Tuesday, October 10, 2017

AIII KUAT MENUPDATE TUH.





















Wokeh malam ini nak update lagi kisah kali ini. Tak ada nak update mana pun. cuma nak ceritakan kisah-kisah pada minggu nih. Kisahnya semenjak dua nih, ada jiran yang asyik ajak imarahkan surau dan jadi imam juga kat situ. Jiran-jiran panggil pula ustaz. Belah maner ustaz tuh. kang aku mengajor kitab kang baru tahu. hahahaha. Seterusnya ialah kisah nak lawan hoki indoor dah kat upsi. Walaupun masih tak berpuas hati dengan latihan yang diberikan. Tapi mengharapkan agar team hoki iskadnarians menang juga lah. Seterusnya ialah kenapa masih ada pula gambar air terjun. iya. memang baru nih aku ke air terjun ledang. Jika boleh nak tetiap minggu ke air terjun. sebabnya airnya sejuk dan segar rasa badan. Cumanya semakin hari semakin ramai pula orang ke air terjun. Pastu ramai pula bomoh -bomoh yang pergi air terjun nih. ada yang amik air, ada yang buat ritual.Aduh risau la pula. Tapi kita bukan bomoh. Camner boleh kenal.  Sebabnya selalu nampak dalam fb. gituwwww. Seterusnya ialah baru nih pergi servis kereta. Bapak mahalnya memula dia nak cas. Seterusnya aku buang item-item yang mengarut dan tak masuk akal. Inyslahha harapnya ok la. Sebabnya nak jalan jauh.. Jika duk dekat jer tak kisah pun. Gambar dhiya tuh ialah hari kanak-kanak sedunia. Cam-cam aktiviti yang dibuatnya. siap dapay mcd lagi. Banyak sponser yang tadika dapat. Cer tengok gambar kerta kuning tuh. dah nama hornet dan juga bees. wahahahahahaha. penjenamaan yang terbaru. Cuma sekarang perlu rilek sikit la. Nak cari idea untuk bagikan nafas baru. Kisahnya pula ialah ada seorang budak nih. Rasanya sangat hebat. Banyak menyerap ilmu dari aku nih. semua yang aku ada. dia dapat. biasanya sukan dan uniform salah satu. Tapi dia nih setia betul dan banyak ilmu kepimpinan dan usrah dia dapat. Siapa dia nih. Takyah tahu lah. Dalam tuh pic ayam kicap. bahan dia, daun kari, serai,lada kering,  halia, bawang putih dan merah, goreng semua bahan. ayam tuh goreng dulu ler. lepas tuh last masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap cair,daun bawang. Dah siap. ada lagi dalam peti ais tuh...kalau nak buat , buat ler kalau rasa nak makan. Malam ini juga nak mengupas isu silang budaya, dekat sek ada aktiviti silang budaya. Sebenarnya aku nak bersuara pasal tuh. Sebabnya seperti menghantar isyarat sebenarnya. Orang sejarah melihat peristiwa itu akan memberikan kesan. Tapi nak buat camner. Biarkan lah. Malas nak ulas. Sebabnya hal-hal camni mengancam sebenarnya tanpa kita sedari. Sedarlah. Seterusnya , aku nak ceritakan satu kisah. Pada masa dahulu zaman nabi muhammad, ada seorang perempuan bukan islam yang membawa makanan kepada rasullah. Rasullah mengambil makanan tersebut lalu makan. Sebenarnya kita merasa konfius sebabnya bmbng jika orang india atau cina memberikan kita makanan. Jika kita tahu hukum fekah dan juga sirah isnyallah semuanya ok. Kenkadang orang cina dan india atau bukan islam ini kenkadang sangat tahu pasal hal pemakanan orang islam. aku masih teringat kisah banjir dia kawasan pantai barat. Ada seorang pakcik nih, bising sebab ramai sukarelawan yang tolong menyiapkan makanan itu adalah orang cina. Dorang rasa tak boleh makan. Sedangkan yang ditunjukkan ialah orang cina itu membeli sayur sahaja. Sehingga satu aras kita menletakkan stanrd kepada orang cina. Sedarkah wahai umat. Makanan di pasaran terlalu banyak yang syubahah. Cara nak mengelak syubahah ini adalah mengelakkannya sahaja. Selain itu juga teladan yang ditunjukkan oleh rasullah. Sepatutnya dijadikan sandaran. Dijadikan manusia itu pelbagai bangsa ialah untuk mengenali antara satu sama lain. Bukan untuk bermusuhan. Jika depan-depan kita melihat orang bukan islam itu membeli yang haram. Barulah kita haram. hah camtu. Pastu korang tengok lah studnt yang tidur tuh. Letih agaknya. ok lah. itu jer yang nak dicoretkan. 10/10/17 11.20 mlm

Tuesday, October 3, 2017

BULAN 10 2017 PENUH KEBERKATAN.













 Alhamdunillah syukur ke hadrat ilahi diberikan kekuatan untuk menaip malam ini. Bukan senang nak menaip nih. Nak mengadap laptop nih bukan senang. Camner ek nak mulakan nih. Ok lah, kita cerita kisah best dulu, iaitu kemenangan pasukan lelaki iskandarian di open kuatan. Iskandarians power!. Latihan yang cukup mantap dan jiwa-jiwa disatukan. Itu lah resepi yang diadun untuk mencapai kemenagan. Alhamdunillah diberikan kemenangan yang cukup manis. Sebermulanya tahun lepas. Bermula pada pertandingan pembangunan hoki negeri melaka. Seperti biasa latihan berjalan dengan baik. untuk pengetahuan korang. Team lelaki memang tak pergi jauh sebelum ini. Semenjak tahun lepas dengan latihan gigih dan olahan daripada cikgu ghazali. Team menjadi semakin mantap. Masih ingat lagi team lelaki iskandarians berjaya ke final selepas menewaskan high school. Wow pertama kali berjaya menewaskan satu sekolah hebat dalam hoki. Rasa seperti sangat puas semasa itu. Akhirnya tewas kepada sekolah sukan. Selepas itu cikgu radhi mula masuk untuk mengukuhkan team lelaki. Akhirnya banyak kemenagan yang berjay dicapai. seperi johan bawah 15, naib johan terbuka kelab hoki di kuala lumpur dan terbaru ialah naib johan open kuatan selepas tewas kepada sebuah sekolah elit iaitu star ipoh. Hebatnya, Sekarang ialah untuk menjenamakan team hoki lelaki dengan hornet iskandarians. Isnyallah akan dilakukan dengan baik dan teliti dan melakukan uji kaji. Jangan main hentam sahaja. Seterusnya ialah pakatan dengan kapten irfan. Doakan agar berjaya. Walaupun badan dah penat merancang nih. Nih nak bagitahu logo hornet tuh iskadar shah punya lah. Memandai orang lain ambik. Tak baik lah. Tapi tetap akan diteruskan juga kot. Seterusnya ialah terbuka upsi tapi in door ler. Bingung aku bermain indoor nih. Seterusnya ialah nak ceritakan pasal si dhiya nih kene campak. Memulanya kena pada hari rabu. Cikgu di taska memberitahu dhiya seperti naik campak. Sebenarnya aku memang dah ada plan kecemasan untuk semua ini. Yerlah bersedia sebelum apa-apa kan. Maka wife aku pergi ke klinik dan aku pula kuar untuk ambik daun semambu. Sebelum ini memang selalu intai kat mana ada daun semambu nih. Sebab stanby akan ada campak. Maka aku pun pergi kedai nasi dan terus amik daun tuh. Nih nak bagitahu, nak ambim daun semambu tuh bacakan doa dulu lah. Jangan ajdi cam aku, tak baca apa-apa , last-last si kecik menagis time malam. Alhamdunillah bacakan apa yang patut dan, aku minta pandangan cikgu thiga dan cikgu ravi untuk melihat kaedah orang india, Memang mereka menggunakan daun semambu dan diambil dengan cara tertentu. Aku ambik dan basuh serta masuk kan dalam baldi , diramas-ramas. Daun semambu juga diambil dan diletakkan dekat tilam untuk mengelakkan rasa miang. Rupanya campak ini miang. Bak kata si bakyah ayub, dia gunakan daun belimbing. Yer memang ada orang menggunakan daun belimbing untuk merawat campak. Tapi kaedah ini adalah daripada indonesia. Takpe lah, mana-mana ja, asalkan baik. Daun semambu diambil dikisar, dicampur dengan sedikit beras dan sedikit kunyit dan ditampal pada kawasan campak itu. Selain itu juga aku menggunakan air penawar hitam. Alhamdunillah berjaya. Rumah aku nih banyak ubat tradisional untuk kecemasan. Cam my wife sakit gigi pepagi hari. Maka aku ada daun dari patani untuk merawat sakit gigi. Setakat ini mujarab. Pastu dah dapat 5 hari cuti, masalahnya bekasnya masih ada dan biasanya taska taknak amik lagi. Maka atas ehsan mak ana, ditempatkan di umah mak ana untuk seminggu. Datang ke sekolah tetiba dapat surat dah nak exam. Takpe exam lah nak exam pun. Buat yang terbaik. Seterusnya ialah aku nak ceritakan pasa budak praktikal nih. Si munirah , isteri kepada ustaz erfan. Moga menjadi isteri yang solehah dan menjadi peneman disyurga nanti. Seorang yang mempunyai semangat untuk belajar , cepat belajar dari kesilapan dan fokus. Cuma perlu sentiasa masuk pertandingan untuk melawan dan mengawal rasa gabrah itu. Inyslahha boleh pergi dengan lebih jauh lagi. Moga semuanya diberkati oleh Allah. Menjadi seorang pendidik yang unggul satu masa nanti. Sentiasa mencari ilmu dan tidak jemu menuntut dengan mana-mana guru. Melihat cabaran itu adalah satu peluang. Yang jem nya si munirah nih ialah, masa dia punya pensyarah nak datang. boleh kata hari-hari duk tanya bila cik nizam tuh nak datang. muhahahahahahahaha.... gabrah punya pasal. Tapi banyak yang dia dapat belajar di iskandar shah. Bukan bermaksud aku atau cik nizam itu terbaik. Cuma cuba untuk bagi yang terbaik. Sertusnya aku menaip kali ini adalah untuk aku dedikasikan ucapan terima kasih kepada cikgu sazaly bin sidek. Kerana sanggup bersusah payah kepada team pkbm untuk menyediakan set senapang kayu. Korang tengok lah gigihnya cikgu sazaly buat semuanya. Maka guru cemerlang pkbm tahun ini ialah cikgu sazaly, Aku dah cek dengan cikgu-cikgu lama. dah 25 tahun iskandar shah tak ada senapang kayu!. ini adalah kejayaan yang besar. Terima kasihcikgu sazaly. Terima kasih banyak-banyak. Aku harap cikgu lain menghargai apa yang dilakukan oleh cikgu sazaly dan boleh dikira kemuncak kepada pkbm iskandarians. Sijil penghargaan adalah untuk cikgu sazaly. huhuhuhhu.. Jika sijil nanti tak ada nama. aku nak bagi pada cikgu sazaly. bayangkan hampir 40 laras senapang dibuatnya. Seterusnya ialah aku dah mula merancnag untuk tahun depan. Aku dah puas dengan apa yang diusahakan. setakat ini hampir 10 orang dapat bertitle kebangsaaan. nyol, azfar, shah, aiman, kucai,mamat,hafidzi, naim.....korang menang terbaik. Teruskan dengan sahsiah yang jitu. Hidup ini hanya sekali. Tetapkan iman dan teguhkan aqidah. Untuk anak-anak 5 nilam. Cikgu doakan kejayaan korang. Sebenarnya sedih untuk mengucapkan selamat tinggal nanti untuk korang. cikgu akan taip nama korang dalam blog nih. syafiq,aiman,nazri,lotfi,fuad,amirul,yasin,wani,balqis,asilah,diana,nabilah,aimi,asnizah, aqidah,najwa, ain, dibo,syiddiq, fatin, fatihah, firda, umairah, izzah, cukup 26 orang anak-anak 5 nilam. ok lah. cam panjang pula menaip kali ni,. biasa pendek-pendek jer. 10.33 mlm 3/10/17