tetengah malam. akhirnya pukul 12 tengah malam. si daus telefon, wan ko dapat um. wowo.... terus  solat hajat ditukarkan menjadi sujud syukur. Ini rasanya kali pertama menulis pasal ini. Agar menjadi kenangan.Setelah dapat keputusan u. Masuk um.Gembiranya tidak terkata. Maka naik bas jer pergi um. pergi dengan ayah jer. Sampai kat stsyen bus apa tah namanya, kawan ayah datang amik. Mandi dan terus pergi um. Masuk kolej 9. sedih jugak rasanya. Tapi semasa masuk u tuh. perasaan puas hati selepas belajar sungguh- sungguh rasa berbaloi sangat. tengok papa tanda selamat datang ke um tuh. Terasa tersangat puas hati. Maka duduk lah di situ. kenal dengan zam, awi, cik d, sapik semuanya. Semuanya memang best stundent la. habis la 3tahunkat kl. pertama kali kenal kuala lumpur. Setelah darjah 6 last pergi.selepas tuh kali kedua pulak jejak kali untuk cari ilmu. Setelah habis sahaja dgree. maka aku kije petronas ler, tapi pam minyak jer lah. hahahaha, pastu kerja piza hut. owh mahir ler aku bab bab layan ni. setelah tuh aku amik keputusan join gems. kat setiu kenal pula dengan arma, alif . Yang ajak aku si sayuti. bayangkan duduk kat hotel 3 bulan dia bagi duit rm700. wahhhhh suka. Tapi memang banyak belajar disitu. Maka semasa duk kat situ, memasing sorang sorang mula dapat tawaran kerja. memula arma.hahahahahah ingat balik cita dalam balik, si sayuti dgree kimia industri, alif akuantan, arma teknologi perkapalan. Memula si arma dapat tawaran kerja, sekrang di jerman  dah, alif jadi akauntan bagi kerajaan negeri kelantan. dan aku duk tunggu nak kije apa nih. maka aku duk tunggu kpli atau dpli jer. harap harap la dapat kali ini. Maka setiap yang akan dibuat pasti akan diteliti betul betul. Maka aku putuskan nak beli borang dpli dan kpli dengan duit mak ayah. Untuk dapat keberkatan. pada masa ini dah mula solat hajat balik dah, yang ini paling lama. setiap masa solat hajat. Untuk dapat sesuatu mesti berusaha bersungguh sungguh. Seterusnya banyak buat kajian untuk masuk interview. pergi mana-mana duk bawa borang. Sebabnya aku merasakan bahawa orang lain pun akan berusaha bebetul. maka aku perlu lebih dari pada itu. Mana yang kenal terus bagi borang. entah lah. Memang gila betul lah. Seterusnya ialah mintak doa dari semua orang alim, gunakan fb, hingga ke indonesia., kiyai dan imam . dengan muka tak malu mohon didoakan agar lulus intervew ini. Tapi alhamdunillah respon kiyai dan imam, serta ustaz adalah baik. mereka siap solat hajat untuk aku. Akhirnya belajar tentang grooming pulak, ingat mudah ke. ada duit rm20 ringgit. duit tuh aku wat beli blazer dan kemeja putih. habis rm20. kesian kan.  aku pegang kata-kata, nak kan sesuatu perlukan pengorbanan. akhirnya dah berjaya.........

=================================================================
rajin korang baca. akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran kat upsi. dah cukup la. entry banyak dalam blog nih. Cumanya nak ceritakan tentang memula nak buka sek akibat covid ni. aku bahagian keselamatan. kene buat garis tuh. orang nak datang tengok. buat jerlah. lepas tuh. hari minggu aku pergi jalan-jalan ke rengit. pontian, pehhhhhh best tuh. barang-barang second. semua bende lah ada kat situ. nih esok nak sekolah nih, aku cuma masak kan pes cili minang dan pes cili jawa. ini resepinya........... senang jerlah....


resepi sambal minang.
-cili hijau
-cili kecil 
-bawang merah
-tomata kecil, yang besar tak jadik

#nak buatnya senang jer, cili direbus hingga layu betul, potong kecik-kecik bila dah angkat tuh. atau dan potong kecik2 pun boleh, lepas tuh tuliskan bawang merah, dan cili tuh, letakkan tomato kecik tuh dan garam. selepas...... buat ler bebanyak cili ni, boleh buat sambal kicap minang, nak buat nasik goreng, memang sedap.......

resepi sambal jawa
-cili merah
-cili kecil
-bawang merah
-tomato
-belacan
-limau kasturi. limau nipis

#semuanya direbus kecuali belacan. dah siap. blendkan semuanya, separa hancur, seterusnya goreng la pes tuh, masukkan belacan. dah selesai perah limau dan garam. selesai.....

Sunday, May 31, 2020

AKHIRNYA KEMBALI KE BUMI HANG TUAH PKPB












































Alhamdunillah akhirnya berjaya ke melaka. Walaupun rasanya sudah terlalu lama. Cumanya ialah entah bila lah agaknya sekolah akan dibuka. Sabarkan sahaja hati. Tapi inilah kot kali pertama dalam sejarah pendidikan negara , sekolah dicutikan. Tapi pembelajaran masih lagi berlangsung. Hari ini nak ceritakan pasal semasa tempoh pkphari tuh. Secara kebetulannya, selepas cuti sekolah terus sahaja balik kampung. Sempatlah berjumpa dengan cikgu radhi tuh. Malam esoknya dia balik,malam itu diumumkan pkp. Maka terperaplah la duk di marang. Semua jalan ditutup. Tapi adalah sedikit jalan kecik untuk ke rumah Chendering. Syukurnya ya Allah. Macam -macam dibuatnya semasatemph tuh. Nak masukkan gambar ini pun  susah sebab internet lembab sikit lah. Pertama kali bayar bil semuanya online... Pehhh siap beli di shope lagi. Mudah jer kot. Akhirnya tibalah bulan puasa. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, puasa pertama di kampung. Sebenarnya dah lama teringin sangat nak berpuasa penuh di kampung. Kali ini hajat dimakbulkan. Ya Allah. Hari pertama puasa masak sendiri hinggalah hari akhir, Beli ayam pusing semua lah. Yang bestnya raya kali ini kami masak beryani. segantang tahu.Menjadi dan lepas ini senang jerlah nak masak. Bukan payah pun. Siap sedara mara suruh buat lagi. Memula nak balik lewat sikit. Tapi difikirkan balik. Balik jerlah. Dengan solat istikarah semua. Mencari masa sesuai untuk balik. Bukan sebarang sebarang nak balik. Tetambah musim virus ini. Cumanya kali ini aku harap benda yang pelik pelik jangan lah berlaku. Sebelum ini aku upkan pasal topeng muka. Maka kali ini aku upkan pula pasal lilin dan lampu minyak tanah. entah lah....... dunia dah di penhujung..... amin...

Thursday, April 9, 2020

SALAM PKP

Assalamualaikum, alhamdunillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya dapat juga up date blog ini. Banyak cerita nak diceritakan kali ini. Allah, sujud syukur kepadamu. Pertama kali update blog di kampung halaman.Perkara yang belum pernah berlaku semenjak 10 tahun dahulu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Sebelum ini banyak perancangan yang sekolah rencanakan. Naik sahaja cuti maka banyak sungguh program-program yang akan dibuat untuk kebaikan para pelajar. Namun perancangan manusia di batasi dengan hebatnya kuasa maha pencipta. Segalanya hancur berkecai. Sedih semuanya bercampur. Jika berlanjutan tempoh pkp ini. Maka genaplah sebulan aku menetap di rusila ini. 
    Seperti biasa , bermulanya cuti sekolah maka aku terus memecut balik ke kampung pada hari itu juga. Alhamdunilah kebiasaanya sampai malam. Seperti biasa akan dijadualkan apakah yang akan dibuat, Maklumlah cuti pun 2minggu sahaja. Berakhir 31 ini. Tapi pada satu petang, Tetiba ada perutusan khas daripada perdana menteri menyatakan bahawa bermulanya pengawalan perjalanan  yang akan berlangsung sehingga 31 hb. Aku sedikit lega lah, sekurang kurangnya boleh sambung cuti lagi kan. Boleh menikmati makan keropok lekor dan sebagainya. Usah ditanya boleh dibuat jika tinggal di kampung. Banyak ler yang boleh dibuatnya. Maka bermulalah aktiviti pertama iaitu membersihkan rumah. Syukurnya ya Allah, rumput rumput berjaya dibersihkan walaupun tinggal sedikit lagi nak dihabiskan, Maka pada hari kelima. Aku rasa kene beli nih kelengkapan memasak memandangkan tempoh pkp ini entah bila akan tamat, Maka esoknya terus membeli dapur masak, kuali dan seangkatan dengannya, Kedai hampir semuanya tutup lah. Nak makan apa. Gigih pergi giant beli semua tuh. Balik dengan bangganya memasang semua tuh dan malamnya bantuan tiba, pok D datang membawa tong gas. Esoknya terus merasmikan dapur baru. Pada satu petang tuh, perdana menteri sekali lagi mengumumkan bahawa tempoh pkp dilangjutkan lagi sehingga 14,4 aduhai,...... lama sudah. Sebenarnya dah rindu pada rumah di melaka, pelajar-pelajar. Camner lah dorang dirumah. Harapnya mendengar arahan mak ayah, solat jangan tinggal. Pernah sekali masuk dalam group kelas. untuk bertanya khabar. Dah lama sangat la tak tahu keadaan pelajar, semuanya lah. kelas 2 zamrud. ketua kelasnya, farhah . Moga cepat lah berlalu covin ini. Esok akan diumumkan pkp akan diumumkan ke atau tidak. Harapnya cukup lah. Rindu nak jumpa pelajar pelajar. Mengjalankan tugas seperti biasa. Cocok p.a sistem. Tapi apakan daya. Mungkin juga blog ini akan terhapus pada suatu masa nanti. Dalam hati yang sayu merasakan bahawa peluang kembali ke melaka mungkin mengambil tempoh yang lama. mungkin berlanjutkan hingga ke hujung tahun. Tapi merasakan peluang seperti tipis. Nak kembali seperti sedia kala seperti sukar. 
                 Dalam keadaan camni juga, banyak yang boleh dilakukan, buku-buku dihabiskan, buat kuih dan sebagainya. Yang paling best ialah banyak kenal tempat makanan yang baru kerana mencuba dan dapat kenal jiran  dengan lebpih dekat.Alhamdunillah jiran-jiran baik baik dan saling menolong. Akhir kata dapatlah up date sedikit blog. Cumanya latihan online tuh sedikit bermasalah, sebab saya kurang arif. Tapi masih menggunakan wasap untuk latihan. salam rindu buat semua..... 13.4.2020 11.25 malam

Saturday, February 8, 2020

SECANGKIR HARAPAN

Alhamdunillah akhirnya berjaya jugak menetap dengan baik di kerusi ini. Sebenarnya kali ini kelainan ialah pertama kali update blog menggunakan pc yang dibeli. Best la jugak. Karangan pertama yang dikarang menggunakan pc nih. Sebenarnya beli pc ini selepas dapat duit insurans baru-baru ini. Sekali dengan meja lagi tahu. Minggu depan dah bermula pemeriksaan kesihatan. Makanya mungkin juga kali ini yang akan menyertainya ialah pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Maklum la yang lain dah besar. Terpulang lah. Satu lagi ialah mungkin juga si mamak dah tak ada. Maka aura kepimpinan dan mula pudar, Gitu. Tapi apakan daya. Itu sahaja la yang mampu. Tapi si mamak adalah orang pertama dapat menguasai banyak benda. Terbaik dan moga-moga dia juga berjaya mendapat apa yang dihajatinya nanti. Kepimpinan yang baik dan contoh yang terbaik. Menjadi buah mulut askar. hahahahaha. Tahun ini pun jadual pun dah mengajar bm dah. Tapi langgar sahaja lah. Doakan lah aku dapat pindah nanti yer. Dah tahun ke 10 dah nih. Pehhh. Lama kot. Nak bangunkan hoki kat tempat kelahiran. Dedulu bina team untuk teakwondo jer. Si lutfi, abang, fadli. geng -geng yang sampai korea membawa nama ITF. Terima kasih juga pada master Paul James. 3Dan yang terlalu banyak membimbing. Biasanya untuk sesuatu, maka perlu dirancangnya. Tahun ini........... rilek dulu lah. Tenang-tenang dahulu. Kali ni nak cerita pasal si acap nih. oitttt...... tahniah k. Bukan mudah nak berubah dan kepada team yang baru ditubuhkan. team kemboja, mawar, melur dan bunga tanjung. bersaing lah secara sihat. wah hujung tahun kita tengok sapa yang berjaya. Sapa sangka derek pun boleh bersyair tuh. Gambar untuk kali ini kurang sikit lah, sebab tak reti lagi lah guna window 10 nih. Ada sesapa yang boleh ajar ke. Nanti 25,26,27 akan terlibat juga untuk hoki. Alahai. Bahagian p.a . Sepatutnya bawa lah sekali cikgu halim. Baru ada geng. jap nak cari gambar , kot kot ada nih. Lupa pulak. Syira mane yer kek , kata nak bagi hari tuh. Tunggu ni . Hari tuh dah bgagitaw kat mane nak cari baju sejuk murah. Adri, dah mula jadi kesatria dah. bagus nyer. Jam tuh masih ok rupanya. Ok lah rasanya sampai sini dulu lah. Tak tahu nak taip apa lagi. nanti jika ada modal sambung lagi.