Monday, December 20, 2010

20/12/2010


Salam hari ni dah 20/12/2010. Memang hari yang ditunggu-tunggu nih. tuh jer aku boleh cakap. Lagi ada 3 hari lagi aku akan berangkat ke kl. malas siot!

Sunday, December 19, 2010

SEMBUH

Alhamdulilah dah baik batuk dan demam.. Banyak benda aku tak sempat buat time cuti ni disebabkan batuk dan demam. Semalam aku adakan jamuan untuk first gaji aku ler. Best gak la yang penting aku makan kek dengan banyak. SENYUM SELALU . tuh la tulisan yang ada kat kek aku tuh. tak tahu nak tulis apa jadi aku tulis gtu ler. aku akan ke kl untuk terus ke Tg Malim. Tempat yang sebenarnya tak ingin aku pergi lagi. Hahahahaha. oleh sebab terpaksa kene pergi juga untuk ambik scrool aku. Nanti kene intervw baru la gelabah nak mencari. Esok 20 hb 12 dah.. time yang ditunggu-tunggu untuk . ish ada la untuk apa. yang seangkatan dengan aku jer tahu la. Dah la report 3 bulan langsung tidak aku sentuh. Aku akan berkenduri pula kat Temerloh bersama kakak aku kat sana. tapi entah apa yang nak dimakan. Ada sesiapa boleh bagi idea? taknak kek, spegeti, nih bukan musim sotong. Sebelum tuh semalam aku jumpa dengan si akim af. kesian pula dia tak ada org tegur dia. aku pula wat tak tahu jer. kesian artis-artis datang Tganu sebab tak ada tempat nak dishopingkan. 29/12 aku akan bermuesyuarat untuk kali pertama. Aku dah rasa malas untuk nak pergi Melaka. Aku tak study apapun nih. Apa yang nak diajarkan pada mereka nanti. Alhamdulilah kritikan pada restoran RFC telah dijawab. teruskan untuk yang ter baik. Aku pun suka makan RFC. Sebelum tuh aku semakin baik dan semua makanan dijaga untuk mengelakkan melarat. Teh herba ho yan hor pun aku minum. Bagus jugak. terima kasih ultramoxx. dan tak lupa syukur aku ucapkan sebab redakan demam dan batuk aku. Kat umah aku ni sebenarnya aku tak ada baju sangat. Ingat nak beli. sebab tuh selalu turun naik shoping complex. Cuma setiap kali pergi pasti tak akan jadi sebab teringatkan sale kat kl. wahahahaha.Harapan aku kali ni teruskan perjuangan dan lengkapkan hidup dengan ilmu untuk didik bebudak yang semakin mencabar. Pada kawan-kawan juga minta maaf kalau ada salah dan silap yerla kalau time sakit ni mood memamng tak elok. banyagkan orang telefon pun rasa nak maki. tuh dia penangan sakit. sakit ni juga mengajar erti sabar juga sebenarnya. yang pasti pada empunya blog ni jangan lupa bayar bil air dan api tuh time balik melaka nanti. banyak sangat nak diingatkan. Sekarang dah stanby dengan buku catatan dan juga papan kenyataan yang cute juga. Naka tengok ke papan kenyataan tuh. nanti empunya diri akan upload pic tuh. lawa jugak ler... ok la sekian untuk update. 19/12/2010. 5.05pm.

Saturday, November 13, 2010

CUTI SEKOLAH

10.25 am 14/11/2010
Hari ini aku tengah menghitung duit untuk menstabilkan sebelum berangkat balik ke kampung. Itu pun tak tahu biler boleh balik sebab jadual bertugas biasanya keluar minggu depan. Duit plak ciput-ciput dan sampai paras hidung dah. Semalam ada khursus ladap . Lepas aku pergi ladap yang masing-masing cikgu-cikgu dah tak sabar nak balik aku terus ke pusat karaoke di jasin ni. Lepaskan gian lorr.. Tak sangka pula time tuh ada juga anak murid aku kat situ. Aku tak peduli aku nak nyayi jugak. Aku pun ambik la 5 lagu untuk saja-saja, almaklumla dah biasa menyanyi. Pastu aku pun nyayi la. aku perasan ramai yang jenguk-jenguk. Mungkin suara aku sedap kot. wahahahaha. Lantak la. pastu lepas abis menyanyi ada pelajar aku kat luar dan terus salam siap cium tangan lagi. Terharu juga la. Aku dah bercinta dengan kerjaya guru. Memang best dan memang tak rugi. Jika kita dapat ubah perangai seorang pelajar rasa puas tuh akan datang. Kali ini untuk pengatahuan semua aku masuk kelas hanya reliaf jer tuh dia sambutan pelajar-pelajar , masing-masing mintak aku ajarkan mereka nanti. Aku ni kalau masuk kelas hanya bercerita disamping menasihati. aku percaya bahawa lidah lebih tajam dari mata pedang. Aku selalu masuk form 1,2 dan 4. Kelas-kelas ini la yang aku selalu masuk. Aku pula cam tak percaya tahu time bercerita sampaikan yang tertido pun boleh terjaga. Hebat juga penangan aku nih. Pastu ada satu kes yang sampai sekarang aku akan ingat. Aku cam biasa berceramah disamping belajar berucap sampaikan yang cina yang asyik baca buku cerita bahasa cina pun boleh duduk depan aku dengar aku punya cerita. Syok sungguh kalau dapat tarik perhatian mereka ni. Aku selalu bercerita berkaitan dengan pengalaman aku semasa belum berjaya. Aku akan terus bercerita dan terus bercerita. lantak la. Aku juga sentiasa selitkan moral dari cerita aku tuh. Semasa aku praktikal kat sebuah sekolah kat melaka. Diaorang ni lain sikit. Suka sangat la cerita hantu. So aku pun buka la cerita hantu yang diaorang tak pernah dengar. Sebenarnya aku ni seorang yang tegas dengan palajar-pelajar aku. Kat luar lain cerita, sampaikan aku ajak diaorang karaoke dan makan-makan sama tau. Aku sekarang tengah merangka sesuatu untuk diaorang pada tahun depan . Tapi bergantung pada form berapa yang aku kene ajar dan jaga kelas. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku nak bercuti. Sebelum itu aku cukup bangga selepas respon cikgu-cikgu yang menerima berita pasal pelajar-pelajar ada yang mahu jadi seperti aku. Ada yang nak sambung belajar dalam bidang sejarah la. Ada tuh cikgu-cikgu cakap pelajar-pelajar cakap aku punya cerita sampai membuatkan mereka terpesona. Tuh dia. malas nak ulas. Dalam blog bolehla aku bercerita pasal semua nih. kalau kat luar tak boleh bercerita nanti dikatakan sombong. Ini blog aku ikut suka hati aku la nak tulis apa pun. Aku sentiasa menjadi cikgu yang serius time mengajar. SAtu lagi ialah aku cukup kagum dengan jpk aku nih. Aku rasa dia memang layak untuk menjadi pengetua. Sekarang aku tengah berkira-kira nak angkat kereta. susah sebenarnya tak ada kereta ni. Nak balik kampung pun susah. tuh jerla untuk hari ini.

Monday, November 8, 2010

JEJALAN DI KG BARU

8/11/2010 10.38 pm
Sebenarnya aku malas nak pergi ke kl nih. sebab asyik terpikir nak balik kampung jer. kebetulan pada malam ni tak ada kelas. So aku pergi la jejalan dengan geng2 cikgu baru... nak aku sertakan nama . si bonot, amin, dalil, si padil, si azizul dan ada 2 org lagi. Aku paham keadaan kawan-kawan yang belum dapat gaji. Aku terpandang dalam wallet kawan aku ni ada rm5 ringgit sahaja. Aku kesian plak tengok dia. Tapi aku pun dalam kekeringan. Aku hanya tunggu nak balik kampung jer.. Nak rehat puas-puas sambil memikirkan rancangan yang bakal aku rencanakan pada masa yang akan datang. Esok entah macamana lar plak program. ntuk maklumam , aku hari ni dilantik oleh penghulu untuk menjadi pengacara majlis. Tension jugak ler. dah la masa dulu aku ada kes berkaitan dengan menjadi mc nih. Tapi syukur aku dapat meyempurnakan dengan jayanya walaupon ada la sedikit cacat celanya. Aku duk sini boleh la jugak mensave bajetkan . Dalam hati menjerit jer beritahu biler 20 haribulan nak datang... korang apa tahu, gaji tak da. tanggungjawab masih ada untuk menjaga family nih..aku sebenarnya terlupa hantarkan borang hamis untuk data, Entah la aku malas sangat nak pikir pasal tuh. NAh sekarang bagi aku enjoy dengan tv dengan rancangan yang best, dengan line yang penuh, wah seronoknya iduo ini. dikelilingi kawan-kawan yang ramah tamah. Jalan-jalan,dah la tadi time aku nak g sogo ditegur sorang brader, aku dgn ilmu yang telah dibekalkan buat tak tahu jer. itu yang diajarkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.....aku rasa itu jer kot catatan malam nih. naluri insyaalah sentiasa betul.....

Sunday, November 7, 2010

HOTEL BRISDALE

Allamduilah syukur aku dapat pergi khurus pertama bidang perguruan ini. dilangsungkan di hotel brisdale. Disini aku bersama dengan si amin, mas, helmi leganyer ada jugak la kawan disini. Disamping itu jugak dapat la save bajet. Duit aku dah makin kurang menunggu untuk balik ke kampung. Tak sabar rasanyer menunggu gaji pertama aku. Tapikan Segalanyer telah berubah selepas aku berkeras tak nak bagi pak ..... iaitu jiran aku paking kete umah aku. Maklumla dia geng pasar. so mmg dah biasa bab camni. Aku dah lama tak update akunyer blog sebab kat jasin nun bapak slownyer line. Pening kepala aku nak tengok youtube dan segala nyer. Hari tuh aku ada pergi ke umah mak angkat aziz. Alahai silap langkah la plak sebab time tuh ramai giler orang dekat umah dia. Maklumla cuti panjang. Tapi aku sempat jugak berkenaan dengan mak angah iaitu kakak kepada mak angkat aziz tuh.sebenarnya aku nih minat kereta kelisa. Dalam menghitung kereta mane yang sesuai, aku sememangnya nak sangat kereta kelisa. Tapi masalahnyer kereta kelisa dah tak kuar. kalau nak kene yg second hand jer. pening-pening. Sekarang aku tengah membuat pertimbangan untuk melihat kereta viva. Biar la kecik sikit, asal aku tak pening kepala nak bayar. Kawan-kawan aku plak ramai yang duk sorang buat masa sekarang. Ada tuh ckp dah nak giler... hahaha selamat aku dapat mengharungi dgn selesa. cuma kene banyak doa dan tawakal sahaja. Kejap lagi aku ada program 8.30 sementaranak menunggu nih aku menaip la. maklumla line kat sini full... Untuk pengatahuan sekarang aku duk sekali dgn cikgu hizul. tapi entah dia xdatang-datang. dia ada buat khursus kawin. itu hal dia aku xnak campur. ok la nanti aku akan menupdate lagi... syok duk kat line penuh....8.10 7/11/2010

Tuesday, October 5, 2010

BERDIRINYA INSAN LEMAH

Hari ini dah genap aku menjadi guru selama lebih kurang 1minggu. Apapun aku insyalaah sentiasa peke dengan keadaan sekeliling. Masing-masing ada pendirian yang berbeza. Memula aku masu telah dilantik menjadi pengerusi (solat hajat) aku ok jer. cuma masalahnyer ialah aku tidak diberi taklimat. Tentatif program tak dapat. Macamana aku nak jalankan tugas. Tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar aku perasan beberapa perkara yang bermain dimata aku. Biasa lah, sebelum itu aku telah kenal dengan seorang guru kaunseling. ok la dia ni. Masalahnya aku sorang jer kat iskandarian itu tak kahwin lagi. Aku ditempatkan pula di pustaka sebab meja untuk guru tidak muat. Pengalaman ini aku coretkan untuk dibaca mungkin 30 tahun akan datang akan aku baca balik semua ini. Betul pengalaman memantangkan aku. Aku insyalah akan berusaha membaca bahasa tubuh untuk mengenal pasti seseorang. Yang uniknya sekolah ini ialah pelajar-pelajarnya cukup menghormati guru. Apa yang aku perasaan ialah sekolah ini amat mementingkan pencapaian akademik. aku tak kisah. Semasa aku menggantikan kelas aku akan berceramah soal agama dan hukum. Serius masing-masing air muka berubah. Inilah yang aku harapkan. Moga kata-kata aku semasa menyampaikan ceramah itu dipegang sampai mati dan aku sebagai guru dapat memperolehi keberkatan daripada itu. Amin. Banyak perkara yang berlaku pada minggu ni. Pertama ialah nenek kawan aku yang sekali masuk ke sekolah ini telah meninggal dunia. Dalam masa yang sama aku telah memfokuskan untuk membuat kajian orintasi yang telah ditetapkan oleh jpm melaka. Terpaksa la aku buat walaupun dah puas untuk menaip. yang pasti pada malam ini aku akan menghadiri jamuan yang biasa dilakukan oleh cikgu-cikgu laki yang telah berumah tangga tapi berjuang sebagai anak perantau meningalkkan anak isteri. 5/10/2010 7.17 p.m

Sunday, October 3, 2010

GURU

Dah lama aku tak update aku punya blog. Cuma yang pasti pada tarikh 27/9/2010 telah menjadi tarikh keramat pada diri aku kerana telah berjaya bergelar menjadi seorang pendidik.Sebelum itu aku telah menggangur selama hampir 3 bulan selepas habis dpli. Pada malam raya aku telah dikejutkan dengan mesej dari kawan aku si mad mengatakan bahawa dah boleh cek posting. Aku menggharapkan aku dapat Terengganu. Tapi last-last aku rasa nak pitam lepas tempat yang akan dipostingkan adalah melaka. Memula aku rasa macamana nak pergi ke sana. Aku pun telah merangcang untuk memudahkan perjalanan aku disana nanti. Akhirnya aku dengan abang dan adik aku telah pergi ke melaka dan aku sampai pada pukul 2 petang dan terus menuju pejabat pos kerana aku telah poskan awal motor aku untuk memudahkan perjalanan. Alhamdulilah aku telah berjaya mendapat rumah sewa dengan kawasan kejiranan yang ramah dan baik. cuma aku perlu berhati-hati untuk semua keadaan.Sebelum itu aku mengucapkan terima kasih kepada abang harun yang bersusah payah menolong aku dan aku akan balas jasa dia nanti. semua yang terlibat aku ucapkan terima kasih. Aku akhirnya telah melaporkan diri di smk iskandar shah sebagai tempat aku menabur bakti. Aku percaya niat yang suci dan diiringi doa mak ayah aku memudahkan perjalanan aku. Sekarang separuh perjalanan hidup aku seakan lengkap. Minggu pertama aku dijasin ni aku dah berjalan sampai ke batu pahat. Pada masa yang sama aku terpandang satu masalah, iaitu motor aku penutup motor seakan nak pecah. Maka lepas ini aku tak boleh berjalan jauh lagi la. cuma aku hanya mengharapkan aku mendapat sebuah kereta nanti untuk memudahkan perjalanan aku.Apa pun dalam hati aku mengatakan yang aku suka dengan jasin.3/10/2010 9.50 p.m

Saturday, August 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN


Salam ramadhan saya ucapkan kepada semua. Dah lama xupdate saya punya blog. nak tahu kenapa. Sebabnya ialah kerana saya baru ni baru format laptop. Susah la guna laptop cq41 compaq. Sebelum itu saya nak ucap terima kasih la pada nasir sebab banyak tolong pasal laptop ni sampai dijadikan laptop saya ni sebagai percubaan.
sekarang nah. Window 7 menjadi tatapan seharian. banyak hari ni nak berbicara. Maklumlah dah lama tak melayan perasaan. sambung esok.

Sunday, May 23, 2010

SMKBK DALAM KENANGAN..........





23/5/2010 salam sayang semua kepada anak didik cikgu.... pertama kali cikgu nak minta maaf kalau tersalah cakap atau menguris hati kamu semua..... hari ini dah genap la 3 bulan cikgu berada di smkbk.... meningalkan kenangan yang cukup manis, terutama kepada kelas 4ak, 4sc2, 2b,1d,1c.... inilah permata-permata yang cikgu gilap untuk menjadi pemimpin satu masa nanti. entah la malam ni rasa sayu jer nak meninnggalkan bumi melaka.. lepas ni mungkin tidak akan menjejakkan lagi kaki dibumi melaka. Tapi kenangan disini cukup indah..... gelak ketawa, sedih semua campur. nadrezzz, mizan, putra, matari, amar amir, hanif, shahira, anny, semua la. berjuang la untuk kecemerlangan..... genggam la kejayaan kerana kejayaan ditangan kamu semua..... salam sayang dari cikgu.........jiwang x... boleh blah cikgu jiwang camni.....kalau dtg Tganu caling la cikgu.... nanti kita pergi jalan tempat-tempat yang best.... 013-9154231

Saturday, April 24, 2010

SMK BUKIT KATIL

Pengalaman pertama aku bergelar seorang guru ini adalah bermula pada 1.2.2010. Inilah tarikh keramat aku dipraktikalkan di smk Bukit Katil, Melaka.. Serius pada permulaannya aku tidak boleh menerima hakikat menjadi seorang guru. Tapi setelah menggarungi nya selama tidak sampai 2 bulan aku mula jatuh cinta dengan kerjaya guru ini. Dulu aku telah memuktamatkan daripada aku menjadi seoarang guru baik aku menjadi seoarang anggota polis... tapi akhirnya aku tetap menjadi seoarang guru. Bayangkan walaupun diusia yang boleh dikatakan muda rezeki sedah datang kepada ku.. Jika diambil contoh yang lain. Ada yang memohon sehingga 9 kali untuk memasuki bidang perguruan ini. Tetapi aku bersyukur apabila permohonan aku hanya sekali dan terus aku diserapkan. Permulaan aku menjadi seoarang guru ini dicabar banyak perkara pada permulaannnya kerana aku belum biasa. Tetapi aku teruskan cabaran ini dengan pertolongan guru-guru yang tidak pernah aku lupa terutama cikgu kamsah harun yang banyak memberikan tips dalam ilmu perguruan ini.. U I LOVE. Di Universiti Pendidikan sultan Idris (UPSI) yang selama ini aku mahu menrasai alamnya indah khabar dari rupa. Tapi aku besyukur kerana menjadi warga ibu kandung suluh budiman yang pernah menjadi satu maktab yang hebat pada suatu ketika dahulu. Aku juga beraksi seperti seoarang tokoh politik dengan mengberikan pengucapan dikhalayak ramai. Naluri aku terdetik untuk menjadi seorang guru adalah kerana satu peristiwa yang tidak akan aku lupakan. Dimana aku pernah mengikut badan pendakwah melakukan operasi seperti pekida dan perkid. Aku melihat para remaja yang teruk akhlaknya seolah-olah agama hanya pada nama sahaja. Maka daripada itu lah aku tekadkan hati agar, dalam hidup aku ini berbakti kepada agama dan bangsa . Aku melihat semua didepan mata? tidak adakah usaha yang boleh aku buat untuk menolong agama aku? inilah persoalan yang selalu bermain dihati sehingga aku memilih bidang perguruan dalam usaha membendong gejala sosial... Walaupun tidak keseluruhan tetapi catatkan namaku sebagai seoarang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.Kini tinggal hanya 1 bulan sahaja lagi aku menetap di Melaka ini... Akhir kata . Berbaktilah pada anak bangsa kamu...........25/5/2010 9.44a.m

Tuesday, February 23, 2010

PANJI HITAM

Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah) Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis." Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim) Sabda Nabi SAW, "Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim) Abdullah bin Syuraikh berkata, "Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali." Kata Sayidina Ali KMW, "Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, "Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan."

Friday, February 19, 2010

MENGGAPAI IMPIAN.


Hari ini aku sungguh bosan. Aku telah merayau kat mana-mana je. Nak karaoke orang taknak dia cakap suara aku cam artis dan segan. Aku malas nak mengulas kejadian yang tidak diingini sebab aku tau apa yang difikirkannya... Cuma aku cukup bosan dengan perangai yang satu dan mungkin tidak boleh diubah. Aku insyalaah lebih mengenali. Aku akan bertolak ke Melaka nanti dengan sebuah kereta. Aku sebenarnya berat hati nak bergelumang dengan kerjaya pendidikan ini.
aku merasakan bahawa cabaran yang bakal dihadapi adalah cukup hebat. Aku memerlukan dorongan dan sokongan. Ops sebelum itu , aku nak menyatakan disini bahawa pertama kali aku balik ke kampung ini, aku tak menang tangan nak menghadiri kenduri kawin kawan-kawan sampaiaku boleh tidak ingat. Apa lagi kene marah la kau sebab tidak pergi bertandang. Aku rasakan bahawa pada waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk mengulang kaji dan menkaji teknik penyampaian.. Aku juga macam manusia biasa juga. Nervous je.. aku juga mengharapkan aku menupdate blog aku ini... selamat mencurahkan bakti ke bumi melaka. Paling last aku pergi ke melaka ini adalah semasa aku darjah enam dahulu. bayangkan la..... 3.30p.m

Saturday, February 13, 2010

ARAH TUJUAN?


13.2.2010..... Esok dan lusa akan ada reunion untuk perjumpaan kawan-kawan lama. Tetapi bukan itu yang mahu aku bicarakan dalam sesi ini. Hati berdarah .. ye aku kejam... tapi cuba fikirkan belum pun apa-apa aku telah disuruh meminta posting mengikut arah kata parents orang lain. Tolong lah sedar , aku ini anak lelaki dan punyai tanggaungjawab yang besar. Belum apa-apa dah disuruh untuk bertandang. untuk apa? mengapa perlu tergesa-gesa. Aku bosan! Aku nak tentukan hal aku sendiri. Ya bukan aku ni tidak bersikap adil. Aku yatakan bahawa aku lebih perlu mengutamakan parents aku dahulu. Apa kata parents aku jika , aku menuruti kata pihak sana. Memang kamu tidak memikirkan perasaan aku nih la. Tak mengapa hal yang berlalu biarkan sahaja. terlalu banyak untuk diubah. Yang pasti aku tidak akan mendukacitakan parents aku. Kerana aku ini mempunyai tanggajungjawab kepada keluarga. kalau org tidak boleh menerima silakan keluar dalam hidup aku......................

Friday, February 12, 2010

KEMANA MENGHILANG?


Hari ini aku dah menamatkan exam aku.. Aku sedih, gembira semua ada lah... aku sebenarnya konvoi dua buah kereta ke Terengganu. Aku melalui genting , aku cik mad, munim , pirdaus. Aku sebenarnya bimbang juga dengan meraka kerana kereta dia nih uzur sikit. Tapi alhamdulilah semuanya selamat. sekarang 12.11 a.m aku letih gile sebab tidak berehat lagi. Para ustaz pula sekarang sedang berehat kat masjid udm sementara mahu balik ke tanah merah, aku pun tak tahu apa yang difikirkan mereka ni. tapi macam biasa aku cukup menghormati pendapat masing-masing.. Cuma aku sedikit terkilan tidak dapat menolong mereka. Kawan aku pula di melaka si kekek, rangers merah, am n joe terlekat di melaka sebab kereta rosak.. Kepada semua banyak kan bersabar. Aku merasakan bahawa sekarang adalah waktu bertukar alam untuk lebih berdikari. banyak erti kehidupan telah dikutp dan diaplikasikan... aku juga memohon supaya Allah sentiasa memberi pentunjuk dan hidayat kepada semua.Amin. Hati aku ni entah mengapa aku terasa terlalu berat untuk mengucapkan sesuatu kepada seseoarang.. Aku bukan seorang pengkritik pendapat atau pegangan. Aku berharap yang berlalu jadikan pengajaran yang amat berguna. Walaupun sedikit kejam tetapi aku terpaksa untuk nye.. Aku juga punya perasaan . waduhhh... apa guna jika kehidupan jika tidak mahu berkongsi bersama. Aku beranggapan bahawa jika aku teruskan. akan timbul masalah kelak kerana sifat yang sebegitu. ye aku taj nafikan bahawa setiap manusia itu ada punya ketetapan cuma aku mengharapkan sedikit perkongsian yang sebenarnya. Sudah beberapa kali aku menguji tetapi tetap tidak berubah. Tidak mengapa aku tidak menyimpan demdan kepada sesiapa KERANA aku selalu mendoakan agar diberkati oleh Allah yang esa... selamat malam kepada semua. malam yang sedih.

Wednesday, February 10, 2010

CINTA DALAM HATI (UNGU)

Ungu - Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Reff:
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

BAGAIMANA CARA NAK NAGIS


Salam dah lama benar aku xupdate blog kesayangan aku ni. banyak betul peristiwa yang telah berlaku. walaupun hati sedih tapi kena kuatkan juga untuk teruskan. biarkan menjadi rahsia aku. setelah mendapat pendapat-pendapat kawan-kawan aku dan memang sependapat dengan aku juga.. aku terpaksa juga. nak ucap ungkapan maaf, bukan kesalahan aku. kenapa tidak melihat kepada diri sendiri untuk melihat kekurangan diri... aku xleh nak luah panjang-panjang....... bye tg malim dan sewaktu dengannya...

Monday, January 25, 2010

PENGUJIAN

Rasa sudah lama aku tidak menupdate blog kegemaran aku ini. Tapi aku terpaksa juga untuk menulis sedikit coretan. Sesudah aku menulis hal yang berkaitan isu kehilangan beg galas aku tu. Aku terpaksa menbeli banyak barang-barang baru juga. Tapi tidak mengapa lah. anggap sahaja dugaan. Aku tadi telah pergi ke JPJ untuk menuntut roaadtax baru. Tetapi perlu melalui beberapa prosedur. aku rasa hal berkaitan motor ini tidak mempunyai masalaah. Aku rasa boleh disattelkan. Aku pun dah sihat seperi sedia kala. Sebelum ini aku tak berapa sihat.Aku rasa musim ini , musim kematian para pembesar. Mula-mula kemangkatan sultan Johor, pastu tun Ghazali Shafie, bagi aku dia nih org yang hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi bukan sahaja ilmu pemikiran tetapi juga berkaitan dengan ilmu kebatinan. Tidak silap aku tok guru dia tuh haji sainan org hebat pahang. Aku nak mengulas sedikit is-isu terkini iaitu pengerusi gerak telah masuk arena politik. Bagi aku , aku kurang bersetuju dengan penglibatan beliau dalam politik. Aku suka beliau kekal dalam arena NGO. Tetapi jika diambil pendekatan daripada mufti mesir dahulu. Perlu seseorang memperjuangkan agama melalui sekelompok manusia yakni (parti) . Aku merasakan bahawa peranan ngo juga amat penting tetapi nilai dalam sebuah NGO itu adalah rendah iaitu memerlukan sumbagan orang ramai untuk terus bergerak, selain itu juga tidak berapa diambil tahu dalam konteks Malaysia. Satu perkara lagi ialah, isu berkaitan agama sudah sedikit reda entah kenapa? yang terpenting sekali ialah pasa 9 hb feb ini akan menentukan status mb di perak. sama-sama la kita tunggu. Aku perlu bersedia lebih awal untuk terbang ke melaka nanti. OK la aku rasa isi aku dalam pengarangan ini dah berkecamuk dah. 6.27pm

Thursday, January 21, 2010

AKU HILANG BEG



Aku hari ini balik ke kampung menaiki bus utama. Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku pada diri aku. Aku menaiki bus dari tg malim untuk pulang ke kampung. dah la tiket mahal. Aku bergerak dari tanjung malim tu pukul 10 malam, Tapi bus sampai dalam pukul 11.15. Puas hatikan. selamat aku ada geng malam tu, si rohana dengan si yati geng2 veteren. Aku pun caam biasa la berkemas nak balik kampung letakkan beg galas aku tuh kat bahagian bawah. Aku perasaan bas ini banyak kali berhenti pertama di temerloh dan kuantan, pastu dungun. Aku tak perasaan apapun. bagi aku semua ok.Pastu aku sampai kat kampung dalam pkl 7. Mengejutkan aku beg aku xda la....... Sedih la. Selamat la dalam beg aku tuh xda barang berharga, yg ada cuma kunci moto dan kunci umah, begang gak la. sampai umah aku xbanyak cakap mane la. Dalam beg aku tuh ada sabun yang aku xpakai ingat nak bawak balik laa, 2 kilo. Pastu dalam beg aku tuh ada la beras yang tak abis aku masak, ditambah dengan periuk kat umah aku tu rosak. So dalam beg aku tuh ada kunci, sabun, beras agak-agak dalam 4 kilo. berat jugak la. Aku harap aku jumpa la beg aku balik. Drebar bas tuh dah ambik no tepun aku. Dalam perjalanan kat kuantan aku tau drebar tuh ada terima panggilan dari sana mengatakan ada penumpang tersalah ambik beg. Kan bodoh tuh , menyusahkan orang sahaja. Aku harap tu beg aku la. Sekarang aku tengah menunggu panggilan yang berupa pengharapan. Aku harap ma faham keadaan pa sekarang dan pa buat masa sekarang tak ada mood betul . maaf la. Aku sekarang tengah terpikir langkah yang perlu aku buat bagi menyelamatkan moto aku nih yang pasti duiiiiiiiiiiiiiiiit akan banyak terbang. Aku dengan cepatnya pergi buat laporan polis untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku tambahan 2 kad matrix aku ada sekali dalam beg tuh. Amin selamatkan lah beg galas aku tuh.

Tuesday, January 19, 2010

Tiket oh tiket

Semalam aku tetiba je rasa nak balik kampung. Ini semua sebab mengenangkan semua asaimen dan kerja aku dah sattlekan. Lagipun aku dah lama xbalik kampung. Insan kota hari ini bergi berkelah di sungai bil. Takpe lah janji dia seronok. Aku dengan kawan aku dah rancang untuk pergi melaka nanti. Aku plak dalam dilema untuk melilih yang mane satu. banyak sangat program yang dirancng ni. Opsss ya, aku baru membuat facebook aku. suka la juga main facebook ni sebab aku rasa macam duk kat sekolah dulu. semua kawan-kawan aku leh jumpa. Tapi aku sedih sebab ramai kawan-kawan aku sekarang tinggal kat ovesrsea. Aku je tersungkur dsini. tapi insyalaah aku akan menjejak kaki juga disana nanti. Sebelum tu aku melahirkan sedikit kerisauan tentang dua gempa bumi yang saling berturut.Bagi aku ini bukan fenomena biasa. Aku rasakan bahawa ini merupakan satu tanda yang pelik. Aku dah buat analisis sedikit tentang keadaan politik di Malaysia ini. aku menjangkakan pilihanraya malaysia kali ke 13 akan berlaku pada tahun depan. Entah la nape aku leh cakap camtu. Tapi aku mempunyai asas yang kuat. Aku insyalaah akan menulis pula buku aku sendiri nanti.Memang dalam perancangan untuk menulis buku aku sendiri, tetapi aku masih mencari-cari idea untuk menghasilkannya. aku harap semua dah baca pasal site yang aku bagi tuh. ok la aku pun dah tak ada idea nak memanjangkan coretan aku ini. selamat petang. 1.40pm

Sunday, January 17, 2010

KEMENANGAN

Semalam adalah hari penamat pada bina insan guru aku. Walaupun aku tak berapa setuju dengan bina insan guru tersebut tetapi aku terpaksa merelakannya..... Aku ni sebenarnya sukankan aktiviti yang mengeluarkan peluh cam berlari 20 km ke, masuk hutan ke or apa-apalah asalkan aku boleh jadi terlampau penat baru aku puas. Tapi tak mengapa lah. Masa big tu aku telah didedahkan dengan teori pac yang bagi aku adalah mempunyai logik yang kuat. Aku juga banyak menimba pengatahuan daripada fasi kami iaitu cik Aziz Yatim daripada fakulti kaunseling. Sebenarnya aku penah membaca blog cik aziz dan aku sedikit tidak menedahkan. Pada hari semalam aku telah menemui cik aziz ni dan mendapat satu pengalaman yang baru iaitu pac. Aku selalu je terfikir apasal banyak sangat yang aku tak tahu nyer. Aku kene pergi buat kembarung la, aktiviti yang tak mencabar langsung. Aku mengharapkan ada aktiviti tido kat kubur ke mesti best. DAh lama aku tak menyertai aktiviti camtu. Satu lagi ialah cik Aziz ada menceritakan hal yang berkaitan dengan pelajar yang cenderung membunuh diri. Aku rasa info yang diberikan cukup berguna. Sebenarnya diusia muda camni aku sebenarnya pernah diminta menyelesaikan satu masalah rumah tangga. Aku ni yang tidak pernah berumah tangga ni diminta pertolongan. Aku pun cuba la sedaya yang mampu dan aku mengambil masa 3 hari dengan memberi dorongan dan sebaginya kepada mereka. Aku sebenarnya segan hal-hal yang berkaitan dengan ini. Tapi sebagai manusia aku cuba untuk membantu sekadar apa yang mampu. Hasilnya biarlah menjadi rahsia aku nye. heheh. Semalam mak aku tepun aku untuk tanya bila nak balik kampung. Aku sebenarnya teringin juga nak balik, tetapi memandangkan banyak kije dan entah apa yang tak sudah-sudah aku terpaksa menangguhkan juga untuk aku balik kg. Sampai ma aku pun tanya apasal selalu busy.......... huhuhuhuhu. Insyalaah aku tenang menhadapi situasi camtu. Opss sebelum itu aku nak kongsi dengan semua iaitu cuba semua cuba baca kalau ada masa blog ni.http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/secret-sign-unsur-masonic-di-ajl.html Aku sedikit terkejut la dengan penerangan yang dibuat, walaupun boleh dipertikaikan namun mungkin ada juga yang betulnya. Untuk akhirnya aku mengucapkan selamat menjadi guru yang mempunyai wibawa nanti.....1.04P.M

Saturday, January 9, 2010

AKU JADI CIKGU


Hari ni aku pergi sogo, tanpa dirancangan tetiba je aku pergi sogo dengan romet aku. Tapi sebelum tu, aku nak mengucapkan tahniah kepada diri aku kerana dah berjaya dalam mikroteaching. Sungguh tak sangga kamu , kamu boleh mengajar. Hehe. Aku pun ada satu lagi asaimen yang perlu disiapkan. Kiranya asaimen paling last la ni. Pasni aku akan terbang ke malaka pula. Doakan kejayaan aku ye. Masa aku kat sogo aku beli bantal. Pelik betul lah, batal aku boleh beli. Jauh tu kalau nak kira untuk dibawa baliknya. Bantal tu murah sangat. aku dapat rm10 je. Kebetulan aku bawak beg besar. Aku pun banyak juga beli barang masa kat sana. Tetapi aku kesana adalah ada misi tersendiri. Hehe, Cuma aku je yang tahu. Nanti akan terbongkar la rahsia tu. Aku sampai balik kat umah dalam pukul 6 petang gtu. Tapi tak kisah lah, Janjji dah dapat apa yang aku nak. Tapi apa yang aku nak tuh? hahahahaha tu persoalannya. Owy ya, lupa nak cakap yang aku uploadkan pi tu gambar abm aku. Aku nie segan nak tulis kat papan putih, bukan apa , tulisan buruk sungguh. Aku juga pernah kene marah dengan cikgu aku dulu sebab dia payah nak tanda kertas exam aku. Tapi yang payah tanda ni la yang cemerlang selalu huahua. ok la, sampai disini dulu coretan aku . byee semua 12.00 a.m

Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU


Selamat tahun baru semua. Tapi bagi aku tak berapa best sedikit la, sebab berlakunya pergaduhan hehe. Tu rahsia aku dengan dia sahaja yang tahu. Tahun ini aku merayakan tahun baru di bumi Perak. Tapi tidak mengapa jika aku di KL sudah tentu aku sudah pergi mengikuti program basmi gejala sosial. Tapi tak mengapa lah, sebabnya geng-geng ustaz malam tu masak best. Diaorang masak nasi yang chef dibawa dari kota malim (kota keriangan) Oppsss sebelum lupa, aku sekarang dah berjaya menghabiskan tugasan dalam 90% dah. Syukurnya...... Petang ini ada satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada kawan aku. Tapi tidak mengapa sudah disettlekan. 7.15pm

Friday, January 1, 2010

SUNGAI BULOH



Selamat tahun baru kepada semua. Aku baru balik dari sungai buloh mengunjungi kakak aku dan anak sedara aku, time aku jupe dia masa dalam pantang, nama dia Arena Humaira, yang budak laki tu anak sedara aku juga, Raja Hazeeq Iskandar. Dua orang ini dah lama aku jumpa. Hazeeq dah pandai nagis dah bila pak wan dia marah. Sudah mengenal erti kehidupan....... Aku tahun baru sambut di Tg Malim, huhu sedihnya, Biasanya kalau di kampung mesti aku dengan kawan-kawan aku sambut dengan bakar ikan, pasang khemah la, tak mengapa la, Malam tahun baru aku demam. Sampai aku tak mesej dengan ma. Aku takut dia marah. Tapi aku harap ma faham. huhu.Aku masa di Sg Buloh macam orang yang tak penah jumpa makanan. Tempat pertama yang aku tuju sebaik sampai ialah pasar. Satu hari aku masak di rumah kakak aku tu. aku masak sotong masak cendewan dan tempe, kangkung goreng bijan, masak lauk singgang ikan, goreng ayam. Aku makan sampai puas hati. Aku ini excited sikit kalau aku yang masak. Bagi aku , aku masak la paling sedap. huahua. Malamnya aku masak telur dadar, ayam masak lada hitam, sayur goreng, pastu aku goreng ikan masin. Aku puas! Esoknya pepagi lagi aku dah bangun untuk buat nasi goreng ikan bilis yang pedas. Sedapnya, ingat nak tapau bagi ma, tapi aku tinggal la, kak and abang ipar aku tak payah keluar dah . Maklumlah hari minggu, nak lah habiskan masa dengan anak tersayang. Arena Humaira.
10.26 am