Sunday, May 31, 2020

AKHIRNYA KEMBALI KE BUMI HANG TUAH PKPB












































Alhamdunillah akhirnya berjaya ke melaka. Walaupun rasanya sudah terlalu lama. Cumanya ialah entah bila lah agaknya sekolah akan dibuka. Sabarkan sahaja hati. Tapi inilah kot kali pertama dalam sejarah pendidikan negara , sekolah dicutikan. Tapi pembelajaran masih lagi berlangsung. Hari ini nak ceritakan pasal semasa tempoh pkphari tuh. Secara kebetulannya, selepas cuti sekolah terus sahaja balik kampung. Sempatlah berjumpa dengan cikgu radhi tuh. Malam esoknya dia balik,malam itu diumumkan pkp. Maka terperaplah la duk di marang. Semua jalan ditutup. Tapi adalah sedikit jalan kecik untuk ke rumah Chendering. Syukurnya ya Allah. Macam -macam dibuatnya semasatemph tuh. Nak masukkan gambar ini pun  susah sebab internet lembab sikit lah. Pertama kali bayar bil semuanya online... Pehhh siap beli di shope lagi. Mudah jer kot. Akhirnya tibalah bulan puasa. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, puasa pertama di kampung. Sebenarnya dah lama teringin sangat nak berpuasa penuh di kampung. Kali ini hajat dimakbulkan. Ya Allah. Hari pertama puasa masak sendiri hinggalah hari akhir, Beli ayam pusing semua lah. Yang bestnya raya kali ini kami masak beryani. segantang tahu.Menjadi dan lepas ini senang jerlah nak masak. Bukan payah pun. Siap sedara mara suruh buat lagi. Memula nak balik lewat sikit. Tapi difikirkan balik. Balik jerlah. Dengan solat istikarah semua. Mencari masa sesuai untuk balik. Bukan sebarang sebarang nak balik. Tetambah musim virus ini. Cumanya kali ini aku harap benda yang pelik pelik jangan lah berlaku. Sebelum ini aku upkan pasal topeng muka. Maka kali ini aku upkan pula pasal lilin dan lampu minyak tanah. entah lah....... dunia dah di penhujung..... amin...