Saturday, February 18, 2017

SAAT GENTING 2017

Kali ini saya nak coretkan ceritera yang berlaku. Alhamdulilah jika tiada apa-apa tepat 3/3/17 kami akan pulang ke kampung untuk stanby kelahiran baby yang ke 2. Moga isteri sentiasa kuat dan tabah. Walaupun 2016 yang penuh dengan kenangan manis terpaksa meninggalkan kita. Tapi yakinlah semua itu menjadi pendorong kekuatan kepada kita. Semua kelengkapan dah disiapkan. Memang la sedikit gabra. untuk menghadapi saat ini. Semuanya perlukan kepada persiapan agar semuanya berjalan dengan lancar. PKBM sekolah sudah pun menubuhkan group pengurusan. Maka jika ditubuhkan, isyarat pertandingan akan berlangsung. Cumanya untuk tahun ini terasa keletihan. Tetapi banyak yang dapat dipelajari melalui berpesatuan ini. Eksperimen dijalankan untuk melihat kelakuan pelajar. Berbalik kepada tadi. Saat kelahiran semakin hampir. Jadi doa banyak dipinta agar memudahkan urusan. Amin. Doakan kami. Sabtu hadapan , pkbm sekolah akan mengadakan perjumpaan bersama dengan senior kebangsaan. Mereka dah mantap dan akan diketuai oleh nyol. Seterusnya ialah nak cerita pasal 2 orang budak sekolah ini, hahahahahahahaha, si fatin dan juga farhana. Si fatin ini saya nak update kisah dia biar dia boleh baca walaupon dah habis sekolah. Semasa pt3 tahun lepas, subjek sejarah. Dia orang yang paling last hantar laporan. Hari tuh jumaat , dah penutup dah. Boleh pula dia tak datang. Susah payah saya dan kawan-kawannya menalifon dia. Masih ingat lagi si fatin ini datang sekolah dengan abang ipar dia. Pening kepala. Tetapi semuanya berjalan dengan baik. Untuk cerita kali ini. Rasanya tiada gambar disertakan. Seterusnya ialah pada 3/3/17 juga akan berlangsung pertandingan hoki datuk bandar. Tapi sekali lagi tak dapat hadirkan diri sebab perlu pulang kekampung untuk urusan peribadi. Terpaksa la. bukan sesaja taw. Ramai nih yang curi-curi baca blog nih. Baca jer, yang baik amik sebagai teladan. Blog ini bagus. Sebagai tanda kenang-kenangan. Semua rasanyer perlu ada blog la. Baru best. Tadi pula ada masuk mesej suruh daftarkan jadi pentafsir kawasan lagi. Sebenanrnya saya dah tak nak jadi dah pentafsir ini. Cam dah banyak sangat pula kerjanya. dengan hokinya hari isnin, selasa dan khamis, bola baling, dengan kadet lagi. Tetapi semua itu perlu dilaksanakan. Nanti di mahsyar nanti akan ditanya, mati kutu nak menjawap. Setiap manusia itu perlu menjaga amanah yang diberikan. Maka tunaikan lah amanah yang diberikan. Untuk haziq nawawi yang screenshot saya punya blog. Saya sampaikan pesan agar teruskan belajar dengan rajin dan juga sentiasa taat kepada ibu dan agama. Bebaktilah kepada agama , agar kehidupan itu akan lebih bermakna. Saya juga mendoakan akan si haziq akan kurus dan menjadi kapten askar. Semuanya boleh direalisasikan jika ada semangat yang kuat. Buat adri , huntung lah dah dapat lampu hijau untuk join pkbm. Teruskan kecemerlangan itu. Wah panjang pula kali ini duk menaip. Biasanya malas nak mampus nak menaipnya. Tadi ada urusan untuk bersihkan kelas. Saya ini payah nak kumpul duit dari pelajar. Memandangkan kewangan dan ekonomi sekarang. Mungkin rm1 itu kecil bagi kita, tetapi sebenanrya besar bagi orang lain. Sentiasa lah peka dengan orang yang tak senasib dengan kita. Bayangkan hari ini sahaja dah update 2 perkara, Pertama ialah khas untuk cikgu sabar. Dan ini untuk diri sendiri pula. Moga tahun ini memberikan kebaikan dan lebih baik dari tahun sebelum ini. amin. Sedar tak sedar sudah terlalu lama usia blog ini......... 6.40 petang. 18/2/17

CIKGU SABAR DALAM KENANGAN. PERGIMU TIADA PENGGANTI







Assalamualaikum... hah dah lama tak mengupdate blog nih. Ramai yang menunggu-nunggu cerita kali ini. Kali ini adalah episod suka duka yang banyak berlaku. Pertamanya ialah , saya mahu ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada cikgu sabar yang terlalu banyak menabur bakti kepada kelas saya iaitu kelas 5 nilam. Budi baik mu sentiasa dikenang. Walaupun kata-kata cikgu sabar yang sentiasa ganas dan dasyat sebenarnya, semua itu adalah rencah dalam kehidupan dalam mengenal erti sebuah perhubungan. Saya dedikasikan slot ini khas kepada cikgu sabar kerana tanpa cikgu sabar, mana mungkin pelajar 5 nilam mampu berdikari untuk subjek bahasa melayu. Saya juga sebagai guru kelas sebenarnya banyak mengambil pengajaran dengan guru cemerlang ini. Seperti biasa, budi dan kenangan kita perlu diabadikan agar menjadi sejarah yang manis dan sentiasa diingati. Cikgu sabar, tadi 5 nilam datang ke sekolah untuk membersihkan kelas, Dan mereka masing-masing bercerita pasal cikgu. Dihari last cikgu. Kisah  mereka di pakir kereta diceritakan pada saya. Naluri bapa kepada anak-anak itu lahir dari seorang guru hebat. Memang banyak rungutan pelajar-pelajar diawal nya. Tetapi diakhirnya kemanisan itu yang mereka kecapi. Setiap pertemuan akan adanya perpisahan. Si mirul asyik sedih dan mata merah bila sebutkan kisah di pakir. Saya ucapkan terima kasih. Walaupun berat meeka nak lepaskan guru bm mereka. Tiada lagi perkataan sial, hawau, dan sebagainya yang sentiasa menjadi buah mulut pelajar ini. hahahahahahaha. Lain padang, lain la belalalang nya. Alhamdulilah berkat kekuatan mental dan keyakinan diri. Mereka mampu hadapinya dan akhirnya mereka terpaksa merelakan perpisahan itu. Jika ada sumur diladang, boleh saya menumpang mandi, jika ada umur yang panjang akan kita bersua lagi. Iklas daripada Zakwan B che su guru kelas 5 nilam....... we love u cikgu sabar.................