Saturday, December 31, 2016

2017... Selamat datang dan 2016 ku tinggalkan segalanya.

























Assalamualaikum, kali ini nak mencoret sedikit peristiwa yang berlaku. Malasnya nak update kan blog nih. Ok sebenarnya pada bulan 12 tahun lepas. Aku ke kelantan untuk operate ayah mentua ku. Seminggu tuh kot duk kat situ. Sampaikan dapat hafal dah jalan dekat situ. Operate pula dekat hosptial mek zainab. Yerlah, yang menjadi masalah ialah nak paking kereta tuh la, Memang payah. Akhirnya sewa rumah berhampiran dengan hospital sebagai jalan penyelesaiannya. Bayangkan semingu duk situ. Pagi petang n malam. Aku cma biasa la meronda ronda jalan kaki. Pergi ke pasar siti khadijahn , pergi medan ilmu pada hari jumaat. Pastu dah tersasul ke kb nih. Aku cari lah Teh tarik madu pok mat yang glamour tuh. Ingat taw kedai ini buka pagi sampai pukul 3 jer. Aku nih yang entah apa2 pergi kedai pukul 6. Ujan lebat pulak tuh. Esoknya aku pergi sekali lagi dan dapat la merasa teh tarik tuh. Tapi rasanye tak ader la best sangat. Ok berbalik pada operete  tuh. Boleh lah tengok gambar-gambar yang diambil tuh. lepas operate mesti dijaga di icu. Wah hebat kan kat sana. Ramai doktor pakar yang ada disana. Akhirnya petang tuh doktor dah sahkan boleh balik. Maka bertolak dari kb ke gong badak. Alhamdulilah semuanya selamat dan berjalan dengan baik. amin.

Tuesday, November 15, 2016

DIMERCU KEJAYAAN






15/11/2016. Syukur , akhirnya diberikan satu lagi kejayaan untuk tahun 2016. Cukup lah gambar itu menggambarkan kejayaan skuad hoki iskandarian. Sebenarnya ada beberapa tips untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan. Tapi tak nak bincang kan hal itu masa ini. Aku nak ceritakan dari awal sehingga akhir detik manis ini....... Sebelum ini, selama 6 tahun di iskandarian. Skuad lelaki hoki belum pernah sampai ke final, Tetapi kali ini dibuktikan sampai ke final. Alhamdulilah berkat tingkah laku pemain yang sering kali dimarah dan di tengking. Inilah hasilnya. Bayangkan hari minggu pun turun untuk buat latihan. Satu sahaja pesanannya ialah, penyerang jangan bazirkan bola dan mereka berjaya juga. Tahniah kepada kapten irfanuddin yang juga menyandang pemain terbaik kejohan bagi lelaki dan juga penjaga gol terbaik untuk aniq. Wah sangat best. Segala penat lelah dan pengorbanan yang mereka buat akhirnya mengappai  apa yang mereka inginkan. Kalah kepada sekolah sukan. Sebenarnya team iskandarian bola menyaingi mereka, tinggal beberapa aspek yang mereka susah nak ubah. Kapten pasukan memainkan peranan yang sangat baik, hubungan antara ahli serta komunikasi yang berkesan. detik manis sekali lagi tercipta.! (very radical supporter iskandarian hockey team)

Sunday, November 6, 2016

MAJLIS RESTU ILMU


               6/11/2016, Ahad. Sekembalinya daripada kampung di Terengganu maka , perjalanan rutin harian berlangsung seperti biasa. Sehingga lah kepada mingu terakhir nak spm. Hari ini nak diceritakan satu cerita yang tidak pernah pun dibuka. Sebab perkara ini dah lama berlangsung maka ceriakan lah disini. Cam kat atas tuh, majlis restu ilmu. Bagi sekolah aku dulu, tradisi ini sebenarnya tiada. Sedihkan. Sebelum, sebelum ini ada, hihihihih. Tapi memandangkan pelajar sekolah kami antara yang disayangi maka tiada istilah restu ilmu. Yerlah cikgu-cikgu memasing menyumpah jer. Ops lupa nak bagitahu, semasa nak balik ke melaka hari tuh. Aku ada jumpa dengan cikgu Ghazali. Ala cikgu sejarah aku dulu. Masih teringat lagi kelas tambahan sejarah aku sorang jer yang pergi, hahahahahaha. Maka nya kelas tambahan tuh hanya aku dengan cikgu ghazali jer.yang lain tak datang woiiiii.  Berkat kelas tambahan sorang  kot leh jadi cikgu nih. Bayangkan, ayat sentap cikgu ghazali., camner saya boleh lupa awak. hihihihihhi.Buku soalan sejarah spm 20__ diberikan untuk study. Wahaha subjek terbaik setiap tahun sejarah nih. Tapi masa biler tah aku belajo nyer. Kenkadang rasa pelik juga boleh markah tinggi, Syukurlah. Ok, berbalik pada peristiwa yang nak diceritakan ini. Sebenarnya masjlid restu ilmu di sekolah aku ini dah 3-4 tahun tak ada. Aku menunggu juga lah , sebab sekolah lain gempak majlis restu ilmu. Tapi kenkadang rasa bersalah juga sebab sepanjang bersekolah dahulu aku masuk bilik guru boleh bilang dengan jari... bayangkan dalam tempoh 4 tahun sekolah. tak sampai 10 kali masuk. Pelajar pula bermasalah la sikit. Ada sekali tuh semua pelajar lelaki tingkatan 5 tak datang. Sebabnya pergi berkelah. Aduiiiii, esoknya semua pelajar perempuan pula. Diakhirnya cikgu marah dan pengetua mengamuk sebab katanya pelajar sekolah nak cabar sekolah. Memang teruk sikit la. Maka sebenarnya aku telah taip surat rasmi dan masukkan kedalam bilik pentadbir melalui bawah pintu.Aku pergi sekolah awal pagi, biasa tiada orang.Sura tuh adalah utnuk, Mohon agar diadakan majlis restu ilmu. Sekurang-kurangnya dalam cikgu tak suka pun restu itu penting. Seminggu lagi nak exam. Surat tuh aku taip. Alhamdulilah pentadbir buat majlis di surau pada hari khamis. Sedih kan. Tuh lah rahsia aku, yang tak pernah orang tahu sebelum ini. Aku mewakili kawan-kawan mohon agar diadakan majlis tersebut. Banyk rahsia-rahsia nanti aku ceritakan. Yang baca blog ini, aizah, azlem. cerita dah lama. Esok adalah spm tahun 2016/ Buat yang terbaik k. Sedih giler tengok pelajar-pelajar bersalam dengan cikgu. Dalam hati siapa lah yang tahu. Mengenangkan tahun aku amik spm. Tak jenguk pun bilik guru. Itu lah perasaan nya rupanya. Tapi tak apa lah, belajar daripada kesilapan. Ok , seterusnya ialah gambar yang diambil tuh adalah makam lang buana. Sebenarnya ada senjata rahsia yang masih tersimpan disitu dan punya aura warna hijau disana. Tak tahu apa maksudnya. Setrusnya ialah gambar pulut. Terasa nak makan pulut, maka tanak ler sikit . Tapi makan bersama ikan kering. Memang sedap giler. Malam ini akan buat nasik ayam untuk esok pula. Maklum lah, semua harga barang dah naik. Sadis sungguh. Aku taw ada pelajar yang follow blog aku nih. Apa yang berlaku biarkan dan baiki kesilapan yang lalu. Tinggal tak sampai 2 minggu lagi persekolahan. Bulan ini juga gaji dah dipotong untuk rumah. Rumah dah siap , dah siap siling, dah siap grill, nanti ada masa akan diadakan naik rumah. Cuma aku nak bagitahu, 2016 mencatatkan banyak kenangan manis dan aku pasti merindui 2016...........

Sunday, October 16, 2016

GETARAN JIWA, BERAKHIRNYA PT3


 Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi kerana berjaya juga mengharugi gelombang badai, dalam keadaan yang cukup terhad. Rasanya tidak cukup 24 jam sehari itu. Sebenarnya gambar yang dipostkan itu adalah semasa berjalan-jalan ke kl. Ala g kat ikea jer pun. Rumah dah siap, maka pergi beli kelengkapan rumah serba sedikit. Mau juga habis rm400 hari tuh. Gambar kat atas tuh acah hipster la. Gambar cam gtu remaja suka ambik sekrang. Jadi apa salahnyer merasai cam mereka buat tuh. Ok jer kot. Tak la rasa pelik pun. Beraksi dekat ikea lagi hipter tuh. Korang ada ker???????????????? hahahahahaha. Seterusnya ialah fokus ialah makan meatball. Bergerak hari jumaat sempena cuti melaka. Memang dah set nak terus pergi restoran dan makan dahulu sebelum bergerak. Makan sahaja dekat troli tuh rm60 . Sebabnya ambik kambing bakar yang sedap dan lembut. Pandai ikea masak. hahaha. Tak ada apa pun nak diceritakan kali ini. Pelajar tingkatan 3 pula dah gembira sebab dah habis peperiksaan pt3. Seterusnya ialah aku dah beli kayu hoki jenama mazon k.Rm400 tuh. Yang syoknya ialah masa main tuh, bola hoki semacam melekat dekat kayu. Memang berbaloi dengan harganya tuh.Yang sedihnya ialah gps aku dah rosak.sedihnya dah berkubur setelah 4 tahun menabur bakti, baik ke sabah, serawak, langkawi semuanya. Setrusnya bulan lepaskan aku beli jam tangan g shock harga rm600, kepuasan dan reward untuk diri. Abis jam yang dibeli dedulu camner, Jam yang dibeli dedulu dah diberikan kepada pelajar. Dah banyak barang aku , aku kasi pada pelajar semuanya original tuh. ,jam submarin pertama diberikan kepada azwan, jam vabration pula diberikan kepada adri, beg underamor pula beri kepada jaapo. Sape cepat dia dapat,  yang pasti aku tak nak tanggungjawab atas barang yang tak digunakan. Moga bermenafaat dan aku dapat pahalanya.  ok bye.

Friday, September 23, 2016

UPDATE JANGAN TAK UPDATE




Assalamuaikum, hah ni gambar terbaru yang diupdate, gambar kenangan semasa anugerah kokurikulum peringkat negeri melaka, hari ini nak membebal sikit, Kadet berjanji nak tunggu pukul 7.05 last-last pukul 7.15 baru gerak. aiiiii nih nak kena nih. Kalau masa latihan sesedap kene pumping. Tapi semuanya berjalan dengan baik. Sesampai jer kat dewan bestari tuh pukul 8 pagi. Kira dah lambat dah tuh, masuk dan terus tulis nama. Kat situ jumper la otai-otai nih, cikgu amirul dan cikgu azhar. Best tuh. Dah lepas jumpa semua, sesi tamat dan makan dekat duyong sana. Sedap pulak tuh lauk kat situ. Terbaik la. Tapi kan ada sekali lagi anugerah koku, tapi peringkat sekolah jerlah. Ok cukup cerita pasal gambar tuh. Seterusnya gambar yang ada dalam periuk tuh namanya ialah acar bendi. Terasa nak makan , maka buat jer, tak sangka pula menjadi, resepi main google internet jer tuh. Hebat kan chef nih. Untuk bulan nih , aku dah sukarela tawarkan diri untuk ikut latihan kat truff, Yerla masa bila lagi nak bersenam woiiii... Ambik semingu sekali dah ok, Tapi kan, kene krem yang tak tahan tuh. wakakakakaka, turun jer dari bus , amik kaw , terhencut-hencut. Cikgu ghazali suruh minum air 100 plus . Balik tuh terus cari dan terus ok. Cuma ada beberapa peristiwa yang sedikit best nak diceritakan, masa di truff nih, bebudak f5 nih akan datang untuk sesaja main. Geng2 kucai, aiman nih. Tapi layanan mereka kat bebudak f1 dan f2 memang terbaik dan boleh dipuji, Ada beberapa peristiwa yang cukup best jadik depan mata. Pertamanya si kucai nih bagi semangat kat bebudak f1 dan f2, dengan kata-kata lembut. wah. memang abang yang baik kat rumah nih. masa tuh team nih lawan f5, seterusnya si aiman pula dengan rasa tanggungjawabnyer melatih goalkeeper dan juga sempat amikkan padding depan untuk budak f1,  kalau kat sekolah lain, Senior mesti cakap pergi mampus ler sama kamu. Moga geng korang berjaya dunia akhirat.  Cerita seterusnya ialah pasal ada pelajar duk mengadap blog aku yang tercinta nih. Takper layan kan jer k, Oiiiiii si syahirah 3 zamrud, nih nama kamu cikgu dah masukkan dalam blog tanda kenang-kenangan. Cerita minggu nih pula si caca dengan nasik lemak rm1 dia tuh. pepagi datang bilik guru, cikgu nasik lemak. hahahahahahahahahaha. ok tadi saya beli dah 2 bungkus. Cerita petang tadi, nurse datang rumah pula, nak cek tekanan darah. Alhamdulilah semuanya ok. opsss lupa nak masukkan jam tangan baru yang dibeli . dah penat kerja, bagi penghargaan pada diri. harganya pula 6tt.... kuikui. ok tq iya selamat malam. 23/9/16 11.30 malam.

Friday, August 26, 2016

BULAN MERDEKA, RAYA DAN SEWAKTU DENGANNYA

 Dhiya & Toki raya ptama

 buka pose kt hotel









 Assalamuaikum, sekarang dah pun nak masuk bulan 9, Sekejap sahaja masa berlalukan. Gambar ini dimasukkan oleh my wife. Kenangan katakan. Masa ini berat cecah 65 tuh. Bagus kan. Sekarang tengah nak mantainkan balik la. Banyak memori masa bulan puasa hari tuh. Hari tuh berday kak cik. Adalah la beli kek satu untuk dia. Seterusnya ialah gambar masa iftar kat hotel holiday inn dan juga grand puteri. Sedapnya kat sana berbuka. Sekali sekala boleh la, kalau selalu susah juga, Susah kat duit lah. Seterusnya ialah masa kat hotel grand puteri tuh, Kambingnya cukup banyak, Meriahnya  makan. Bayangkan malam tuh sahaja duk mengadap kambing panggang sahaja. Kalau kat melaka , memang cepat habis dah tuh. Seterusnya ialah nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan pada semua pelajar tingkatan 3 dan 5. Yang lain pun jangan bebuat lupa pula. Dedulu pernah terpikir juga ,masa yang banyak dihabiskan disekolah masa jadi pelajar dedulu, Jika jadi cikgu nanti macam pelajar, balik petang. Akhirnya menjadi cikgu juga.............. Tapi takpe lah , cikgu nih cikgu yang DERHAKA PADA WAKTU,  adalah sebab apa ayat tuh keluar. Bebudak nak bergaduh pun teringat kisah lama. kikikikikikiki. Dah nak exam la tak payah la bergaduh. Kita baca hadis reramai, Cuma sekarang nih pelajar duk gila main futsal. Baik juga tuh dan murahnya kat alamanda tuh rm20 je sekali main. Murah kan. Seterusnya ialah  aku dah dilantik jadi pentafsir, aduh aku nih malas sebenarnya. Wahahahahahahahahah. Cetusan segar dari minda yang sesekali datang. Semua yang diingini dah dapat. Nikmatnya hidup ini dan setiasa beringat semuanya adalah pinjaman dari Allah. Tuh dalam gambar terasa muda 20 tahun. Terasa tetaip tahun berhadapan dengan spm. Aduh bestnya kan. Yang penting mesti gembira dengan kerja yang kita lakukan. Teringat kisah sekolah dulu, semakin dekat dengan spm maka semakin senyap pelajar-pelajar, cumanya ialah seorang tuh dah nak spm minggu depan dah, boleh pula di kawin. Macam-macam lah. Budaya dedulu dah tak ada lagi dah, kaki kecik dan kaki besar, semua pelajar sekarang pakai jenama bee lon, wakakakakakakakaka, sadisnya. Masa mengajar semua ini. Trend sekrang pakai seluar senting pula, ok la juga sebabnya ikut sunnah tuh, Jangan memain. Nak buat apapun janji solat jangan tinggal lah. Semua pengalaman ini mendewasakan kita. Aku nih cikgu yang "back to the future" datang untuk memberikan nasihat kepada mereka. Alam persekolahan adalah terlalu seronok sebenarnya. Cerminan pelajar-pelajar ini seolah-olah sahabat aku dedulu yang ada berjaya dan kecundang. Semuanya seperti diputar kembali. Sama semuanya tetapi yang berubah adalah teknologi. Sedihkan, yup kenkadang sedih la juga, terkenangkan kawan-kawan yang selalu cakap. Jangan lupa kami ni  bila dah berjaya.............. ulang sekali lagi ayat nih, jangan lupa kami jika dah berjaya nanti................. Insyallah semuanya akan menjadi ingatan dan bersahabat sampai syurga gtu, Cerita yang berikutnya ialah bab makan yerk. Moh ikut kome berdendang sayang mengikut irama. Selepas bulan puasa ini, nafsu makan mengila la, Yerla, tapi mesti sentiasa jaga la. Makan mesti control, cumanya terjahan kali ini ialah kedai ikan bakar, wow . Kali ini mencari kelainan sikit, Paling last pergi ke cristal bay ialah masala 2009 dulu, sekali dengan parents. Dan sekarang pergi lagi buat sekian lamanya, Pergi ke ala kasim. Makanan ok la dan sedikit mahal berbanding dengan di sabak awor, Di sabak awor tak leh nak lawan lah harga dia, Kalau bab harga memang sabak awor tak leh lawan. Aku n wife dah banyak cuba restoran ikan bakar ni, Aroma ikan bakar, kuala selangor, ikan bakar kuala perlis, ikan bakar ulu duyong, ikan bakar ana petai. Tempat pertama dimenangi oleh ikan bakar ana petai. Cukup lazat dan menyelerakan. Cuba la kalau terlajak ke kuantan. Kedainya ditepi laut. Ana ikan bakar petai ni ada 2 kedai. Yang belah dalam tuh sedap. Selamat mencuba. Sekarang ini tengah berkira-kira untuk balik raya haji. Dedulu masa raya haji terselit kat janda baik. hahahahahahahaha. Terdengar takbir raya baru ler sayu hati. Hari ni pelajar tingkatan 3  main futsal. Tapi tak dapat nak join la sebab banyak urusan. Dalam blog ini diabadikan kisah 2 sahabat baik yang bergaduh. Akhirnya dah baik. Ingatlah setiap hari duk jumpa rupa yang sama, tak payah bergaduh la. Rugi jer lah. Lupa nak cakap, tahun ini aku akan pergi tauliah tentera untuk kadet pkbm. Kasi mantap sikit dan ada peningkatan. Lagi pun melaka ini, kadet tentera adalah dilatih askar elit. Macam panjang jer kali ini ceritanya kan. Bulan 8 nih bulan merdeka dan juga bulan mi sup................ (mata tak berhijab) 10.40 malam. 26/8/2016

Monday, August 1, 2016

MATA TAK BERHIJAB DAN SEJATINA RASO



 Tajuk kali ini sedikit menggerunkan. Hihihihihi. yerlah kan semua ini adalah pengalaman. Gambar yang diuploadkan tuh ialah coretan serba sedikit perjalanan nyawa ini. Gambar yang pertamanya ialah prank pada si mirul dan sue untuk sambut berday dorang. Memang pucat lesi si mirul dibuatnya. Tapi kan. Mmg syok la kenekan dorang nih. Sebenarnya dah lama rancang bender ni bersama si fida n fuad. Tapi tak berapa sempurna perjalanan. Maka bigbos terpaksa ambik alih dan hasilnya sangay baik. Gambar yang berikutnya ialah kenangan bersama team pkbm nih. dan gambar yang terakhir ialah medal kemenangan naib johan menembak dan kawad kaki. Syukurnya perjuangan yang selama ini tercapai juga dan segala yang dapat ini cukup puas. Tahun depan tengok keadaan dulu lah. Ok, seterusnya ialah cerita pasal mata tak berhijab nih. Ceritanya ialah masa di kem ini ada gangguan dan kene pada budak aku nih. Maka tok moh turun padang ler, walaupun tak tahu bender. Kututup lubang-lubang pada tubuh untuk elak berulang. Tapi saka nih yang melampau. Datang balik selepas diputuskan ikatan. Maka kali ini perlu berhadapan ler. Dari mana tah kekuatan itu datang. Tapi semua itu dengan izin Allah juga. Maka diserunya nama, maka gangguan itu datang kepada kita. Wah cam hebat jer. Tak pun. Cuma sekarang ini jangan sesekali cuba seru jika tak bersedia. hah gtu pula. Maka semalam tak dapat selesaikan yerlah, Saka kot. Memang ler meriah sikit. 3 malam berturut kot. Cuma mohon dijauhkan dari riak. Amin. diingatkan juga kepada kadet yang menang. Jangan sombong dan berasa megah. Itu semua pinjaman semata-mata. Nih aku belum menanda kertas pt3 lagi. Bajet nak tafsir kawasan ler tuh. layan kan jer. 2/8/16 1.20 ptg