Sunday, June 12, 2016

SALAM RAMADHAN



Assalam. hari ini nak ceritakan pasal balik ke kampung. Maklum la cuti sekolah kali ini terus sambung dengan puasa pertama hingga ke 5. Syok kan. Tapi begitu la, seseronok camner pun perlu juga ingat pasal tugas kita. Seterusnya dah lama dah duk di melaka jadi rasa cam malas nak drive balik kampung nih. Eh gitu pulak. Ok lah tuh. Harapnya tahun ni dapat tukar ke terengganu sebab rumah dah pun siap. Dah siap basuh semua dah. Cuma nak pindah masuk jer bila. Hari pertama puasa ialah makan dekat flat. Pastu puasa yang ke 2 pula makan di permin jaya. Maklum la semua ada pada hari tuh. Maka juadah pun cam buffet. Semua ada. Wah gembira kan. Seterusnya dapat makan tempoyak. Tapi yang peliknya aku yang selsema ini tak boleh pula makan tempoyak Sedap tuh weh. Tumbuk cili kecik dan perah limau dan gaulkan sama dengan tempoyak. Try la buat kompem tak akan menyesal la. Seterusnya ialah di sekolah pula aku dah dilantik sebagai pentafsir kawasan bagi subjek sejarah. Lagak cam pergi ke sekolah-sekolah dan cek hasil pelajar dan tengok sesuai tak dengan markah yang cikgu depa bagi. Haha  gtu jer kot, Tahun ini insyallah target bebudak aku semua dapat A kecuali si mamat nih si zafran taufex.bangkit la wahai kamu, tinggalkan semua detik-detik sejarah kamu untuk mencpita kecermelangan. Kalau dia datang ke sekolah insyallah kita tala semua A.amin. Seterusnya 4 pelajar kadet PKBM berjaya ke pemilihan kebangsaan. Harap semuanya terpilih. Kepada Nazrul, Aiman, Hafidzi dan juga mamat. hahahahahahaha tahniah dan tak lupa juga kepada kepimpinan nyol yang berjaya mengegarkan sekolah semasa hari sukan sekolah walaupun kite dapat no3. Tapi kita tetap no1 .Seterusnya seperti biasa mak mentua akan masak untuk bawa balik. Maka dengan bermalasan aku pun bersiap nak balik melaka. Ade cerita suspen yang aku nak cerita sebenarnya nih. Si dhiya pula demam. Harap cepat baik la hendaknya. Maka aku pun bersiap untuk balik selepas subuh. Aku bergerak dan memang aku terbaca pasal kisah-kisah ngeri dekat lpt2 tuh. Aku masih ingat km333 tuh. wah seram. Cuma untuk makluman semua lah. Mengikut pengalaman. Jalan lpt2 iaitu km600 hingga km300 terasa lain sedikit dan mohon berhati-hati. Semua tempat sama jer la kot. Tapi jika nak memulakan perjalanan diharap kita berdoa agar diberikan keselamatan dan terselamat dari mala bahaya. Maka bagi aku jika bergerak pukul berapa pun aku ok jer. Cuma semalam jer, masuk jer lpt2 ikut ajil. Terasa sangat mengantuk dan memang rasa lain macam. Sedangkan masih awal. Aku pernah bertolak pukul 2 pagi pun ok lagi. Nih mengantuk pelik . aku bawak slow jerlah. sebab nak tengok km333 tuh. huhuhuhuh. Tetiba mungkin terlalu mengantuk , tetiba terlelap........ dalam kelajuan 120 camtu. Tetapi selamat gak. Terasa cam ada orang tepuk bahu dan terus tersedar. Kalau tak. Memang tak taw cakap apa la. Ngeri la juga jika teringat balik. Sebab tuh mesti baca doa dan ayat-ayat pelindung sebelum drive jejauh nih. ok la esok dah sekolah dan menghampiri 10 hari berpuasa. Sekejap jerkan. cau dulu. 12/6/16