Saturday, May 20, 2017

FITT MALAYSIA MELAKA 2017 DAN MSSN HOKI MELAKA ISKANDARIAN POWER!


















Assalamualaikum, kembali lagi untuk menulis pasal apa yang berlaku pada bulan 5 2017 nih. Yerlah jarang sekali nak menulisnya. Perlukan ketabahan untuk mulakan penulisan ni. Hari ini hari sabtu , maknanya ada seminggu sahaja lagi untuk kita semua berpuasa. Selain itu juga dah menghampiri dah 3 bulan qaseh di kampung.Wah kejap jerkan. gambar yang dipostkan tuh ialah gambar hasil kerja dhiya di sekolah, suka betul pergi ke sekolah. Nanti dah balik melaka, akan bertukar ke sekolah cina pula. Moga cepat la menguasai bahasa cina. Lagipun sekolah cina tuh dekat jerk. Seterusnya ialah hari tuh padini ada buat sale, wah memang murah gila, sampai 70 persen tuh. Yang syoknya ada yang beli kot yang cantik tuh. Alahai, aku pula tak sempat nak beli, cuma sempat sambar baju raya sahja. Tapi baju tuh tak diuploadkan lah, abis dekat rm300 juga. Kira dah sattle la baju raya. Aku tak suka padini, Tak sesuai ler, Lagi suka f,o,s gtu. Pastu terus jerla beli untuk raya. Nanti dah tak ada saiz lagi la haru.Pada masa tuh juga kakak aku ada datang ke melaka. Nih sebenarnya aku gagahkan juga menulis nih. Kalau tak menulis masa bila lagi nak menaipnya. Tah-tah hilang camtu jer semua kenangan nih.Pada 16 hb 5 pula, hari guru ler. Buat-buat lupa pula. Hari guru nih dengan tema , jika aku bukan seorang guru. So camner ek. dengan baju batik tak siap lagi. Aduh camner tuh. Malas dah nak pakai baju loreng tuh. Bosan jer. Maka terus cari idea. Akhirnya kawan aku si nizam nih bagi idea ko g ushar-ushar bundle. Maka aku pun setkan kan. Kebetulan pula cikgu radi nih postkan gambar baju kfc nyer. Aku pun agak kalau ada baju camtu pun ok. Maka berangkat la aku ke bachang untuk mencari baju. Tak kisah la baju apapun.so masa sampai tuh Belik punya belik terjumpa la satu baju kfc. Tapi kecik sangat la pula. Cam tak sesuai jer. Carik lagi. Akhirnya jumpa juga baju domino pizza. Wah ok dah nih. Rm5 jer baju tuh. murah lagi tuh. Maka selesai satu benda. Esoknya pakai baju tuh. Meriah la juga dengan perarakan dari guru-guru. Yang paling aku kagum ialah baju kostum dari cikgu magesh. Dia pakai baju majestrit tuh. wah, Banyak juga la, cam pilot pun ada, nurse. Tengok sendiri la dalam gambar tuh. Seterusnya, tuh pic dhiya pakai baju semayang. Dah pandai dhiya nih solat. Dengan bacaan penuh lagi. Tahniah taw, nanti pap bagi hadiah. Hebat, naik bukit pun cekap, belajar pun pandai. Moga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan pada semuanya. itu lah hendaknya. Maka tahun ini juga seperti biasa aku dilantik menjadi pentafsir kawasan lagi. Malas dah taw benda-benda camni. Banyak kerja lah. Bukan menolak pun. Seterusnya ialah cam biasa lah ada jer porblem tuh datang. Kene ceka sikit la untuk kenal pasti pelajar-pelajar yang tercicir. Kita cuba untuk bagikan yang terbaik. Seterusnya ialah selasa ini dah nak lawan hoki mssn melaka. Harap tahun ini akan ada satu kejutan daripada iskandarian boy.Harap sangat nih taw, Tahun lepas dan tahun ni banyak dah kejayaan kita kecapi bersama. Hasil penat lelah kita semua. Cumanya selasa ini buat yang terbaik dah target kita ialah ke final. Final tahu Final!. huhuhuhuh Jika tahun ini kita tak dapat, memang agak sukar dah bagi kita selepas ini. Cerita yang berikutnya pula ialah, Hari ini berlangsung fitt malaysa dia melaka, Cuma penyertaan dari kadet iskandarians ini tak seperti tahun lepas. Tahun lepas di masjid tanah penuh degan baju iskandarians. Tak mengapalah sebab ramai yang terlibat dalam ambik peperiksaan. Maka ramai la muka-muka baru yang muncul dan juga penampilan pelajar tingkatan satu. Yang tak syoknya si aidil, naim dan si syahmi dah pintas aku masa berlari.... alamakkkkkkkkkkk. Benda yang tak sepatutnya berlaku. Mungkin banyak benda tak dijaga, seperti permakanan, kasut yang tak sesuai, dengan keadaan badan yang nak demam kerana duk berjemur main hoki semalam. Takpe. Tahun depan pasti dapat pintas dorang nih semua. Insyallah. Doakan larh. Aku nih busy sampai nak potong rambut pun tak ada masa. Busy sungguh rasanya. Esok pula operasi nak bersihkan rumah. Dah sedia dengan wangian bakar. Yerlah permaisuri dan puteri-puteri dah nak balik dah nih. Tambah pula dengan cuaca yang panas betul. Sebab tuh kene bersihkan betul-betul.Si syahmi tuh siap tag tak tahan tuh pasal dapat pintas pelari pecut no1. ishhhhhhhh si naim dengan aidil lagi larh. Ok , rasanye tuh jer kot. cam mengantuk dah nih. dah pukul 12 dah kot.selamat malam semua....... 21/5/17 12.10 a.m