Friday, April 28, 2017

KAMI DAH BERJAYA











Syukur kehadrat ilahi diizinkan untuk update lagi apa yang berlaku, pada 25-27/4/2017. Berlangsung perkhemahan kadet tentera di kem terendak. Jadi nak cerita pasal apa yang berlaku dalam tempoh itu.,Tahun ini ialah tahun yang amat menbanggaka untuk kadet tentera iskandarian. Kami berehat selepas latihan pusat 17ramd dan terus untuk pertandingan. Resultnya ialah untuk kawad kaki, kami mendapat no2 , untuk pandu arah kami mendapat no5 dan untuk rempuh halangan kami mendapat tempat ke3. Walaupun cukup busy dengan kadet dan macam-macam lagi. Kisah yang berlalu ini perlu disemat dalam blog tanda ingatan yang manis. Pada waktu pagi 25 hb itu. kadet nih berkumpul dipondok tepi tingkatan 1 tuh. Lama juga la menunggu, sehingga jam 11 pagi, ingatkan dah tak jadi. Sarjan mazlan pula ambik kadet tanpa bagitahu saya, Tapi mujur ada cikgu amran, akhirnya mereka selamat sampai di kem. Petang itu kami ditempatkan di padang B , usaha yang gigih akhirnya membuahkan hasil, sayangnya untuk acara kawad kaki ini tidak dipertandingkan. Sayang betul, Syafik khan hampir menjadi kk terbaik, tetapi ada sedikit kekurangan. Seterusnya pada malamnya itu, syafik terpaksa balik kerana bapa saudaranya sakit tenat dan cikgu sampran hantar balik syafik ke rumah. Keesoakannya adalah acara yang best, iaitu membaca peta dan kompas. Memang gebat kadet-kadet membaca kompas, pada waktu ini , guru perlu mengiringi pelajar masuk dalam hutan, perhhhh dengan lumpur dan hujan memang menguji kesabaran. Tapi samasa dalam hutan tuh rasa tak puas dan rasa nak lari lagi 20 km. hahahahahaha. Kadet-kadet dah letih sangat dah. Kesian pula tengok. Tapi seperti biasa, kadet-kadet pasti merindui kesedapan roti bluebry yang sentiasa ada sebagai bekalan. pic untuk pertandingan baca peta itu ada dalam tuh. hebatnya. Disamping dengan skuad pandura yang hebat. Sayangnya kami mendapat no5. huhuhuhuh. sepatutnya no1 lah.... Esoknya adalah rempuh halangan. Alhamdulilah kadet iskandarian melakukan rempuh halangan dengan masa terpantas, tetapi ada sedikit masalah pada azwan. Kadet bersatu hati dan redha dengan apa yang berlaku. Akhirnya pasuksan rempuh halangan mendapat tempat ke3. Ramai askar puji dengan semangat hebat kadet iskandarian kerana mampu mengejar satu pasukan dihadapan. Sebenarnya setiap pasukan akan dilepaskan selang 7 minit. Cukup bangga dengan kadet. Isnyallah kita cuba lagi yang terbaik. Melihat kadet-kadet berjuang separuh nyawa ini. huh. gempur wira! aku nih lepas sahaja tamat kem terus ke mc untuk beli tiket dan jumpa kakak aku yg datang. Sesangat busy la. Lupa nak ucapkan tahniah dan bangga, kerana senior-senior pkbm ramai hadir ke pertandingan ini di 9ramd......... walaupun penat ini adalah tahun gemilang kadet iskandarian....... berani erti hidup, takut erti mati........... kita jumpa lagi lain tahun. tahniah pada yang terpilih ke pemilihan kebangsaan.......... 28/4/17 5.30 petang/

Monday, April 24, 2017

RAMADHAN BAKAL MENJELANG......... PKBM DARAT, SEMUANYA TINGGAL KENANGAN
































Assalamualikum,syukur kehadrat ilahi diberikan peluang untuk terus menaip dalam blog kesayangan ini. Banyak yang nak dibicarakan pada kali ini. Walaupun penuh busy, tetapi tetap digagahi untuk terus berkhidmat. Disaat semuanya fokus pada komitmen masing-masing, aku pula dengan komitmen cam biasa yang dah serasi iaitu kadet tentera dan juga sukan. Blog kelas pula lama giler tak diupdatenya , Sedih kan. Ok lah, perlahan-lahan la saya mulakan. Tutur bicara yang penuh cermat dengan mengambil kira semua. Sayang yang ada tetap pada semua. Sesambil mendengar bait-bait ceramah lantunan dari ustaz khairi. Maka terbentuklah jalinan antara emosi dan jasad. Seterusnya sebelum ini, post adalah berkaitan dengan baby qaseh yang sentiasa diingati. Kali ini pula penuh dengan gambar-gambar kadet yang dilihat kemuncak kepada kejayaan. Mendaki dengan penuh cermat , mengumpul kekuatan dari dalam sambil memperingati sunnah-sunnah perjuangan. Seterusnya. Awal selepas pulang dari kampung melihat qaseh dan dhiya. Buah hati ku ini. Terus merangka perjalanan untuk kali ini. Pertamanya ialah perlawanan hoki piala datuk bandar. Banyak pasukan-pasukan yang kuat datang. Masa ini lah nak test pasukan hoki sis. Syukur, skuad hoki tetap memberikan tentangan yang hebat , resultnya seri dengan sekolah sukan johor, seri lagi dengan sekolah sukan kuala lumpur tetapi tewas tipis kepada sekolah projek negeri sembilan. Mantap giler la. Ingat senang ke nak sampai ke tahap ini. Banyak pengorbanan yang dilakukan. Seterusnya gambar yang diuploadkan itu ialah yang pertama persembahan dari kadet pkbm. Pointnya ialah nak tonjolkan 3 pasukan yang berbeza walaupun sedikit ada kurang. Pasukan dibahagikan 3 kumpulan, kumpulan pertama ialah kadet tingkatan 1 iaitu memakai baju kadet hitam, seterusnya ialah kadet yang memakai baju no3 dan pasukan yang terakhir ialah memakai baju loreng. Maka aku nak terangkan perlambangan yang nak disampaikan melalui persembahan ini. Nak buat latihan, subhanallah cukup banyak halangan, dengan kelas nya, dengan kelas tambahannya. Dengan kadet yang macam-macam kerenah. Inilah salah satu cabarannnya. Sedih tapi ada gembiranya. Sebagai seorang guru , sentiasa memusatkan semuanya pada lillahitaala. Baru tenang jiwa kita. Seterusnya dengan latihan hoki yang bertembung dengan latihan kawad, mahu hau biru tuh. Perlambangan yang nak disampaikan ialah yang pertama ialah pasukan baju hitam , iaitu pelajar tingkatan satu ini ialah satu pendedahan dan juga satu sunnah menunjukkan penghormatan kepada pelajar yang muda. Ini membuktikan bahawa pelajar tingkatan 1 juga boleh menjadi ketua. Ini bersesuaian dengan sunnah perjuangan dengan menetegahkan panglima muda iaitu zaid bin harith sebagai panglima sedangkan beliau pada masa itu adalah berumur 18 tahun, memimpin pasukan berjumlah puluhan ribu, alhamdulilah pelajar tingkatan 1 memberikan persembahan yang tidak mengecewakan. Tahniah wan hafiz, semangat zaid bin harithah.Walaupun dorang tak tahu strategi yang aku pasangkan itu. Seterusnya untuk baju no3 berjambul pula memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang sangat berpotensi tetapi mempunyai kekangan untuk join. Bukan sebarangan mereka yang dipilih ini adri, yusof, daniel tingkatan 1, asyazwan, syahmi, faiq. Bertuah la kamu sebab diberikan peluang ini. Disamping membina keyakinan diri pelajar baju no3 ini juga sebenarnya ialah memberikan peluang kepada pelajar lain untuk melihat variasi kepelbagian senior yang ada dalam pkbm ini. Sememangnya pkbm ini adalah satu keluarga. Cukup memhormati para seniornya. Seterusnya perlambangan yang nak disampaikan untuk pelajar memakai loreng ialah, untuk melihat kecekapan dalam kawad dan juga kelainan yang ada dengan mengadakan kawad senjata. Terima kasih kepada mrsm jasin dan juga sedary yang bagi pinjam senapang kayu. Senapang kayu pun senapang kayu lah. Asal mesej yang nak disampaikan jelas. Cumanya seorang sahaja yang tidak berkesempatan untuk join kawad senjata iaitu si muventhan. Kerana kematian bapa saudaranya dan seterusnya tidak punya peluang untuk join team melaka ke kebangsaaan d kelantan nanti. Sedangkan dia sesangat berpotensi. Terima kasih pada team senior kebangsaan kerana sudi datang ke sis untuk tengok anak buah dan, aku sekali pakai baju loreng. Susah sebenarnya aku nak pakai benda-benda camtu.Semalam kakak aku ada datang bertandang ke melaka, Dari jauh tuh untuk berkursus di melaka. Tap hotelna dekat pantai puteri. Mak aiiiiii jauh weh. Aku pula baru balik dari kem terendak. Main pusing-pusing situ jerk. Tq pada adri pasal saman paking. sempat lagi tuh. Kakak ingat cam kat kampung, time hari minggu tak kene kupon. Kan dah kene sekeping. Pulaknya nak g bayar ler bajetnya. Lupa pulak hari ini, pertabalan agong. Frust nyer... Frust taw.... hahahahahahahahahahaha. Hah ini nak masuk cerita pasal dalam kem dah nih. Ucapan tahniah pada yang berjaya habiskan kem. Masuk kem ini latihan pusat 17ramd. walaupun 4 hari. tapi cukup seksa. Ingat nak join sekali. Nak buktikan cikgu pun boleh lah. Jangan memain. Cikgu dorang nih semua boleh, main bola sepak, hoki, lumba lari, rentas desa, badminton, masak, perubatan, latihan vokal, martial art, otak pula seimbang. Bajet jer kan... yang baca jangan pula termuntah. Pepagi seawal pukul 6 pagi dah mula buat pt dah. Cuma kesian pada haziq, Dia seperti tak pernah memaksa tubuhnya. Aku ini suka aktiviti yang lasak, berlari jauh-jauh, latihan komando, semuanya. Best dengan baju basah dengan peluh. waahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Itu lag nikmatnya. Mata berpinar tengah panas. Cam rotu dedulu. Pada yang tewas untuk keseterusnya, harus tabah dengan dunia yang penuh mencabar. Masa dan pengalaman itu mendewasakan kita. Sepak terajang dunia ini sebenarnya sungguh kejam. Panjang kan hari ini aku menaip. Esok dorang dah masuk kem dah. Doakan semuanya baik. Aku sebenarnya dah malas nak join dah nih. Tetapi memandangkan cikgu-cikgu lain ada komitmen yang lain. Pasrah kan jer. Sebab nya kene tidur sekali dengan kadet...... Seterusnya aku nak cerita pasal mamat sorang ini yang minat dengan budak pempuan nih..... kikikikiki... rasanye dia ada baca pasal kisah ini. Biasa lah tuh, normal bagi manusia punyai naluri. Tetapi amat sukar jika berhadapan dengan naluri nih. Dibagtahu , budak laki ini seperti tak dilayan pun. Tabah kan jer. Sabar kan hati. insyallah semuanya berjalan dengan baik. Awak memang budak baik. Insyallah akan jumpa yang baik juga. Jangan terlalu mengikut hati dan perasaaan. Pempuan tuh biasa lah, jual mahal sikit kot. Takper. abaikan dia. kenkadang baik hargai mana yang ada dan memahami kita kan. Waduh..... jangan sampa kerja sekolah tak siap sudah baca nih keyyyyyy.... ok lah cam dah panjang sangat nih menaip. Luahkan pada moniter pun baik juga... salam pada semua..... 9.23 malam....... 24/4/17