Friday, August 26, 2016

BULAN MERDEKA, RAYA DAN SEWAKTU DENGANNYA

 Dhiya & Toki raya ptama

 buka pose kt hotel









 Assalamuaikum, sekarang dah pun nak masuk bulan 9, Sekejap sahaja masa berlalukan. Gambar ini dimasukkan oleh my wife. Kenangan katakan. Masa ini berat cecah 65 tuh. Bagus kan. Sekarang tengah nak mantainkan balik la. Banyak memori masa bulan puasa hari tuh. Hari tuh berday kak cik. Adalah la beli kek satu untuk dia. Seterusnya ialah gambar masa iftar kat hotel holiday inn dan juga grand puteri. Sedapnya kat sana berbuka. Sekali sekala boleh la, kalau selalu susah juga, Susah kat duit lah. Seterusnya ialah masa kat hotel grand puteri tuh, Kambingnya cukup banyak, Meriahnya  makan. Bayangkan malam tuh sahaja duk mengadap kambing panggang sahaja. Kalau kat melaka , memang cepat habis dah tuh. Seterusnya ialah nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan pada semua pelajar tingkatan 3 dan 5. Yang lain pun jangan bebuat lupa pula. Dedulu pernah terpikir juga ,masa yang banyak dihabiskan disekolah masa jadi pelajar dedulu, Jika jadi cikgu nanti macam pelajar, balik petang. Akhirnya menjadi cikgu juga.............. Tapi takpe lah , cikgu nih cikgu yang DERHAKA PADA WAKTU,  adalah sebab apa ayat tuh keluar. Bebudak nak bergaduh pun teringat kisah lama. kikikikikikiki. Dah nak exam la tak payah la bergaduh. Kita baca hadis reramai, Cuma sekarang nih pelajar duk gila main futsal. Baik juga tuh dan murahnya kat alamanda tuh rm20 je sekali main. Murah kan. Seterusnya ialah  aku dah dilantik jadi pentafsir, aduh aku nih malas sebenarnya. Wahahahahahahahahah. Cetusan segar dari minda yang sesekali datang. Semua yang diingini dah dapat. Nikmatnya hidup ini dan setiasa beringat semuanya adalah pinjaman dari Allah. Tuh dalam gambar terasa muda 20 tahun. Terasa tetaip tahun berhadapan dengan spm. Aduh bestnya kan. Yang penting mesti gembira dengan kerja yang kita lakukan. Teringat kisah sekolah dulu, semakin dekat dengan spm maka semakin senyap pelajar-pelajar, cumanya ialah seorang tuh dah nak spm minggu depan dah, boleh pula di kawin. Macam-macam lah. Budaya dedulu dah tak ada lagi dah, kaki kecik dan kaki besar, semua pelajar sekarang pakai jenama bee lon, wakakakakakakakaka, sadisnya. Masa mengajar semua ini. Trend sekrang pakai seluar senting pula, ok la juga sebabnya ikut sunnah tuh, Jangan memain. Nak buat apapun janji solat jangan tinggal lah. Semua pengalaman ini mendewasakan kita. Aku nih cikgu yang "back to the future" datang untuk memberikan nasihat kepada mereka. Alam persekolahan adalah terlalu seronok sebenarnya. Cerminan pelajar-pelajar ini seolah-olah sahabat aku dedulu yang ada berjaya dan kecundang. Semuanya seperti diputar kembali. Sama semuanya tetapi yang berubah adalah teknologi. Sedihkan, yup kenkadang sedih la juga, terkenangkan kawan-kawan yang selalu cakap. Jangan lupa kami ni  bila dah berjaya.............. ulang sekali lagi ayat nih, jangan lupa kami jika dah berjaya nanti................. Insyallah semuanya akan menjadi ingatan dan bersahabat sampai syurga gtu, Cerita yang berikutnya ialah bab makan yerk. Moh ikut kome berdendang sayang mengikut irama. Selepas bulan puasa ini, nafsu makan mengila la, Yerla, tapi mesti sentiasa jaga la. Makan mesti control, cumanya terjahan kali ini ialah kedai ikan bakar, wow . Kali ini mencari kelainan sikit, Paling last pergi ke cristal bay ialah masala 2009 dulu, sekali dengan parents. Dan sekarang pergi lagi buat sekian lamanya, Pergi ke ala kasim. Makanan ok la dan sedikit mahal berbanding dengan di sabak awor, Di sabak awor tak leh nak lawan lah harga dia, Kalau bab harga memang sabak awor tak leh lawan. Aku n wife dah banyak cuba restoran ikan bakar ni, Aroma ikan bakar, kuala selangor, ikan bakar kuala perlis, ikan bakar ulu duyong, ikan bakar ana petai. Tempat pertama dimenangi oleh ikan bakar ana petai. Cukup lazat dan menyelerakan. Cuba la kalau terlajak ke kuantan. Kedainya ditepi laut. Ana ikan bakar petai ni ada 2 kedai. Yang belah dalam tuh sedap. Selamat mencuba. Sekarang ini tengah berkira-kira untuk balik raya haji. Dedulu masa raya haji terselit kat janda baik. hahahahahahahaha. Terdengar takbir raya baru ler sayu hati. Hari ni pelajar tingkatan 3  main futsal. Tapi tak dapat nak join la sebab banyak urusan. Dalam blog ini diabadikan kisah 2 sahabat baik yang bergaduh. Akhirnya dah baik. Ingatlah setiap hari duk jumpa rupa yang sama, tak payah bergaduh la. Rugi jer lah. Lupa nak cakap, tahun ini aku akan pergi tauliah tentera untuk kadet pkbm. Kasi mantap sikit dan ada peningkatan. Lagi pun melaka ini, kadet tentera adalah dilatih askar elit. Macam panjang jer kali ini ceritanya kan. Bulan 8 nih bulan merdeka dan juga bulan mi sup................ (mata tak berhijab) 10.40 malam. 26/8/2016

Monday, August 1, 2016

MATA TAK BERHIJAB DAN SEJATINA RASO



 Tajuk kali ini sedikit menggerunkan. Hihihihihi. yerlah kan semua ini adalah pengalaman. Gambar yang diuploadkan tuh ialah coretan serba sedikit perjalanan nyawa ini. Gambar yang pertamanya ialah prank pada si mirul dan sue untuk sambut berday dorang. Memang pucat lesi si mirul dibuatnya. Tapi kan. Mmg syok la kenekan dorang nih. Sebenarnya dah lama rancang bender ni bersama si fida n fuad. Tapi tak berapa sempurna perjalanan. Maka bigbos terpaksa ambik alih dan hasilnya sangay baik. Gambar yang berikutnya ialah kenangan bersama team pkbm nih. dan gambar yang terakhir ialah medal kemenangan naib johan menembak dan kawad kaki. Syukurnya perjuangan yang selama ini tercapai juga dan segala yang dapat ini cukup puas. Tahun depan tengok keadaan dulu lah. Ok, seterusnya ialah cerita pasal mata tak berhijab nih. Ceritanya ialah masa di kem ini ada gangguan dan kene pada budak aku nih. Maka tok moh turun padang ler, walaupun tak tahu bender. Kututup lubang-lubang pada tubuh untuk elak berulang. Tapi saka nih yang melampau. Datang balik selepas diputuskan ikatan. Maka kali ini perlu berhadapan ler. Dari mana tah kekuatan itu datang. Tapi semua itu dengan izin Allah juga. Maka diserunya nama, maka gangguan itu datang kepada kita. Wah cam hebat jer. Tak pun. Cuma sekarang ini jangan sesekali cuba seru jika tak bersedia. hah gtu pula. Maka semalam tak dapat selesaikan yerlah, Saka kot. Memang ler meriah sikit. 3 malam berturut kot. Cuma mohon dijauhkan dari riak. Amin. diingatkan juga kepada kadet yang menang. Jangan sombong dan berasa megah. Itu semua pinjaman semata-mata. Nih aku belum menanda kertas pt3 lagi. Bajet nak tafsir kawasan ler tuh. layan kan jer. 2/8/16 1.20 ptg