Sunday, June 29, 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulilah berjaya juga untuk menggagahkan diri untuk menaip blog ini, Sayang sungguh untuk ditinggalkan lama-lama. Semua catatan ini menjadi memori indah taw. Hari ini dah pun 1 ramadhan, Kali pertama aku berpuasa bertiga tu. Dengan wife dan dhiya.Dhiya cam biasa la main , makan dan tidur. Hari-hari sekolah sebelum cuti 1 ramadhan adalah sedikit memenatkan. Tapi terpaksa digagahi juga. Gambar yang pertama ialah hasil kami ke serkam pantai untuk beli makanan laut fresh khas untuk berbuka. Tengok ikan dan yang lain memang menyelerakan. Hari ini wife masak awal , petang dah boleh rehat . Lauk nanti untuk berbuka ialah sayur lemak, sambal udang petai, kuih yang dibuat sendiri. Menjadi jugak akhirnya kuih tuh. Memula pergi ke serkam pantai tuh , sikit jer orang last-last penuh orang berkerumun untuk beli   ikan bagai. Tuh ikan yang dah dibersihkan. Gambar yang kedua tu ialah gambar jam tangan masa berday tempoh hari. Masukkan juga dalam blog biar menjadi kenangan. Sebelum lupa, Nak bagitahu juga tentang restoran kenny roger memang sedap sungguh. Ada peluang hari tuh pergi bilnya hampir seratus juga. Tapi memang puas hati. Gambar yang seterusnya ialah alat penjimat eletrik. Beli lah satu, maklum lah sekarang ini tarif eletrik pun dah nak naik. Dan sekarang dalam mood merancang pasang ekon. Balik sekolah rasa selesa sikit. Tunggu dan lihat jerla dulu bilnya, Biasanya bil dirumah sikit jerk. Tak sampai pun rm30. Cuma berharap dapat bawah 20 jerla. Tak payah bayar. Gambar yang ketiga tuh ialah masakan yang dah siap dimasak dalam pukul 1 tadi. Masak siap-siap leh rehat. Nanti masukkan jer dalam microwave kan. Gambar yang seterusnya ialah hadiah untuk budak dhiya, Teng teng, pagar untuk halang dhiya masuk ke dapur. Asyik nak masuk dapur dan main barang kat dapur. Jadi ada benda ni mudah sikit nak buat kerja, Tapi dia bergantung pula pada pagar ini. Takpa lah, asal tak ganggu kan. Harga pun dalam rm80. Berbaloi la. Akhir sekali ialah dah beli mesin basuh automatik. Jenis midea, kebanykkan barang umah aku ini barang jenama midea, keluaran drb hicom, Yang ada tolak pada nani dan iza dgn harga rm30. Owhhhh kalau nak ikutkan sayang tuh dengan mesin basuh tuh, maklumlah begi masa memula pindah ke melaka ini. Dhiya dah bangun tidor dah tuh. Tak apa nak sambung sikit lagi. Kat umah pun dah ada radio untuk dengar azan berbuka. jenis dunn dan dibeli kat darson. Ok la dan nampak kukuh la. Ook la, selamat berbuka semua. salam ramadhan. amin Ahad, 29/6/14

Thursday, June 19, 2014

SUDAH MASUK PUN BULAN 6.

Syukur pada ilahi dengan izinnya dapat aku menulis blog ini lagi. Banyak benda yang nak diceritakan dan dicoretkan pada hari ini sepanjang apa yang dah berlaku. Tahun ini seperti tahun muram bagi pendidikan di malaysia. Tak ada mood dan tak ada tujuan rasanya. Dimana perginya semangat sejarah itu. Moga datang kembali untuk menyegarkan minda-minda yang sentiasa mengharapkan cerita yang terbaru. Alhamdulilah mood tadi berjaya dipulihkan sedikit. Blog ini dicoretkan dan dikaitkan bait-baitnya selepas kerja frog dan spas selesai dibuat tadi. Rasa lapang sungguh. Hari ini juga dah masuk kali ke 3 berpuasa my wife. Puasa ganti kan katakan. Dhiya pula dah besar dan tak nak tidur dalam buai dah. Moga terus membesar dan menjadi anak yang solehah. Banyak suka duka yang berlaku beberapa bulan ini. tetapi kali ini sahaja beru baru berpeluang menulisnya. Tadi pun pergi ke pasar malam air molek, disana yang bestnya ialah kuih popia basahnya. Kalau pergi pukul 6 tuh dalam setengah jam juga menunggunya. Memang sedap. Berbuka bersama wife. Esok SMJ tak bersekolah sebabnya ialah cuti peristiwa. Sebelum cuti penggal tuh nak dijadikan cerita , naik lah jadual untuk kelas tambahan. Aku dah tengok dan tiada masalah lah, tetiba jer jadual telah berubah. Memang tidak boleh dielakkan lah, sebabnya sepupu kahwin. Nanti apa pula dikatanya. Dalam waktu cuti tuh memang tak pergi kemana-mana. Memang berehat sungguh lah. Tapi pasar manir tetap akan pergi , sebab special sikit ada disitu. Belikan ubat resdung yang memang mujarab. Sekarang ni dah tak ada lagi bersin atau pun gatal-gatal muka. Bahkan aku makan budu 3 hari berturut-turut tak naik gatal jugak. Cuma naik pening sahaja sebab masin budu tuh. Sedapnya memang sangat. Yang paling best pula masak kari ikan menjadi. Rupanya senang jer nak masak karinya. Sebelum ini asyik buat mesti jadi tak jadi. Pasni senang jer nak buat karinya nya. Semua mesti pandai la. Sebelum menutup tirai blog kali ini, Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang tersayang sebab berikan hadiah yang best iaitu jam tangan. Memang abang suka sangat jam tangan tuh. Bersempena dengan bday. ok la. cau dulu. tak leh panjang-panjang . Ada penat sikit 19/6/14 10.30 malam