Thursday, January 4, 2024

DEBARAN SPM 2023/2024 DURIAN MAS

 

















Selamat datang tahun 2024. Kebiasaanya update tahun baru di Melaka. Eh , tahun ni update di bumi durian mas.13 tahun di bumi Melaka. Ambil masa sedikit untuk sesuaikan diri. Tapi semakin ok. Cuti dua minggu terasa seperti dua bulan. Lama sungguh. Sebelum ini balik ke Terengganu akan bawa kertas soalan. Kali ini free wei. Nikmat sungguh la. Terasa terawang- awangan. Tapi masih tetap menulis coretan di sini. Buat kenangan nanti. Ada masa boleh baca balik. Seperti biasa. Aku dah balik Terengganu ni. Mintak maaf la. Malas nak bergerak luar dari Terengganu. Setakat Kuantan jerlah. Port aku sepanjang jalan pantai ke kuantan. Cukup la dulu jalan-jalan luar Terengganu. Jemu sudah. Macam kakak aku yang sulong. Kerja sebelum ni asyik busy dengan anak-anak. Sekarang asyik meeting kat luar negara jerlah, Hujung-hujung perkhidmatan , boleh jalan-jalan.  Minggu depan pelajar SPM dah mula peperiksaan lisannya. Buat yang terbaik ok. Tak lupa juga buat pelajar iskandar shah juga. Untuk pelajar DMAS cuba buat yang terbaik. Skor A. Insyallah semua mampu buat. Coretkan kenangan indah waktu persekolahan. Dalam gambar tu, ada gambar donut. Entah kenapa sedap giler donat crespy crime ni. Yang ni borong banyak-banyak masa adik saya ni ke kuala lumpur. Dulu setiap minggu gerak ke kl tu. Sekarang kl dah jadi lubok bangla. Malas nak pergi kalau nak ingatkan. ok la. Esok ada kelas tambahan. Kena sentiasa menulis. Nanti otak jadi beku. hahahaha