Monday, June 26, 2023

KEMBALI PULANG SETELAH 13 TAHUN BERKELANA

     Alhamdunillah, syukur ke hadrat ilahi. Berpeluang untuk membuat sedikit coretan bingkisan yang sudah berdebu ditelan masa. Kali ini blog ini beraksi pertama kalinya di bumi Darul Iman. Jari jemari menari nari mencoret  catatan yang penuh dengan makna. Setelah hampir 20 tahun berkelana. Akhirnya aku dah dapat berpindah ke kampung halaman. Sedar tak sedar sudah hampir masuk  tiga bulan di bumi durian mas ini. 

    Banyak perkara yang aku nak bicarakan kali ini. Tapi entah camner nak mulakan ayat pemula bicara ini. Selama 13 tahun aku berkhidmat di negeri Melaka. Semenjak belajar di kuala lumpur. Menyambung pengajian di bumi perak. Menjadi anak kandung suluh budiman. Akhirnya aku ditempatkan di satu daerah kecil di Melaka. Iaitu JASIN. Membawa diri seorang diri. Semua dirancang dengan baik. Bermodalkan simpanan duit. Abang dan adik aku menghantar aku ke Jasin. Pertama kali sampai. Aku bermalam di rumah kawan aku di MRSM Muar. Terima kasih , Tengku sudi menolong. Sentiasa dalam doa , wahai sahabat. Pepagi keesokkan harinya aku terus pergi ke pejabat pos Melaka. Untuk ambil motor yang telah di poskan awal seminggu. Proses cari rumah sewa sampai ke malam. Malas dah nak pikirkan semua tuh sebenarnya. Esok aku terus uruskan diri seornag diri. Campak lah kat mana pun. Insyallah bolah jalan. Seperti biasa. Amalan berpindah tempat. Mesti akan dibacakan yasin sekurang kurangnya tiga kali. Sehinggalah berlangsung aku di Jasin selama 13 tahun

    Inilah part yang aku rasa sangat best. Menjadi moment yang terindah. Sorilah, penulisan kali ini sedikit cincai. Kalau guru bahasa melayu aku tahu pasal ini. Memang kene perli habis lah. Sebenarnya aku dah mintak balik ke kampung halaman setiap tahun. Bayangkan selama 13 tahun tuh , tak pernah sekali pun miss tak mintak. Besar harapan aku nak balik kampung lah. Nak berpuasa bersama keluarga. Nak balik kampung jenguk emak dan ayah. Tapi setiap perancangan , akhirnya tuhan yang akan menentukannya. Kita hanyalah sebagai seorang hamba. 

    Bayangkan setiap kali gagal dalam permohonan pertukaran, aku mesti bising . Sentiasa tertanya kenapa tak dapat lagi? sedangkan semua kawan aku , seangkatan dengan aku dah dapat apa yang diimpikan. Sedih memang tak payah cakap lah. Tapi seperti yang aku cakap. Kita hanya merancang. Tuhan yang akan menentukan. Kadang-kadang sedih bila terpaksa memandu waktu malam dan awal pagi jika berlaku hal kecemasan. Paling aku ingat terpaksa memandu pada pukul 2 pagi pulang ke kampung. Aku ini mudah, jika ada jer bunyi talifon pada waktu yang pelik, waktu  1,2, 3, 4 pagi senag cakap pukul 10 malam ke atas. Jika wife dapat panggilan. Aku dah tak cakap banyak. Terus pack barang stanby  nak gerak balik ke kampung. Walaupun tak tahu siapa yang call tuh. Tapi dah menjadi kebiasan. Camtu la setiap kali telefon berbunyi jika bukan waktu kebiasaan. 

    Dalam diam aku memasang staretgi untuk balik ke kampung. Semua dirancang dengan teliti. Semua perara di ambil kira. Tapi Allah maha mengetahui. Bayangkan semua orang membantu kali ini, bermula dari sekolah,  jpn , putrajaya hingga kepada pengasuh anak aku pun main peranan. siap menagis-nagis pada hari khamisnya. Result permohonan tahu pada hari jumaat. Jumaat tu, memang tak hantar anak pada pengasuh. Sebab separuh hari sahaja. Tapi dia dah tahu dulu result aku dapat pindah. Cuma dia diamkan sahaja,. 

    Aku biasa gunting rambut dekat kedai gunting di tepi mrsm jasin tuh. Tapi ada hari tu, aku biarkan rambut panjang. Sebab aku sejujurnya lebih suka balik kampung dan mendandan dengan mat kedai gunting ni. Aku dah memang mengunting rambut sejak tingkatan satu. Tapi, ada sesuatu yang pelik. Aku bersembang dengan mat ni. Aku ceritakan masalah aku. Terlalu lama di negeri orang. Sangat berhajat untuk pulang ke kampung. Korang tahu, dia cakap. Wan,Esok hantarkan salinan fotostat  permohonan pertukaran kat aku. Dia siap tanya lagi"memang nak balik ke". Aku terkejut juga. Aku cakap memang nak sangat lah. Esok nya aku , terus bagi salinan itu pada mat. Dia cakap akan uruskan.Pehhhhhhh. Syukurnya ya Allah. 

    Strategi di rangka elok. hahahaha. Aku siapkan surat rasmi. Diam-diam aku tulis surat rasmi kepada orang berkenaaan, Terus ke Melaka untuk berjumpa terus dengan orang tertentu. Bayangkan aku karang  empat surat rasmi yang berbeza. Salah satunya terus kepada Menteri Pendidikan siap laporan bergambar, sebab apa aku perlu diluluslan pertukaran. Ini semua rahsia aku simpan. Sampai aku tulis dalam blog ini.

    Aku masih ingat, sewaktu membaca tentatif untuk majlis perpisahan cikgu nazin ruziah. Ada permintaan daripadanya. Nak aku sumbang suara. Aku malas dah nak sumbang suara kat orang ramai. Pikir punya pikir. Malam tu juga aku pm Hilam. Hilman on jer. Esok praktis kejap. Sempat la beberapa kali berlatih . dalam bilik kaunseling dan juga waktu petang. Hilam masih ingat kot , part yang aku lupa. hahahahaha. terima kasih ya tolong cover. Kebetulan pula hari itu hari jumaat. Jamuan kelas pun berlangsung serentak. Tapi , pagi jumaat tuh, perasaan tu memang rasa lain sangat lah. Entah la kenapa. Perasaaan itu tak pernah aku rasa sebelum ini. Sangat pelik. Selesai sahaja waktu sekolah. Aku rehat-rehat dan  seperti hari kebiasaan.

    Tiba waktu petang, aku buka fb, kecoh pasal result pertukaran. Aku masih ingat. Waktu tu pukul 7.15 petang. Dah nak magrib. Wife aku cakap dah boleh semak. Aku malas lah nak semak. Mesti result dia sama jer. Tak diluluskan. Sekali aku semak. Terpampang result aku berjaya pulang ke Terengganu. Time tu. Entah lah. Semua perasaan bercampur. Cam tak percaya. ok lah........... nanti pula sambung...................... part 2 nanti......