Tuesday, February 23, 2016

TIPS UNTUK BERCUTI DAN PERSIAPAN.

Assalamuaikum, hah hari ini nak ceritakan apa yang perlu dilakukan untuk bercuti gtu. Maklum lah kaki jalan nih. Nak duduk diam memang susah sikit la. Pantang cuti lama sikit mula la gatal tangan nak jengjalan. Okey hari ini hari yang cukup bertuah kerana akan diperturunkan sedikit cara untuk travel.Pertamanya ialah setkan tempat mana yang mahu kita bercuti. Kalau boleh buatkan list kan berserta dengan harga. Seterusnya dah dapat sebut harga dalam anggaran kasar. Kirakan keseluruhnya. Tolnya, minyak, penginapan, tiket untuk masuk ke sesuatu tempat. Dah dapat baru lah kita teruskan rancangan yang berikutnya. Dah dapat tempat dan anggaran. Sila buatkan tentatif perjalanan. Berapa hari nak duduk disitu dan contohnya jika nak stay di situ 3 hari. Buatkan tentatif perjalanan. Mudah kan perjalanan. Contohnya pagi hari pertama nak gerak ke mana, Malamnya apa aktiviti . Baru lah best perjalanan kita. Seterusnya, Jika semua dah sattle, contoh dari melaka nak ke sabah, perlu difikirkan camner nak bergerak. Maka jangan risau turun dari airport pasti akan ada perkhidmatan sewa kereta. Nak mudah lagi, gunakan pakcik google untuk mencari kenderaan untuk bergerak. Trasnport sesangat perlu, dah dapat transport penginapan tidak perlu dirisaukan lagi. Ala tido dalam kereta pun boleh. hihihihih. Seterusnya jika ada anak kecil, Bawa la bantal yang boleh ditiup tuh. jika naik kapal terbang. dekat kedai d.i.y tuh banyak rm12 sahaja. senang. Maklum lah kanak-kanak nih dia nak minum susu perlukan bantal. Beli jerkan. Seterusnya ialah gps, senang nak gerak kemana-mana. Jangan lupa bawakan standnya sekali. Sewa kereta dan pasangkan jer gps tuh. Mudah bukan. Yang paling penting ialah ubat-ubatan. Perlu sentiasa berjaga-jaga. Sebarang kemungkinan booleh berlaku. Seperti biasa saya sentiasa membawa kayu penawar hitam untuk keadaan darurat. Pernah kena di cameroon hinglnd sana. Keracunan makanan yang teruk. Terus ambil penawar hitam dan alhamdulilah ok. Nak lebih baik survey sekali hospital yang berdekatan. Perlu taw, Seterusnya ialah pilih makanan yang nak dimakan. Kalau boleh jangan lah makan gerai yang kotor dan makanan di tepi jalan. Mudah tercemar dan akan membantutkan percutian kita. Banyak sebenarnya persiapan yang perlu di buat. Yang paling penting kita mesti faham dengan keadaan tempat yang kita bercuti. Apa lagi dengan google jer lah. Sekarang nih memang malas nak menaip nih.