Sunday, December 31, 2017

1.1.2018













Assalam , wokeh hari ini dah masuk tahun beru, selamat tahun baru yer semua. Tapi sayangnya aku tak dapat pindah lagik. Aduh bosannya duk di negeri orang. Nak merasa juga berpuasa penuh di kampung halaman. Ok lah aku sampai ke melaka awal sikit untuk menghadiri mesyuarat. 3 hari terus mesyuarat tuh. Mau pening kepala. Apa benda la nak dbincnagkan tuh. Seterusnya ialah aku berkira-kira untuk bercuti tapi tak tahu nak kemana. Jadi aku cari-cari, jumpa lah . iaitu pd. Kenapa pd. sebabnya ialah tak jauh sangat. Sebabnya sabtu ialah hari yang penuh dengan pelanggan di hotel. Aku pula jenis walk in jer. So jika semua hotel penuh maka terus balik jer. Jadi aku terus cari dan kali ini perjalanan aku melalui lebuhraya. Alhamdunillah semuanya ok. Dapat la satu bilik 2 katil single. Seperti biasa aku rapatkan katil tuh cam jadi katil queen. aku pilih hotel grand beach resort sebabnya ada bbq dan juga sarapan sekali. wow meriahkan sempena dengan bday my wife juga. Sebelum ini aku makan seafood kat sabak awor. Makan udang yang besar-besar. Memang murah lah dekat sabak awor tuh. Banyak punya amik rm60 baru. Syukurlah. Mungkin rezeki kami kot. Hari pertama masuk hotel tuh kami terpaksa menunggu dalam jam 2.30 baru dapat check in sebab urusan mengemas bilik. Aku suka la hotel ini kerana kolam renang nya berhampiran dengan pantai. Memang cantik pemandangannya. Ok , tahun 2018 ini dah pudar dah rasa nak stay melaka lagi. Nak balik kampung dah. Betul ini. Walaupun rumah yang dibeli dah nak siap. mungkin dalam bulan 3. Tapi nak pulang ke kampung mengatasi segalanya. Dah la dapat jiran-jiran yang baik di kampung. Rumah aku di rusila dah aku duduk dah. Siap semua dah. dengan peti ais bagai. So sesiapa yang nak datang nanti. Sila lah. Lupa juga nak cakap. jika nak datang tuh boleh sekali pangjat bukit untuk melihat keindahan pepsi blue yang viral tuh. Memang cantik. Tempat tuh dalam 30 langkah jer dari rumah aku. Kira nanti jadi tumpan lah tempat tuh. Esok dah mula persekolahan. rasanye malas betul lah. Ni pun baru siapkan semuanya hari ini dan terus update blog. Si kerol pulak tengok dalam gambar tuh dah naik rumah. Syukurlah. Cantik pula rumah dia tuh. Insylahh turn aku pula nanti di jasin. alahai jasin. ok la setakat ini dulu coretan buat kali ini. Seterusnya nak bagitahu sikit ni. Tips nak masuk hotel. Pertamanya nak masuk hotel tuh google dulu. Ada masalah hantu tak. Kalau ada baik tak payah. Seterusnya ialah jika pergi ke kaunter, jika dai cakap bilik penuh, maka tak payah memandai cakap, tolong la tak kan tak ada. itu cari pasal namanya. Maka akan diberikan bilik khas ini lah. Sebab itu aku sentiasa bawak kasturi hitam jika nak pergi jalan-jalan. Pakai kan dulu seluruh rumah dan niatkan agar benda-benda camtu keluar. Kenkadang benda camni membosankan betul. ok selamat tahun baru. 11.15 pagi 1.1.2018

Monday, December 25, 2017

SELAMAT DATANG 2018...... AYUH TERUS MENGGAPAI BINTANG



































. Syukur akhirnya selamat sampai ke bumi melaka untuk meneruskan rutin harian seperti biasa, Seterusnya ialah gambar yang tasik biru tuh. Sebenarnya tasik tuh dalam 30 langkah jer dari rumah aku. So sahabat sahabat yang bertandang ke tasik tuh jgn lupa datang ke rumah aku terus. Cadangnya lepas ini nak buka kedai kawasan itu untuk jual air kotak dan botol. ok x. huhuhuhuhuhu. Seterusnya ialah itu pic guru aku. pastu gambar yang bebanyak tuh adalah gambar wife pergi kuatan bersama dengan geng2 perempuan dia. Biarkan jer. Dah dia nak pergi kan. Seterusnya ialah gambar manhattan fish tuh. Sempena berday wife. Tapi aku tak cadang pada korang lah, sebabnya biasa sahaja. Makanan berasaskan ikan. Rasa macamikan tongkol pun ada. Gambar sekolah tuh , itu lah gambar sekolah aku dulu f1 hingga f5. Masuk masa pengumunan pt3. Siap masuk kelas f1 lagi tuh. rindu ler, inilah kawasan peperangan zaman dahulu. bergegar blok bila berperang. berterbangan kulit kulit meja dan terlekat kat pintu sebab tajam sangat. bahaya kan. Gambar makan tuh gambar anak kerol akikah. Ade kambing, tapi kambing guanzhou pun sedap juga lah. Gambar pic pasar kuala berang tuh. Rasanya korang mesti pergi lah. Aku ni peminat pasar, Tengok kelainan masyarkat disitu. Semua orang hulu turun pada hari tuh. kalau nak pergi, pergi hari sabtu pagi. Memang cun. Pada hari sabtu tuh juga lah aku menang kuiz sejarah islam anjuran radioa malaysia terengganu. terbaik dan rezeki. syukur lah kan,Aku rasa tahun 2018ini adalah tahun terakhir aku di bumi melaka. huhuhu. Sebabnya 2019 kuat menyatakan akan berpindah ke terengganu untuk menabur bakti disana pula.