Saturday, May 16, 2015

Slmt hr guru 2015!!!

Slmt hr guru kpd suami tercinta,rkn2 spjuangan nun jauh di sndakn, rkn2 di smj n sluruh guru yg pnh mgajar kami...sgguh mulia tgs seorg guru pagit getir smua di rasai,dh 5 thun jd seorg guru pahit manis smua ada utk usia btugas sthn jgung ni..msih byk lg yg plu di tmpuhi dlm bdang ni...insyallah smua akan dtmpuh sehabis baik..utk anak ibu nur dhiya ayra, jd anak yg solehah sesungguhnya khidupan x seindah yg di sangka terlalu byk rintangan yg plu ditmpuhi..sabarlah wahai anak dlm mghdapi dugaan mndatang..walau ape pn yg blaku sntiasa ingtkn Allah insyallah...mmm hr ni boring skit duk umah je sian anak ibu kn..huhu..hr guru yg xde mood..ok bai 5.53 16 mei 2015

Monday, May 11, 2015

KEK COKLAT SEDAP




Assalamuaikum dan selamat malam semua. Lama rasanyer tidak dimasukkan gambar untuk menceritakan keadaan apa yang berlaku. Memang sangat busy semenjak dua ini. Mengalahkan menteri. Namun segala perancangan yang rapi perlu dilakukan untuk menjadikan sesuatu perkara itu menjadi seronok.Segala yang dirancang menjadi kenyataan. Memang berbaloi la dengan kepenatan yang dilalui sebagai seorang pekerja. Jadi perlulah dihargai dengan baik. Maka seperti biasa ialah kisah kami ke teluk intan. Best la jugak ke sana, Maklumlah tidak pernah kesana lagi. Akhirnya sampai juga di menara condong itu. Kira ok la tuh. Segala perancangan dirancang dengan teliti dahulu. Nak ke teluk intan ini perlulah melaui kawasan setia alam, tanjung karang, sekincan, sabak bernam . Ini semua adalah kawasan orang jawa taw. kami pergi 2 malam disana. Bermalam dahulu di teluk intan. Mencari hotel cukup lah susah, akhirnya dapat juga sebijik bilik dalam hotel mewah. Wah saya suka, saya suka hotel itu taw. Harga berpatuttan tapi servis nya memang terbaik. Hotel nya nama grand court. Semasa hari itu kebetulan pula sekali dengan sultan perak. Patut la masa nak masuk hotel itu ada karpet kuning. Ingatkan untuk kami tuh. hihihihihih. Di sana kami bergerak malam. Makan-makan pun biasa sahaja. Tapi tak pernah sampai kan. suka la jugak. Bandarnya kecik sahaja. Cuma bagi sesiapa yang nak ke sana. Perlulah sabar di kuala selangor kerana jemnnya boleh tahan. Panjang pula tuh. tuh pic di menara condong. Makanan disini tiada yang istimewa la. Cumanya keesokan untuk meninggalkan teluk intan, terjumpa nasik lemak. Sedap nya nasik lemaknya. Di hentian mak intan. Pepagi ramai orang disitu. Seterusnya ialah meyusuri jalan semalam untuk mencari mentarang bakar. Dalam blog dikatakan sedap mentarang ini. Tapi tak pernah cuba juga la. Jadi pergi la kedai yang di syorkan. Makan siput. Dan rasanya sedikit mahal la. Tapi nak rasa kan. Seterusnya mencuba nasi ambeng ibu. Pun biasa. cuma Dimasak oleh pour jawe ler. Makan jerlah. Pada masa yang sama pergi la the cabin yang cantik itu. Dah dapat bilik, terus ke restoran yang glamour itu di jeram. Restoran aroma. Ok la juga. Tapi setakat yang dimakan sebelum ini paling best di ana ikan bakar lah. Dan saya katakan di aroma ikan bakar ini mahal. Semasa membayar bil pun terdengar orang bercakap mahal selepas membayar. Selamat la amik sedikit sahaja. itu pun nak merasa. Katanya sedap sangat udang masak butter nya. Sebenarnya biasa sahaja. Selepas ke aroma ikan bakar terus balik dan rehat. Penat tapi gembira , kenal tempat orang. Seterusnya keesokkannya terus meluncur ke melaka. Dah tamat cerita di sana, minggu seterusnya kami ke pekan pula. kan tak habis-habis tuh. Sabarkan jerlah. Disana aku bertolak dari melaka pukul 8 dan sampai disana elok-elok pukul 12.30 . Tengah pengantin makan beradap. Apapun tahniah kepada roy dan pasangan. Kawan masa di um dahulu. Semua kawan dah kawin. Tunggu cik di sahaja la ni. Makan dan ambik gambar, terus mintak izin untuk pulang ke melaka. Cam biasa la jika ada budak kecik ini susah sikit la. Seterusnya, jumaat itu juga ada main boling pula, ada pt3 dan ada mesyuarat, hoki ada mesyuarat bola. Maner satu yang perlu pergi ini. Itu lah ragamnya. tinggalkan semuanya menjadi kenangan terindah. Nak menaip ini bukan mudah. Kena ada idea dan gaya penulisan yang baik. Kalau tak camner nak bagi tarikan kepada orang ramai kan.Ok lah Gambar yang ada tulis pkbm tuh, Wah hari ini dalam sejarah , pkbm cukup cantik kawad. Memang puas hati dengan mereka.Tahun depan kita gegarkan kem 17 itu nanti k. Kek itu untuk saya dan wife dan dhiya makan jer. Memang terasa nak makan kek coklat ini. Beli terus sebiji, Esok , lusa makan kek jer k. Sebab tak ada nak tulis apa-apa, maka diabadikan tarikh hari ini dengan detik best ini. Tunggu perkhemahan tahun depan pula. Dapat no3 terbaik dan ketua platun terbaik. Ada sedikit masalah. kawad cukup cantik.17 ramd dah boleh berbangga ni. apapun tahniah kepada semua gur-guru pkbm. Opps sebelum lupa, barang keperluan dah dibeli dah untuk perkhemahan tahun hadapan. Tong air untuk minuman pelajar, itu yang paling penting. sekarang kadet memang dalam kedudukan yang terbaik. Rakan sejawat ucap tahniah atas kejayaan kadet. ok lah tuh. Lupa hari ini juga peristiwa cikgu zaini yang cute. Tapi malas nak ulas. biar tuan punya badan yang ulas. Tapi rasanyer tak perlu ulas kot. hihiihhihi. Sampai disini sahaja coretan emas ini. I love pkbm. gempur wira. Tahniah pada daniel izzat dan azfar yang terpilih ke peringkat kebangsaaa! 10.13 malam 11/5/15