Friday, December 20, 2013

Sandakan terakhir menggamit memori








Assalamuaikum, topik kali ini adalah pengembaraan di sabah. Waduh-waduh jauh baget gtu kan. Sebenarnya semuanya malas nak ke sabah sana. Letih wei. Terpaksa juga la pergi kesana. Aku mencoretkan kan cerita pasal sabah kali ini. Berjalanan yang jauh tapi best juga la. Kami bertolak daripada terengganu pada malam dan sampai di kl seboh kurang jam 11 malam camtu,. Jadi seperti biasa la tido dulu di airport. Tidonya di depan kedai coklat sambil dihadang oleh troli beg. kelas gtu kan. Kami hamparkan jer kain batik dan pelikat dan baring jer. Ada aku kisah orang nak tengok. huhuhuhuhuh. Bangun pula dalam pukul 5 camtu dan berkemas nak bertolak sudah. Kami berlepas ke sabah jam 6.20 dan sampai disana jam 10 camtu.Distinasi kami ialah sandakan  dan tumpuan kami ialah muhibbah wah muhibbah. Sesampai sahaja di sandakan tersebut aku cam blur jer. Camner nak bergerak ni. Jadi alternatif kene cepat. Aku cari-cari kereta sewa dan memang ada kereta sewa dekat airport. Diberinya aku myvi. Pergi la ke rumah sewa wife kat sana dan mandi-mandi siapkan diri untuk siapkan urusan serahan tugas. Selepas itu aku terus ke muhibbah ler. Tapi cikgu tuh tak ada pula, maka siapkan apa yang patut untuk tunggu esok. Petang itu aku ke kinabatangan  , hajatnya nak ke sukau nak tengok gua gomantong tapi cam malas dan patah balik. Sebelum aku bertolak ke kinabatangan itu. Aku dah pergi ke pasarnya, waduh-waduh ikan-ikannya cukup menyelerakan  murah pula tuh. Aku pulun udang ler, sekali lagi udang ler. Menu wajib malam nanti untuk makan. Harga yang aku dapat ialah rm20 ringgit sekilo. Bapak murahnya. Setelah balik dari kinabatangan aku pergi beli satay sikit dan stanby nak masak udang ini. Lapar juga time tuh. Senang jer letakkan kunyit, rempah kari dan garam pastu goreng jer udang tuh. Udang yang lebih masukkan dalam megi, yer megi. Sedap tuh megi udang. Sebelum ini orang glamour megi ketam jer kan. Pastu kami tido awal sebab letih. Esoknnya kami makan kat sandakan la, makanan kat sabah mahal ler, entah apa yang jadi mahalnya. Terus ke muhibbah sekali lagi, Tunggu punya tungu lama la juga dan akhirnya mahkluk yang ditunggu-tunggu muncul untuk mengesahkan surah tugas. Kami hantar kereta sewa dan terus ke terminal bus sandakan. Terminal bus dia bukan cam kiter ni. Ala-ala bangunan tg malim dulu. Aku beli tiket pukul 12 tgahhari ke kota kinabalu. Ambil masa 7 jam. Aku pening sikit dengan jam kat sana. yerla pukul 6 pagi tuh dah cerah sangat dah. Bingung rasanyer. Kami naik bus sida ke kk. Pastu sampai malam. Dalam perjalanan ke kk tuh berhenti la dekat ranau. Kesian rasanyer hentiannya. Yang hebatnyanya nak masuk tandas jarang la yang berbayar, Satu lagi untuk makluman, orang-orang sabah memang baik dan ramah. Memang budaya mereka tidak tercemar lagi. Orang sabah memang terbaik bah. Aku duk dekat belakang sekali dalam bus dekat dengan tandas. Tensionnya duk dekat dengan tandas. Asyik orang keluar masuk jer. Dah sampai stsyen bus kami stay kat hotel yang berhampiran kat situ, Tak kisah lah. Esoknya terus ke terminal untuk jalan-jalan sehari,. Alang-alang kesana jalan-jalan ler kat sana. Kami sewa kereta kat sana dan kami menuju ke kundasang untuk melihat gunung kinabalu. Risau juga aku kereta yang disewa ni brek tak berapa elok, asyik berbunyi jer, dah ler tinggi tempat tuh. Alhamdulilah akhirnya berjaya turun juga. Risau keluar asap jer brek tuh.kami sampai ke kinablu park dalam pukul 12 tghari. Selepas ambil gambar semuanya aku terus balik ke kk. Seterusnya ialah pasar filipina. Murahnya barang-barangnya. Rambang mata aku jadinya. Jadi beli la apa yang patut. Seterusnya ialah misi mencari hotel yang berhampiran. pergi chaya hotel penuh. cakap banyak jer. Aku masuk pekan tg aru dan akhirnya jumpa dengan hotel yang bagus juga. Namanya megah di hotel. nak promote ler sikit. Malam itu kami makan di tg aru dan tempah nama sikit kat situ sebagai kenangan. Esoknya dalam jam 9 aku ke terminal dan bagi aku ler aku tak suka la naik kat kk ni. Macam-macam orang ada disitu dengan perangai pelik.Ops untuk pengetahuan korang pas masuk contohnya dari tawau akan diberikan sekeping pass dan pass itu kita boleh berlepas dimana-mana terminal. Jangan risau k. ok la aku nak tido letih tak habis lagi. Aku sampai ke Terengganu jam 9.30 malam. Pengalaman yang hebat. Next distination ialah Sepang Gold cost sungai  pelek. 6.43 pagi. 21/12/2013 SWEET MEMORY

No comments:

Post a Comment