Monday, September 23, 2019

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PT3 2019






























Syukur akhirnya berjaya juga untuk menaip blog nih.Lama kot tak buka nih, sejak julai kot. Ramai juga yang bertanya pasal blog nih. Yerlah dah nak cecah 13k view. Memulanak ceritakan pasal apa yang berlaku nih. Masa simulasi pt3. Pehh teruk giler result. Geram giler. Last-last buatkan simulasi kembali. Anjakan paradigma camtu. Sebenarnya cara ini digunakan di beberapa buah negeri dan hasilnya amat memberangsangkan.Sekali gus digabungkan dengan kaedah zn. Isnyallah mereka mampu untuk mendapat kecemerlangan dalam subjek sejarah. Sejarah ini mudah jer. Bayangkan dorang datang juga 31 ogos kot. Pengorbanan yang besar tuh. Selepas pulun relief kelas tingkatan 3. Alhamdunillah berpuas hati dah rasanya. Tapi selagi belum lepas 8hb 10. Perjuangan belum selesai lah. Ok selesai 1 bab. Seterusnya aku balik kampung masa 14,15 september. Alahai camner la boleh miss tarikh tuh. Bertembung dengan tarikh hoki, fit malaysia, tarikh kahwin sedara lagi, dengan kem tingkatan 3. Agak-agak camner. Frust gak ler. Untuk u14 hoki. Terbaik, tahniah. Walaupon u14 kali ini tak dapat dibentuk dengan baik. Kita faham, kerana kita bukan sekolah sukan untuk selected. Maka bakat itu terhad. Tapi yang paling syok 2 team tuh dapat masuk looser pool. Tahun lepas geng capang masuk hingga suku akhir. Sepatutnya dorang boleh pergi jauh lagi. Tak mengapa lah. Daniel jadi first kapten...... maka dia dapat kakashi...... husaini dapat gaara dan seri dapat naruto. Dak seri kesang saya hadiahkan jersey pht. Selaku bakal penjaring. Dapat lah 2 gol.Cumanya jangan terlalu ghairah nak reverse je. Mesti capai peluang. seperti irfan yang dulu.Sekali serang pasti buahkan hasil. itu maksudnya. Selepas ini game ke kuantan pula. Mengikut perkiraan jika tak ada apa-apa problem. maka team hoki akan dapat johan dalam jangka masa 2 tahun lagi. Perkiraan  biasa mengambil tempoh kejayaan kemuncak. Buktinya pkbm dah berjaya dapat johan. Selepas perkiraan ini. Tapi perlukan latihan berterusan dan beberapa eleman tertentu. Teruskan kecemerlangan semua. Tips menjadi pemain hebat ialah, dengar arahan coach. Pasti kejayaan akan hadir. Hoki ini adalah untuk mendisiplinkan diri juga. bukan sekadar bermain-main dipadang sahaja. Kali ini, dorang dapat latihan khas . Cuma tak sempat untuk bukaan. Maka difikirkan perlulah diselang seli kan dengan latihan bukaan. Pujian buat u14, bak kata cikgu ghazali, jika stroke semasa game di "haramkan". kita mampu tewaskan mana-mana pasukan yang hebat. Sebabnya tak lain dan tak bukan. Berkat dorang tolak tayar yang berat tuh. hahahahahahahaha. jgn naik benguk sudah. Tolak tayar ni, akan secara auto akan cantikkan hantaran dan pukulan. Game pertama gugup. Sebab itu saya sentiasa menyatakan perlu panaskan badan dengan lama sedikit. Sebabnya sepanjang jaga hoki, memang itu lah kelemahan kita, Pelik betul. Ok lah tuh..... Seterusnya ialah Masa cuti hari tuh dah siapkan pasport untuk hujung tahun nanti. Harapnya semua berjalan lancar. Balik kampung mesti akan ke soul garden. Kat melaka soul garden dia tak best. Tak sabar nak balik kampung. seterusnya ialah, si amai. moga cepat baik lah. Lama sangat tak datang sekolah. Tapi ml on sentiasa........ huhuhuhuhu. Takpe, mungkin bosan kot. Seterusnya ialah Tempoh hari family ada datang kat rumah. Ramai kot datang,penuh rumah. Abang, kakak ipar, adik ipar semua. Dorang pergi ikea dulu. borong sakan . Beli apa sampai 6k. hahahahahahahaha. jenuh orang ikea hantar barang nanti.Sampai jer melaka. terus ke zoo, anak buah dekat 30 orang. Ramai tuh. Tak pe lah. Balik jer dari zoo, terus dorang makan. Masakan indon aku buat, sup rawon, sambal penyet, terung lado. Habis kot. Malam pulun lagi makan. Tapi best  la sekali sekala, bukannya selalu pun kan. Selepas semua dah balik kl. aku pun terus meronda esoknya. Pergi jelajah batu pahat, masuk kampung orang. Pastu pergi kilang kerepek. Besarnya kilang dia. Di laman lapis, memang syok lah. time nak raya tempat nih wajib la datang . Boleh tidur dalam kerepek. Banyak gila kot. Pastu ke kilang minyak wak dakam. Tak buka pula. Seterusnya aku nak bagitahu, satu kedai makan di muar nih. Bikin ketagih, namanya ialah kedai makan binjai. Makanan indon. Memang kat situ majoritinya orang indon yang makan. Dan juga orang orang cina.Kat indonesia, kalau nak tahu makanan yang sedap. Tengok orang cina makan di mana. Itu tips yang dorang bagi lah.masa nak ke batu pahat, melalui bukit naning , muar. Memang auranya rasa lain.Cek dalam google, sah, tempatnya ini tempat pertempuran komunis dengan geng selempang merah zaman dahulu. Auranya sebenarnya masih kuat dan ada bau darah! bukan biasa-biasa tempat tuh. terutama dipekannya. ok lah tuh. cukup la sampai disini. Sekadar melepaskan rindu pada blog. u i love.