Saturday, April 24, 2010

SMK BUKIT KATIL

Pengalaman pertama aku bergelar seorang guru ini adalah bermula pada 1.2.2010. Inilah tarikh keramat aku dipraktikalkan di smk Bukit Katil, Melaka.. Serius pada permulaannya aku tidak boleh menerima hakikat menjadi seorang guru. Tapi setelah menggarungi nya selama tidak sampai 2 bulan aku mula jatuh cinta dengan kerjaya guru ini. Dulu aku telah memuktamatkan daripada aku menjadi seoarang guru baik aku menjadi seoarang anggota polis... tapi akhirnya aku tetap menjadi seoarang guru. Bayangkan walaupun diusia yang boleh dikatakan muda rezeki sedah datang kepada ku.. Jika diambil contoh yang lain. Ada yang memohon sehingga 9 kali untuk memasuki bidang perguruan ini. Tetapi aku bersyukur apabila permohonan aku hanya sekali dan terus aku diserapkan. Permulaan aku menjadi seoarang guru ini dicabar banyak perkara pada permulaannnya kerana aku belum biasa. Tetapi aku teruskan cabaran ini dengan pertolongan guru-guru yang tidak pernah aku lupa terutama cikgu kamsah harun yang banyak memberikan tips dalam ilmu perguruan ini.. U I LOVE. Di Universiti Pendidikan sultan Idris (UPSI) yang selama ini aku mahu menrasai alamnya indah khabar dari rupa. Tapi aku besyukur kerana menjadi warga ibu kandung suluh budiman yang pernah menjadi satu maktab yang hebat pada suatu ketika dahulu. Aku juga beraksi seperti seoarang tokoh politik dengan mengberikan pengucapan dikhalayak ramai. Naluri aku terdetik untuk menjadi seorang guru adalah kerana satu peristiwa yang tidak akan aku lupakan. Dimana aku pernah mengikut badan pendakwah melakukan operasi seperti pekida dan perkid. Aku melihat para remaja yang teruk akhlaknya seolah-olah agama hanya pada nama sahaja. Maka daripada itu lah aku tekadkan hati agar, dalam hidup aku ini berbakti kepada agama dan bangsa . Aku melihat semua didepan mata? tidak adakah usaha yang boleh aku buat untuk menolong agama aku? inilah persoalan yang selalu bermain dihati sehingga aku memilih bidang perguruan dalam usaha membendong gejala sosial... Walaupun tidak keseluruhan tetapi catatkan namaku sebagai seoarang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.Kini tinggal hanya 1 bulan sahaja lagi aku menetap di Melaka ini... Akhir kata . Berbaktilah pada anak bangsa kamu...........25/5/2010 9.44a.m