Tuesday, November 15, 2016

DIMERCU KEJAYAAN






15/11/2016. Syukur , akhirnya diberikan satu lagi kejayaan untuk tahun 2016. Cukup lah gambar itu menggambarkan kejayaan skuad hoki iskandarian. Sebenarnya ada beberapa tips untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan. Tapi tak nak bincang kan hal itu masa ini. Aku nak ceritakan dari awal sehingga akhir detik manis ini....... Sebelum ini, selama 6 tahun di iskandarian. Skuad lelaki hoki belum pernah sampai ke final, Tetapi kali ini dibuktikan sampai ke final. Alhamdulilah berkat tingkah laku pemain yang sering kali dimarah dan di tengking. Inilah hasilnya. Bayangkan hari minggu pun turun untuk buat latihan. Satu sahaja pesanannya ialah, penyerang jangan bazirkan bola dan mereka berjaya juga. Tahniah kepada kapten irfanuddin yang juga menyandang pemain terbaik kejohan bagi lelaki dan juga penjaga gol terbaik untuk aniq. Wah sangat best. Segala penat lelah dan pengorbanan yang mereka buat akhirnya mengappai  apa yang mereka inginkan. Kalah kepada sekolah sukan. Sebenarnya team iskandarian bola menyaingi mereka, tinggal beberapa aspek yang mereka susah nak ubah. Kapten pasukan memainkan peranan yang sangat baik, hubungan antara ahli serta komunikasi yang berkesan. detik manis sekali lagi tercipta.! (very radical supporter iskandarian hockey team)

Sunday, November 6, 2016

MAJLIS RESTU ILMU


               6/11/2016, Ahad. Sekembalinya daripada kampung di Terengganu maka , perjalanan rutin harian berlangsung seperti biasa. Sehingga lah kepada mingu terakhir nak spm. Hari ini nak diceritakan satu cerita yang tidak pernah pun dibuka. Sebab perkara ini dah lama berlangsung maka ceriakan lah disini. Cam kat atas tuh, majlis restu ilmu. Bagi sekolah aku dulu, tradisi ini sebenarnya tiada. Sedihkan. Sebelum, sebelum ini ada, hihihihih. Tapi memandangkan pelajar sekolah kami antara yang disayangi maka tiada istilah restu ilmu. Yerlah cikgu-cikgu memasing menyumpah jer. Ops lupa nak bagitahu, semasa nak balik ke melaka hari tuh. Aku ada jumpa dengan cikgu Ghazali. Ala cikgu sejarah aku dulu. Masih teringat lagi kelas tambahan sejarah aku sorang jer yang pergi, hahahahahaha. Maka nya kelas tambahan tuh hanya aku dengan cikgu ghazali jer.yang lain tak datang woiiiii.  Berkat kelas tambahan sorang  kot leh jadi cikgu nih. Bayangkan, ayat sentap cikgu ghazali., camner saya boleh lupa awak. hihihihihhi.Buku soalan sejarah spm 20__ diberikan untuk study. Wahaha subjek terbaik setiap tahun sejarah nih. Tapi masa biler tah aku belajo nyer. Kenkadang rasa pelik juga boleh markah tinggi, Syukurlah. Ok, berbalik pada peristiwa yang nak diceritakan ini. Sebenarnya masjlid restu ilmu di sekolah aku ini dah 3-4 tahun tak ada. Aku menunggu juga lah , sebab sekolah lain gempak majlis restu ilmu. Tapi kenkadang rasa bersalah juga sebab sepanjang bersekolah dahulu aku masuk bilik guru boleh bilang dengan jari... bayangkan dalam tempoh 4 tahun sekolah. tak sampai 10 kali masuk. Pelajar pula bermasalah la sikit. Ada sekali tuh semua pelajar lelaki tingkatan 5 tak datang. Sebabnya pergi berkelah. Aduiiiii, esoknya semua pelajar perempuan pula. Diakhirnya cikgu marah dan pengetua mengamuk sebab katanya pelajar sekolah nak cabar sekolah. Memang teruk sikit la. Maka sebenarnya aku telah taip surat rasmi dan masukkan kedalam bilik pentadbir melalui bawah pintu.Aku pergi sekolah awal pagi, biasa tiada orang.Sura tuh adalah utnuk, Mohon agar diadakan majlis restu ilmu. Sekurang-kurangnya dalam cikgu tak suka pun restu itu penting. Seminggu lagi nak exam. Surat tuh aku taip. Alhamdulilah pentadbir buat majlis di surau pada hari khamis. Sedih kan. Tuh lah rahsia aku, yang tak pernah orang tahu sebelum ini. Aku mewakili kawan-kawan mohon agar diadakan majlis tersebut. Banyk rahsia-rahsia nanti aku ceritakan. Yang baca blog ini, aizah, azlem. cerita dah lama. Esok adalah spm tahun 2016/ Buat yang terbaik k. Sedih giler tengok pelajar-pelajar bersalam dengan cikgu. Dalam hati siapa lah yang tahu. Mengenangkan tahun aku amik spm. Tak jenguk pun bilik guru. Itu lah perasaan nya rupanya. Tapi tak apa lah, belajar daripada kesilapan. Ok , seterusnya ialah gambar yang diambil tuh adalah makam lang buana. Sebenarnya ada senjata rahsia yang masih tersimpan disitu dan punya aura warna hijau disana. Tak tahu apa maksudnya. Setrusnya ialah gambar pulut. Terasa nak makan pulut, maka tanak ler sikit . Tapi makan bersama ikan kering. Memang sedap giler. Malam ini akan buat nasik ayam untuk esok pula. Maklum lah, semua harga barang dah naik. Sadis sungguh. Aku taw ada pelajar yang follow blog aku nih. Apa yang berlaku biarkan dan baiki kesilapan yang lalu. Tinggal tak sampai 2 minggu lagi persekolahan. Bulan ini juga gaji dah dipotong untuk rumah. Rumah dah siap , dah siap siling, dah siap grill, nanti ada masa akan diadakan naik rumah. Cuma aku nak bagitahu, 2016 mencatatkan banyak kenangan manis dan aku pasti merindui 2016...........