Saturday, September 28, 2013

Dah lama tak update blog



Rasanya sesangat lama tidak mengupdate blog ini. Balik daripada Terenagganu tak pernah update pun blog ini. Ada yang satu tuh tapi sikit jer artikelnya. Hari ini nur dhiya arya dah nak masuk 2 bulan dah. kejap jerkan masa berlalu. Sebelum itu aku wat makan-makan sikit kat umah sebab ada geng-geng nak datang tengok dhiya. Jadi menunya mudah jer, spageti, sosej, piza. Wat yang biasa-biasa jer. tak larat ler. Hari ini ok sikit dah dhiya.  ish malas nak update ler raya. tuh gambar geng-geng yang datang. tq k dan dapat hadiah jugak.

Sambungan cerita

 Alkisahnya aku , wife dan dhiya bersama mengharungi cabaran ditempat orang ini. Kelas gtu. Balik daripada kampung sampainya waktu magrib. Risau jugak la. Jadi hari ini aku nak bagitahu tips jika anak menagis, Yang pertama ialah pastikan anak kecik tuh sentiasa minum susu sampai habis, jika tak habis, mungkin perut akan kembung dan baby akan menagis, jadi kalau boleh pastikan baby minum abis la susu tuh, Seterusnya ialah baby menagis kalau perut kembung. Jadi jika baby dah minum susu masih menagis, maka sapukan minyak baby, tak kisah lah, minyak yu yi ker, minyak telon ker. Biasa aku guna minyak telon mustika ratu memang terbaik lah. Pampers pula pastikan bersih (tak ada najis dan kencing jangan terlalu banyak) aku gunakan pampers whoppiee kalau di kampung sana. Tapi dah cek kat sini, pampers tuh harga dia mahal sikit pula, Jadi sebagai solutionnya aku tercari-cari pampers maner yang hampir sama dengan whopiee, Akhirnya aku dapat jugak jenama popo . Aku memang suka la pampers tuh. Cam whoopie jugak la. seterusnya. Untuk elakkan baby menagis maka jangan selalu keluar malam jika baby masih kecil. Dalam pantang pula selama 40 hari amalkan baca kursi 7 kali dan tiupkan pada ubun-ubun baby . Untuk ibunya dalam tempoh berpantang bacakan kursi setiap pagi sebanyak 3 kali dan duduk dalam keadaan berlunjur dan tiupkan kedepan. Insyallah semuanya akan ok. Untuk urutan pula. Ialah 3 kali berturut-turut semasa temph pantang, hari ke 40 dan hari yang ke 120. Untuk urutan pula gunakan minyak berurut afiat pun ok juga. Seterusnya jika baby menagis malam. Pertamanya jangan gabrah, tenang kan diri, kenkadang puting botol susu tersumbat juga. Semuanya mesti dipastikan. Kalau menagis lagi cuba cek balik berapa kali mandi dan waktu baby itu mandi. Itu pun menjadi penyebabnya juga. Jika sudah banyak cara sudah dicuba dan masih menagis, cuba lihat pada waktu mana baby tuh menagis, jika waktu yang sama. Perlukan tindakan seperti berikut. Tutup pintu dan tingkap selepas asar (dlm pukul 6) cam gtu la, pasangkan al-baqarah. Azankan baby diteliga kanan dan iqamat diteliga kiri. Jika masih lagi menagis. Perlu cara yang lain dan perlu la pm dalam fb saya.  Setakat ini alhamdulilah semuanya baik. Semalam aku dangan cikgu F pergi jumpa dengan cikgu iman. Dia sakit belakang dan diharap supaya cikgu iman cepat baik. Cam-cam hal yang diborakkan. Maklumlah jarang berjumpa. Nanti raya haji akan diadakan majlis akikah untuk dhiya. Rasanya aku, wife dan dhiya cukup lasak. G kemana-mana dan gunakan kesempatan yang ada. Salin pampers pun celah lorong.hahahahahahaha.... Maklum lah suka sangat berjalan-jalan. Esok sekolah aku ketua pengarah pula nak datang, Datang jangan tak datang. Dalam bonet keta penuh dengan alat p.a. Moga semuanya akan baik selepas ini dan dhiya cepat membesar. Rasanya dah terlalu lama tak menulis blog ini pepanjang. Cuma memalam ini jer ada masa nak menulisnya. Apa bender lagi nak ditulisnya ni... ok la setakat itu dulu la semua, Selamat malam. 29/9/13 8.50 pm.

Friday, September 20, 2013

Kehadiran para tetamu


Assalam, rasanyer dah lama tak update nin kan. Hari ini dah hari ke 43 dah dhiya ayra rupanya. Balik dari Terengganu kami terus hidangkan keropok, piza, spageti untuk tetamu yang datang. tetamu tak putus-putus datang, nak update pun blur g, 21/9/2013 3.20 pagi

Monday, September 2, 2013

PERSEDIAAN MENYAMBUT KEPULANGAN PUTERI



Assalamuaikum. Dah lama sangat dah tak menulis ini. Cam rasa janggal pun ada. Hari ini Ceritanya ialah ada jamuan pula di rumah nani dan liza. Makan soto tuh sedap, Ada kek dan banyak jugak la makanan yang lainnya. Masa 30hb hari tuh balik kampung. Senang jer rupanya perjalananya. Suka hati tengok dhiya dah besar sikit dan asyik minum susu jer. Jadi sampai jer kat kampung awal pula tuh dalam pukul 4.30 pagi. Perhhh ramai sungguh mat rempit tepi jalan nak masuk ke rumah aku tuh. Bosan jer. Maklumlah balik malam merdeka kan. Di dataran jementah penuh dengan aktiviti nyayian kaum cina, Didataran Segamat pula memang ceria sungguh lah. Bermula daripada dataran tangkak lagi memang meriah sungguh. Sebelum lupa malam ini juga diumumkan tentang kenaikkan harga minyak ron95. Waduh-waduh semuanya dah naik nin. Camner nin. Sampai jer kat rumah terus siapkan spageti goreng dan terus cari nasik lemak untuk di bawa ke flat. Mudah sikit. Tapi memang kelam kabut la jadinya. Semuanya berlaku pantas. Pastu ada kejadian yang berlaku lagi. Dhiya hisap susu tak abis, ish apa la. Pastu asyik nagis jer. Pastu pemeriksaan rapi telah dijalankan. Rupanya puting botolnya tersumbat. Kesian pula dengan diya. Takperlah. Nak buat camner. Bukannya sajer jer tuh. Pastu terus menerus membeli barangan seperti susu, pampes semuanya.. Semuanya berjalan dengan baik sekali. Hah gambar yang diuploskan itu adalah gambar baby seat yang baru dibeli. murah jer belinya, rm90 jer taw. Pastu hiaskan rumah sikit dengan kad-kad yang ada kat blog ini. Cam doa-doa dan cara sembahyang. Moga semuanya mendatangkan rahmat . amin. Rasanya itu jerlah nak tulis makan ini sebagai coretan. Nanti dhiya akan balik ke Melaka pula pasni. yuhuuuuu...... 11.20 malam. 2/9/13