Saturday, July 30, 2011

ayuh kita golek bola boling!

Asslamuaikum. dah lama tak update nin. tak kisah la janji aku hari nih dah sampai kampung. dek kerana bosan duk di melaka tetiba aku nak balik. Pakat hentam jerle. hehe. Nih aku nak bgtahu aku dah pandai main boling. lontaran bola yang sempurna... huhuhuhu... biasa main sakit tangan. nih main dah tak sait tangan. sebenarnya banyak nak dikongsi nih, ptg nanti sambung yer. ok kite sambung. Baru pas makan nasi, minggu lepas nih aku teragak-agak nak balik kampung ke tak. last-last lepas hantar budak form 6 aku terus wat keputusan untuk balik. Dalam perjalanan pulang di muadzam shah. Hujan lebat giler memang tak nampak jalan punya la. Aku lka ikut kete depan jer. nampak la sikit. Dalam pejalanan ke pekan plak aku tengok kesian giler ada kereta wira yang masuk semak kerana lori yang memintas depan dia tak sempat nak potong. Kesian tengok dia masuk semak. Selamat dia tak apa-apa. Esok dah puasa semua. Huhuhuhu sedih nyer rasa sebab dah 7 tahun diperantaun. Tahun ni la sikit mencabar. Tapi kene kuatkan semangat gak. Hari kamis lepas aku dapat lagi kerja iaitu kene menjaga exam. Alamak tak leh balik lagi la aku nih, Sepatutnya diberikan la pada orang yang dekat sahaja. Entah lah. tabah nih. Tadi baru lepas hantar pisang tanduk yang dibeli kat gemencheh untuk darling kat tanjung. Time tuh beli lemang gak. beli serba sedikit jerla. Yang satu lagi si gary peneman aku plak menagis sebab badan dia kotor. terpaksa aku g tempat mandi untuk bersihkan dia. Esok aku dah balik melaka plak. Dalam hati xnak balik pun. Dah la mengajar minggu lepas entah apa2. aku mmg xda mood. sebab tuh aku paksa gak balik kampung nih. ambil cas tenaga sikit. nih dah rasa ok. Sebelum nih rasa down giler. Maklumla duk keseorangn kat sana. huhu.. ok la selamat berpuasa semua. 31/7/2011 1.49 p.m

Tuesday, July 12, 2011

DI BILIK GURU

Assalamuaikum... dah lama aku tak update blog nin. sebabya ialah kerana line yang memang teruk di sesetengah kawasan di jasin nin. sabar jerlah. Hari ni nak cerita pasal aku telah di ditugaskan untuk mengajar kelas tingkatan 6 . owh sedikit mencabar la. sebabnya ialah kerana aku ni dah lama meninggalkan tingkatan 6. Tapi aku merasakan bahawa ini merupakan satu peluang untuk aku. Sebelum itu aku telah menjadi ketua untuk bahagian pengurusan persediaan tempat untuk hari bertemu ibu bapa. Lepas tuh keesokkan harinya ada pulak ladap. Minggu yang cukup meletihkan. Tapi aku tetap tidak akan menggambil cuti kerana kerja yang remeh itu. Tekad untuk tidak mengambil mc. Satu lagi aku dah mula bersenam untuk menurunkan berat badan yang semakin berat. Selalu je ditegur oleh seseorang tuh. Tapi tak mengapa aku mengambil dengan baik teguran itu. Entahla mengajar tingkatan 6 ini sedikit beban sebab tka disangka mendapat jadual untuk ditugaskan mengajar tingkatan 6 ini. Tetapi bagi aku semua itu ada hikmahnya dan aku menggarapkan keredhaannya darinya. Gary belum lagi mandi aishhh memang banyak sungguh kerja. Lepas tuh minit mesyuarat belum dibuat lagi.. huhuhu. ok la. rasanya dah nak balik umah. selamat petang semua 12/7/2011 3.25 p.m