Tuesday, November 5, 2013

HAPPY ANNIVERSARY


Assalamuaikum, hari ini dah 20/11/2013 dah, sekejap sahaja kan masa berlalu. Pertamanya ialah mahu diucapkan selamat ulang tahun kepada my wife. Yahoo, dah setahun umur perkahwinan kami, kalau bayi baru dapat berjalan la kalau umur satu tahun ini. Jadi kami ada rancangan untuk sambutan , cuma sekarang ini adalah dalam mood bersedia , maka jika kena dengan tarikhnya , kami akan sambut di sabah. Kami akan round-round sabah. Nak pergi kat kundasang, nak pergi dekat tawau dan samporna semua la. Last kalau sempat masuk kalimantan. Best kan jadi untuk permulaannya ialah kami buat la plan, pertamanya bermain boling.Main boling ni bukan plan jangka panjang dapat idea tetiba je. Memula nak pergi mydin sahaja, Tengok kawasan mitc tak ada orang terus jer melencong pergi ke pusat boling. Jadi best la berposing dekat situ. Aku dapat 3 kali stirike wei. Memang terbaik la walaupun beru jer main, Sebelum itu seminggu nak bercuti kan, macam-macam yang berlaku kat sekolah, memang penuh dengan jamuan. Kelas aku punya jamuan pun ada jugak. Cuma ada sedikit kurang. Tak apa lah. Aku sambut ulang tahun ialah pada 13 hb 11. Tapi dianjakkan. Selepas pergi main boling kami buat keputusan beli kek pula, Mak oi sebiji belinya, letak dalam peti sejuk tuh, Seminggu tahan. Memang puas hati la, Hari ini dah hari kedua aku masak. Wah hebat kan, Semalam aku masak kari ayam, sayur kubis , belacan. Habis, hari ini kerana terlalu bosan makan nasi maka aku masak mi sup, resepi sup atas pasar. mudah jer. Aku belajar dengan mak sedara aku dari kemboja juga masak sup ini. Semua main campak jer, Bahan-bahannya ialah bawang besar, bawang putih, cuka, halia, lengkuas, rempah sup bunjut. semua rebus, masukkan garam semua tuh la, dan last masukkan kicap yup. Untuk cili aku buat cili jawa je. Kicap pedas tuh, kalau nak ikutkan cara buatnya lain. pastu beli la daun sup, bawang goreng dan sedia untuk makan. mudah jer kan. Semalam juga aku buat makaroni cheese, senang jer, maklum la pernah kerja dekat piza hut, maka resipi piza hut ini ditambah-tambah, kalau bab pasta ni jangan tipu la dengan aku, hihi. Aku rasa best pula memasak pepagi, wife tak apa lah biarkan jaga dhiya jer dulu. Pepagi bersiap pergi ke surau, pastu masak air untuk mandikan dhiya, dah terus memasak. bagus tuh. Rasa puas dapat masak ni. Esok entah la nak masak apa, sebelum ini masak singgang ikan jer, kunyit hidup pula tak ada, maka buat singgang kelantan jerla, tak ada kunyit. Minggu ini debaran akan terasa la, harap kami dapat round-round sabah itu iya. Ops sebelum itu kami akan ambik pakej di banting iaitu gold cost sg pelek, Rite bagi bilik paling murah rm700 . Aku dapat pakej 2 hari. Memang meriah la kali ini. 22 ini pula si faiz akan akad nikah, harap semuanya berjalan lancar. Rasanya tak sempat ke kampung. Busy sedikit dengan tugasan. Tahun depan harap perancangan kami berjalan dengan lancar mahu tunaikan umrah. Amin , benda yang baik harap dipermudahkan. Hari itu aku balik ke melaka dari terengganu lama sungguh. Melalui jalan temerloh. Jauh wei, tersalah jalan pula tuh, Selamat semua jalan kat pedalaman pahang aku dah lalu, tak da la gabrah sikit. Wokeh rasanyer itu sahaja lah coretan kali ini. selamat ulang tahun sayang! 20/11/2013 8.40 malam