Sunday, March 27, 2016

KUPAHAT MEMORI INDAH DIKERAWANG AWAN SENJA!





             Selamat datang bulan april, musim kemarau yang jarang-jarang berlaku sudah datang. Sesudah gerhana matahari yang terlah menyebabkan dunia ini gelap seketika. sebenarnya mood untuk menaip ni dah lama tak datang. Maklum lah. Malas lah punca utamanya. Bayangkan tahun lepas jer 365 hari dalam setahun cuma dapat menghasilkan 15 artikel camtu jer. ish ish ish. teruk kan. Tapi itulah hakikatnya. Nak menaip nih pun sebab nak upload video kawad. Kawad tuh. Mengancam. Sebenarnya sesangat minat dengan kawad nih. Tapi biarlah menjadi cikgu dah lah.Tapi dah beberapa kali mencuba masih tak dapat menguploadkan lagi. Hari ini nak ceritakan tentang kisah-kisah kawad dahulu kala. Mengikut kata-kata senior palapes dedulu. Sesiapa yang join askar nih nampak macho. Hahahahah macho tuh yang tak tahan. Layan kan jer . Lepas tuh dengan kawan-kawan yang keluar baris dan tidur berbumbungkan langit. Banyk sangat la kenangan zaman dahulu. Cuma dah masuk sekolah ini, semuanya hilang. Cuma nak dapatkan balik stamina yang dah lama menghilang tuh. Sebenarnya aku amik alih tampuk pemerintahan ini adalah selepas ustaz zul meninggal. Diberikan aku nih tugas yang besar juga lah. Uruskan kadet tentera nih. Bayangkan memula join tuh aku, ustaz zul, ustaz anwar, cikgu sazaly. Selepas ustaz zul meninggal tinggal lah aku, ustaz anwar, ustaz salam, ustaz hafizan dan juga cikgu zahari, Sekarang ini diganti pula dengan kesatria cikgu azrin. Kesatria tuh. Jangan memain tuh. Tetapi memang perlu menelan hakikat lah tentang suka duka bersama dengan kadet ini, Bayangkan disaat di kemuncak tetiba berlaku halangan yang mungkin menyebabkan tahun ini tak ada pertandingan aduhai...... frust taw, frust.. Sebenarnya dah banyak kali merasai peristiwa camni. Sedang berada di puncak tetiba ada jer halangannya. huhuhuhuhuhuhuhuhuhu sedihnya. Yang pertama adalah semasa mengajar di sekolah tut.. Biasalah, aku nih sukanya segmen kejutan. Jadi aku mencari-cari tarikh beday pelajar. Maka sesi motivasi seperti biasa diawal pengajran akan diterapkan. Konsep adab berguru, nilai-nilai murni akan dikutbahkan dahulu sebelum sesi pengajran berlangsung. Dah tuh kalau tak berkuthbah agaknyer bila lagi nak membebel dengan pelajar nih. Sekurang-kurangnya mereka mengingat  sepatah ayat daripada kita untuk dijadikan pedoman. cikgu-cikgu pula mestilah sentiasa mencari ilmu agar sentiasa subur dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. amin. Doakan semuanya baik sahaja.. Pastu aku pun sebutlah nama sorang nih. hahahahah sambil marah-marah. Dah mula dia menagis teresak-esak memikirkan apakah salah dia tuh. Lepas tuh aku pun ucapkan hepi bday kat dia dan bagi hadiah kat dia. Bestnya........ moga menjadi kenangan yang terbaik pada mereka. Selepas itu aku mesti bercerita tentang isu-isu kemsyarakatan sesambil rilet dengan tajuk yang diajar. Selepas itu, jadual aku terpaksa ditukar dengan cikgu lain. Maka , aku tak mengajar lagi kelas tuh. Bayangkan bebudak kelas tuh tutup pintu tak kasi cikgu lain masuk selain aku. huhuhuhu. Mereka tulis besar-besar , cakap kami nak cikgu masuk dalam kelas kami. Mereka datang ke bilik guru reramai. Sedih juga lah time tuh. Tapi apakah daya. Sedih juga rasa. Setiap pelajar dididik dengan perasaan hormat pada diri, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Sampai sekarang masih lagi teringat peristiwa dedulu. Ok beralih pada pkbm nih. Memula aku ambik pkbm nih pelajar yang ada 7 orang sahaja. Sedih nya. Tetapi aku selute dengan semangat juang beberapa pelajar yang tak putus asa(shahrizan, syamil, syafik khan, kadet taat, hafidzi, aiman). Mereka gerakkan. aku malas nak amik port sebenarnya. Sehinggalah tahun ini merupakan kemuncak kepada pkbm. Dikumpulkan kekuatan sejak 2 tahun dahulu lagi. Diperli dalam mesyuarat dan ditomah macam-macam oleh pt negeri dan juga askar-askar nih. Tapi mereka silap, sebenarnya aku dan team sedang membina kekuatan dari dalam. Maka diminta pada unit untuk berikan peluang untuk berehat untuk satu tahun untuk membina kekuatan dan melihat dimana kekurangan. Maka tahun ini menjadi tahun gemilang pada pkbm dan ditargett untuk menang dalam pertandingan peringkat negeri. disamping janji oleh askar untuk membawa beberapa pelajar untuk ke peringkat kebangsaan. Banyak tahun ini dititipkan dalam kadet. Sebenarnya aspek dalaman dan fizikal sangat aku titik beratkan. Segala yang dibaca diperaktikkan, bayangkan buku-buku peperangan dan psikologi diperaktikkan, sun tzu, kautilya, hulagu khan, napolean, al fateh, salahudin ayub. sangat beruntung pada para kadet untuk tahun ini sebab banyak benda baru yang mereka perolehi disamping amalan tentera zaman dahulu terutama berkaitan dengan soal dalaman. Psaikologi, hubungan antara kawan dan guru, soal ketetapan masa, ketegasan diberikan perhatian. Kelembutan dalam ketegasan. Cara untuk merehatkan badan dan fikiran. Mengorganisasikan persatuan. Tapi malangnya tahun ini tiada pertandingan. Mungkin kadet tidak dapat mengesan dimanakan seni kitab-kitab lama ini dipraktikkan. Diawalnya dibacakan al-fatihah sebagai pembuka majlis dan memohon keberkatan. Tapi sesangat sedih akhirnya segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Aku teringat wayang-wayang pkbm mrsm yang sama dengan kadet sis yang ada sekarang ini. Kadet tgb menjadi johan keseluruhan pada waktu itu dikala aku masih mengenal pkbm. Tapi tahun ini jelmaan kadet mrsm tuh ada didepan mata. Digilap baik fizikal dan sahsiah. Saling mengasihi antara satu sama lain dan sangat mengambil berat pada kawan-kawan. Jumaat 26/3/16, telah diadakan satu latihan khas tapi dalam dewan lah. Sebab cuaca yang panas. Itu pun aku mengambil risiko sebabnya ialah haba yang panas. Bukan masalah dalam dewan itu sejuk tetapi haba yang kuat boleh menjejaskan pelajar bila-bila masa sahaja. Sebenarnya juga latihan itu mungkin latihan yang terakhir untuk tahun ini. Cuma aku tak cakap pada mereka. Kesungguhan dan kegigihan mereka insyallah akan dibalas juga nanti. Tahun ini aku juga dilantik menjadi timbalan s/u sukan sekolah. Banyak juga perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertamanya impian aku untuk nak join merentas desa juga telah tercapai. Sesudah merencana hal ehwal merentas desa, maka aku berlari sesambil melihat trek. Apapun terima kasih pada kawan-kawan yang sesangat banyak membantu, cikgu radhi, cikgu arman, cikgu arina, cikgu bayah dan semua lah. Macam banyak jer kali ini aku menaip. Aku nih kalau dah datang mood maka berjela lah boleh menaip.27/3/16