Friday, November 24, 2017

BERAKHIR SUDAH PERSEKOLAHAN SESI 2017











Asalamualaikum, akhirnya sesi persekolahan telah pun tamat dengan jayanta. alhamdunillah. Syukurnya alhamdunilah. Sebelum ini, aku dah menghadiri kursus hakim kawad kaki dan banyak lah yang aku dapat semasa kursus tersebut. Seterusnya terima kasih kerana sentiasa follow blog ini yerk. Disini lah tersematnya memori suka duka tentang perjuangan. Minggu minggu lepas juga aku pun join pskpp untuk sukan hoki. Wah main 6 game tuh. Dasyat betul rasanya. Tapi seperti geram jer sebab team jasin memang boleh menang. Tapi ditamatkan cepat game. ishishish. Tapi tak apa lah. Lepas jer main hoki tuh. Badan terasa cam lepas beranak. Abis sakit badan-badan. Ok kali ini aku nak ceritakan pasal penglibatan aku dalam sukan hoki ni. aku ni semua benda aku main. Aku kenal dengan hoki ini ialah semasa aku sekolah Chendering. Pada waktu itu. Sekolah aku memang seteru sekolah sukan terengganu iaitu sekolah padang midin. Ramai kawan-kawan aku main kelab. Dan aku pernah terpilih untuk klinik hoki dilatih oleh pemian jerman pada masa itu. Bayangkan sesi pemilihan itu 2 hari. 2 hari tu dari pagi sampai petang asyik duk pukul bola jer. Hasilnya aku tak boleh bangun masa tido. Mungkin terlalu penat. Seterusnya aku main untuk kolej pula. Nih nak cerita kisah sedih ni. Masa di universiti malaya tuh. Aku dibawah roslan salikon dan yang semangat tuh namanyer nuar. Masalahnya aku tak boleh join hoki sebab pergi kuliah jalan kaki jer. Orang lain pergi kuliah naik motor. Pastu latihan pula pukul 6 pula. Aku abis kelas pukul 6. Sebenarnya pemain-pemain yang main untuk cikgu-cikgu melaka memang aku selalu jumpa. akhirnya aku jumpa balik kat melaka ni. Tapi dorang tak perasan. Tun berkaitan dengan hoki. Time tuh teruk kene maki sebab tak turun traning. Biarkan lah. Seterusnya korang tengok gambar yang dipostkan tuh. gambar minggu-minggu last sebelum bercuti. Gambar yang zapin tuh , aku ni minat juga pasal zapin. Sebab kawan-kawan aku dulu ramai yang join tarian. Aku join kompang dan nasyid dan pop band jer. Tarian nih aku duk perati jer. Mereka latihan dari pagi sampai tengah malam/ Gigihnya diaorang berlatih. Dan memang team kolej aku terkenal dengan keseniaan. Hari ini adalah hari persaraan sahabat vateran cikgu neo, cikgu sampran,  dan 2 orang lagi. Cuma aku nak ceritakan kisah mamat nih. Moga tak teruk la hukuman yang dikenakan. Kesian la jika kena teruk-teruk. Nih aku tak tahu masa bila nak gerak balik kampung nih. Nak selesaikan semua dulu baru balik kampung. Tapi kan result tukar tidak menyelebelahi aku lagi. aku nak balik kampung dah. ops. Sebelum lupa team hoki telah menamatkan latihan pada hari selasa hari tuh dan persahabatan antara segamat terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Tahun depan misi yang lebih besar menunggu kita. Doakan yang terbaik kali ini. Tahun ni ditutup dengan senyuman. Nak dijadikan cerita laptop aku ni elok elok rosak selepas semua kerja dah beres. Tak pasal pasal terbang rm50 sebab beli wayar. Tapi aku nyer laptop nih dah berusia 9 tahun dah.Moga terus cemerlang dengan laptop baru. ok lah. malas nak menaip pepanjang sangat. Nak rehat dan dengar lagu pula. amik feel dan rilek untuk malam ini. selamat bercuti semua 24/10/17...... 9.50 malam


Wednesday, November 1, 2017

2017 BAKAL MELABUHKAN TIRAI, GAPAI KEGEMILANGAN DIRI



































Syukur alhamdunillah, hari ini diberikan keizinan untuk menaip lagi. Hari ini nak ceritakan tentang hari kokurikulum. Banyak juga la si naim dapat hadiah. Tahniah k. Seterusnya ialah gambar-gambar portluck kelas 5 nilam. Ada cikgu yang tanya siapa punya idea nih. Ok aku ceritakan kat sini. Sebenarnya idea ini datangkan daripada  cerita cikgu tamil. Sebabnya dia ada cerita dahulu, anaknya si kelvin masa sekolah kat mrsm dahulu ada rasa gabrah untuk exam spm. Maka cikgu tamil cerita dia terus bagitahu kat wifenya untuk masak dan terus jumpa anaknya. Maka dari sini lah tercetusnya idea portluck ini. Juga sebenarnya restu ilmu khas daripada kelas 4 nilam.Masing-masing memasak sendiri yang menyentuh hati tuh. Nazri dengan mi gorengnya, fuad dengan brownies nyer. Firda seperti biasa lah, makaroni dia lah. Tapi memang banyak betul makanan masa tuh. Terima kasih pada korang yang sanggup susah payah bangun pepagi dan uruskan portluck kita pada hari tersebut. Sedih la juga sebab 5 tahun bersama dengan dorang cam , fuad, sidek, aiman semua tuh. Dedulu asyik kene marah sahaja. Alhamdunillah moga ada keberkatannya dari para guru untuk korang semua. Tengok ler aku bawa keropok dan mi goreng. Sebenarnya aku ingat dah tak dapat join portluck ini. Sebabnya ada program juga di mitc. Sadisnya. Akhirnya aku bincang dengan cikgu azian. Dia bawa dulu dan nanti aku sampai lambat lagi. Seterusnya azian bawak dengan jayanya. Semuanya tiada masaalah. Seterusnya ialah minggu ini jadik pegawai untuk merentas desa peringkat negeri. Woi peeringkat negeri kot. Pertama kali kot jadi pegawai. Minggu depan masih lagi pack. Dengan kursus kawad kaki dan juga pskpp hoki. Tak sabar rasanya nak main hoki tuh. korang tengok lah gambar-gambar itu. 5nilam barakatillah.............1.11.17 10.20 malam