Thursday, November 19, 2015

Horeyy dah cutii!!!











gambar ptama ialah buku rekod utk thun 2015..sbg kenang-kenangan dimasa tua klau pnjng umur la..hehehe..gambr2 lain ialah gambar umah lama kt tanjung..semua pahit manis dibesarkan di sini..moga gambar2 ni akan mengingatkan aku pd zman2 dulu..huhuhu...love u mak ayah 9.57 pm 19 nov 2015.

Tuesday, November 17, 2015

sky tower vs result upsr 2015












Assalam...hr ni 17 nov 2015 tpaksa ambk coti lg, pgasuh ade hal yg x dpt di elakkan..hoho..oleh sbb itu maka bermulalah kami merayap sekitar jasin mghabiskn masa tluang yg ada...kemana kita?? ke sky tower la..dh lama usha akhirnya hubby jmpa cri gk tmptnya..main redah je sbnrnya, yela klau sesat pn x kemana kt melaka jgk...hehehe..maka tertangkaplah gmbr2 di atas..byrn msuk rm 18 tuk dewasa n rm12 knk2 tapiii dhiya dpt free taw, caranya..hahah..biarlah rahsia..heheh...naik atas sana gayat ler jgk risau kalau2 terjatuh tetiba kn.,.tp tu semua hnyalah perasaan sbnarnya semuanya ok...dh hbs bgambar kt atas kami mkn di wong solo..tmpt kegemaran nyam3...pas2 blk kroh3 ler ape lg..ngeh3...tgk my hubby n my princess bgambar sakan kt kayangan, best kn..itulah kami, moga keluarga kami dirahmati selalu..barakallah..amin..pic yg bwh skali ialah result anak buah  nur ardini karmila...dpt 3A 2B ok la kn..utk kakngah ni adlah permulaan, bknnya penentu kemana-mana pn..yg pnting lps ni jaga diri, bljr bsungguh, ingt keluarga insyallah hidup kamu pasti berjaya...byk A bknlah penentu kejayaan...moga berjaya dunia dan akhirat...6.50 pm 17/11/2015

Saturday, November 14, 2015

TIPS MUDAH UNTUK KURUS. GEMUK ITU MEMBOSANKAN

                       Assalamuaikum. Haha ini adalah nukilan khas untuk sesiapa yang nak kurus yerk..... aku dulu pernah berat cecah 90kg weh. Sekarang alhamdulilah dah slim balik 68kg. Syukur sungguh rasanya. Kenapa nak kurus? Banyak sebab kenapa nak kurus. Pertamanya ialah mahu menjadi model terbaik kepada para pelajar , kita mampu melakukannya. Seterusnya untuk menjaga kesihatan dan rasa aktif sedikit. Tak ada la lesu jer. Ok bagaimana nak kurus nih. Aku syerkan caranya. Ini cara aku lah. Dalam nak kurus ini ada 2 aspkek yang memainkan peranan. Pertama ialah dalaman , iaitu saikologi dan juga luaran ialah fizikal kita, Fitrah kita. Untuk kurus perlu kan kekuatan kedua-dua ini. Maka yang pertama perlulah ada model yang difikirkan sesuai untuk kita jadikan isnpirasi. Jadi isnpirasi aku ialah geng-geng kelvin zahri dan juga aizat hamdan. Si penyanyi tuh. Seterusnya ialah mulakan dengan melihat pemakanan seharian kita. aku dulu , jika ingat balik. Teruk nya gaya pemakanan. Sekarang alhamdulilah sedar awal. Contohnya, pepagi dah makan nasi, tegahhari pun makan nasik, bertambah lagi tuh. Mana nak gemuk. Dedulu zaman remaja memang lah aktif. Tapi pemakanan kita perlu selaras dengan usia kita. Contohnya bayi , tak sesuai bagi makanan yang pejal. Cam gtu juga kita. Maka, pertamanya ialah. Aku tukarkan semua gaya pemakanan. Bayangkan aku aktif sukan masa tingkatan 5 dulu. Bayangkan banyak mana lemak yang dah diternak tuh. Seterusnya, semua nasi aku tolak, digantikan dengan roti gardinea yang hijau tuh. Makan lauk dengan roti. Sarapan pagi roti bakar 2 keping. Tenghari makan oat, malam paling last makan pkl 7, roti hijau tuh lagi. Jika nak makan lauk, cam kari ayam ka, makan dengan roti hijau. Memula camtu lah. Selepas dah serasi , aku mulakan pula dengan bersenam. Bersenam pergi gym jer. Berlari dan biarkan berpeluh. Wah nikmatnya. Memula memang keletihan yang sangat melampau. Tetapi tetapkan 3 kali setiap minggu dan gunakan sepenuh masa di gym dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Seterusnya tolong sangat lah jangan makan makanan yang bergoreng. Makan lah yang direbus, walau sekeping kuih pun. Ini diawal lah. Kita mesti ingat sehari kita makan kurang dari biasa, berat kita tak akan turun 5kg. Perlu statik camtu. Setkan 6 bulan untuk kurus. Turun 500 gram pun dah kira kejayaan. Seterusnya. Aku amalkan makanan sunah. Pepagi makan habbatus sauda, Habbatus sauda ini pula jangan makan yang minyaknya. Bagi aku yang itu kurang berkesan. Beli terus yang bijinya yang dah dikapsulkan. Seterusnya tghari pula makan la madu. Di waktu malam sebelum tido, segelas air masak yang dicampur dengan sesudu jus delima, madu dan cuka epal. Sedap rasanya. Jika nak rileks, minumlah teh hijau yang dicampur lemon di malam hari sesambil nonton tv. Amalkan camtu. Ingatlah, saidina umar tak suka pada mereka yang gemuk ini. Tekadkan hati kita. Sihat itu sangat best. Jika nak kongsi apa-apa. boleh terus pm dalam fb aku. bye......... semoga kurus semua. 15/11/15. 8.20 pagi

Wednesday, November 11, 2015

ANNIVERSARY KE 3...13 nov 2012-13 nov 2015



SARAWAK, HERE WE COME !!!



Dhiya tdo kt klia2..ngantuk sngt


excited naik troli airport..huhu



pasar serikei, sempadan kalimantan...



view time nk landing...


budak ni teruja dalam flight ke kuching..hihihi



waterfront


selpi dgn ibu...



culture village






jom naik bot...



kenangan terindah...



borong kek..dayang salhah 








 


hotel dan kereta sewa kami...

Akhirnya diusia menjangkau 30 tahun ini, seluruh negeri di malaysia berjaya dijelajahi, rasa cukup bertuah diberikan peluang ini. Amin. Sebenarnya rancangan ke sarawak ini dah lama, cuma tak terlaksana sahaja. Cuma pada hari tu sahaja, tekad terus membeli tiket ke kuching. Tarikh yang di setkan pada 7-11-2015 hingga 10-11-2015. Itu jer kot yang sesuai dan juga murah la sedikit. Segala perancangan perlu dirancang dengan teliti agar perjalanan tidak ada masalah. Memula masalah dengan paking kereta, last sekali kami gunakan perkhidmatan ayah su sebab dah dekat dengan akademi maybank tuh. Kami bersiap semuanya, Masa inilah kami beli bantal dan juga selimut travel. Yerlah nak ke sana katil kat hotel satu jer. jika nak jimatkan kos. Pastu terus siapkan tentatif perjalanan. Rasanya inilah makna percutian yang sebenar sebab semuanya perfect. Alhamdulilah. Bercuti sambil menyambut ulang tahun ke 3. Wah hebat cam gtu. Kami bergerak ke bangi dalam pukul 5 camtu , pastu singgah sekejap solat di petronas ayer keroh. Terus meluncur ke akademi maybank. Dan makan pagi di area situ jerlah. Mudah sikit. Seterusnya kami terus bergerak. Sampai di klia2 tuh dalam pukul 11pagi.Ok lah tuh ngam ngam dah tuh masanya. Simpan beg dan terus menunggu diruangan pelepasan. Jauh la jugak gate 18 tuh. tapi yang bestnya tak perlu berpanas cam lcct tuh. Berkejar dan berpeluh. Tak sesuai langsung. . Sampai disana budak kecik mengantuk dan terus tido. Cam biasa lah. Gunakan bantal travel yang diberli. Tiup kan sahaja dan boleh tido. Mudah kan , semudah A B C. Dan tiba lah masa nak berlepas ke kuching kami cam biasalah masa naik tak ada masalah, masa nak turun lah rasa takut sedikit. Ini semua penangan berita-berita terhempas bagai la tuh. Berlepas pukul 2.05 dan sampai dalam pukul 4 petang camtu. Kereta dah dibook sebelum berlepas. Wah meletup keretanya. Memang puas hati. Terima kasih cikgu lalib. Sesiapa nak kan perkhidmatan kereta sewa boleh berhubung dengan kad yang ada dlm entri ini. Memang puas hati dan kereta pun baru. Kami Book kereta viva auto dan dalam waktu itu harga rm300 diberikan. Berbaloi la rasanya , sebab kami dah servey banyak tempat , perkhidmatan cikgu lalib juga yang paling ok disamping respon dari blogger pasal cikgu lalib. Tq. Seterusnya ialah kami terus setkan gps ke hotel 360 express. hahahahahahahahaha . waduh-waduh. hotel itu dalam blog cukup santik, Tapi kami tak sukakannya. Sebabnya sempit , bilik air tiada kunci dan lutsinar. Memang tak suka lah. Tapi ambik satu hari sahaja la. Pasni boleh try hotel lain pula kan. Sesampai jer petang itu kami lapar, nak makan apa yerk..... owh kami di kuching, mestilah mi kolok dan laksa sarawak. wow best. Pusing pusing cam tenggiling. Terjumpa kedai yang biasa disebut dalam blog, kedai planet sambal.huhuhuhu...... kami try nih. amik laksa sarawak dan juga nasi puteh serta tomyam. Ada pula tukang masak tuh bagi satu lagi makanan, mi kolok. 3 makanan tuh. pastu oder umai sotong. Tomyamnya sedap. umainya kurang sikit la, cumanya. tuan kedai tersalah oder untuk kami. Tapi tak mengapalah kami bayar sahaja. Lain kali jangan lupa nak ulang oder k. Sesampai jer dekat hotel budak kecik dah terlelap terus. Perjalanan malam dan petang ditangguhkan. Keesokkan harinya hari ahad. kami ke serikin, iaitu sempadan kalimantan tuh. Hajat di hati mahu ke pontianak dan ke seberang kalimatan. Insyallah akan tiba masanya. membeli belah dekat situ. Murah-murah barangnya. Jadi sesiapa yang nak membeli belah, cenderamata semua tuh tak payah beli kat kuching sana, beli sahaja di serikin yang memang murah. Cuma untuk ke sana dicadangkan bergerak awal sikit, nanti penuh dengan bas la, kereta bersusun mahu masuk kesana. Kami dah rancang dan bergerak pukul 6.30 pagi. ingat taw , kalau nak keserikin jangan lebih dari pukul 7 jika dari kuching, jika tidak , kereta bersusun dan panas. Sesampai disana berbeli sakan dan pada pukul 9.30 dan nak balik, kereta yang lain baru sampai. wah syoknya keadaan camni. Makan sekejap disitu. ayam penyetnya mahal gila, rm9.00. Seterusnya ialah berkejar ke satok pula. Pasar satok ini dibuka ahad dan sabtu, hari lain buka cuma kurang la penjualnya. Kami kesana beli ikan terubok dan siap pack dengan baik. Tak perlu risau lah, nak bawa balik dioarang akan pack cecantik dan tak berbau punya. Hah satu lagi jika nak makan pagi atau tengahhari, kami cadangkan makan di sekitar satok. murah dan sedap. Kami di bandar sana akan ke satok untuk makan. Kedai kegemaran kami ialah restoran maaidah. Murah dan sedap. untung la kedai maaidah, kami tolong promosi kedai nih. Pagi pula disekitar satok nih ada mi jawa. Tapi mi jawanya seperti dekat semenajung juga la. Tapi kan, selama tinggal disana, oder mi kolok itu pasti, Menggila sungguh dengan mi kolok. laksa sarawak tuh rasanya biasa sahaja. Mi kolok nih sebijik sama rasa dengan megi goreng sedap. Mi dicelur dan diletak kicap pekat. Tapi kami suka..... selepas ke serikin dan satok kami mencari hotel lagi. Rasanya tak nak dah hotel 360 tuh lagi. Akhirnya diseberang hotel 360 kami ternampak saignboard hotel baru. Hotel baru biasa ada promosi, nama hotel tuh kemena hotel. boleh tengok kad hotel kemena dalam interi ini. Memang puas hati dan terus ambik 2 malam. hotelnya rasanya 5 bintang cam gtu harganya rm108. Memang nasib kami baik. huhuuhuhuhuh. sesiapa nak cari hotel sekitar kuching, pastikan kemena hotel, janji tiptop. cuma makan pagi tak ada lah. Malamnya kami ke waterfont jalan-jalan makan angin dan tengok busker main gitar. sungguh indah percutian kali ini. Masuk sekejap shoping mall di kuching. Ok la. not bad la. Esoknya kami ke kampung budaya. Disantubong sana. Cari sahaja santubong akan jumpa rumah budaya ini. masuknya mahal la rm60. Tapi masuk jerlah. Dapat juga pegang mandau atau ilang tuh. Petangnya hujan lebat dan dalam keadaan hujan lebat itu kami mencari airport , persiapan untuk esok. Kami singgah di shoping mall untuk sambut ulang tahun ke 3. tadaaaaaaa... jauh di kuching sana. Seterusnya selepas makan kek dan cari airport, kami naik sampan dari waterfonrt ke kampung boyan. Misi mencari kek lapis. Seperti biasa kami akan survey penduduk tempatan dahulu. Semuanya mencadangkan kek lapis dayang salhah. ingat tuh dayang salhah. Naik sampan tuh sorang 50sen jer. sampai disana akan jumpa kedai kek mira dulu. Ramai pelancong ka kedai kek mira tuh. Tapi kami dah dapat maklumat kedai dayang salhah tuh kedalam sedikit. Maka kami jengjalan lagi ke dalam kampung. Kedainya rupanya betul-betul belakang masjid dan kami borong la sedikit kek lapis sebagai buah tangan. Selepas itu kami makan mi kolok yang sedap di kampung boyan tuh dan terus ke seberang. Menunggu si mazdan. akhirnya dia datang dengan isterinya. Sembang sekejap dalam pukul 9 camtu. Perlu di ingat nih, jika di waterfort, hati-hati denganperagut dan mat dadah. Jangan duduk dikawasan jauh dari pandangan. ingat taw.esoknya terus la balik.......... apapun kuching meningalkan memori cukup indah dalam ingatan dan kami dah memahat kenangan di bandar kuching. selamat tinggal kuching........ 3.02 petang. 12/11/2015
___________________________________________________________________________________



Assalam...mlm ni berksempatan update blog yg tersyg..bdk kecik dh tdo tp sian dia sesema x selesa hdung sejak blk bjln ni..huhu.. pertama skali syukur alhmdulilah dh genap 3 thn usia perkahwinan kami..byk cbaran onak duri, ketawa menangis bersama2 dgn huby...segala cbaran alhmdulilah kami terima dgn kuat dan redha...bmula awl pkahwinan diuji dgn kesusahan hdup bjauhan d sbbkan tuntukan kerja akhirnya berkat ksabaran, usaha dan doa smua ahli keluarga alhamdulilah smuanya berlalu dgn begitu indah...hah kali ni anniversary kami tersangat special kami ber3 terbang nun jauh ke borneo... kuching sarawak..sbnarnya dh lama plan nk g sana tp smuanya ckp kosong..hahha...tapi akhirnya berjaya jgk kami pergi...sbnarnya x plan pn nk smbt anniversary kt sana, niat kami hanya berjln2 kenal tmpat org je..tp bila dh smpai sana dan2 tgk tarikh ngam2 pulak dgn tarikh kami di satukan...hehe...alhamdulilah moga ada keberkatanya..kami ke sana 4 hr 3 mlm...rasenya lengkaplah penjelajahan kami kesemua negeri di msia ni..hahah..cuma bdk kecik ni la yg x smpai sabah lg..tmpt ibu mengandungkan dia..insyallah 1 hr papa n  ibu akan bwk dhiya ke sana dan ceritakan pgalaman ibu mengandungkan dhiya tanpa papa di sisi..huhuhu...sedih klau diingatkan tp itulah pgalaman yg x semua org akan dpt..ok la tu kan..heehe...kt swrk byk tmpt jgk kami pergi...waterfront, naik bot utk beli kek, perkampungan budaya, pasar serikei, pasar satok dll...ape pn tq pd master mind trip ke srwk ni sbb tunaikan impian kita ke sana...hehe...hhmmm rsenya tu shj utk kali ni..hrp entry ni akan ada smbungan ye..hehhe...to my hubby Zakwan Che Su terima kasih krn sntiasa sabar melayan kerenah sy spanjang 3 thun hdup bsama...huhu...insyallah semoga hbungan kita ini dibawah keredhaannya...amin...nti kita bejalan lg ye ;) love u so  much abg..love u utk anak ibu jgk Nur Dhiya Ayra 2y 3m...10.19 pm...11 disember 2015