Sunday, July 16, 2017

MUNGKIN TERAKHIR











Assalamualaikum semua. Sudah berlalu sudah raya buat kali ini. Walaupun raya kali ini tak best sangat, sebab tak dapat beraya dengan pelajar. Tapi tak mengapa lah. Kita merangcang untuk tahun depan pula. Gambar yang pertama ialah gambar hoki mssn melaka 2017, wah iskandarian boy dapat no3 woi. Selepas high school dan sekolah sukan. Sekolah dorang tuh semua ada padang hoki, kitaorang tiada padang hoki pun.Tapi memberikan tentangan yang cukup sengit dengan cabaran daripada 32 buah sekolah. Terbaik buat boy iskandarian setakat ini. Subhanallah. kepuasan yang dapat dirasai selepas banyak hari training juga. Jika teringat balik proses pembentukan pasukan. Memang menyedihkan. Tetapi inilah kemanisan yang telah dicapai. Yang uniknya di melaka ini, selepas abis sahaja sesi bahagi hadiah kepada pasukan yang menang, memang diaorang akan berkumpul reramai untuk meraikan kemenangan sambil berkumpul tanpa mengira sekolah. Kami dah champion lah. Liga hoki pun kami sedang meniti kemenangan. Moga beroleh kejayaan. Sekarang dah boleh tidur dengan nyenyaknya selepas bertungkus lumus menaikkan pasukan. syukurnya. inilah pencapaian yang membangakan. Stop la pasal hoki. Hari ini nak ceritakan perihal pasukan pkbm negeri melaka 2017, aduhai . aku dah lama bawak team sebenarnya. Cukup memahami keadaaan yang berlaku dan jangkaan yang berlaku. Pertamanya Semasa nak daftar kadet untuk wakil melaka, terkejut beruk sebabnya kadet kali ini kemetot kemetot. Aduhai apa yang nak jadi dengan team melaka. Aku memang tahu di mana silapnya. Tak mengapalah, Ambik la pengalaman sebanyak mungkin. Tahniah kepada amirul naim rosman yang berjaya menempatkan diri untuk ke kelantan tahun ini. Cumanya , atitud wakil kebangsaan itu masih tiada. sopsospsp.... sedih juga tuh. Ok nanti akan cuba dibaiki mane yang tak kene. Ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Jangkaan sudah dapat diketahui. Aku tak nak cakap banyak lah. Rabu ini akan ke terendak untuk tengok budak naim nih. tuh gambar bersama dengan sarjan mazlan, orang kuat melaka tuh. Tentera elit para yang power. Banyak mengajar erti perjuangan dan kekentalan. Dah la tahun ini aku tak dapat ikut ke kelantan. Memang teringin nak ke sana. Kesian pada pt negeri. Nampak benar busy nya. Gambar yang berikutnya ialah tag beg osaka yang dibeli. Wow beg osaka kot. harga nya memang mengancam. berjaya juga akhirnya sempena berday boy. Tq my darling. Gambar yang berikutnya ialah menjadi pentafsir kawasan lagi. Aku dah tak nak jadi pentafsir nih. Penat nak jadi nyer nih. Nak jaga kualiti dan tengokkkan kerja pelajar sekolah lain. Nih pun baru siap 1 laporan yang dibuat pelajat untuk diposkan pada sekolah yang pelajar pindah. huhuhuhuhuh. Tak dah jadi pentafsir nih. tahun ke dua dah nih. Kat sekolah banyak giler lah, Bukan tak nak suka hati. Seterusnya ialah banyak nak taip nih sebenarnya. Minggu lepas ada pula kem kat sekolah untuk pemimpin pelajar, dalam masa yang sama juga berlakunya hari kantin. memula tuh takut juga tgk penbungkusan pelajar persatuan sejarah, sebabnya serius tak menarik. Tapi berjaya juga habiskan makanan tersebut. Gambar tuh gambar kelas 3 berlian yang memang terbaik la pembukusan dan memang menarik. Gambar yang berikutnya ialah gambar masa berbuka puasa tempoh hari, berbuka reramai dan aku beli cekodok dan ayam pusing yang biasa dibeli tersebut best tuh. Seterusnya ialah gambar rumah yang dibeli , nama kawasan tuh ialah mayang lestari. Disgn dia cukup cantik dan memang aku berkenan betul dan hampir dah nak siap. Syukurnya amin, ditambahkan rezeki, katanya akhir tahun ini dah boleh duduk katanya. Seterusnya ialah gambar di lagon kuala ibai. Cantik kan dan gambar tuh diambil semasa raya ke 3. Untuk ambik angin dan memang best.Rasanya itu jer lah nak diceritakan pada kali ini. Nak karang dengan ayat berbunga tak ada mood ler. bye. 16/7/17 10 malam