Friday, January 14, 2011

PERJANJIAN 3/1/2011

Tarikh yang menjadi titik tolak berubahnya aku nih. Terima kasih kerana sudi terima taw. insyalaah akan kekal untuk sepanjang hayat. Sebenarnya si dia sudah lama menjadi perhatian. tapi mungkin ni siapa la kan. tapi bermulanya perjanjian itu. Alhamdulilah kalau diikutkan aku dah bertunang. Tapi secara adatnya belum lagi. Tapi menurut syariat aku dah bertunang. HUHU lantak la apa org nak kata. Hari ni aku cam nak puasa jer. tapi entah la. mgkin nanti aku akan ke pasar. nak buat singgang ikan weh. Jom la makan sama2. tapi jauh benar dia , diujung sabah sana. tapi tak per aku merasakan masing-masing saling memahami. tuh yang membuatkan aku semakin sayang pada dia nih.hari minggu nih aktiviti aku adalah membuat minit mesyuarat dan juga report. Pengalaman pertama aku nih dalam bidang nih. Cuma kerenah birokrasi sedikit menggangu. tapi masih lagi ok. huhuhuu.... teguran daripada puan suryani banyak membantu dalam proses pembelajaran. aku baru sedar tentang kesilapan aku. aku rasa itu sahaja catatan aku. aku dah take note untuk list baju kot yang dipesan dari sandakan. insyalaah kalau ada aku akan beli nant. miss u sayang...... 15/1/2011

Saturday, January 1, 2011

TAHUN BARU 2011

Alhamdulilah syukur kepada ilahi aku dapat mengharungi tahun 2010 dengan penuh ketabahan dan kesyukuran. Malas la aku nak bercerita untuk mengingat kembali tahun 2010. Yang pasti aku amat bersyukur dapat menjadi seorang guru. Sebelum itu ingin aku nak bagitahu pada malam tahun baru aku bersama kawan-kawan aku dari pelbagai sekolah telah menjamu selera di umbai dan si epul dah upload dah gambar-gambar yang best. Makan dengan harga rm200 lebih. wah makan besar betul aku semua.Yang pasti tahun baru ini memang paling syahdu ada la sebabnya. sebelum itu terima kasih pada perencana projek ini si mek ja. haha. Lepas makan-makan kami iaitu si amin, si epul, si sham dan si pian telah berkonvoi pergi ke ayer keroh untuk menyambut new year. Memang berbeza aku sambut tahun baru kali ini. Biasanya aku akan sambut di surau atau masjid je. Malam 2011 ini aku memang asyik tengok tembakan bunga api. Sebelum itu aku nak melompat kegembiraan sebab jiran aku dah tidak busy body lagi. Rumah aku jadi ikut aku la nak buat apapun. Apapun jiran-jiran yang lain pun seperti memahami. Syukur, doa sentiasa dipanjatkan moda dipermudahkan sentiasa. Aku semasa mesyuarat guru aku dapat 19 jam krdt sahaja. aku rasa lain macam sahaja. Lantak lah. 10.18pm. 1/1/2011