Friday, September 23, 2016

UPDATE JANGAN TAK UPDATE




Assalamuaikum, hah ni gambar terbaru yang diupdate, gambar kenangan semasa anugerah kokurikulum peringkat negeri melaka, hari ini nak membebal sikit, Kadet berjanji nak tunggu pukul 7.05 last-last pukul 7.15 baru gerak. aiiiii nih nak kena nih. Kalau masa latihan sesedap kene pumping. Tapi semuanya berjalan dengan baik. Sesampai jer kat dewan bestari tuh pukul 8 pagi. Kira dah lambat dah tuh, masuk dan terus tulis nama. Kat situ jumper la otai-otai nih, cikgu amirul dan cikgu azhar. Best tuh. Dah lepas jumpa semua, sesi tamat dan makan dekat duyong sana. Sedap pulak tuh lauk kat situ. Terbaik la. Tapi kan ada sekali lagi anugerah koku, tapi peringkat sekolah jerlah. Ok cukup cerita pasal gambar tuh. Seterusnya gambar yang ada dalam periuk tuh namanya ialah acar bendi. Terasa nak makan , maka buat jer, tak sangka pula menjadi, resepi main google internet jer tuh. Hebat kan chef nih. Untuk bulan nih , aku dah sukarela tawarkan diri untuk ikut latihan kat truff, Yerla masa bila lagi nak bersenam woiiii... Ambik semingu sekali dah ok, Tapi kan, kene krem yang tak tahan tuh. wakakakakaka, turun jer dari bus , amik kaw , terhencut-hencut. Cikgu ghazali suruh minum air 100 plus . Balik tuh terus cari dan terus ok. Cuma ada beberapa peristiwa yang sedikit best nak diceritakan, masa di truff nih, bebudak f5 nih akan datang untuk sesaja main. Geng2 kucai, aiman nih. Tapi layanan mereka kat bebudak f1 dan f2 memang terbaik dan boleh dipuji, Ada beberapa peristiwa yang cukup best jadik depan mata. Pertamanya si kucai nih bagi semangat kat bebudak f1 dan f2, dengan kata-kata lembut. wah. memang abang yang baik kat rumah nih. masa tuh team nih lawan f5, seterusnya si aiman pula dengan rasa tanggungjawabnyer melatih goalkeeper dan juga sempat amikkan padding depan untuk budak f1,  kalau kat sekolah lain, Senior mesti cakap pergi mampus ler sama kamu. Moga geng korang berjaya dunia akhirat.  Cerita seterusnya ialah pasal ada pelajar duk mengadap blog aku yang tercinta nih. Takper layan kan jer k, Oiiiiii si syahirah 3 zamrud, nih nama kamu cikgu dah masukkan dalam blog tanda kenang-kenangan. Cerita minggu nih pula si caca dengan nasik lemak rm1 dia tuh. pepagi datang bilik guru, cikgu nasik lemak. hahahahahahahahahaha. ok tadi saya beli dah 2 bungkus. Cerita petang tadi, nurse datang rumah pula, nak cek tekanan darah. Alhamdulilah semuanya ok. opsss lupa nak masukkan jam tangan baru yang dibeli . dah penat kerja, bagi penghargaan pada diri. harganya pula 6tt.... kuikui. ok tq iya selamat malam. 23/9/16 11.30 malam.