Wednesday, December 30, 2009

2010 TAHUN ASAIMEN




Hari ini aku dapat banyak sangat asaimen. Tapi tak mengapa aku insyaalah akan dapat buat punya. cuma perlukan sedikit kesabaran. Macam-macam aku kena lalui pada minggu depan. Aku menunggu detik 2010 yang akan aku tempuh meninggalkan 2009 yang penuh dengan cabaran. Gambar yang diupload oleh aku tu, adalah rupa bentuk kelas aku belajar, canggih kan, Tetapi disebalik kecanggihan itu tersembunyi seribu kepayahan untuk mengapai cita-cita.......... Aku kini sedikit sahaja lagi untuk menghabiskan tempoh pengajian aku dan , aku dengan kawan-kawan aku akan terbang ke Melaka pula untuk mengenali dunia sebenar. Aku dah tak sabar untuk ke Melaka sebab nak pergi Muar, Johor. Dengar kata Melaka tu dekat sangat dengan Muar, dalam 1 jam sahaja. Apapun semua tu masih jauh lagi. Tapi bagi aku minggu ini merupakan kemuncak kepada hasil kerja aku. Apapun tadi aku baru dapat ym dari sepupu aku. Insyalaah aku akan tolong dia jika dia ada masalah.Untuk yang diinigati tu, Doakan kejayaan. Aku sentiasa ingat kat parents aku time aku dapat menyelesaikan masalah. Ok, untuk ma plak . Nanti ada masa kita jalan-jalan k. hehe. selamat malam 11.28 pm.

Saturday, December 26, 2009

BERSERAH (HADY MIRZA)


Gerhana meliputi segala
Tiada lagi sinaran cahaya
Keinginan tanpa kepastian
Tak mampu rasanya ku teruskan(meneruskan)

**CHORUS
Biarlah
Ku relakan segala
walau hidupku
Sebuah tanda tanya
Mengapa
Biarpun
Tak mampu ku bertahan
Takkan pernah
Ku akui kalah

Masih terdampar ku di sini
Tiada jalan mungkin ku lalui
Haruskan hidupku dipersenda
Mengharungi dugaan melanda
Berserah

Tuhan ku
Ku relakan segala
Takkan pernah
Ku akui kalah
Ku percaya
Ku yakin padanya
Dia yang menentukan semua
Berserah

Lagu ini aku memang suka la, entah kenapa. Suara penyanyi ini pulak memang sedap dia mempunyai suara toner dan second voice yang tinggi. Kalau bab nyanyi ini aku selalu teringat masa wat show huhu. Aku pun boleh tahan juga kalau bab nyayi ni. Maklumlah dicalonkan vokal terbaik masa kat um dulu. Banyak jugak aku berlatih pasal vokal ni. Sehingga aku pernah dilatih oleh pr siti nurhaliza time aku masuk nasyid mewakili um. Semua aku pulun nasyid ke apa ke. Tapi aku terpaksa akur sebab parents aku cam tak suka aku masuk nyanyi(pop band) ni. Masa aku dikuarantin untuk suara emas aku, macam-macam petua suara diberikan kepada aku. Pelik kan. sebelum ini aku hanya nyanyi tak pakai jurulatih pun. Pernah dalam traning aku kene nyanyi depan dinding sorang-sorang. Yang latih aku time tu juara solo nasyid peringkat kebangsaan. Kira aku ni hebat juga la.korang dengar la lagu ini. cari la kat mana-mana. hayati tone suara pelbagai hady mirza nih. ok lah. Aku nak pergi basuh kain kejap. jumpa kembali

Friday, December 25, 2009

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN




Hari ini aku dah sampai kat tg malim. aku berkampung di parit buntar pada 23 hingga 26. 12.2009. Lama tuh. aku nak cerita la sedikit pengalaman aku nih. mula-mula sampai aku memang suka gile sebab jauh memandang sawah padi. Opss.. lupa aku pergi kat sana naik motor je. lebih kurang 4 jam juga lah. Aku ni suka kalu tinggal kat kampung. Nak dijadikan cerita, rumah kawan aku nih betul-betul tengah bendang. Hari pertama je aku dah ikut kawan aku pergi kenduri kawin. Misinye nak cari air asam parit buntar yang glomurr. Tapi memang sedap la. Aku tak ambil la gambar air asam tuh. riuh rendah keadaaan kat situ. Petang sehingga malam aku jalan-jalan kat pekan parit buntar tu. petangnya aku pergi kat pantai tanjung piandang dekat dengan kuala gula dan kuala kurau. Pantai ni pernah dilanda tsunami pada masa dulu. Aku ambik gambar gak pemandangan selat melaka.Kat situ aku cari juga mi udang yang popular tu. Tapi banyak tutup.Malamnya aku cari char keteow. Sedappppppppppppppnye keteow kat situ. Semua yang tak pernah aku jumpa aku pulun. haha. Sempat lagi tuh aku malam tu cari pusat karaoke. huahua. Ingat nak ajak kawan aku tuh pergi main snuker sekali. Gatal tangan juga nih. Esoknya , aku bagi cadangan pergi taiping. Aku pergi singgah mrsm taiping yang top tuh. pastu pergi zoo taiping n pergi air terjun disitu. Jalan sakan aku, kalu nak tahu.. abang aku baru je balik dari parit buntar semlm dan mak aku plak jalan-jalan kat temerloh. Boleh kata semua orang family aku makan angin. Aku solat jumaat kat parit buntar dan aku pergi penang plak. Sempat la singgak usm. Boleh kata aku dah menakluk perak dan pulau pinang. Aku jalan-jalan dan sempat pergi rumah kawan aku si mas, rumah dia kat nibong tebal. Memang puas aku jalan-jalan minggu ni. Malamnya aku singgah pasar malam yang juga sempadan negeri kedah. Aku ibarat meniti sempadan antara perak, p pinang dan kedah. tiga negeri sekali aku balun. esoknya secara tidak dirancang, aku terpaksa bertolak awal ke Tg Malim kerana asaimen telah menghabat aku. Jadi aku balik la seorang diri dan sampai ke upsi tepat jam 11 pagi. Tapi aku tak akan lupa punya makan ikan puyu, haruan, sepat yang di masak sungguh sedap oleh mak kawan aku nih. Cuma tak sempat makan belut, burung wak dan lain-lain. ok la , aku dah letih ni. nak tido kejap. Selamat kembali ke upsi semua....

Tuesday, December 22, 2009

23/12/2009


Hari ni aku dengan si azmi telah submit asaimen model tyler yang begitu membingungkan untuk diasimilasikan dalam model pengajaran masteri. Tinggal beberapa bulan lagi untuk aku meninggalkan upsi ini. Apa pun banyak pengalaman aku dapat semasa disini. Terumata geng-geng ustaz dari mesir. Ustaz firdaus. ustaz munim, ustaz majdan, ustak fairus. Diaorang ini merupakan pelajar terpilih daripada ribuan pelajar. Minggu ini aku mula teragak-agak untuk pergi antara rumah kakak aku or rumah kawan aku kat p pinang. Last-last aku pilih untuk pergi ke p pinang. Asaimen aku tinggal sikit lagi. Tu pun setelah ditekan dengan hebat oleh dua orang jelitawan iban, si julina labang(buntak rusa) dan si daisy (tekoyong) Aku dalam proses memahami bahasa iban pula dengan diaorang. Doakan kejayaan aku .....

Monday, December 21, 2009

ISU BANGUNAN RUNTUH TERENGGANU

Saya tepanggil untuk memberi ulasan berkaitan dengan isu bangunan runtuh. Stadium Gong Badak yang tersergam indah dulu kini runtuh, diikuti oleh masjid, sekolah dan yang terbaru ialah perhentian bus di kuala berang. Saya fikirkan bahawa kerajaan perlu memandang berat keadaan ini kerana projek kerajaan ini sedikit memberi imej yang buruk kepada semua. Kenapa? ini kerana semua yang dihasilkan tidak kira stadium, masjid, sekolah dan sebagainya ialah duit rakyat. Bayangkan satu projek yang bernilai besar tetapi runtuh. Ye betul , mungkin takdir. Tetapi adakah hal yang sama berulang berlaku. Sehingga ketahap ini, perlunya satu mekanisma yang baik bagi memantau projek-projek ini. Hitungkan lah berapa kerugian yang dialami. Siasatan terperinci perlu dilakukan untuk mencari apa yang menjadi punca. Saya sedikit terkilan kerana, tidak kedengaran suara-suara dari NGO-NGO yang memperjuangkan isu ini. Amat malang bagi rakyat negeri Terengganu nasib tidak begitu dibela. Ini bukan isu yang kecil untuk diketengahkan namun fikirkan lah bagi projek yang bernilai ribuan, malahan jutaan ringgit seolah-olah disembunyikan. Bagaimana nasib stadium Gong badak? sehingga sekarang tidak diperbaiki.Disini saya mencadangkan agar para pemimpin agar tidak mengabaikan amanah rakyat. Didalam mstar hari ini menyatakan bahawa berlaku pertikaman lidah antara satu sama lain. Saya menyokong jika pergaduhan membawa kepada kemakmuran dan keharmonian rakyat Terengganu. Jangan akibat bergaduh , akhirnya rakyat Terengganu menjadi mangsa. Berikan perhatian yang utama kepada kebajikan rakyat Terengganu. Bandingkan lah pembagunan negeri Terengganu dengan yang lain. Saya tidak bercakap untuk laras politik, tetapi ini adalah rialiti. Sayang seribu kali sayang. Projek monsun cup kerajaan Terengganu, apa yang memberi faedah kepada rakyat Terengganu? Adakah masyarakat Terenagganu dapat merasai nikmat daripada keuntungan tersebut sedangkan negeri mengalami defisit pada hakikatnya. Saya merasakan bahawa kerajaan negeri perlu membuat pembaharuan yang menyeluruh serta membuat sedikit kajian. Saya percaya rakyat Terengganu mempunyai kemahiran yang berkelas dunia. Gunakanlah sebaiknya. Walaupun isu bagunan runtuh merupakan salah satu masalah yang perlu dihadapi, tetapi jika pengurusan yang baik insyaalah akan menidakkannya serta menyelamatkan duit rakyat. Bodoh sangat ke rakyat Terengganu sehingga empat kejadian runtuh, dimana agensi kerajaan yang memantau projek-projek kerajaan. Sudah ketandusan sangat ke,jurutera di bumi Terengganu ini................

Bersiar-siar di tasik proton city


Petang tadi aku dgn housemet aku pergi jalan-jalan kat tasik proton city,. Lawa la jugak tempat dia. Pastu aku pergi kota keriangan(kota malim) saje-saje sebab si azmi nak cari nasi goreng. Last-last kedai plak tutup. jumpa la dengan si hamzah and the geng sedang main sepak raga. tapi aku lepak kejap je situ dan terus ke taman bernam untuk makan malam. Aku sebenarna risau pasal asaimen sebab esok kene hantar. Tapi tak pe mak wan akan teman kan. Rindu la kat dia eheh.

Sunday, December 20, 2009

Kenangan silam (sweet memory)


Haha gambar ini time aku pergi cameroon dengan housemet aku. Zaidi bin ahmad, Syafik bin esamuddin, Zamzuri bin jamil, Zawawi bin hasan dan iskandar bin thurunnbakir.. Banyak sungguh kenangan kami masa di sana. Makan stimbot time sejuk, mandi air sejuk dan sebagainya. Time ni kan kami baru dapat duit dan terus pergi keesokan harinya. Kelas ada ke tak ada ke, kami dah tak hirau. Janji dapat pergi untuk ukir kenangan. Aku bangga dengan kawan-kawan aku. Diaorang dah menjadi orang yang berjaya. Cikgu, akauntan, pegawai kerajaan , wartawan pun ada. Apapun kenangan itu terlalu indah.

Rindu seseorang.......................................


Inilah yang aku rindu semenjak belajar disini. Nama dia fatehah. Fatehah ni adalah anak saudara aku yang paling sulong. Walaupun aku garang dengan anak-anak saudara aku tapi aku ni ada sifat penyayang. Love u fatehah. hehe. Anak-anak saudara aku panggil aku pak wan. ok x? hai siapa la yang akan menjadi mak wan kepada diaorang. Apapun pak wan sayang semua. Nanti pakwan balik kita pergi jalan-jalan.

KEHADIRANKU............................................

Aku dengan mengucap syukurnya kerana telah dapat mewujudkan blog untuk memberikan segala ulasan, catatan peristiwa , dan aspek pemikiran. Aku merupakan seorang insan yang masih bergelar sebagai pelajar dan insyaalah akan terus belajar sehingga ke liang lahad............. Kerana menuntut ilmu itu adalah dituntut dalam islam. Nanti kan kemunculan aku bermula saat ini